Wednesday, October 31, 2012

MASAK LEMAK TELUR


bestnya sekali sekala dapat makan masak lemak telur ni.. akak suka sebab ia rasa lemak lemak telur gitu... 
anak akak sangkakan akak masak lemak sotong... ade kerr rupa sotong..? hehehe.. mungkin sekali pandang adalah rupanya sikit...


RESIPI MASAK LEMAK TELUR ITIK

5 biji telur itik - bersihkan dulu kulit luarnya
6-8 biji cili api - tumbuk lumat
1 biji bawang kecil- tumbuk
1 1/2 - 2 cawan santan + sedikit air (jika pekat)
sedikit serbuk kunyit @ kunyit hidup
daun daun kunyit - jika suka ( *masukkan jika rasa telur berbau )
serai - titik
garam secukup rasa

masakkan dulu bahan tumbuk bersama santan, garam seta serbuk kunyit dan masaklah sehingga mendidih.
perlahankan api kemudian masukkan telur satu persatu ke dalam senduk panas yang kita kacau dan rendamkan dalam kuah lemak. biarkan seketika sehingga nampak telur tadi keras sedikit barulah dimasukkan telur tadi ke dalam kuah lemak sepenuhnya dan dikacau perlahan.
masukkan daun kunyit. 
kuatkan semula api dan hendaklah sentiasa dikacau perlahan.


taraaaaa... jom kita makan bersama nasi panans... jom... bismilah..

Monday, October 29, 2012

CHOCOLATE CHIP MUFFIN (TANPA TELUR)


bila anak anak ada di umah... nilah hasilnya... sebelum ni akak bukan x nak buat pape.  tapi x syok sebab x de orang yang nak habiskan.. wp dalam hati tu dah set nak buat macam macam.. sekarang ni anak sedang bercuti.. rajinlah akak buatkan untuk santapan dorang... hehe
muffin yang sedap dan jimat kos...


CHOCOLATE CHIP MUFFIN (TANPA TELUR)

Bahan-bahan ( 10 biji muffin besar )

Bahan A :-
2 cawan tepung gandum(250g)*- (akak kurangkan 2 sudu tepung tapi gantikan dgn 3 sudu serbuk koko
1/2 sk bicarbonate of soda*
1 1/2 sk baking powder* (* ayak bersama)
1 cawan choc. chips (akak campur 1/2 cwn choc. chips + 1/2 cwn raisins) - akak x letak

Bahan B :-
60g mentega (1/4 buku) - dicairkan
3/4 cawan susu segar
1/2 cawan gula castor (boleh kurangkan)
1/2 sk esen vanilla


cara cara:
 Campurkan bahan2 A dalam mangkuk dan buat lubang di tengah2nya.
 Satukan bahan2 B dan kacau rata dan tuangkan ke dalam adunan tepung.
 Kacau adunan hingga rata dan masukkan ke dalam mangkuk muffin 2/3 penuh.
 Bakar pada suhu 175C selama 25-30 min atau hingga masak ikut kepanasan oven masing2.
 Enak di makan ketika muffin masih hangat atau pon dah sejuk.


topping:

susu
coklat cair dikacau rata
coklat rice (tabur)


Sunday, October 28, 2012

MAJLIS QURBAN AIDIL ADHA DAN SUP TULANG

suasana majlis kurban di tempat akak x jauh pun hanya di depan umah akak je tempat kurban ni di jalankan oleh penduduk setempat anjuran surau Al-Ikhlas..


akak penah tempekkan resepi ni untuk tatapan semua di sini.. masa tu kami makan dengan bihun sup.. kali ni kami makan dengan moi (bubur nasi kosong). oleh kerana banyak tulang tulang lembu kurban jadi kami bergotong royong menyediakan sup tulang ala utara yang kawww...
tapi x pa la.. akak tempekkan sekali lagi resepinya di sini...resepi yang paling senang dan mudah sekali untuk dibuat.. main campak campak jer.. x dipotong wp sehiris pun.. mudahkan.. resepi style orang niaga...

