followers

salji

waktu

bird terbang

Friday, August 23, 2013

ALA ALA MASAK KICAP SIMPLE


dua tiga hari ni akak kurang sihat sikit... panas badan.. x de selera nak makan... lagi pun ibu jari kiri akak ni terseliuh tanpa akak sedari.. tau tau sakit dan sedikit bengkak.. mulanya x berapa sakit tapi lama kelamaan terasa sakit bila nak memegang sesuatu.. rehat lagi maknanya blog akak ni.. aduiii..
hari ni panas badan pun dah berkurangan.. cuma jari ni masih lagi denyutannya...
ok.. hari ni akak nak share satu masakan ala masak kicap... sebenarnya akak saja saja je buat masakan ni... mula mula hentam jer tapi bila dah masak terasa sedap la pulak... masakan ni saja nak ikut ikut cara masak orang kenduri tapi akak buat cara yang paling simple dan senang untuk dicuba
masakan ni akak masak memang berkuah pekat sebab akak malas nak buat masakan berkuah yang lain dan masakan ni tanpa guna sebarang santan pun... 

ALA ALA MASAK KICAP KICAP SIMPLE

1/2 kg daging dihiris nipis dan lebar
bahan blend:
10-15 tangkai cili kering (ikut pedas sendiri)
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih

penumis:
kulit kyu manis
bunga lawang
2-3 biji buah pelaga

1 sk serbuk campuran jintan *(serbuk ni akak buat untuk simpan stok sendiri : 1 sb serbuk jintan manis+ 1 sb serbuk jintan putih & 1 sb biji ketumbar - di sangai dan blend kering) ** simpan dalam botol di dalam peti ais dan ia tahan lama. guna bila perlu

4-5 senduk kuah (yang sedang) kicap lemak jalen (kuning)
sedikit air asam jawa
sedikit garam dan gula
1 sk pati serbuk pasti sedap (jika suka)
air jika perlu
1 senduk besar minyak menumis

panaskan minyak dan tumis 3 sekawan hingga wangi dan masukkan bahan blend.
masak hingga wangi dan pecah minyak.
masukkan serbuk campuran jintan, kacau sebati.
masukkan daging bersama air tanpa had (untuk empukkan daging)
bila sudah mendidih masukkan kicap. kacau sebati.
biarkan daging empuk. jika perlu boleh tambah air lagi.
bila daging sudah mula memekat masukkan air asam jawa, gula, serbuk pati sedap.
akhir sekali masukkan garam.
masaklah ikut kepekatan yang sesuai dengan jiwarasa anda. ikut selera.

** serbuk campuran jintan ini boleh digunakan untuk daging masak hitam..

Sunday, August 18, 2013

PUDING MARBLE


hok alohhhh... x berapa memikat rupa parasnya yang terlebih banyak coklat... warna pink dan hijau terus tenggelam... tapi rasa tetap maintain seperti yang selalu dibuat...

PUDING MARBLE
dari buku hanieliza

Bahannnya:

10 g serbuk agar-agar ( 1 paket)
4 cwn air
20cwn gula halus ( Uj guna guna 13/4 cwn)
1 tin susu cair ( 400 g)
1 cwn tepung kastard
1 sdu mkn serbuk koko
1 sdu mkn air suam ( dibancuh bersama serbuk koko)
1/2 sudu teh garam ( Uj tambah utk menaikan rasa lemaknya puding tulagi)

Cara membuatnya:

1.     Masukan serbuk agar2.gula dan air kedlm periuk.Masak sehingga mendidih.
2.     Bancuh susu cair dan tepung kastard.kemudian tapis.
3.     Masukan bancuhan kastard kedlm agar2 dan kacau sehingga pekat.
4.     Asingkan sebahagian adunan dan masukan bancuhan serbuk koko kedlm satu bahagian.
5.     Masak sehingga pekat.
6.     Sendukan adunan coklat kedlm acuan.Selang selikan seperti marble...

KEK OREO


kek yang lembut dan sedap....
sebenarnya semasa awal lebaran.. akak ada buat beberapa biji kek antaranya... kek hujan panas, kek zebra tanpa guna butter dan kek pelangi arora.. sebenarnya raya raya ni semuanya sibuk jadi akak x sempat nak possing dan untuk merasa kek tu apatah lagi.. bila akak teringat nak rasa...rupanya 0... 0... seperti lagu najwa anak pak latif tu... hehehe... tapi wp gitu kek itu sebenarnya telah dapat menambat hati dari kaum keluarga dan saudara mara yang hadir... mereka memuji kelembutan moistnya... Alhamdulillah.. bukan pujian yang akak nak tapi akak lebih suka menjamu hasil dari keikhlasan air tangan sendiri untuk saudara mara yang hadir.. dan sungguh bermakna bagi akak...


dalam resepi ni ada tercatit resepi krimnya.. bukan pe.. untuk rujukan akak akan datang je... tapi kek yang ini untuk makan sendiri jadi akak x buatla krimnya.... makan tanpa krim pun dah sodappppp....

