followers

salji

waktu

bird terbang

Wednesday, June 27, 2012

CHAR TIAW LAKSA KARI UDANG GERAGAU


tiba tiba je pagi ni nak g tesco berhampiran rumah.. masa g sebenarnya akak x tau nak beli apa... masa tu akak masih tercari cari dan berlegar di fikiran apa nak masak.. teringat stok char kuey tiaw ada lagi kat umah... pada mulanya akak nak buat kuey tiaw sup tapi macam x de selera la pulak nak makan sup.. entah macam mana ternampak tauhu kering.. terus teringat nak makan tiaw kari laksa.. dalam hati berkata.. memang betul... lama sungguh akak x makan.. akak x suka beli sebab jarang yang kena dengan selera akak ni.... susah nak jumpa yang sedap..


sebenarnya masa sesi gambar ni di ambil akak dah terlupa nak letak sambalnya..  tapi mujurlah masa makan akak x lupa letakkan sambalnya, bawang goreng dan limau kasturi.. hehehe


Char Tiaw Laksa Kari Udang Geragau...


RESIPI CHAR TIAW LAKSA KARI UDANG GERAGAU
saji 3/98

KUAH:

 bahan tumbuk:
1 cawan udang geragau
3 biji buah keras 
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

bahan titik:
1 batang serai 
1 cm lengkuas
1/2 cm halia - titik

3 sb rempah kari daging - bancuh dengan air
2 sb cili kering - kisar
6 keping tauhu kering - potong 4 ( akak x potong)
sedikit ayam yang dipotong kecil ( x bubuh pun x pe) * akak tambah
sedikit isi kerang - rebus sekejab (x bubuh pun x pe) * akak tambah
sedikit garam
3 cawan santan
minyak untuk menumis

panaskan minyak, tumiskan bawang tumbuk hingga wangi.
masukkan rempah kari serta cili kisar. kacau hingga garing.
campurkan dengan udang geragau dan kacau.
** jika nak masukkan ayam dan isi kerang bolehlah di masukkan ke dalam kuah ini tapi x bubuh pun x pe..

tuangkan santan dan masukkan bahan yang di ketuk.
apabila mendidih masukkan tauhu kering.
kacau kuah hingga mendidih.
angkat.

** sebenarnya ikut resepi asal (ikut tajuknya) untuk kuah ni dah cukup sedap rasanya sebab ada di masukkan udang geragau.. 
** ayam dan kerang hanyalah tambahan sahaja. jika x bubuh ianya x menjejaskan rasa kuah ini


SAMBAL LAKSA:

3 sb cili kering kisar
1 ulas bawang putih - tumbuk
2 sb udang geragau - tumbuk
sedikit udang kertas (x bubuh pun x pe) * akak tambah
garam
minyak

panaskan sedikit minyak. tumiskan bahan kisar dan bahan tumbuk hingga wangi dan pecah minyak.
jika ingin nak masukkan udang kertas, bolehlah masukkan.
perisakan dengan garam dan angkat.
hidangkan bersama bahan hiasannya ( di bawah)

** sebenarnya Sambal Laksa ni plain je tanpa udang kertas sbb dengan ada udang geragau pun dah membangkitkan rasa



BAHAN HIASAN:

250g Char Kuey Tiaw (yang halus) / mihun - celur sekejab
2 cawan taugeh - bersihkan di celur goreng tanpa minyak(sekadar layu sikit sahaja)
2 sb bawang goreng
sedikit daun pudina
sedikit daun bawang - hiris
limau kasturi - belah 2


 eerrmm... sedap...

1 comment :

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...