bihun sup Langkawi ni adalah yang terbaiek yang pernah akak rasa.... memang sedap.. malah kawan kawan akak pun kata sedap!! kalau ada mesyuarat @ meeting bihun sup Langkawi nilah yang menjadi pilihan.. malah open house di rumah YB pun turut menempah bihun sup ni.. juga setiap kali ada kurban di surau di tempat akak memang semua memilih Bihun Sup Langkawi ni..
sebenarnya bukannya senang seorang peniaga senang senang nk beri resipinya pada oranglain.. takut tertutup rezeki dan periuk nasilah katakan.. resipi ni adalah resepi keluarga seorang kawan suami yang mana adiknya seorang peniaga sup di Langkawi.. sekali masak sampai 2-3 piuk besar punyaaa!
ada juga seorang peniaga nak membeli dan belajar dari kawan suami akak ni tapi dia keberatan untuk memberinya.. entah macamana nasib menyebelahi akak.. mungkin asalnya akak selalu membantunya menyediakan sekali pabila keluarga menjemput kawan kawan makan makan di rumahnya.. secara x langsung dia telah mengajar akak.. terimakasih cik Jui..
untuk pengetahuan semua.. resipi yang di ajarnya pada akak bukanlah ada sukatan resipi yg tepat jadi akak pun xdelah nak buat resipi yg lengkap.. kalau akak buat pun semua main agak agak jer...
jamuan di majlis Tabung Khairat Kematian.. siap terhidang..
woww.. besar periuk ni.. jangan x percaya... muatlah untuk seorang dewasa baring di dalamnya..
jika ada yang membuat qurban / aqiqah lembu @ kerbau sempena raya Aidil Adha ni bolehlah ikut resepi.. gerenti POWER sup kedah ni...
jika ada yang membuat qurban / aqiqah lembu @ kerbau sempena raya Aidil Adha ni bolehlah ikut resepi.. gerenti POWER sup kedah ni...
RESIPI BIHUN SUP LANGKAWI KEDAH
10 kg Daging (potong ketulan besar berat sekilo seketul pun boleh)
2 kg tulang
BAHAN YANG PERLU DIBERSIH SECUKUP BERSIH: * bahan ini x perlu dibuang kulit @ dipotong.
10 batang serai *
1 ketul lengkuas (besar) *
2 ketul halia (besar) *
3 labu bawang putih *
10 biji bawang merah *
secekak daun leek *
sepohon batang calery *
beberapa helai daun pandan - simpulkan *
2-3 senduk besar gula @ secukup rasa
pak aji
2 kotak besar kiub ayam
RM 1.00 lada hitam timbang - blend halus
garam
segengam kulit kayu manis
segengam bunga lawang
buah pelaga
air secukupnya (periuk besar daging mesti tenggelam)
masukkan daging di dalam periuk besar dan dikuti dengan air sehingga daging tenggelam dan hampir 3/4 penuh periuk. masakkan di atas api.
bila sudah mendidih masukkan ke semua bahan yang telah di bersihkan, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga. biarkanlah ia masak 2-3 jam supaya daging ketulan besar dapat empuk dengan sempurna. (air boleh di tambah jika surut).
setelah daging empuk keluarkan ke semua bahan yang di rebus bersama daging tadi. hanya tinggalkan ketulan daging yang besar.
teruskan merebus.dan masukkan kiub ayam, gula, pak aji, garam, lada hitam. bolehlah di rasa kuah sup ini. sebatikan rasanya seimbang.
bila sudah secukup rasa angkatlah ke semua ketulan daging di dalam periuk besar tadi.
sejukkan dan bolehlah di potong untuk jadikan bahan hiasan bihun sup.
** untuk pengetahuan: kuah sup ini hanya kelihatan kosong tanpa ada tinggal satu bahan pun di dalam kuahnya termasuklah 3 sekawan tadi.
BIHUN:
1 1/2 kampit bihun yang besar -rendam + serbuk kunyit.
bila bihun sudah agak lembut bolehlah di celur sekejab @ dikukuskan.
HIASAN / TABUR:
Daging ketulan besar yang telah di rebus empuk - dipotong kiub kecil kecil
daun sup - } dihiris halus
daun bawang -}
1 kampit besar bawang goreng
1kg lobak masin - dicincang halus halus
SOS KICAP:
3 botol kicap
1-2 kg cili api
5-6 ulas bawang putih
limau untuk dijadikan jus
* sedikit bawang goreng - jika suka
sedikit minyak
panaskan minyak. goreng cili api dan kacaukan hingga cili sebati, layu dan angkat. sejukkan sekejab.
bawang di layur pada api sekejab @ kalau x nak gorengkan dan angkat.
tuang kicap dalam blender masukkan cili goreng dan blend hingga sebati bersama bawang putih.
jika suka bolehlah diblend sekali dengan sedikit bawang goreng hingga sebati.
tuangkan di dalam mangkuk masukkan jus limau, garam dan gaulkan sehingga secukup rasa.