Monday, October 31, 2011

BIHUN SUP LANGKAWI KEDAH TERBAEK PUNYA..!!


bihun sup Langkawi ni adalah yang terbaiek yang pernah akak rasa.... memang sedap.. malah kawan kawan akak pun kata sedap!! kalau ada mesyuarat @ meeting bihun sup Langkawi nilah yang menjadi pilihan.. malah open house di rumah YB pun turut menempah bihun sup ni.. juga setiap kali ada kurban di surau di tempat akak memang semua memilih Bihun Sup Langkawi ni..

sebenarnya bukannya senang seorang peniaga senang senang nk beri resipinya pada oranglain..  takut tertutup  rezeki dan periuk nasilah katakan.. resipi ni adalah resepi keluarga seorang kawan suami yang mana adiknya seorang peniaga sup di Langkawi.. sekali masak sampai 2-3 piuk besar punyaaa!

ada juga seorang peniaga nak membeli dan belajar dari kawan suami akak ni tapi dia keberatan untuk memberinya.. entah macamana nasib menyebelahi akak.. mungkin asalnya akak selalu membantunya menyediakan sekali pabila keluarga menjemput kawan kawan makan makan di rumahnya.. secara x langsung dia telah mengajar akak.. terimakasih cik Jui..

untuk pengetahuan semua.. resipi yang di ajarnya pada akak bukanlah ada sukatan resipi yg tepat jadi akak pun xdelah nak buat resipi yg lengkap.. kalau akak buat pun semua main agak agak jer...


jamuan di majlis Tabung Khairat Kematian.. siap terhidang..


woww.. besar periuk ni.. jangan x percaya... muatlah untuk seorang dewasa baring di dalamnya..
jika ada yang membuat qurban / aqiqah lembu @ kerbau sempena raya Aidil Adha ni bolehlah ikut resepi.. gerenti POWER sup kedah ni...

RESIPI BIHUN SUP LANGKAWI KEDAH

10 kg Daging (potong ketulan besar berat sekilo seketul pun boleh)
2 kg tulang

BAHAN YANG PERLU DIBERSIH SECUKUP BERSIH: * bahan ini x perlu dibuang kulit @ dipotong.
10 batang serai *
1 ketul lengkuas (besar) *
2 ketul halia (besar) *
 3 labu bawang putih *
10 biji bawang merah *
secekak daun leek *
sepohon batang calery *
beberapa helai daun pandan - simpulkan *

2-3 senduk besar gula @ secukup rasa
pak aji
2 kotak besar kiub ayam
RM 1.00 lada hitam timbang - blend halus
garam
segengam kulit kayu manis
segengam bunga lawang
buah pelaga
air secukupnya (periuk besar daging mesti tenggelam)

masukkan daging di dalam periuk besar dan dikuti dengan air sehingga daging tenggelam dan hampir 3/4 penuh periuk. masakkan di atas api.
bila sudah mendidih masukkan ke semua bahan yang telah di bersihkan, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga. biarkanlah ia masak 2-3 jam supaya daging ketulan besar dapat empuk dengan sempurna. (air boleh di tambah jika surut).
setelah daging empuk keluarkan ke semua bahan yang di rebus bersama daging tadi. hanya tinggalkan ketulan daging yang besar.
teruskan merebus.dan masukkan kiub ayam, gula, pak aji, garam, lada hitam. bolehlah di rasa kuah sup ini. sebatikan rasanya seimbang.
bila sudah secukup rasa angkatlah ke semua ketulan daging di dalam periuk besar tadi.
sejukkan dan bolehlah di potong untuk jadikan bahan hiasan bihun sup.

** untuk pengetahuan: kuah sup ini hanya kelihatan kosong tanpa ada tinggal satu bahan pun di dalam kuahnya termasuklah 3 sekawan tadi.


BIHUN:
1 1/2 kampit bihun yang besar -rendam + serbuk kunyit.
bila bihun sudah agak lembut bolehlah di celur sekejab @ dikukuskan.


HIASAN / TABUR:

Daging ketulan besar yang telah di rebus empuk - dipotong kiub kecil kecil
daun sup -       } dihiris halus
daun bawang -}
1 kampit besar bawang goreng
1kg lobak masin - dicincang halus halus


SOS KICAP:

3 botol kicap
1-2 kg cili api
5-6 ulas bawang putih
limau untuk dijadikan jus
* sedikit bawang goreng - jika suka
sedikit minyak

panaskan minyak. goreng cili api dan kacaukan hingga cili sebati, layu dan angkat. sejukkan sekejab.
bawang di layur pada api sekejab @ kalau x nak gorengkan dan angkat.
tuang kicap dalam blender masukkan cili goreng dan blend hingga sebati bersama bawang putih.
jika suka bolehlah diblend sekali dengan sedikit bawang goreng hingga sebati.
tuangkan di dalam mangkuk masukkan jus limau, garam dan gaulkan sehingga secukup rasa.

