followers

salji

waktu

bird terbang

Saturday, March 12, 2011

ATVT KELAS JW - AYAM MASALA

ASSALAMUALAIKUM..


Ini bukan akak yang masak tapi masakan ini akak snap dari kelas masakan JW. masakan ni simple je tapi akak kira ia mampu memikat selera sapa saja yang merasanya. sedap weh.. resipi telah di ajar oleh puan Shamsiah dari U12 Bandar U. pada mulanya ia agak malu nak tunjuk ajarkan masakannya.. tapi semua ahli telah mendorong dia.. apa salahnya resipi masakan tu di tunjuk ajarkan kepada kami.. di samping mecurahkan ilmu, pahala pun dapat kann...

RESIPI AYAM MASALA

1 ekor ayam - di potong kecil dan di bersihkan
10-15 tangkai cili kering }
4 biji bawang besar        }
1 st jintan manis             } di kisar
1 st jintan putih              }
1 1/2 peket kecil serbuk kari
sedikit air asam jawa
air secukupnya
garam gula secukup rasa
pak aji - jika suka
minyak untuk menumis

panaskan minyak dalam kuali.
tumiskan bahan yang di kisar hingga naik minyak.
kemudian masukkan serbuk kari dan di kacau sehingga sebati.
masukkan ayam dan sedikit air.
apabila mendidih masukkan air asam jawa, garam, gula dan pak aji (jika perlu)
kemudian masak hingga kering.
boleh la di hidangkan.

Friday, March 11, 2011

CUCUR JAGUNG CAMERON

juadah minum petang ni...


 petang ni akak nak ajak kawan kawan di sini makan cucur.. sapa yang teringin meh la..kita makan sama sama sambil minum kita borak borak di bawah pokok... syoknya kan... kena pulak ada yang bawa mangga boleh kita menyicahkan..emm kempunan akak dengan suasana begitu... biasanya hanya ada di kampung kampung je..


makan bubur jagung sudah.., kali ni akak buat cucur jagung cameron pula. kira akak nk perabiskan stok yang ada ni. kebetulan akak beli banyak hari tu..

RESIPI CUCUR JAGUNG CAMERON

1 cawan isi jagung fresh
1/2 cawan udang basah/akak guna udang geragau - di bersihkan
2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 st yis
1/2 st baking soda -tambah
1 st garam
1 st gula
daun saderi/daun sup
1/2 biji bawang besar - di dadu
3/4 minyak minyak goreng
air secukupnya untuk menggaul adunan 

gaul semua sampai sebati. jangan bancuh terlalu lembik atau tersikit airnya.
perap dalam 15-20 minit barulah di panaskan minyak untuk menggoreng.
basahkan tangan dan bolehlah di jemput adunan sejemput demi sejemput ke dalam kuali.
gorenglah hingga kekuningan, angkat dan toskan.

*k.Nor

IKAN REBUS MASAK LEMAK BELIMBING

ASSALAMUALIKUM..


hari ni akak masak yang simple tapi sedap. masakan ni memang menggunakan ikan rebus. x sesuai untuk ikan lain sebab bahan bahannya hanya dihiriskan saja. ringkas dan senangkan... bahan pun x banyak mudah dan cepat di masak cepat di makan! hihihi...
 kalau ada yang teringin nak mencuba silakan... jom jenguk ke dapur akak ye..

RESIPI IKAN REBUS MASAK LEMAK BELIMBING

3 ekor ikan rebus segar sederhana besar- di bersihkan di bahagian perutnya
1 biji bawang besar - di mayang
5 biji cili hijau - di belah tengah
cili api jika suka - belah tengah juga
8-10 biji belimbing - belah 2.* jika xde stok belimbing masukkan 1 keping asam keping.
2 cawan santan
2 helai daun kunyit - di koyak koyakkan
serbuk kunyit
garam

masukkan semua bahan ke dalam kuali lalu di jerang hingga mendidih.
sentiasa di kacau perlahan takut pecah minyak dan hati hati ikan rebus mudah hancur jk sering di balik balikan.
sedia untuk dihidangkan.

