followers

salji

waktu

bird terbang

Monday, April 4, 2011

ATVT KELAS JW - PUTERI AYU

ASSALAMUALAIKUM...
semoga ceria ceria selalu hendaknya.. 

ini N3lama di kelas masakan JW di tempat akak. sampai terlupa akak nak masukkan di sini.. puteri ayu ini telah di kongsikan resipi oleh puan Zaitun dari 52 U8 Bandar Universiti. puan Zaitun ni adalah seorang pengusaha kueh mueh untuk jualan pagi.
puteri ayu ni sedap lembut dan gebu. dah namanya seorang pengusaha kueh pasti kueh muehnya menepati citarasa customer.. kalau x masakan boleh laris di pasarankannnn..!
pada siapa yang teringin @ dah lama x merasa kueh ni boleh kita cuba resipi puan Zaitun ni pula...


RESIPI PUTERI AYU

1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
3 biji telur
1 st ovalet
1/4 sedikit pewarna hijau
beberapa helai daun pandan

hiasan atas:
1/2 biji kelapa parut - putih
garam secukupnya 
sejemput tepung gandum
*campurkan semua bahan hiasan

panaskan kukus terlebih dahulu.
pukul telur, gula dan ovelate hingga kembang dan masukkan tepung lalu di gaul rata.
blend daun pandan dengan santan hingga halus lalu di tapis dan tuangkan ke dalam adunan tepung dan dikacau hingga sebati.
ambil sedikit bahan hiasan atas dan masukkan ke dalam acuan lalu di tekan sedikit supaya ia padat.
tuangkan adunan yang telah di sebatikan ke dalam acuan puteri ayu.
kukuslah selama 5-10 minit/bergantung kepada api dapur masing masing.

Sunday, April 3, 2011

AL-KISAH ANAKKU..RAHSIA TERBONGKAR!! (^__^)


inilah kawan kawan anak ku yang sama jurusan.. dorang g ipoh kerana ada even balik lambat x boleh masuk kolej.. dorang memang dh tau.. pak guard xkan benarkan dorang masuk sbb dh terlebih time! sampai kat umah akak pun dh 12 lbh terpaksalah melepak kt umah akak.
dorang ni x pandai jalan di sekitar ipoh. sorang dari kelantan dan dua orang dari negeri 9, jadi ke mana saja nak meronda ipoh anak akaklah sebagai penunjuk arah.. kebetulan pulak anak akak yang sedang belajar di Penang pun balik. jadi bertembunglah dengan mereka2 ni..anak akak dah x boleh nak berdalih lagi daa. haaah... terkejut gilaaa... nak tau ape??!! x percaya yang anak akak ni kembar!! hahaha.. x percaya langsung!! sebab anak akak x pernah cerita langsung dirinya kembar pada kawan kawan! kalau ada yang tau pun memang dia x layan dan x kan mengaku kembar punya. yang seronoknya bila ada yang terjumpa kat wall FB heboh dikatakan ada terjumpa muka 2 serupa tapi nama dan tempat tinggal lain! ada yang tuduh konon anak akak sengaja menyamar buat 2 FB yang berlainan nama.. kawan kawan dorang keliru yang mana satu betul bila add di FB... 
kelakar.. kelakar...
sebenarnya bukan akak x benarkan dorang tidur di umah akak tapi di kala ini umah akak tengah x terurus lagi.. bilik pun x boleh di gunakan lagi sebab belum di plasterkan lagi.. keadaan bersepah dengan barang di sana sini.. kesian kat dorang x dapat tidur dengan selesa. pukul 3 pagi dorang keluar g minum teh tarik kat kedai mamak berdekatan. apo nok di katokan laie... pagi tadi yang ini saja dapat akak jamukan buat dorang.
*dalam gambar ni adalah rakan2 anak.

ATVT KELAS JW - SAMOSA



ni adalah dari ATVT demo untuk jiran wanita secara open. yang jadi chef kali ini ialah puan Mazlina U10 Bandar U. puan ina ni adalah S/U JW dan juga seorang staff awam di Balai Polis Seri Iskandar. dia juga telah berkongsi resipi kueh samosa yang sedap dimakan. lihat resipinya yang terpapar di white board di bawah.