Tuesday, October 25, 2011

AGAR AGAR MERAH / HIJAU


Agar agar yang tidak hilang dek zaman.. sentiasa di minati ramai...

sebenarnya resipi ni di ambil dari peket serbuk agar agar.. mudah dan senang..

RESIPI AGAR AGAR MERAH / HIJAU

1 kampit agar agar serbuk 25g
3 L / 10 gelas air
500 g gula
pewarna merah / hijau @ apa saja pilihan hati


campurkanan semua dan dimasak sehingga air mendidih. kacau perlahan lahan.
masukkan pewarna.
tuangkan ke dalam acuan @ mangkuk dan biarkan sejuk.

Saturday, October 22, 2011

AIR BEPERISA SPRITE / 7UP


wah.. berpeluh kedinginan air ku... air ni kalau minum memang x menjemukan.. hilang segala dahaga....
jemput minum semua.. masih banyak lagi ni...

RESIPI AIR BEPERISA 

1 botol pewarna hijau 
1 botol perisa pisang
1 botol perisa oren or 1 botol kecil oren sunquick
3 kg gula
2L air

masak air dan gula hingga mendidih dan larut.
masukkan pewarna hijau
masukkan pula perisa oren atau sunquick. dan didihkan sebentar.
tuangkan perisa pisang kacau sekejab terus tutup api.
biarkan sejuk baru di simpan dalam botol.

* x perlu simpan dalam peti ais
* jika guna sunquick tambah lagi 1/2 botol pewarna hijau - jika suka
* akak guna star brand

Friday, October 21, 2011

SATAY LILIT (AYAM)


* atas- sudah siap dibakar
* kanan- proses perapan
* kiri- baru siap dililit



resepi ni bukan akak yang punya.. akak ambil dari kelas Kemas yang akak belajar tempuhari... sedap tau..

RESIPI SATAY LILIT (AYAM)

1 kg isi ayam - potong nipis, panjang isi ayam anggaran 2in
bahan kisar *:-
2 sd cili kisar *(jika suka)
3 batang serai *
5 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1 sb jintan manis kasar *
1 sb jintan halus *
1 sb ketumbar *
1 in halia *
1 sb gula merah
1 sb asam jawa
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa
batang serai secukupnya untuk dijadikan batang lilit - di bersihkan

campurkan kesemua bahan kecuali serai untuk batang.
perapkan seelok elok semalaman dalam peti ais.
keluarkan dan dan lilit daging ayam pada batang serai. buatlah sehingga habis.
susun atas kuali leper @ dalam loyang pembakar seperti di dalam gambar.
bakar sampai masak sambil di renjis dengan minyak.

** jika di bakar dalam oven - sebelum masuk oven hendaklah di renjis ke atas satay lilit. bakar selama 10-15 minit.
**cara melilit ayam mulakan dari lilitan di bahagian atas hingga ke bawah kemudian ketepikan buat sehinggalah habis ke semuanya.

LALA TUMIS TAUCU


menu yang menjadi kegemaran keluarga ... errmm.. sedap ni sruupp sraaappp je.. hehehe


RESIPI LALA TUMIS TAUCU

1/2 kg lala - bersihkan
1 biji bawang besar - tumbuk
2 ulas bawang putih - ketuk
1 sb cili serbuk
1 sb cili sos
1sb tomato
1/2 sb sos tiram
1 sm taucu biji - tumbuk lumat
1/2 cawan air
8 tangkai cili api - ketuk/belah x putus
1 batang serai - titik
1" halia - ketuk
1" lengkuas - ketuk
3 helai daun limau purut - koyakkan
garam gula
1 biji tomato - belah 6
sedikit daun ketumbar - hiasan
sedikit minyak tumis


panaskan minyak.
tumis bawang putih, bawang besar, lengkuas, halia, serai dan serbuk cili serta taucu tumbuk.
masukkan sedikit air dan gaul rata.
masukkan pula semua sos. gaul rata.
masukkan lala, cili api, daun limau. jika perlu masukkan lagi sedikit air.
akhir sekali masukkan tomato.
tutup api dan hidangkan di dalam mangkuk serta taburkan daun ketumbar.