SUP TULANG ALA UTARA
cik Joi

tulang tulang lembu kurban (lagi banyak lagi suka sebab guna periuk paling besar)

BAHAN YANG PERLU DIBERSIH SECUKUP BERSIH: * bahan ini x perlu dibuang kulit @ dipotong.
10 batang serai *
1 ketul lengkuas (besar) *
2 ketul halia (besar) *
 3 labu bawang putih *
10 biji bawang merah *
secekak daun leek *
sepohon batang calery *
beberapa helai daun pandan - simpulkan *

2-3 senduk besar gula @ secukup rasa
pak aji
2 kotak besar kiub ayam
RM 1.00 lada hitam timbang - blend halus
garam
segengam kulit kayu manis
segengam bunga lawang
buah pelaga
air secukupnya (periuk besar daging mesti tenggelam)

masukkan daging di dalam periuk besar dan dikuti dengan air sehingga daging tenggelam dan hampir 3/4 penuh periuk. masakkan di atas api.
bila sudah mendidih masukkan ke semua bahan yang telah di bersihkan, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga. biarkanlah ia masak 2-3 jam supaya daging ketulan besar dapat empuk dengan sempurna. (air boleh di tambah jika surut).
setelah daging empuk keluarkan ke semua bahan yang di rebus bersama daging tadi. hanya tinggalkan ketulan daging yang besar.
teruskan merebus.dan masukkan kiub ayam, gula, pak aji, garam, lada hitam. bolehlah di rasa kuah sup ini. sebatikan rasanya seimbang.
bila sudah secukup rasa angkatlah ke semua ketulan daging di dalam periuk besar tadi.
sejukkan dan bolehlah di potong untuk jadikan bahan hiasan bihun sup.

** untuk pengetahuan: kuah sup ini hanya kelihatan kosong tanpa ada tinggal satu bahan pun di dalam kuahnya termasuklah 3 sekawan tadi.

HIASAN;
daun sup / daun bawang - hiris
bawang goreng

** sedap dimakan dengan moi (nasi lembik)


makan dengan moi... kata orang utara.. erm sedap sungguh.. (bubur nasi kosong)


1 piuk besar... licin.. makan ramai ramai selepas asar di surau Al-Ikhlas.. Bandar Universiti Seri Iskandar

CUCUR UDANG GERAGAU


akak g ke ke dapur lihat bawang dah siap di dadu di papan pemotong.... akak pun fikir buat apa mr suami potong bawang ni tapi dia tinggalkan... ni mesti dia teringin nk makan cucur agaknya... akak pun bertanya pada dia.. nk buat apa bawang ni.. dia kata x jadi buat... simpan je bawang tu.. agaknya dia memang nk buat tapi angin malas tetiba bertandang kut... hehehe... akak pun fikir mungkin dia nak makan cucur agaknya... akak pun sambunglah buat.. dah siap akak buatkan adunan ni akak kata tunggu perap sekejab... sempatlah akak nk g mandi dulu.. bila akak selesai solat cucur ni dah siap di atas meja bersama sos ala thai dan teh O...


RESIPI CUCUR UDANG GERAGAU

2 cwn tepung gandum
1 st yis
1 biji telur - pukul sikit
3 sb udang geragau - tumbuk
2 tangkai daun sup - hiris pendik
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
air suam secukupnya
minyak menggoreng

bancuhkan ke semua bahan ni. perapkan 15-30 minit. * sebaiknya garam dimasukkan selepas adunan diperapkan.
panaskan minyak dan bolehlah digoreng.
angkat dan toskan.
sedia dimakan dengan sos

Thursday, October 25, 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA



Kali ni nk share sikit tentang solat hari raya pula. - - Cara Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri , Hari Raya Aidiladha & Niat Sembahyang Raya Dalam Rumi. Jika Salah,harap diperbetulkan ya? Solat Sunat Hari Raya merupakan antara solat sunat yang dilakukan pada Hari raya AidilFitri atau Hari Raya Adha. Ia mula disyariatkan pada tahun pertama hijrah.