ATVT KELAS JW - PUDING DURIAN

haha... yang ni pun sebenarnya akak masak dalam demo JW gak.. pada mulanya x de nak masak pun yang ni tapi oleh kerna stok durian ade lagi, x kan nak buat tempoyak kot ekekeke... jadi akak tunjukkanlah demo membuat puding durian ni.. sedap tau puding ni lemak berkrim rasanya.. puding ni kalau di sejukkan di dalam peti ais seolah kita sedang makan aiskrim la kononnya... hahaha...
puding ni pun akak dapat sepotong juga.. sebelum beku teringat nak snap tapi bila dah beku terus lupaaaaa..lagik! ermmm... : (
pada yang suka durian @ aiskrim durian boleh la cuba yee...


PUDING DURIAN

A) blender:
1 biji durian
1 cawan pati santan/ akak guna susu cair
2 sm susu pekat

B) 
18g serbuk agar agar
2 cawan air
1 1/2 cawan gula
1 cawan air pandan
esen rose(opt) akak x bubuh sebab x suka
sedikit garam

masak bahan B hingga mendidih dan campurkan bahan yang telah di blender tadi.
masaklah  hingga mendidih sekali lagi dan tuang di dalam loyang 9".
bila sejuk simpan di dalam peti ais.
sedap makan sejuk sejuk.



* hamizah hassan -rakan baik kelas masakan

ATVT KELAS JW - DURIAN DREAM CAKE

agak segan nak berceloteh tentang kek ni... kenapa?!~ sebab akak bukan seorang chef!! hahaha......
atas permintaan rakan rakan dan ada yang sanggup menghulurkan durian untuk akak membuat demo masakan JW. untuk pengetahuan... ni bukan baru pertama kali akak berkongsi resipi untuk JW ni. dah banyak kali sebenarnya... demo kali ni di taja sepenuhnya oleh tabung JW.. jadi JW belajar free lah kali ini.. berbaloi.. makanan juga di sponsor oleh akak dan ahli  JW yang lain sebab ada yang menyambut hari kelahiran serentak dengan bacaan doa selamat je.. x de acara tiup lilin tau...
maaf le.. x ingat nak mbik gambar ketika baru siap.. maklumlah ramai masa tu.. kek pulak wangi bau durian jadi ada x sabar nak merasa! tinggallah untuk akak sepotong.
rasa kek ini sedap lembut gebu dan halus teksturnya.. x percaya cubalah..



cara caranya:

pukul butter dengan gula hingga kembang.
masukkan telur 1 persatu dan pukul lagi hingga gebu.
masukkan tepung dan susu secara berselang seli lalu di gaul hingga sebati.
akhir sekali masukkan isi durian yang sudah dilecek dan gaulkan sehingga sebati ke semuanya dan tuangkan ke dalam acuan yang sesuai yang di gris terlebih dahulu.
bakar 170C hingga 45minit-1 jam @ hingga masak

Saturday, April 2, 2011

STEAM SOFT BANANA CAKE



sebenarnya semalam akak bizi kerana menyiapkan menu2 yang akak paparkan bermula dr muffin pisang coklat hinggalah menyiapkan steam soft banana cake ni.., kuah kacang dan nasi impit ni pula atas permintaan en.hubby untuk majlis JW pagi tadi.
kebetulan anak anak dari U pun balik.. dan masa ini keadaan umah macam tongkang pecah.. belum siap lagi sepenuhnya...waduh...capek bangat ni..
kalau ikutkan hati mau seminggu MC dari dapur official ni ekekeke... boleh MC ke agaknya ni? tapi mana mungkin weh..!! tarak sapa nak kasi punya!

sebenarnya steam soft banana cake ni dah pernah buat dulu tapi bahagian lapisan atasnya keras kematu! hohoho.. nape jadik macam tu erk... tapi masih x serik mencuba lagi ni. bahagian bawahnya kali ni amat amat lembut sebab akak pandai pandai masukkan sedikit ovellate.. huik..gatai tangan namanya! akak buat semuanya berasaskan produk pisang kerana nak habiskan stok pisang..aduiii..bila la nak habis ni..cucur pisang entah berapa kali buat daa.. nak buat lepat pisang x de daun la pulak!