SAMBAL KUININ


pembuka selera.. hilang diet kalau selalu makan sambal kuinin ni


RESIPI SAMBAL KUININ

1/2 biji buah kuinin - di cincangkan
1 biji cili merah -tumbuk
6-8 biji cili api - tumbuk
sejemput ikan bilis - basuh dan tumbuk jangan lumat sangat
sebesar ibu jari belacan
sedikit garam

tumbuk cili hingga lumat bersama garam dan belacan.
kemudian tumbukkan ikan bilis tapi jangan lumat sangat.
setelah sebati masukkan kuinin cincang tadi dan lenyekkan sedikit (jangan hancurkan sangat) dan digaul sebati
sediakan ulamnya.
makan dengan nasi panas

Tuesday, October 18, 2011

CUCUR JAGUNG


Cucur jagung makan panas panas time cuaca redup seperti hari ni hulamakkk.. bestnya. akak ni kalau bab jagung berantu sikit.. suka bebenorlah weii.. buatlah ape saja yang menggunakan jagung semua akak suka...


RESIPI CUCUR JAGUNG

2 cawan tepung gandum
2 tongkul jagung segar - dihiris nipis
sedikit isi udang -hiriskan
1 biji bawang besar - hiris melentang
1 sd yis kering 
1 cawan air suam @ secukupnya
1 1/2 st garam sedikit serbuk kunyit

gaulkan kesemua sekali hingga sebati.
biarkan selama 10 minit untuk sebatikan bahan penaik.
panaskan minyak.
jemputkan sedikit lalu di goreng di dalam minyak yang cukup panas.
bila masak bolehlah di angkat.
sedia untuk di hidangkan.

1sd serbuk soda

IKAN MASAK TAUCU


Masakan yang suka dimakan.. hehehe


RESIPI IKAN MASAK TAUCU


3 keping ikan potong - tabur garam kunyit, di goreng lalu ketepikan.
3 ulas bawang kecil - di mayang
2 ulas bawang putih - di mayang
1" halia - dihiris panjang
2 mumbong taucu biji - di tumbuk lumut/ separuh lumat
2-3 keping asam keping
garam secukup rasa -* jangan lebih(kadang2 taucu tu masin)
1 1/2 cawan air
minyak menumis

hiasan:
6 biji  cili hijau - buang tangkai separuh dan di belah x putus
1 biji bawang besar - di belah 4/6 @ dipotong bulat
1/4 biji timun - dipotong panjang dan buang empulurnya saja
1 biji tomato - belah 4/6
* boleh di tambah cili api - belah x putus

panaskan minyak tumiskan bahan yang di mayang dan halia hingga garing.
masukkan taucu, asam keping. gaul hingga wangi.
setelah itu masukkan air secukupnya. biarkan ia mendidih.
setelah cukup mendidih baru masukkan ikan dan di ikuti dengan bahan hiasan lain.
didihkan sekali lagi dan masukkan garam. sesuaikan rasanya.
bolehlah di hidangkan.

* masakan ni jangan terlebih air kerana iakan cair dan kurang sedap.

Wednesday, October 12, 2011

HATI AYAM GORENG KICAP CAMPUR





RESIPI HATI AYAM GORENG KICAP CAMPUR

1/2 kilo hati ayam + mempedal dibesihkan. tabur garam kunyit lalu di goreng dan ketepikan.
1 biji bawang besar - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 sb cili sos
1 sb kicap manis
5-8 tangkai cili api - belah x putus
sedikit kobis
1/2 karat - potong memanjang
1 biji bawang besar - dipotong bulat
sedikit minyak goreng dan tumis

panaskansedikit minyak lebihan mengoreng tadi.
tumiskan bahan tumbuk hingga wangi masukkan sos cili dan kicap. gaul rata
masuk hati/mempedal ayam yg siap di goreng tadi.
di kuti karat, bawang besar dan kobis serta garam secukup rasa.
gaul dan masaklah sehingga sebati.
angkat dan hidangkan

MASAK LEMAK SI PATIN


Teringin nak makan patin masak lemak.. inilah hasilnya...