 Sebelum menunaikan solat hari raya kita disunatkan mandi Hari Raya:

NIAT MANDI SUNAT HARI RAYA

Lafaz Niatnya:
نويت الغسل لعيد الفطر سنة لله تعلى
NAWAITUL GHUSLA LI I’DIL FITRI SUNNATALLILAHI TAA’LA
“Sahaja aku mandi sunat hari raya fitri kerana Allah S.W.T. Taa’la”.

*jika raya aidiladha,tukar Fitri kepada adha.


Antara sunat2 hari raya Aidilfitri adalah seperti berikut :
- Mandi Sunat Hari Raya
- Pakai pakaian yang terbaik
- Makan sedikit sebelum keluar ke masjid
- Menunaikan solat sunat Aidilfitri
- Mendengar khutbah raya
- Pergi balik masjid melalui jalan berbeza
- Mengucapkan ucapan hari raya
 -
Sunat hari raya adiladha seperti berikut kecuali :

Tidak disunatkan makan sebelum pergi solat hari raya Aidil Adha (berbeza dengan solat sunat Aidil Fitri - sunat makan terlebih dahulu)


HUKUM MENGERJAKAN / MENUNAIKAN SOLAT HARI RAYA

Solat Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha hukumnya adalah sunat Muakkad yang mana sangat-sangat dianjurkan kerana Rasulullah tetap dengan Solat Hari Raya ini selama baginda hidup.

WAKTU SOLAT HARI RAYA

Bagi Solat Aidilfitri diadakan pada 1 Syawal. Manakala Solat Aidil Adha diadakan pada 10 Zulhijjah. Ia dilakukan selepas naiknya matahari dan sebelum tergelincirnya matahari.

NIAT SOLAT HARI RAYA AIDILFITRI

أُصَلِّي سُنَّةَ لِعِيْدِ الْفِطْرِ  رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى

Usalli sunnatan liAidil Fitri rak'ataini makmuman lillahi ta'ala.

Ertinya:
Sahaja aku sembahyang sunat Hari Raya Aidil Fitri dua rakaat makmum kerana Allah Ta'ala.



NIAT SOLAT HARI RAYA AIDILADHA

اصَلِّي سُنَّة عيد الأضحي رَكعَتَينِ للهِ تَعَالَي

Usalli sunnatan Aidil Adha rak'ataini makmuman lillahi ta'ala.

Ertinya:
Sahaja aku sembahyang sunat Hari Raya Aidil Adha dua rakaat makmum kerana Allah Ta'ala.

* Dilakukan sebanyak dua rakaat pada Hari Raya Aidil Fitri, atau Hari Raya AidilAdha dengan cara berjemaah.


Cara solat sunat hari raya/ panduan sembahyang raya :

Rakaat pertama : Takbir 7 kali (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar [ سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر] ) dan doa iftitah. Kemudian Al-Fatihah dan surah Al-Kafirun.

Rakaat kedua : Takbir 5 kali (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar [ سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر] ) dan Al-Fatihah serta Al-Ikhlas.

Selepas dari solat diadakan khutbah.

Dalam khutbah hendaklah berisi dengan peringatan tentang zakat fitrah atau hukum qurban, haji dan hikmah-hikmahnya.

LAFAZ-LAFAZ TAKBIR

-takbir raya dalam rumi
Allahu Akbar, Allahu Akbar ,Allahu Akbar, La illaha il Allah , Allahu Akbar, Allahu Akbar walilahil Hamd , Allahu Akbaru Kabeera wal-Hamdulilahi katheera wa Subhan allahi bukratan wa aseila . La illaha il Allah sadaqa wa’dah ,wa nasara abda, wa a’azza jundahu wa hazamal-ahzaaba wahdah ,La illaha il Allah ,wa laa na’budu illa iyyah,mukhlessena lahud-deena ,walaw karehal-Kafeeroon.Allahumma salli ala sayyedna Muhammad ,wa ala aalie sayyedna Muhammad, wa ala as-haabie sayyedna Muhammad ,wa ala ansari sayyedna Muhammad , wa ala azwajie sayyedna Muhammad, wa ala dhurreyatie sayyedna Muhammad, wa sallim tasleeman katheera.