KEK OREO

Resepi Asal: Oreo Cup Cake
Sumber Resepi: Kak Azlita@Masam Manis

Bahan2
250 gm butter
1 cwn gula
2 cwn tepung naik sendiri - ita guna tepung kek
1 sudu kecil baking powder - tepung dan baking powder diayak
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
8-10 keping oreo - kisar halus (QH kisar sekali dgn krimnya)

Caranya
Campurkan butter, gula. tepung, baking powder, telur dan esen vanilla dan pukul selama 2 minit. Jangan terlebih pukul ye!
Campurkan oreo dan kacau rata.Tuangkan adunan dalam paper cup. Susun atas tray. Adunan QH bahagi kepada 3 dan dibakar berasingan.Bakar dalam oven dgn suhu 170C selama 10 - 15 minit 20-25 minit atau sehingga masak.


BUTTERCREAM
Bahan2
80 gm mentega
200 gm krimwell
350 gm golden syrup
Caranya
Pukul mentega dan krimwell hingga kembang
Masukkan golden syrup perlahan2 dan pukul lagi hingga rata.
Bolehlah letakkan pewarna mengikut kehendak anda.

CARA MENDECO KEK
(maaf gambar tidak disnap ketika proses mendeco kek)
Bahan2
Buttercream
Serbuk oreo secukupnya (buang krimnya)
Caranya
Permukaan setiap kek hendaklah diratakan.
Ambil kek pertama dan disapukan buttercream di atasnya. Selepas tu taburkan serbuk oreo tadi sehingga menutupi permukaan buttercream tadi.
Lapiskan dengan kek yang kedua. Ikut seperti proses yang pertama tadi.
Lapiskan kek yang ketiga dan lepa kek seperti biase sehingga selesai. Deco ikut pilihan sendiri.

HIASAN COKLAT
Bahan2
Coklat compound secukupnya
Caranya
Cairkan coklat menggunakan kaedah double boiler. Masukan ke dalam piping bag. Gunting hujungnya dan paipkan ditepi kek yang telah disiap dilepa. Biarkan coklat tu jatuh dengan sendirinya. Sejukkan kek sebelum dipotong.
Lelehan coklat tu akan mengeras jadi semasa memotongnya pastikan pisau direndam dahulu dengan air panas. Lapkan pisau tadi hingga kering baru la potong kek tersebut.
Lebih elok jika menggunakan coklat ganache untuk buat deco seperti di atas.

Saturday, August 17, 2013

KELAS MASAKAN NASI BERIANI GUM, AYAM BERIANI, DALCA DAN SALAD


hampir sejam mendengar muqadimah dari chef tentang membezakan nasi beriani biasa dan nasi beriani gum... huhuhu... dah la belajar di bulan puasa... memang menguji kesabaran.. selagi x belajar menumis, memang mengantuk giler di dalam kelas ni...
sebenarnya di sepanjang bulan puasa dulu akak telah beberapa kali mengikuti kelas masakan nasi dan kek termasuklah set nasi beriani gum ni dan set nasi mandy.. wp sibuk dengan tempahan buat cookies raya tapi untuk kelas masakan ni akak tetap luangkan masa untuk belajar... bukan senang nak dapat belajar jadi akak gunakan masa yang sebaiknya untuk mendalami ilmu yang ada...
chef ni mengajar bagaimana memasak dengan cara bajet/jimat kos.. sebab itu ia digelar chef bajet


inilah bahan yang di gaul bersama ayam @ kambing 
:bawang, bawang putih serta minyak... boleh di simpan lama @ menumis apa saja masakan


gaul dengan halia tanpa memerlukan bawang yang banyak


menumis masakan dalca (tumis darat)




dalca


ini sebenarnya bagaimana nak masak ayam pencen.. renihkan dulu di dalam oven bersama periuk rice cooker gas yang besar 


proses merebus beras agar ia bertambah panjang dan toskan airnya


tuang ayam di bahagian bawah periuk kemudian di alas dengan kain nipis yang bersesuaian


letakkan nasi yang telah ditoskan di atas kain - *(bawah kain adalah masakan ayam)


siap dimasak


cara mengetoskan nasi dari bercampur dengan masakan ayam di bawah nasi


inilah ayam yang di masak dengan sempurna (bahagian bawah nasi tadi)



nasi menjadi panjang 2x ganda..
siap...

BISKUT NESTUM RANGUP


untuk pengetahuan.. biskut ni anak sulung akak yang dah berkawin tu buat dan bawa untuk mamanya.. tapi oleh kerana biskut ni teramatlah sedapnya.. akak letakkan di sini resepinya... bukan apa... buat ingatan di masa akan datang.. x la susah susah nak selongkar mana mana lagi semuanya ada tersimpan di sini..