RESIPI PATIN MASAK LEMAK

1 ekor ikan patin sederhana besar
bahan tumbuk:
1/2 biji bawang merah
5-8 tangkai cili api

1/4 biji karat di potong serong
1 biji tomato segar - belah 4
1 batang sertai - dititik
250 g santan
1 st serbuk kunyit
garam secukup rasa

masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan masaklah sehingga mendidih. di kacau sentiasa.
bila dah cukup mendidih tutup api.
sedia untuk di hidangkan

Monday, October 10, 2011

SAMBAL IKAN BILIS GORENG KENTANG


akak snap ketika masih berasap.. mak iashhh sedapnya makan ketika panas panas sebab baunya masih mengancam..



RESIPI SAMBAL KENTANG IKAN BILIS GORENG

2 biji kentang - di kupas dan di potong wedges lalu di salutkan serbuk kunyit dan garam dan goreng. ketepikan.
1 cawan ikan bilis - bersihkan perut dan di goreng. ketepikan.
1 biji bawang besar - di tumbuk
1 ulas bawang putih - di tumbuk
1 biji tomato segar - potong wedges
5-10 biji cili api di hiris halus/di tumbuk kasar } ikut kepedasan sendiri
1 sudu sos tiram
1 st jus limau kasturi/asam jawa
garam gula
minyak menggoreng

panaskan minyak lalu tumiskan bahan tumbuk hingga wangi.
masukkan sos tiram, jus limau, garam gula. kacau sebatikan.
masukkan pula kentang, ikan bilis yang telah di gorengkan tadi dan tomato segar. gaulkan hingga rata.
sedia untuk di hidangkan.

JERUK MAMAN


siapa suka makan jeruk maman ni.. bagi orang yang pandai makan jeruk maman ni memang terangkat makannya lebih lebih lagi kalau makan dengan nasi panas... biasanya kalau akak makan akak akan tambahkan isi ikan bakar, patah patahkan cili api dan tambahkan sedikit kelapa parut kedalam jeruk maman ni...

RESIPI JERUK MAMAN


600g sayur mamam segar petik daunnya, bersihkan dan toska
air masak yang benar2 sejuk (kena tenggelamkan sayur ni)
garam secukup masin (bancuhkan garam dengan air sejuk, kalau kita rasa dah masin tapi kena tambah garam sedikit lagi untuk buat jeruk ni)
nasi sejuk anggaran 2sb lebih.
gaulkan garam dan air dahulu kemudian masukkan nasi sejuk gaulkan pada sayur maman. 
letakkan di dalam bekas botol yang bersih dan bertutup rapat.

* setelah 2hari bolehlah di makan.

** ambil sedikit jeruk maman ni, sedap di makan dengan sedikit campuran kelapa parut, ikan bakar/ikan rebus goreng dan patah patahkan cili api dalamnya.


jeruk maman yang baru di buat

Sunday, October 9, 2011

MASAK LEMAK UDANG BERSAMA PERIA


sesekali masak lemak peria campur udang ni best gakkan... jom kita buat..


MASAK LEMAK UDANG BERSAMA PERIA

2 biji peria yang dibersihkan dan dibuang biji - rendam kejap dgn garam
5-7 biji cili api
1/2 labu bawang besar
1 batang serai - titik (jika suka)
sedikit kunyit hidup
3 sudu besar udang kering- ditumbuk kasar (jika suka)
10-15 ekor udang sederhana besar
1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan santan cair
secukup garam

1.tumbuk cili merah, bawang besar, kunyit
2 Kemudian masukkan udang kering yang ditumbuk kasar
3.Masukkan peria, serta santan pekat dan cair.
4. Setelah itu, masukkan udang basah,garam dan peria
5.Jangan masak udang terlalu lama, kemudain bolehlah diangkat dan boleh dihidangkan.

Friday, October 7, 2011

SAYUR CAMPUR HATI AYAM


Akak ni suka makan sayur masak cam gini.. simple tapi sedap.. kena dengan selera.. 


RESIPI SAYUR CAMPUR HATI AYAM

4 ketul hati ayam - dibersihkan tabur garam kunyit lalu di goreng
1/2 biji brokoli - hiris
1/4 biji kobis hiris
1/4 biji karat - hiris bunga
2 biji cili merah - hiris serong
2 ulas bawang putih - ketuk
1 st serbuk perasa knorr pasti sedap
2 sb sos tiram
sedikit air
garam
minyak mengoreng

panaskan minyak tumis bawang putih dan cili merah.
masukkan sos tiram dan sedikit air.
bila mendidih masukkan hati ayam yang siap di goreng.
masukkan sayur karat, brokoli dan kobis. gaul rata.
akhir sekali masukkan serbuk knorr dan garam. gaul rata.
siap.