TERJEMAHAN PENUH :
 اللّهُ أكبر اللّهُ أكبر
Allahu Akbar, Allahu Akbar 
Allah is Great, Allah is Great
اللّهُ أكبر
Allahu Akbar
Allah is Great
لا إلَهَ الا اللّه
La illaha il Allah 
there is no God, but Allah
اللّهُ أكبر اللّهُ اكبر
Allahu Akbar, Allahu Akbar 
Allah is Great, Allah is Great
و لِلّه الحمدَ
walilahil Hamd 
to Him belongs all Praise
اللّهُ أكبرُ كَبيِرَا
Allahu Akbaru Kabeera 
Allah is the Greatest
وَالحَمدُ لِلّهِ كَثِيرا
wal-Hamdulilahi katheera 
And all Praise is due to Him
وَ سُبحَان اللّهِ
wa Subhan allahi 
And Glory to Allah
بُكرَةً وَأصْيِلا
bukratan wa aseila 
eventide and in the morning
لا إلَهَ الا اللّه
La illaha il Allah 
there is no God, but Allah the Unique
صَدَقَ وَعدَه
sadaqa wa’dah 
He has fulfilled His Promise
وَنَصَرَ عبده
wa nasara abda
and made Victorious His servant
وأعزَ جُنَده
wa a’azza jundahu 
and made Mighty His soldiers
وَهزم الأحْزَابَ وحْدَه
wa hazamal-ahzaaba wahdah 
and defeated the confederates
لا إلَهَ الا اللّه
La illaha il Allah 
there is no God, But Allah
وَلا نَعبُد الا أياه
wa laa na’budu illa iyyah 
He alone we worship
مُخلِصِّينَ لَهُ الدّيِنَ
mukhlessena lahud-deena 
with sincere and exclusive devotion
وَلوْ كَرِهَ الكَافِروُن
walaw karehal-Kafeeroon
even though the idolaters hate it
اللّهمَ صَلِّ على سيْدنَا مُحَمد
Allahumma salli ala sayyedna Muhammad 
O Allah, have Mercy on our Prophet Muhammad
وَعَلى آلِ سيْدنَا مُحَمد
wa ala aalie sayyedna Muhammad
and on the family of our Prophet Muhammad
وَعَلى اصْحَابِ سيْدنَا مُحَمد
wa ala as-haabie sayyedna Muhammad 
and on the companions of our Prophet Muhammad
وَعَلى أنصَارِ سيْدنَا مُحَمد
wa ala ansari sayyedna Muhammad 
and on the helpers of our Prophet Muhammad
وَعَلى أزوَاجِ سيْدنَا مُحَمد
wa ala azwajie sayyedna Muhammad
and on the wives of our Prophet Muhammad
وَعَلى ذُرِّيَةِ سيْدنَا مُحَمد
wa ala dhurreyatie sayyedna Muhammad
and on the progeny of our Prophet Muhammad
وَ سَلّم تَسْلِيماَ كَثّيرا
wa sallim tasleeman katheera
and Bestow upon them much peace.


اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَر ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَر أللهُ أَكْبَر وَِللهِ الْحَمْدُ . اللهُ أَكْبَر كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهً وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْن . لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ ، صَدَقَ وَعْدَهُ ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ ، وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ .


Ertinya :

ALLAH maha besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi ALLAH sebanyak-banyaknya. Dan maha suci ALLAH siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada ALLAH dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan ALLAH. Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya kepada ALLAH seru sekalian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukan-NYA. Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang islam


Wednesday, October 24, 2012

BISKUT BIJAN


baru ni akak ada buat juga biskut bijan ni tapi bukannya resepi yang sama... resepi tu di sini.. kalau di lihat gambar pun nampak kelainan rupanyakan.. akak lebih suka resepi yang ini lagi.. lebih sedap, rangup dan lebih gebu.. warna pun lebih putih..
akak dah lupa dari mana akak dapat resepi ni... tapi untuk pengetahuan.. yang akak ingat ia ada nyatakan ini adalah resepi dari pengusaha biskut Mak Ngah Che Empah.. 


BISKUT BIJAN
(Sumber: Mak Ngah Che Empah)

1 biji telur (merah sahaja)
1 cawan mentega
1 cawan gula halus
1 cawan tepung gandum
3 cawan tepung sagu/tepung ubi
1 cawan bijan ~ digoreng
sedikit vanila dan baking powder


Krimkan butter dan gula. Apabila dah kembang, masukkan merah telur dan pukul sebati. Masukkan esen vanila. Akhir sekali masukkan tepung2 yg dah diayak bersama tadi beserta dgn bijan. Tepung tadi x perlu dimasukkan kesemua sekali, cukup sekadar adunan dapat dibentuk dah mudah untuk diterap. Terapkan dan bakar sehingga masak.

Tuesday, October 23, 2012

KETAM MASAK SAMBAL KERISEK ALA RENDANG


rasanya baru lagi akak masak ketam.. dah beli lagi ketam.. dah kesukaan keluarga... tapi kali ni akak masak cam ni pula.. x sangka anak akak suka pulak... wp x berkuah..
sebenarnya akak ni kena berpantang makan makanan laut ni.. dulu masa usia x sampai 30an akak suka dan terlebih makan makanan laut ni.. sehinggakan akak sakit kaki untuk berjalan.. berdiri lama x tahan... rupanya urid asid tinggi.. lama juga akak menanggungnya.. dan terpaksa menahan selera makan kerana doktor menasihati dan memberi senarai yang patut akak elakkan.. aduiii.. banyaknya yang makanan yang kena elak.. sesekali akak gasak jugak.. maklumlah.. kita jadi tukang masak untuk keluarga jadi makanan yang habis tu akak x nak membazir.. diam diam tanpa pengetahuan mr hubby akak makan juga.. (kalau dia nampak mesti dia tegur!! dapatlah ketubah free le jawabnya..)
rupanya.. di usia sekarang wp dah belasan tahun... makanan tu wajib dijaga dan adakalanya akak memang x sanggup menahan selera.. menyebabkan akak sakit ke pinggang pula.... melalut pulak akak ni..
 berbalik kita pada masakan ketam ni... untuk pengetahuan.. masak ni sedap sangat.. cubalah.. 


KETAM MASAK SAMBAL KERISEK ALA RENDANG

Bahan-bahan ( 5orang )

8 ekor ketam

bahan kisar:

rm1 cili kisar(cili kering)
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
5 biji buah keras
3 batang serai
3 camca sos cili (akak x bubuh)

rm2 santan pekat
rm2 kerisik
2 sudu gula
3 sudu sos tiram (akak x bubuh)
1 sk serbuk jintan manis, jintan putih dan ketumbar - (yang di sangai)
1-2 helai daun kunyit - hiris halus
garam secukup rasa


Cara-cara

ikut resepi asal ketam di goreng terlebih dahulu, tapi akak x goreng ye.
kisarkan cili ,sos bawang kecil,putih,serta buah keras,panas kan minyak tumis kan bahan2 yg di kisar tadi,serai di titik tumis kan sekali,bila sudah naik bau masukan ketam,gaul hingga sebati ,masukan santan dan tambah satu gelas air,kacau hingga masak akhir sekali masukan kerisik gaul hingga sebati,masukan garam sos tiram serta gula ......secukup rasa siap unt di hidangkan
tambah kan asam jawa 3sudu jika inginkan rasa lebih enak

PUDING PEACH



saja saja buat untuk pembasah tekak... mulut akak tengah x sedap ni rasa nak makan yang ada rasa buah buah gini... nyaman je tekakkan...


