followers

salji

waktu

bird terbang

Wednesday, August 8, 2012

BISKUT AISKRIM CONETTO


biskut ini adalah salah satu koleksi simpanan akak.. oleh kerana ada permintaan oder jadi akak buatkan juga...


RESIPI BISKUT AISKRIM CONETTO

750g tepung gandum
50g tepung jagung
520g mentega butter
50g tepung aiskrim perasa coklat
2 biji kuning telur
280g gula halus
2sb susu tepung

Hiasan:
sedikit coklat cair
badam hancur / croquant
kuning telur


putar gula dan mentega butter hingga kembang, masukkan telur dan tepung aiskrim, kacau hingga sebati.
kemudian campurkan semua jenis tepung, kacau hingga menjadi doh lembut
canai seperti biasa dan gelekkan pula dengan roll tat (2 kali berlainan arah / bersilang). kemudian diterap dengan acuan aiskrim. seterusnya sapukan dengan kuning telur dan bakar hingga masak.
apabila sejuk ke dalam coklat cair, taburkan croguant

MENERIMA TEMPAHAN CUSTOMER - BISKUT BUNGA TULIP(HANTARAN)


antara biskut yang selalu mendapat tempahan untuk hantaran..


sebenarnya biskut ini buat sebelum ramadan dulu.. lupa nak masukkan di blog ni.. hanya masukkan di fb jer... sangkakan akak dah masukkan.. lupalah pulak.. hehehe


 gebu dan sedap


RESIPI BISKUT BUNGA TULIP (hantaran)

A)
100g mentega
50g gula icing/1sb susu pekat
1 biji telur
1/2 st esen vanila
1/8 st garam

B)
160g tepung gandum
25g tepung jagung

Bahan hiasan:
jem
1biji telur+ pewarna kuning - gaul

campurkan ke semua bahan A lalu kacau rata
kemudian masukkan bahan B dan di adun sebati.
canaikan.
terap dengan acuan khas.
letakkan jem.
kemudian lipat.
sapu telur+ pewarna.
masa kebakaran 10-15 minit /170'C
siap.

Tuesday, August 7, 2012

BISKUT FORRERO MALAYSIA


yang ni juga biskut yang bakal glamer di meja hidangan akak nanti.. amat amat sedap.... dah lama akak mencari resepi biskut baru kini ketemu juga akhirnya di majalah Saji 8/2012... resepi dari Zuraini Alias yang semakin popular menghiasi majalah majalah masakan... syabas dan tahniah kerana sudi mengongsikan resepi yang sedap...
biskut ni x termasuk dalam list sample biskut raya untuk order ye.. hanya makan sendiri je...


walaupun x seindah Forrero ori tapi dapat buat Forrero Malaysia pun buat hatiku gumbira x terkata...


 untuk biskut sendiri sengaja akak tabur almond nib yang mewah gituuuu...


maaf akak malas nak menaip resepinya di sini... nak cepat... ngeeeee
nampak x resepi yang tertera ni? kalau x nampak gak.. maka kenalah cari majalah Saji edisi Resepi Biskut Raya Dulu & Sekarang.


rasanya nampak resepi ni wp akak snap dari majalah je... :-)

BISKUT GREEN PEAS / PERMATA ZAMRUD


biskut yang menjadi hidangan setiap tahun.. sambutan yang menggalakkan...  buat banyak pun x kisah.. sure habis punya... biskut ini tidak termasuk dalam senarai sample biskut raya akak... ia hanya buat untuk makan sendiri dan hidangan tetamu je..


ada juga para tetamu memanggil biskut ini dengan permata zamrud sebab warna hijaunya kut.. apa pun nama yang diberi.. biskut ini ramai peminatnya.... hehehe

RESIPI BISKUT GREEN PEAS

600g kacang green peas serbuk
600g tepung biskut (red ros flour)
400g gula icing
2sb garam halus
4st baking powder
450 ml minyak jagung(agak agak x melekat di jari)

HIASAN:
2 biji kuning telur + pewarna hijau
coklat green rice


masukkan semua bahan di dalam bekas besar kecuali minyak.
tuangkan minyak sedikit sedikit dan di gaul hingga sebati kesemuanya.
gaulkan sehingga x melekat di tangan.
kemudian bolehlah di bulat bulatkan dan susun di atas tray.
sapukan kuning telur yang di campur pewarna hijau di atas biskut.
kemudian tabur coklat green rice.
bakar 160'C 15-20 bergantung pada oven.


pemandangan dari atas balang... 600g kacang green peas serbuk
 dapat penuh sebalang


wow.. dapat sebalang besar uuuuuuuuu...

ROLLED PINEAPPEL TART


tart yang sedap dan rupanya yang gebu..
tart ni amat cantik warna kekuningan... 
tart ini juga termasuk dalam senarai tempahan hari raya setiap tahun...
akak berhasrat nak membuat khas untuk Mr Hubby yang memang peminat setia tart ini.... cuma sekarang ni akak terpaksa menyiapkan semua tempahan barulah akak nk mula buat untuk sendiri... harap harap sempat menyiapkan untuk santapan suamiku.. hehehe


 biasanya akak x letak pun tepung kastad, tepung jagung dan minyak sapi cuma kadang kadang ada juga letak tepung susu. gula pula biasanya akak hanya letak icing sugar je tapi kali ni resepi ni amat berbeza dengan caster sugar..

