followers

salji

waktu

bird terbang

Friday, July 26, 2013

BISKUT LAMINGTON


share satu lagi sekut raya yang ranggup...

BISKUT LAMINGTON

BAHAN-BAHAN

200 gm coklat masakan
125 gm mentega
½ cawan gula perang
1 biji telur 1 ¾ cawan tepung gandum
1 camca teh serbuk penaik
¼ cawan kelapa parut kering

Cara:

1. Cairkan coklat, mentega dan gula perang di atas api perlahan. Sejukkan.
2. Masukkan telur, tepung yang diayak bersama serbuk penaik. Putar hingga adunan.
3. Bungkus adunan dan simpan dingin di dalam peti sejuk 30 minit.
4. Keluarkan, ambil secamca besar adunan, bentukkan bulat dan salut dengan kelapa parut kering atau breadcrumbs. Bakar selama 15 minit pada suhu 125 darjah Celcius.

Wednesday, July 24, 2013

KELAS NASI MANDY, AYAM KABSAH,SALATAH BERSAMA AIR ASAM



sepanjang bulan puasa ni wp sibuk dengan tempahan biskut... akak cuba meluangkan masa belajar kelas masakan nasi.... kali ni akak berpeluang belajar set dari nasi arab... iaitu nasi mandy oleh chef Kamarul... waaaa.. memang best sangat belajar.. segala tip semuanya dikongsikan...wp rasa penat berpuasa tapi x menghalang untuk belajar...

 rempah arab.. wajib ada






siap.. NASI MANDY


 siap ayam kabsah
 dalca arab
 salatah arab
 air asam arab

GULAI TEMPOYAK IKAN BAUNG BERSAMA TIMUN


rasa dah lama betul x masak gulai tempoyak... kempunan ya.. amat.... dah ni.. hehehe... kebetulan pulak rakan setaman beri akak seekor ikan baung.. besarnya boleh tahan sehingga akak boleh masak hingga 3x.. mula mula memang malas nak masak gulai tempoyak kerana anak anak kurang gemar sangat tempoyak ni... tapi x sangka pula bila masak semuanya suka la pulak...

MASAK GULAI TEMPOYAK IKAN BAUNG BERSAMA TIMUN

1/2 ekor ikan baung
1 biji bawang merah kecil - tumbuk
8-10 tangkai cili api          - tumbuk
1 batang serai - titik
1 senduk tempoyak
1/2 biji timun - potong panjang
1" kunyit hidup
1 sk serbuk kunyit
air setakat ikan tenggelam
garam
1 sd gula (sebab tempoyak sedikit masam)

masukkan semua dan masaklah sehingga mendidih... rasa asam garamnya..

** senangkan....

KERABU KERANG


mr hubby teringin nak makan.. buat je la.... lagi pun akak pun memang suka apa saja jenis kerabu.. layan sajalah keinginan di bulan puasa nikannnn.. hehehe

RESIPI KERABU TAUGEH KERANG

300g taugeh - dibersihkan
1 kg kerang - rebus dan ambil isinya
rm 1.00 kacang botol - hiris halus
2-4 biji cili merah - mayang halus
1-2 biji bawang besar - mayang halus

bahan tumbuk:
3 biji cili merah
10 tangkai cili api
2 biji bawang besar
2 batang serai - hiris & tumbuk
2 sb udang kering
1 sb belacan

2-3 sd kerisek
sedikit beras - disangai & ditumbuk
sedikit pati santan
garam secukup rasa
gula secukup rasa
jus limau secukupnya

** untuk mengelakkan cepat basi pati santan di panaskan sekejab / jika x nak bubuh pun boleh termasuklah  beras goreng.

gaulkan  ke semua bahan hingga sebati. rasa asam garamnya hingga secukup rasa.

MASAK LEMAK CILI API TELUR ITIK BERSAMA KENTANG



dah puas cari telur itik kat pasar malam tapi x jumpa... tiba satu hari mr hubby balik keje bawa balik telur itik segar dan telur itik masin... katanya ada orang jual datang kat opisnya... dia pernah terdengar akak bersungut susah betul nak dapatkan telur itik... rezekilah ni... telur itik masin tu kita masak lain kali ye... akak nak masak yang ni dulu..
kalau tengok pada gambar ni telurnya macam telur rebuskan.. tidaklah sebenarnya memang pecah sebiji demi sebiji... tapi nampak licin cam telur rebus...lak...