Thursday, October 6, 2011

MASAK LEMAK SAYUR ASIN BERSAMA CENDAWAN TIRAM


masak ala kampung je.. masak ni mesti di gandingkan dengan sambal belacan barulah bangkit selera sebab sayur ni x pedas..


RESIPI MASAK LEMAK SAYUR ASIN BERSAMA CENDAWAN

1 ikat sayur asin RM1.00 - celur dulu buang air kelatnya
1/2 biji keledek ungu- direbus (akak guna keledek ungu sbb kawan akak yg beri)
1 bungkus cendawan tiram - koyakkan sj
1/2 biji bawang besar - hiris melintang
sejemput ikan bilis - dibersihkan
2 biji cili merah - hiris serung2
250g santan
1 halai daun kunyit - koyakkan
garam secukup rasa

masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masaklah sehingga mendidih.
siap. sedia untuk di hidangkan bersama sambal belacan..

sila ambil iktibar...

Pohon semua umat islam baca yer, saya dapat maklumat ini dari kawan - kawan, dan tolong tag rakan2 lain, saya x sempat nak tag:
oleh Hawa Lawa pada pada 16hb Ogos 2011 pukul 1.38 ptg
BABI SUDAH JELAS HARAMNYA PERHATIAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM RISALAH INI DIEDARKAN OLEH DR. RASHEED MOS,UNIVERSITI MALAYA KL, PERSATUAN PENGGUNA MALAYSIA , MAJLIS AGAMA ISLAM MALAYSIA & JABATAN KASTAM MALAYSIA. KAJIAN TELAH DIBUAT OLEH MAHASISWA UTM, UUM, USM, UM, UKM, & CAP.
SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI
> 1. Minyak Masak LAM SOON ( Cap Helang & Buruh )
> 2. Ubat Pearl Cream Arche ( Thailand )
> 3. Ajinomoto ( Thailand )
> 4. Ais Krim Harga RM1.00 ke atas
> 5. Semua tauhu buatan Orang Cina
> 6. Sabun LUX & Lotion Badan Buatan Malaysia , USA , & Thailand
> 7. Sabun FAB berbuku
> 8. Lobak Jeruk
> 9. Mee & Kueteow basah ( buatan Cina)
> 10. Krim Muka Hazeline Snow
SENARAI BARANG YG MENGANDUNGI ( KULIT BABI, URI & BINATANG YANG TIDAK HALAL)
> 1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi
> 2. Pucuk , Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ika n buatan Orang Cina
> 3.. Daging Burger Import
> 4.. Sardin, Kari Ayam dlm tin & Yong Taufu buatan Orang Cina
> 5. Kasut Bola Jenis ' Gold Cup'
> 6. Berus Gigi Jenis ' Reach'
> 7. Mee Kering ( sanggol ) 15.Mee Rebus Tulang&Kiub Perasa Ayam
> 8. Semua sabun mandi yang diimport
> 9. Ajinomoto kecuali keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama KL
> 10. Semua jenis shampoo kecuali keluaran Orang Islam
> 11. Have Pearl Cream
> 12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald
> 13. Ubat Kurap buatan Org Cina
> 14.. Beehon Segera Siam
> 16. Sabun Mandi Yang Berminyak
SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN ( LEMAK BABI DAN BINATANG TIDAK HALAL )
> 1. Bosset Wine Gum
> 2. Dairy Milk Coklat
> 3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum
> 4. Sugus Strawberry
> 5. Passer Doily Mixture
> 6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint
> 7. Scothes Vikmin
> 8. Share Extra Atrenght
> 9. Black Current Jelly
> 10. Royal Gulaman & Decart Oranges
> 11. Valvis Gelatin
> 12. Sarung Kapsul Ubat
> 13. Ais Krim dalam bekas plastik
> 14. Gula-gula Fruities
> 15 Cake Mets Vilber Punch
> 16 Coklat Cake
> 17 Tepung Kastard Lady's Choice
> 18 Semua jenis Jelly
> 19 Semua jenis gincu bibir
> 20 Keseluruhan Jenis Sheisedo
> 21 Lady's Choice Jelly
SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL UNSUR-UNSURNYA
> 1 BARANGAN AVON KESELURUHANNYA
> 2 PEWANGI KETIAK TERUTAMA JENAMA VITALIS & CONCORD
> 3 MINYAK RAMBUT BRYLCREAM ( HIJAU )
> 4 RACUN SERANGGA JENIS SPRAY SEPERTI SHELTOX, BAYGON & MORTIN
> 5 SELURUH UBAT BATUK JENIS SIRAP
> 6 KESELURUHAN BALL PEN DAKWAT KERING
> 7 TONIK BAYI GRAPE WATER, TONIK WATERBERRY COMPOUND
Kami dalam keresahan memohon ampun dan maaf terlewat memberutahu perkara di atas. Pastikan Pakaian anda tidak terkena bahan-bahan diatas terutama pakaian sembahyang.
TOLONG CETAK DAN EDARKAN RISALAH INI KPD SEMUA SAUDARA ISLAM KITA.
Confirm - Pringles Potato Chips - tidak HALAL !!
AMARAN OLEH KERAJAAN M'SIA BERHATI-HATI SEBELUM MAKAN!
Ref. Message: Pringles Potato Chips
Looks like you have to find another alternative to munch.
Just to let you and gang know......... I have checked.. It's true that the chips contain Emulsifier.
Dr Safurah Hj Jaafar ;
Principal Assistant Director;
Ministry of Health , Malaysia ;
Tel: 03-2540088