PUDING PEACH / COCKTAIL

Bahan-bahan ( untuk 5 orang makan )

1/2 paket agar-agar
6 mug air
1 mug gula
1 tin susu cair
1 tin buahan cocktail atau kalau suka 1 tin laici tapi akak guna peach dalam tin

Cara-cara

masak agar-agar bersama gula & air hingga hancur
bila semua sudah hancur,matikan api dan masukkan susu cair
kacau sekejap kmdian tuangkan dalam bekas yg sesuai
tunggu ia sejuk dan mula membeku,barulah di curahkan buah2an cocktail dan laici ( kalu suka)
akhir sekali masukkan dalam peti sejuk dan bila sejuk,boleh makan.Selamat mencuba..


Saturday, October 20, 2012

BISKUT AISKRIM CONETTO



biskut ni akak buat kerana ada yang oder... sedap katanya..... akak pernah buat di sini dulu

RESIPI BISKUT AISKRIM CONETTO

750g tepung gandum
50g tepung jagung
520g mentega butter
50g tepung aiskrim perasa coklat
2 biji kuning telur
280g gula halus
2sb susu tepung

Hiasan:
sedikit coklat cair
badam hancur / croquant
kuning telur

putar gula dan mentega butter hingga kembang, masukkan telur dan tepung aiskrim, kacau hingga sebati.
kemudian campurkan semua jenis tepung, kacau hingga menjadi doh lembut
canai seperti biasa dan gelekkan pula dengan roll tat (2 kali berlainan arah / bersilang). kemudian diterap dengan acuan aiskrim. seterusnya sapukan dengan kuning telur dan bakar hingga masak.
apabila sejuk ke dalam coklat cair, taburkan croquant

BISKUT MAKMUR SIMPLE ALA ARAB


akak nak sharekan resepi yang sedap sangat.. x perlu susah susah payah nak bakar... gadis remaja atau orang bujang pun boleh buatkan untuk ibunya di kampung..... amat sesuai untuk anak gadis yang baru berjinak jinak di dapo... sebab senang bangat... dan sedap!
nak tau..... budak kecik pun (cucu sedara akak) pun tau kata sedap giler biskut ni....  biskut ni terpaksa di sorok oleh toknya.. kalau tidak alamat tinggal balang kosong je la...
apa lagi... jom kita buat... sempena raya aidil adha ni...

BISKUT MAKMUR SIMPLE ALA ARAB

Bahan-bahan ( 50biji )

8 cawan gula icing.
1 tin kecil minyak sapi.
8 cawan susu tepung.
8 cawan tepung gandum


Cara-cara

Panaskan kuali, masukkan minyak sapi gaul hingga cair.(guna api yg pelahan) masukkan tepung gandum dan susu tepung.
kacau adunan sampai menjadi doh lembut & berwarna kekuningan.(jgn terlalu lembut & jgn terlalu keras)
biarkan adunan sejuk sebentar. cubit dan buat bentuk bulat. celupkan ke dlm gula icing tadi...Dah siap..
~Selamat Mencuba~

Wednesday, October 17, 2012

IKAN MASAK LEMAK BELIMBING


dah lama x makan ikan masak lemak belimbing... ternampak ada kakak jual sayur kampung di pasar terus akak beli sebekas...  x mahal pun cuma RM1.00 tapi boleh masak 2 kali... sedap tau.. belimbing campur dalam masak lemak camni.. 


IKAN MASAK LEMAK BELIMBING

3 ekor ikan (sebarangan yang sesuai)
12-15 tangkai cili api - tumbuk
1 biji bawang kecil
2 batang serai - ketuk
10 - 13 biji belimbing - belah 2
sedikit serbuk kunyit
2 cawan santan pekat
sedikit garam


didihkan dan bahan tumbuk, santan dan serbuk kunyit serta serai.
setelah itu masukkan ikan garam belimbing.
sekali lagi didihkan sambil sentiasa dikacau.
tutup api.