MASAK LEMAK CILI API TELUR ITIK BERSAMA KENTANG

5 biji telur itik - bersihkan dulu kulit luarnya
1 biji kentang - belah 4/6
6-8 biji cili api - tumbuk lumat
1 biji bawang kecil- tumbuk
1 1/2 - 2 cawan santan + sedikit air (jika pekat)
sedikit serbuk kunyit @ kunyit hidup
daun daun kunyit - jika suka ( *masukkan jika rasa telur berbau )
serai - titik
garam secukup rasa

masakkan dulu bahan tumbuk bersama santan, garam seta serbuk kunyit dan masaklah sehingga mendidih.
perlahankan api kemudian masukkan telur satu persatu ke dalam senduk panas yang kita kacau dan rendamkan dalam kuah lemak. biarkan seketika sehingga nampak telur tadi keras sedikit barulah dimasukkan telur tadi ke dalam kuah lemak sepenuhnya dan dikacau perlahan.
masukkan daun kunyit. 
kuatkan semula api dan hendaklah sentiasa dikacau perlahan.

Tuesday, July 23, 2013

SAMBAL PECAL OPAH


tepat pukul 6 petang suami request nak makan pecal.. adoiii.. ngapa lambat diberitau sihhh... sayur apa pun x de kat umah ni yang ada hanya kacang pin jer... rupanya dia sempat keluar membeli sayur untuk buat pecal... terpaksalah buat jugakkan... sayur yang mr hubby beli pun simple jer.. kalau ada pucuk ubi, jantung pisang lagi memikat selerakan...
sebenarnya Sambal Pecal Opah(yang belum dibancuh) ni akak beli kat penjual pasar ramadan di Batu Gajah.. 3 senduk RM2.50.. jika sekilo RM15.. ehh.. murahlahkan... rasanya memang sedap dan warnanya amat memikat selera.. mr hubby pun kata sedap sambalnya... sebab sekarang ada yang menjual RM9.50 untuk setengah kilo... kata cik adik yang jual tu.. sambalnya boleh di simpan sehingga 4 bulan lamanya... agaknya boleh sampai raya haji pun tahan ni.. hehehe...

SAMBAL PECAL OPAH

sambal pecal(readymade) - gaul dengan air panas(biar ia kembang dan sebati)

Bahan celur:
1 ikat kangkung - potong
secekak taugeh
1 ikat kacang panjang - potong

1/2 biji timun - hiris mancis
2 keping tauhu - garam kunyit & goreng

gaulkan ke semua bahan pecal dengan kuah Pecal Opah sehingga sebati.
sedia untuk dinikmati..

Monday, July 22, 2013

BISKUT ALMOND LONDON (sedap)


akak nak share resepi biskut lagi... tip top U....

BISKUT ALMOND LONDON (sedap)

bahan-bahan ( anggaran 140 biji )

250 gm butter
9 oz / 2 1/2 cawan tepung gandum ( 250 gm ) + 30g lagi
1 oz / 1/2 cawan nestum ( 50 gm ) ( akak x kisar pun tp still lembut)
3 oz / 1 cawan tepung jagung ( 100 gm )
4 oz / 1 cawan gula aising ( 100 gm )
1 biji kuning telor
Badam biji di panggang secukupnya
Badam cincang untuk hiasan
Coklat masakan secukupnya
Mangkuk kertas/ paper cup - warna hitam yang paling sesuai
Sedikit minyak jagung (akak x letak)

Cara-cara

Pukul butter bersama gula hingga sebati. Kemudian masukkan kuning telor dan pukul lagi sehingga rata.
Masukkan nestum, tepung jagung dan juga tepung gandum. Uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat di tangan.
Ambik sedikit doh, isi badam dan bentukan bujur atau bulat..mengikut citarasa sendiri..
Bakar pada suhu 180'C selama 20 minit atau sehingga masak..sejukan.
Masak coklat masakan, masukkan sedikit minyak jagung ( minyak masak biasa pun bolih ) anggaran 2 sudu makan..untuk mengilat kan coklat tu..kaedah double boiler..( dalam periok bawah isi air letak tin atau apa2 untuk lapik bagi meletak periok yang berisi coklat masakan tadi..)
Apabila coklat dah cair sepenuhnya celupkan biskut sebiji - biji.
Isi dalam paper cup dan tabur badam cincang.
Biarkan coklat membeku dahulu pada suhu bilik kemudian masukkan kedalam bekas kedap udara..siap

SAMPLE BISKUT 2013

  baru berkesempatan meletakkan gambar di sini..