Tuesday, October 4, 2011

CHAR KUEY TIAWWWW



kat tempat akak petang ni hujan lebat.. perut dh mula terasa lapar.. baru teringat stok ketiaw halus ada di dapur..




RESIPI CHAR KUEY TIAW PENANG
Moh Weh Ke Dapur 

Sos Kicap:-
80ml kicap cair
50 ml kicap pekat
50g sos ikan
50g sos tiram
500g stok ayam
sedikit pati ayam
sedikit lada sulah

A)
2 sb minyak

3 ulas bawang putih - cincang

: ditumis (yang ni boleh di simpan)

B)
150g udang segar
150g isi kerang
1/2 sb cili kisar
: semua dimasak

C)
200g ketiaw halus
1 biji telur
1 senduk sos kicap
kucai
taugeh

panaskan betul betul minyak bawang putih semula.
masukkann udang segar, isi kerang dan cili kisar gaul rata hingga udang bertukar warna.
masukkan ketiaw, kacau sekejab dan ketepikan semua bahan di tepi kuali.
pecahkan sebiji telur dan masukkan sos kicap, kucai dan taugeh.. gaul rata dan angkat
sedia di nikmati panas panas dan berasap! baru ada ummphh!!

** sos kicap boleh dimasak dgn bihun, nasi ayam mee dll..

Monday, October 3, 2011

KEK VELVET PELANGI / MARBLE KUKUS


asal kek ni dibuat kerana nk jamu kawan jauh yang datang berkunjung dah x jumpa lebih dari 20th.. tapi x payahlah akak dok cerita tentang tetamu akak tu..
meh.. dengar cerita tentang kek yang sedap dan gebu ni... kek ini teramatlah lembutnya.. rasanya kek ni ada harapan membuatnya untuk seterusnya di masa akan datang Insyaallah..


RESIPI KEK VELVET PELANGI / MARBLE KUKUS

bahan bahan (loyang 8")

4 biji telur A - yang sejuk dari peti ais
3/4 cawan gula halus / perang (180g)
1 1/2 cawan tepung gandum (180g) - di ayak
3/4 sk baking powder
1/2 sb penuh ovallete
1/4 sk garam
7 1/2 sb susu sejat (120g)
1 sk esen vanilla
1/2 cawan minyak jagung / mentega cair (80g) - akak guna minyak masak je
3 @ 4 pewarna pilihan - akak buat 3 warna


  1. Panaskan kukusan.Loyang dialas kertas dan digris.
  2. Kek_pelangi_kukus_001
     Satukan kesemua bahan2 ke dalam mangkuk mixer kecuali minyak dan pewarna dan pukul hingga kembang.
  3. Kek_pelangi_kukus_003
     Masukkan minyak dan kacau perlahan2 hingga adunan sebati.
  4. Kek_pelangi_kukus_006
     Bahagi adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan dengan warna2 pilihan.
  5. Kek_pelangi_kukus_008
     Bubuh adunan berselang-seli warna ke dalam loyang hingga habis.
  6. Kek_pelangi_kukus_010
     Tutup loyang dengan alum. foil yg digris dan kukus selama 45 min. atau hingga kek masak.
  7. Kek_pelangi_kukus_011
     Buka segera alum.foil tadi dan biar kek di dalam loyang 5-10 min dan terbalikkan atas redai kek untuk disejukkan.
  8. Kek_pelangi_kukus_039
     Setelah sejuk,potong dan hidangkan.