RESIPI ROLLED PINEAPPEL TART

Bahan2:
226g butter - room tempt
270g tepung gandum
20g gula kastor
30g tepung jagung
40g tepung kastard
20g susu tepung
1 biji kuning telur
1 tsp vanila
1 tbsp minyak sapi
1 biji kuning telur (untuk sapuan)

Inti jem nenas:
4 biji nenas muda
2 1/2 tbsp gula
kulit kayu manis
Bunga cengkih
Daun pandan
1 tsp esen vanila

Cara2 membuat inti:
1. Parut nanas hingga halus (jangan buang airnya).
2. Masak nanas tadi bersama daun pandan hingga kering sambil di kacau supaya tak hangus.
3. Setelah agak kering, masukkan gula, vanila, bunga cengkih & kulit kayu manis. Kacau hingga likat. Angkat & sejukkan.

Cara2 membuat doh:
1. Pukul telur, butter, minyak sapi, gula & vanila hingga kembang.
2. Dalam mangkuk sederhana besar, ayak tepung gandum, tepung jagung, tepung kastard & susu tepung bersama. Masukkan sedikit demi sedikit kedalam adunan sambil terus memukul pada kelajuan perlahan.
3. Jika adunan masih melekat pada tangan, tambahkan sedikit tepung. Jika adunan kering pula, tambahkan sedikit butter. Tutup adunan supaya tak kering & mengeras.
4. Masukkan adunan dalam acuan & tekan keluar, letak jem & gulung kemas.
5. Sapu sedikit kuning telur atasnya & bakar pada suhu 160 C selama 10 - 15 min atau hingga masak ( simpan di rak tengah masa membakar).

Saturday, August 4, 2012

KUIH JONGKONG MANGKUK


sekali pandang pertama dengan resipi kak fida di myresipi.. terus nak mencuba... sebenarnya akak dah buat lama dah kuih jongkong mangkuk ni.. tapi baru sekarang baru sempat update di sini.. bulan puasa ni agak kesempitan masa je rasanya... 


rasa kuih jongkong ni boleh tahan sedapnya.... akak suka

KUIH JONGKONG MANGKUK

Bahan-bahan ( 24 mangkuk plastik 100ml )

secukup gula melaka dihiris halus atau gula merah
ADUNAN HIJAU :-
1 cawan tepung beras
2 sk tepung sagu
5 cawan santan cair = (100ml KARA + air)
1 sk pes pandan
1 sk air kapur
ADUNAN KUNING :-
1 cawan tepung beras
2 sk tepung sagu
5 cawan santan pekat = (400ml KARA + air)
2 sk garam
sedikit pewarna kuning
Cara-cara

 Bubuh 1/2 sb hirisan gula melaka/gula merah kedalam mangkuk2 kecil dan ratakan.Ketepikan.
 Campur kesemua bahan hijau,tapis dan masak hingga hampir pekat dan matikan api.
 Tuang adunan hijau tadi ke dalam mangkuk berisi gula melaka dan kukus hingga gula mencair.
 Sementara itu campur pula adunan kuning,tapis dan masak hingga hampir pekat dan matikan api.
 Tuang adunan kuning ke atas lapisan hijau dan kukus lagi hingga kuih masak lebih kurang 15-20 min.
 Keluarkan kuih jongkong dan hidangkan suam atau dingin.



MENERIMA TEMPAHAN CUSTOMER - MOIST CAKE


 rezeki dibulan puasa..




Thursday, August 2, 2012

APAM COMEL YIS


teringin sangat nak makan apam tapi di bulan puasa ni rasa nak makan tu meluap luap tapi bila dah berbuka... tengok pun boleh kenyang.. akak cuma makan 2 ketul je.. yang lain lainnya semua akak sedekah je.. risau takut x habis..


apam ni amat sedap gebu dan lembut je.. x rugi nak cuba...

APAM COMEL YIS

Bahan-bahan ( 30 biji )

1 cawan tepung beras
1 cawan gula pasir
2 cawan tepung gandum
1 cawan nasi sejuk dimesin bersama 1 cawan air
1 sudu makan yis
1 cawan air suam
pewarna ikut suka


Cara-cara

Mesin nasi bersama air sehingga halus .
Masukkan semua bahan kecuali pewarna ke dalam campuran bubur nasi.
Tambah pewarna. Kacau. tutup dan biarkan 3-4 jam.
 Cedukkan adunan ke dalam mangkuk kecil sehingga hampir penuh. Kukus selama 10-15 minit dengan api yang kuat.
Setelah apam masak, rendamkan mangkuk kuih ke dalam sedikit air selama 5 minit supaya senang untuk mengeluarkan kuih dari bekas
Coretkan sedikit pewarna jika suka untuk buat colour-colour.

MENERIMA TEMPAHAN CUSTOMER - KEK KAREMEL


rezeki di bulan puasa...




KEK KAREMEL


Gula Hangus :

2 sudu besar gula pasir

Sediakan loyang 8 inc.
Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan
Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras.
Ketepikan


Bahan Karemel:
1/2 tin susu cair
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur

Kacau susu dan gula hingga gula larut.
Kacau telur dan esen perlahan.
Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
Ketepikan.
Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
(Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )

Adunan Kek Bahan 1:
70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air 
45ml minyak masak

Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.

Adunan Kek Bahan 2:
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder

Matikan  mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
Masukan  sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
Ketepikan.

Merinque:
6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor
1 sudu teh krim of tar2

Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
Pukul putih telur hingga berbuih
Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi.
Gaul rata secara kaup balik
Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.

Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
Letakkan pewarna yang anda sukai.

Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi.
Belang- belangkan adunan
Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula  3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.
Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
Akhir sekali dengan satu sudu.
Lorekkan atas adunan dengan lidi.

Panaskan oven terlebih dahulu. Ita panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven ita tukar pada suhu 160C
Gunakan api bawah sahaja. 

Kaedah Steam Bath 
Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
Letakkan pada rak bawah dalam oven.
Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...