KELAS MASAKAN NASI KABULI, AYAM KERISEK & DAGING DENDING ALA BRUNAI


 sebelum ramadhan dulu akak berkesempatan mengikut kelas set masakan nasi. memang best dan rasa bertuah dapat belajar dari chef Hamidan ni yang pernah bekerja sebagai chef Istana Brunai.. dan telah mendapat kerakyatan Brunai.. akak di beritau kerabat raja Brunai amat mengemari masakan ini...
antara masakan yang akak belajar dikelas ni.. 
SET NASI KABULI ALA ISTANA BRUNAI
AYAM KERISEK
&
DAGING DENDING




 chef sedang menerangkan bahan bahannya..

 ayam kerisek



 Nasi kabuli

daging dending
masakan ala istana Brunai

AYAM PERCIK KELANTAN


rasa dah lama x jenguk umahku ini.... banyak sungguh gambar yang belum bersiaran di sini.. sehinggakan kadang kadang akak jadi malas nak snap gambar kerana kesuntukkan masa... sebenarnya akak masih lagi menyiapkan tempahan biskut raya... yang mesti didahulukan...
masakan kali ni akak nak sharekan resepi yang akak adjust sikit... di bawah sekali ada cara simple yang akak buat tapi insyaallah pasti sedap dan memikat selera...

AYAM PERCIK KELANTAN

Bahan-bahan ( Anggaran 4 orang )

Bahan untuk ayam :
1 ekor ayam - dipotong empat
4 ulas bawang putih - tumbuk
2 cm halia - tumbuk
4 batang serai - ketuk
Sedikit garam

Bahan untuk kuah percik :
1 senduk sedang serbuk cili - akak tambah untuk warna lebih cantik
1 sm tepung gandum - tambah untuk pekatkan kuah (ini cara akak ye) * jika suka shj
2 cawan santan
2 cm halia - dihiris nipis
4 batang serai - dihiris nipis
Sedikit garam dan gula

Cara-cara

Kisar serai, halia dan bawang merah bersama sedikit air sehingga hancur.
Masukkan bahan-bahan tersebut ke dalam periuk. Tambahkan santan, garam dan gula. Kacau rata dan ketepikan kuah percik ini untuk sementara.
Tumbuk halia dan bawang putih sehingga hancur. Masukkan sedikit garam. Gaulkan ayam bersama bahan-bahan ini.
Selepas itu masukkan sedikit air ke dalam periuk yang dialas serai tadi. Aturkan ayam di dalamnya. Kemudian curahkan sedikit bahan kuah percik tadi ke atas ayam tersebut.
Tutup periuk dan masak di atas api yang sederhana hingga ayam empuk.
Sambil itu, masak kuah percik tadi sehingga separa masak. Kacau sentiasa supaya santannya tidak berketul. Ketepikan dahulu.
Apabila ayam tadi telah empuk, angkat dan aturkan di atas penyepit untuk dibakar.
Panggang ayam tersebut. Balik-balikkan sehingga kedua-dua belah bahagian bertukar warna.
Seterusnya curahkan kuah percik sehingga menyaluti keseluruhan ayam tersebut. Bakar lagi sehingga kuah tersebut agak kering.

** CARA MUDAH YANG AKAK BUAT....
akak masak ke semua bahan sehingga ayam separuh masak... kemudian akak keluarkan ayam dan panggang sekejab... kuah lepbihan di dalam periuk tu akak masak hingga pekat kemudian akak siramkan kuah ini ke atas ayam panggang tadi..

Friday, July 12, 2013

BISKUT BERBUNGA


sharekan satu lagi biskut raya...