* jika suka bolehlah masukan kobis di potong lebar ke dalam masakan ini. sedap juga tapi kena ingat masukkan asam keping.



Thursday, March 10, 2011

BUBUR JAGUNG CAMERON

assalamualaikum..


ni menu minum petang.. dah lama x makan jagung. beli jagung kat pasar malam RM5.00 dapatlah 5 tungkul dapat extra setungkul. kali ini puas betul dapat makan bubur jagung. akak memang suka sangat jagung x kiralah nak masak apa pun, asalkan jagung semua akak layannnn... banyak jugak akak buat. ada yang akak hantar jiran.bubur jagung ni kalau x habis makan sejukkan dalam peti ais lagi best ni...

 

RESIPI BUBUR JAGUNG CAMERON

4 tungkul jagung- di hiris nipis
1 cawan santan pekat
2 cawan air
1/4 cawan sagu - x bubuh. sangkakan ada lagi cari cari dah habis.
2 1/2 senduk lebih gula pasir
garam secukup rasa.
beberapa helai daun pandan

campurkan semua dalam periuk dan masaklah hingga mendidih sambil di kacaukan selalu.
bila dah mendidih sepenuhnya padamkan api.
sedia untuk di hidangkan..

sruuuupppppppp2x..

IKAN MASAK GULAI TEMPOYAK

IKAN KELI MASAK TEMPOYAK

hari ni akak masak masakan orang perak.. masakan ni juga antara peberat akak.. sebenarnya bukan semua orang dalam umah akak ni makan tempoyak.. hanya akak dan anak yang sulung je sukakan ni. dah puas akak ajar dorang makan tapi tetap cicah sesikit je. my laling akak ni orang sebelah utara. mula mula kawin dulu akak nampak dia makan, agaknya masa tu nak memikat hati bapak metua kot...hihihi...suka x suka jamah jugak! nak di katakan dia x suka x juga sebenarnya sebab bila sanak saudara akak berkumpul raya raya menu nilah akak masak sebab ada yang dah lama x makan (isteri orang luar perak hanya masak setakat tambah ilmu tapi x sama dengan air tangan orang perak sendiri)
* bila akak masak gulai tempoyak ni teringat akak pada anak buah suami akak 1 keluarga suka masakan ni. hai..herol, zira, piza, anim..dan mak dorang (kakak ipar) I miss u all.. meh la makan..sedap ni..!

RESIPI IKAN KELI MASAK GULAI TEMPOYAK

2 ekor ikan keli se kerat 2.(ikan patin/kembong/udang/ayam dll pun sedap)
1 biji bawang merah kecil
3 biji cili merah 
10 biji cili api *lebihkan jika suka pedas
1-2 batang serai di titik
1 senduk tempoyak
timun di potong panjang dan buang empulurnya/terung 
air secukupnya * jangan cair dan pekat sangat
sedikit kunyit serbuk dan kunyit hidup di tumbuk
garam 
gula
perasa * jk suka tp akak x bubuh  

tumbuk bawang merah, cili merah, cili api hingga lumat.
masukkan bahan tumbuk dan semua bahan lain dalam periuk
masukkan air secukupnya.
masakkan hingga mendidih baru masukkan ikan.
didihkan sekali lagi dan rasa masin masam manisnya.
boleh la di hidangkan.

Wednesday, March 9, 2011

PARU GORENG BEREMPAH...


maaf le baru hari ini berkesempatan masukkan resipi ni..agak bizi dengan hal lain sampaikan terlupa ada resipi yang tercicir...nasib baik ingat lagi..kekeke..
masakan ini memang dah jadi masakan keluarga akak. sebab sedap! kalau masak ya Ampun.. harumnya satu rumah. resipi ni akak dapat dari majalah SAJI lama. semak SAJI DEC 2003. muka suratnya cari sendiri lah ye..heheh.. 
ok..pada sesiapa yang x de majalah tu dengan baik hatinya akak perturunkan ilmunya di sini...amiiinnnn..