STEAMED SOFT BANANA CAKE
source : Rima
source : K.Nor@SecubitGaram


Ingredients
A
200 gm. mashed banana
1/8 tsp. vanilla essence
1 tsp. Bicarbonate of soda
a pinch of salt

B
3 small eggs
100 gm. brown sugar ~ k.nor letak 75gm
100 gm. Hong Kong flour (u can use pao or superfine flour)
1 tsp. Baking powder
65 gm. cornoil
35gm chocolate chips ~ yg ni k.nor tambah


Top Layer
2 eggs
60 gm. sugar
25 gm. water ~ k.nor guna susu fresh
65 gm. Hong Kong flour (u can use superfine or pao flour)


Method
(1) Mix all the ingredients (A) together and set aside.
(2) Whisk eggs and sugar together till fluffy, add in flour and baking powder and mix till well combined. Add in mashed bananas mixture and cornoil and stir till well combined.
(3) Pour into a greased and lined loaf pan and steam for 15 to 20 mins till cooked.
(4) For topping: Whisk eggs and sugar till fluffy, add in water and flour and mix till well mixed.. (fold in flour and mix gently) Pour on top of steamed banana cake and steam again for another 15 mins or till cooked.
(5) Serve


* kaedah K.Nor (utk menghasilkan bahagian putih terletak atas bila kita tonggengkan/terbalikkan kek)
buat bahagian B dahulu dan kukus, lepas tu baru buat bahagian A dan kukus lagi hingga masak.
* k.nor sarankan utk bahagian putih tu, pukul dgn mixer utk menghasilkan teksture kek yg lebih gebu dan lembut.


sebenarnya akak tersalah acuannya. akak terguna acuan berbunga. acuan ni rendah je, bila akak  topupkan lapisan atas semasa mengukus habis merempah ruah.. maka jadilah nipis lapisan atasnya. sepatutnya akak guna acuan yang merah kerana boleh isi banyak adunannya..



ATVT JIRAN WANITA (KRT)



inilah ATVT JIRAN WANITA (KRT) BANDAR UNIVERSITI SERI ISKANDAR di tempat akak. beginilah acara yang berlangsung setiap hari sabtu jam 9.00 pagi.
rasanya dah banyak kali akak bercerita tentang ATVT kami di sini tapi harini lain sikit, kali ini JW membuat demo masakan secara open di samping itu JW membuat majlis bacaan doa selamat kesyukuran sempena menyambut hari lahir ahli JW yang jatuh pada jan/feb/mac dan april 2011.


kami menjemput ahli surau untuk membaca doa selamat, pengerusi KRT, wartawan SINAR iaitu puan CT (terlupa ambil gambarnya) untuk mempromosikan JIRAN WANITA di mata umum. Alhamdulillah..wp majlis itu serba sederhana tapi seronok dan cukup ceria..
rakan yang sambut besdei ialah puan Marliah Awang, kebetulan sambut hari lahirnya semalam, puan Azian  yang akan menyambutnya esok dan tidak ketinggalan RAKAN MUDI iaitu Ateh.SELAMAT HARI LAHIR semua..tadi akak dah belanja makan tau..!!
JW yang membuat demo masakan pula ialah Puan Mazlina dan akak sendiri.. hihihi..malu Ahaks



*DURIAN DREAM CAKE
                        *PUDING DURIAN
                                                                                  *SAMOSA (bawah)







MUFFIN PISANG COKLAT


akak rasa x puas hati dengan pembikinan muffin ni.. bukan salah resipi tapi mungkin salah akak. hati akak yang x tetap masa tu. ada saja gangguan.. dapat panggilan anak suruh mbik di stesyen ketapi batu gajah la..tetiba sakit perut teramat sangat mungkin sebab seharian suntuk rupanya terlupa makan nasi!, waa..patut la letih bangat! lepas tu kena hantar kawan anak balik ke rumahnya. balik rumah dah jauh malam ingatkan nak berehat tidur tapi teringat pulak nasi impit belum di rebuskan lagi..adoiiii.. bizi benor ngalahkan menteri weh..!!


RESIPI MUFFIN PISANG COKLAT
Sumber: yatiememories

Bahan-bahan
1 3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan serbuk koko
1 cawan gula kastor
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat
1/2 sk garam (x letak pun dh ok)

1 cawan fresh milk
1 biji telor - pukul sikit
1/3 cawan minyak
1 sk esen vanila
3/4 cawan choc chips

Cara Membuat
  1. Campurkan tepung, gula, serbuk koko, soda bikarbonat, baking powder dan garam.
  2. Ayakkan dan ketepikan.
  3. Dalam bekas lain, campurkan susu, telor, esen vanila dan minyak. Kacau rata.
  4. Masukkan campuran tepung tadi. Kacau rata guna whisk aja.
  5. Masukkan choc chips.
  6. Sudukan adunan ke dalam muffin cup/paper cups 3/4 penuh dan bakar selama
  7. 15 minit/hingga masak. (boleh juga dikukus selama 12 - 15 minit)