BISKUT BERBUNGA

Bahan-bahan:

1 buku butter
3/4 cwn gula kastor
1 cwn tepung jagung
2 1/2 cawan biskut marie - dikisar halus
1/4 cwn kelapa kering
1/4 cwn bijan
2 cwn tepung biskut / tepung gandum
1 biji kuning telur

Hiasan:

coklat masakan
sugar decor hiasan

Cara-cara :

Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan bahan-bahan lain kecuali tepung. Adunkan sebati. Kemudian masukkan tepung gandum sikit2 hingga adunan menjadi doh. Gelek dan terap adunan menggunakan acuan bentuk cendawan. (nak pakai acuan bentuk lain pun boleh juga).

Bakar dan setelah sejuk, celupkan bahagian kepala cendawan ke dalam coklat masakan yang dicairkan dengan kaedah double boil. Hiaskan dengan sugar decor hiasan. Biarkan biskut dan coklat masakan mengeras di atas redai sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

BUBUR BUTIRAN LABU


terima kasih para pengunjung dan sahabat jiran tetangga blog yang sudi singgah ke sini... selamat berpuasa semua.. di bulan puasa ni akak kesempitan waktu nak mengeposkan gambar masakan di sini kerana ingin menyiapkan tempahan raya... tapi jika ada luang masa.. insyaallah akak akan berkongsi juga...
untuk resepi ni... sebenarnya akak buat untuk menghabiskan stok labu.. nak buat cucur labu tapi rasa x de selera ke arah itu.. hehehe... nak buat pengat labu pun... takut anak anak x suka... tapi bila akak buat bubur ni.. dorang suka pulak... mungkin tertarik dengan butirannya yang berwarna kuning raja.. x bubuh pewarna yee....
resepi ni akak olah dari resepi bubur biji salak atau di kenali bubur biji nangka... tapi yang tu dibuat dari keledek dan kena letak pewarna untuk mencantikkanya...

BUBUR BUTIRAN LABU

labu
tepung pulut
santan
gula garam
daun pandan

main agak agak jer... tapi labu mesti dikukus dahulu.. kalau rebus takut banyak air... kemudian masukkan tepung uli hingga x melekat di jari.. buatlah butiran labu hingga habis.. masak air panas celur hingga timbul dan toskan terus masuk dalam kuah santan yang telah siap dimasak terlebih dahulu. setelah selesai.. panaskan semula bubur ni.. ringkas je...

KEK OREO


tempahan dari boss mr hubby... oreo cake


BROWNIES


pada yang menempah... terima kasih mengulangi tempahan ye...




Monday, July 8, 2013

STEW AYAM


masakan stew kali ni ada kelainan dan agak unik serta sedap rasanya. selalunya kita pernah terjumpa resepi kuah rojak pasembuq ada dimasukkan biskut marie yang dihancurkan tapi kali ni untuk resepi stew ni juga ada dimasukkan serbuk biskut marie ni.. rasanya sungguh sedap lemak dan berkrim.. 
untuk pengetahuan semua masakan ini laris di meja hidangan akak... hehehe.. sedap la tu..

STEW AYAM
saji 7/2013

1 ekor ayam - potong 16
2 labu bawang besar - hiris halus
5 cm halia - hiris halus
5 ulas bawang putih - hiris
1 batang kulit kayu manis
1 sk garam
1 sb gula
3 sb minyak sapi - (akak + minyak+minyak sapi)
1 batang lobak merah - potong dadu / panjang
10-15 tangkai cili api - belah x putus (akak tambah)
sedikit sos tiram (akak tambah)
3 biji kentang - belah 4
2 labu bawang besar - belah 4
6 keping biskut marie - tumbuk halus
1 cwan air

panaskan minyak sapi masukkan bahan tumis kulit kayu manis, bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau.
kemudian masukkan ayam sos tiram dan air, biarkan mendidih.
masukkan ubi kentang dan lobak merah tunggu hingga empuk. masukkan juga cili api.
kemudian masukkan serbuk biskut marie. kacau rata dan sesuaikan rasa

RED VELVET CAKE



kek yang simple akak buat masa hari lahir Jw baru baru ni


poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...