RESIPI PARU GORENG BEREMPAH

1 kg paru rebus dengan 4 helai daun salam serta garam -jk xde xpe abaikan je!
A)
bahan tumbuk:
1/2 sb ketumbar
1/2 sb jintan manis
1/2 sb jintan putih
1 cm kunyit segar

minyak masak untuk menggoreng
B)
bahan sambal/tumbuk:
10 tangkai cili kering
3 tangkai cili merah
20 ulas bawang merah kecil
garam gula

setelah paru di rebus dan potonglah ikut suka.
gaulkan dengan bahan A dan garam.
kemudian perapkan 1/2 jam barulah di goreng garing.
keluarkan minyak goreng tinggalkan cuma 1/2 cawan.
tumiskan bahan B untuk sambalnya hingga wangi, perisakan dengan garam serta gula.
masukkan paru, balik balikan hingga sebati dan hidangkan.

* memang layan kesedapannya..

Tuesday, March 8, 2011

BEGEDIL JANTUNG PISANG

ASSALAMUALIKUM...

TERLEBIH DAHULU DI UCAPKAN SELAMAT HARI WANITA -8 MAC 2011-KHAMIS. SEMOGA  SEMUA WANITA HARI INI CERIA CERIA BELAKA.


pernah dengar begedil jantung pisang ni?? begedil ni menjadi peberat kami sekeluarga tau. kesedapannya x tau nak cerita.. memang sedap! setiap kali akak masak begedil ni memang harum satu umah akak dan tentunya menggamit selera penghuninya kan.. sapa sapa yang suka makan jantung pisang memang resipi inilah akak syorkan. sedapnya mak aihhh... 
resipi ni dah bertahun tahun menjadi koleksi akak. bukan sekadar koleksi je tau..memang dah beberapa kali menu ni berulang tayang di meja makan akak. setiap kali menjamahnya rasa begedil ini bukan di buat dari jantung tapi seolah makan begedil daging/ayam. x percaya cubalah.. cara buat pun x susah dari begedil biasa.

baru ni ada guru kemas di tempat akak mengajar begedil ni "sama tapi x serupa". ampun maaf....maksud akak bukan nak kondem seorang guru masak! tidak sama sekali!! mana boleh di samakan dengan seorang pakar yang boleh mengajar di kelas masakan dan sedangkan akak pula hanya seorang chef yang hanya untuk suami dan anak anaknya...(family akak je!) sekarang pun akak masih belajar dan nak belajar lagi! dunia masakan ini pada akak terlalu meluas. sampai mati pun pasti x habis belajar..


oleh kerana akak tinggal berdua je..akak buat setengah dari adunan ni. tu pun dah cukup. masa membancuhnya guna air sedikit sahaja, cukuplah sekadar sebatikan tepung dalam adunan.begitu juga dengan tepung, guna sedikit sahaja (takut adunan jadi lembik susah nk di kepal dan di leper seperti di dalam gambar ini)
**lihat contoh, masih nampak hirisan jantung!

BEGEDIL JANTUNG PISANG SEDAP CICAH SOS

* alamak malunya..(baru perasan!) ada sekor lalat nk possing maut di situ! 
lalat x byk di umah ni tp mgkn krn bau begedil ni pun mengundang selera si lalat ni!
nanti kau,siap kau lepas ni!!


RESIPI BEGEDIL JANTUNG PISANG
                                                                                                    
2 biji jantung pisang contoh pisang abu - di cincang 
300g udang kertas                     } di cincang 
300g bawang besar -blh kurang } halus         
4 biji cili merah + 1 biji cili padi  }    
1 sm rempah sup        
1/2 st jintan manis  
tepung gandum (agak agak-ikut jantung pisang) *lihat gambar akak di atas! 
garam secukup rasa * jangan banyak sebab tepung x banyak nanti takut termasin!  