BISKUT NESTUM RANGUP
Nor Intan Mazlin
Rasa

BAHAN-BAHAN:
230gm mentega
80gm gula halus
1 sudu makan golden sirap
180gm tepung gandum
70gm tepung beras
20gm tepung jagung
100gm nestum
1/2 sudu teh vanila
1/4 sudu teh serbuk penaik


CARA MEMASAK:

1 Putar mentega bersama gula, golden sirap dan vanila hingga kembang.
2 Kemudian masukkan tepung gandum, tepung beras dan tepung jagung. Gaulkan hingga sebati.
3 Setelah itu masukkan nestum dan gaulkan lagi hingga rata.
4 Masukkan ke dalam 'piping beg' dan paipkan adunan.
5 Bakar dalam ketuhar selama 15 minit pada suhu 150ºC atau hingga kekuningan

** cara anak buat katanya... x perlu guna piping bag.. bulat bulatkan dan tekan dengan garpu.. kemudian bakar

BISKUT MELLOW BROWNIES



Assalamualaikum... selamat hari raya semua.. kita masih lagi dalam mood rayakan....
amboiiii.. selepas raya ni blog akak ni dah x berapa aktif ye... bukan ape... akak lebihkan berehat je... maklumlah hari raya ke sana ke sini... makan pun kena kurangkan sikit. kalau x badan macam kena pump lah jawabnya nanti... insyaallah... akak akan kembali aktif selepas ni... doakan saja ye...

yang ni salah satu biskut yang anak anak suka... selalu buat brownies kek tapi kali ni jom buat biskut brownies pulak....
sedap ni tau...
ikutkan resepi ni guna acuan loyang shortbread yang saiz kecil tapi akak hanya ada loyang yang bersaiz 100pcs shortbread je... adunan pun sikit jadi akak terap jela semua adunan satu persatu seperti biskut biasa...

Biskut Mellow Brownies


Bahan-bahan ( 20x20 cm )

70g butter
130g gula halus
2 biji telur
100g tepung gandum
20g serbuk koko

55g walnuts- potong kecil-kecil - tabur
1 bar coklat dan coklat putih - lorekan secara bersilang

Cara-cara

1. Panaskan oven sehingga 190C. Butter dan telur biar dalam suhu bilik. Ayak tepung gandum dan serbuk koko.
2. Masukkan butter dan gula ke dalam mangkuk. Pukul sehingga putih.
3. Masukkan pula telur. Pukul sehingga kembang.
4. Masukkan bahan ayak dan walnut kacau sehingga bergaul rata.
5. Tuangkan ke dalam loyang. Bakar selama 25-30 minit.
6. Bila dan siap, keluarkan brownies dr oven. Kemudian patah-patahkan coklat bar tadi ke atas brownies.
7. Masukkan semula ke dalam oven yg masih panas. Bila coklat dah cair, dan lorek lorekkan dengan cooking coklat dan coklat putih serta taburkan badam cincang.
8. Bila dah sejuk dan coklat hampir nak keras bolehlah dipotong.

Wednesday, August 7, 2013

STRAWBERRY CEREAL COOKIES


biskut yang nampak sweet di mataku... rasa pun sedap...dan juga crunchy...

lama betul rasanya x jengah blog ni lantas kesibukan saban hari.... sebenarnya dah lama nak berkongsikan resepi biskut ni atas permintaan rakan dari blog juga tapi atas kekangan masa yang amat mencemburui diriku... baru kini berkesempatan..  x de masa nak menaipnya... kalau copy tu senang jer heheheh.... biarpun dalam hati rasa ingin juga berkongsi dengan rakan rakan rakan di sini.... ok... x perlu nak celoteh panjang panjang.. jom kita lihat resepinya..... sedap ni tau...

oppp... sebelum tu... di sini akak ingin mengambil kesempatan mengucapkan mengucapkan selamat hari raya... insyaallah.. jika diizinkan... tiada pape mungkin esok kita akan menyambut hari lebaran... insyaallah... pohon ampun dan maaf  dari akak buat rakan tauladan yang mengikuti http://norlieharumaini.blogspot.com/

STRAWBERRY CEREAL COOKIES

A
250 g mentega
130 g gula caster
1 biji kuning telur
1 st vanilla
1 st pes strawberry
1/2 st pewarna pink

B
30 g kelapa kering (kisar)
50 g serbuk badam
1/2 soda bicarbonate
120 g tepung jagung
300 g tepung gandum

hiasan:
putih telur
nestum
coklt masakan putih (dicairkan)

1. satukan bahan bahan A dan pukul hingga sebati.
2. masukkan bahan bahan B dan uli hingga menjadi doh
3. ambil sedikit adunan dan bujurkan seperti buat almond london tu.
4. celupkan biskut ke dalam putih telur dan golekkan biskut ke dalam nestum
5. susunkan di atas dulang dan bakar dalam ketuhar pada suhu 150 C selama 30 minit.
6. setelah biskut sejuk hiaskan dengan coklat masakan putih

pesan penaja ** tujuan bakar 150 C selama 30 minit kerana untuk beri biskut lebih tahan lama..

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...