Friday, April 1, 2011

ASAM PEDAS MELAKA


 maaf sedikit terlewat meletakkan resipi di sini.  semalam amat bizi dengan urusan di dapur dan segala urusan yang perlu di bereskan. waduh waduh.. capek sekali aku di buatnya.. eh.eh.. kenapa aku berbahasa indon pulak ni.. hah..nak tau ceritanya.. sebenarnya ada buat renovation rumah sikit..ubah kedudukan pintu bilik je.. pekerjanya semua indon! jadi lidahku dah berputar bahasa dia, pekat habis bek!! hahaha.. kalau aku cakap bahasa melayu diorang seperti terpaku x faham pape, woik..aku lak yang kena tiru bahasa dorang!! susah la camnikannn..
ermm.. ni masak ape? haa.. ramai yang pandai jawabkan. masakan glamer gitu.. ni masak kegemaran akak dan anak akak. my laling 
kureng sikit sebab setiap kali akak masak ni dia terkenang zaman silamnya.. masa tu katanya zaman bujang trang tang tang lagi.. waktu tu dia bekerja di negeri 9 ada sorang kakak ni memasak bayar bulan untuk semua penghuni rumah bujangnya.. dorang kata x kiralah akak nak masak ape sekali pun dorang semua makan. masak asam pedas pun kami makan..!! rupanya berulang selang sehari menu ini di masak oleh kakak tu.. sampaikan bila bekalan yang di hantar ke rumah sewa tu dorang dah pandai meneka masakan apa yang di masakkan oleh kakak tu. hahaha.. makanlah dorang sampai naik jemu. yang x syok tu.. bila akak masak..wp sedap macam mana sekali pun bukan menjadi pebretnya...huhuhu penat akak masak tau!!

RESIPI ASAM PEDAS MELAKA

600g ikan kembong/parang dll - akak guna ikan kembong.
1 batang serai - diketuk
1/2 sm asam jawa + 400ml air
1 sb puri tomato - akak guna tomato sos
300g kacang bendi - alamak akak terlupa beli!
100 ml minyak
1 sm gula
sedikit garam
sedikit belacan
sedikit daun kesum
1 kuntum bunga kantan - belah 4
sepotong lengkuas - di ketuk

kisar:
15-20 tangkai cili kering - rendam
3 sm kelapa parut - di goreng keemasan (tumbuk kasar)
1 st jintan manis } di sangai dan di tumbuk
 1 st jintan putih }
5 biji bawang merah
3 bawang putih

panaskan minyak.
masukkan serai dan lengkuas.
tumiskan bahan kisar hingga kering dan terbit minyak.
campur air asam jawa, puri tomato,ikan, daun kesum, gula garam, belacan.

* kuahnya mesti sama paras ikan. jangan terlalu cair.

NASI IMPIT KUAH KACANG LEBIU..LEBIU..


gambar masakan ni pun dah letak semalam tapi bizi sangat nak masukkan resipi, hanya sempat masukkan gambar je.. lepas tu buat urusan lain. kalau lain kali ada yang terlihat gambar je faham fahamla..noo..
akak saja cetak bentuk lebiu terutama nak hidangkan untuk my laling.. biar dia nampak depan matanya penuh dengan lebiu..lebiu. dah x payah nak ucapkan kata kata sayang selalu, melalui juadah hidangan pun dah boleh terucap!! hahaha.. dah terbukti di depan mata..nak ape lagiiii..wakakaka..


KUAH KACANG/SATEY

300g kacang tanah - di sangai dan kisar jangan halus sangat
*100g gula halus   }agak agak
*100g gula merah }
40g asam jawa ] di ramas 
500ml air         ] sekali dan tapis
1 st garam - agak agak
1 st serbuk kunyit
2 biji buah keras - untuk naikkan lemak - blend
1 st jintan putih - kisar halus
1 st jintan manis - kisar kasar
1 sm ketunbar           }
2 sm halia muda        } 
2 cm lengkuas           }
20 tangkai cili kering  } blend
20g udang kering       }
5 ulas bawang putih   }
7 biji bawang merah  }
2 batang serai
1 cawan minyak

* 1 biji tomato biji (petua)

air asam jawa, kacang tanah dan gula pasir dan gula merah di gaul dan ketepikan.
panaskan minyak. 
tumis bahan blend hingga wangi.
campurkan gula garam, serbuk kunyit dan masukkan kacang. masaklah hingga terbit minyak.

* tomato biji hanya petua orang lama. x ikut pun x pe.. hanya masukkan sebiji terus ke dalam kuali untuk menandakan bila buah tu hancur dengan sendirinya bermakna kuahnya sudah masak. bolehlah di hidangkan.

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...