2-3 telur - untuk salut -di kocok sikit
minyak untuk goreng tenggelam

gaul semua kecuali telur dan minyak hingga sebati.
kepal kepalkan adunan ini bulat bulat lalu di leperkan seperti kita membuat begedil lain.
buatlah sehingga habis.
panaskan minyak dan celupkan adunan begedil pada telur dan gorenglah begedil tadi sehingga kekuningan dan bewarna coklat.
angkat dan toskan.

hidangkan bersama sos cili.

* di sini akak x letak sukatan AIR kerana ianya terlalu sedikit/agak agak sekadar nk lekatkan adunan shj
                   
di bawah ni akak sertakan resipi belajar dari KEMAS untuk rujukan akan datang.
* sebenarnya akak pun x tau yang mana betul BEGEDIL @ PEGEDIL?!! apa apa pun nama dia, ade aku kisah! jom tengok resipi dari kelas kemas pula.

RESIPI PEGEDIL JANTUNG PISANG

2 biji jantung pisang
2 labu bawang besar
3 biji cili merah
2 tangkai daun sup/bawang *
300g udang basah/daging/ayam - cikgu pilih ayam kisar
2 sudu besar jintan kasar *
2 sudu besar halus
sedikit tepung
garam 
gula secukupnya *
2 biji telur dalam adunan *
2 biji telur lagi untuk salut
minyak secukupnya untuk menggoreng

cara membuatnya sama dengan resipi atas.
* -bahan yang di tambah dalam resipi kelas KEMAS*

# anda bolehlah pilih resipi yang mana suka lepas tu hantar komen di sini..k.

NASI GORENG UDANG KERING TELUR DADAR

Assalamualaikum...

pagi ni akak buat sarapan nasi goreng je.. x de yang specel pun masakan di umah akak waktu pagi. biasanya akak makan simple simple je..


NASI GORENG UDANG KERING TELUR DADAR



NASI GORENG UDANG KERING TELUR DADAR

2 mangkuk kecil nasi - diramaskan
1 biji bawang - di mayang
2 ulas bawang putih - di mayang
5 biji cili api - di pecah pecahkan
1 sudu besar udang kering di bersihkan dan ditumbuk 
telur dadar mayo - di potong dadu
2 sm sos tiram
sedikit sos ikan
sedikit minyak untuk menumis

panaskan minyak masukkan bawang, cili api masak hingga garing masukkan pula udang kering sampai naik bau, sos tiram, nasi kacau hingga rata dan masukkan telur dadar mayo, gaulkan lagi. akhir sekali renjiskan sos ikan sebagai pengganti garam.gerenglah nasi hingga sebati semuanya.
sedia untuk dihidangkan.sedap ni..

*x perlu masukkan garam sebab udang kering, sos tiram,telur dadar (dh ada rasa garam) sos ikan sudah masin.

TELUR DADAR MAYO


telur dadar ni wp simpla tapi sedap.. akak x bubuh banyak bahan dalamnya takut ada yang x makan. akak pun buat x banyak cukuplah untuk makan berdua lagi pun telur ni hanya menu sampingan je. 
yukk.. mari tengok cara akak masak telur ni. 

RESIPI TELUR DADAR MAYO PERISA CENCALUK

2 biji telur - di kocok
1 sd mayo
1 sb cencaluk
3 tangkai cili api - hiris halus * ikut kepedasan sendiri
sdkt daun sup - hiris halus

masukkan semua bahan ke dalam telur dan kocok lagi hingga sebatikan semua.
panaskan kuali non stick dan tuangkan semua adunan dalam kuali dan tutup kuali sebentar.
buka tutup periuk dan terbalikkan telur dadar.tutup api dan bolehlah di hidangkan seagai lauk sampingan.

Monday, March 7, 2011

OLE OLE DARI LANGKAWI


sebahagian dari pemberian jiran sebelah rumah yang baru balik dari Langkawi. terima kasih daun keladi.. buat yus dan elly. sedap chocolate ni. kawan kawan nak..?ehek..ehek..ala..dh abis daa.. 

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...