Tuesday, October 16, 2012

MUSHROOM CHICKEN SOUP

melayan selera anak bujang....


anak akak memang suka sangat setiap kali akak buat sendiri mushroom chicken soup ni... tapi kali ni agaknya akak TERRRmasukkan lebih butter ketika menumis bahan... nampak butiran minyak... huuuhh... wp begitu rasanya memang sedap... xde bezanya setiap kali akak buat... sempat juga akak beri pada seorang kawan akak dan siap minta resepinya sekali.. 

MUSHROOM CHICKEN SOUP ♥

2 ketul isi ayam -di potong dadu kecil kecil (akak x suka guna ayam kisar sebab halus sangat lagi pun yang beli siap tu dorang kisar dengan lemak & kulitnya sekali- oh tidaaakkkk!!)
1 tin cendawan butang - di cincang halus
1 biji bawang besar - di potong dadu
1 ketul kiub ayam
1 kotak fresh milk
air secukupnya } di bancuh
sedikit tepung jagung } sekali pun boleh
2-4 helai daun bay
garam secukupnya
sedikit butter 

panaskan butter dalam periuk, tumiskan bawang hingga layu.
masukkan susu, ayam, cendawan, air ,kiub dan biarkan ia mendidih.
masukkan bancuhan tepung jagung. terpulanglah pada selera samada nak makan banyak masukkan air lagi tapi seimbangkan kepekatan dengan bancuhan tepung jagung (adjust sini je)
masukkan garam dan daun bay (untuk mendapatkan bau mushroom yang sedap) biarkan sekali lg mendidih. siap.
bolehlah di hidangkan dengan roti bakar ke.. dll.

* tidak terlalu pekat dan x terlalu cair.
* boleh dapat sebanyak 1 piuk rice cooker 1.8L - banyak tu.. 

Monday, October 15, 2012

PUDING CINCAU (resipi asal Cendol)



sebenarnya dah lama nak buat puding cendol tapi malas pulak nak keluar membeli cendol dan santan.. tengok stok cincau masih banyak lagi... akak pun buatlah puding ni untuk menghabiskan stok cincau.. ermm sedap jugak rasanya... tapiiiii... ada sedikit menderhaka juga pada resepi ni.. semua santan pekat tu akak tukarkan kepada fresh milk je.. sebab itu saja yang akak ada....

PUDING CINCAU  (resipi asal Cendol)

resipi dari  :   Yatiememories (tqvm utk resipi yg sedap ini)
dicuba oleh :  zaralovebaking.blogspot.com

Bahan Bawah :

500  ml   air
180  gm  gula pasir
300  ml   santan pekat
  10  gm  serbuk agar-agar
350  gm  cincau  (dipotong dadu) jika mengguna cendol - 500 gm
sedikit garam

Loyang :  10" x 10" x 1" inci persegi

Cara membuat :

     Masakkan air, serbuk agar-agar dan gula hingga mendidih.  Masukkan santan dan garam.  Biarkan mendidih seketika.  Masukkan cincau.  Kacau sedikit dan angkat.  Tuangkan ke dalam loyang 10"x10"x1" inci).  ( TIPS :  Loyang hendaklah dibasahkan dengan air terlebih dahulu.  Lapikkan dengan plastik yang lebih besar dari loyang supaya senang untuk dikeluarkan dari loyang dan supaya mudah nanti untuk dipotong).


Bahan Atas :

500  ml   air
200  gm  gula pasir  (resipi asal gula merah)
300  ml   santan pekat
  10  gm  serbuk agar-agar
    1  biji  kuning telur
    1  tsp  esen rose (tambahan)
    1  tsp  pewarna merah (tambahan)
sedikit garam

Cara membuat :

     Masakkan air, serbuk agar-agar dan gula hingga mendidih dan gula larut.  Kocok kuning telur didalam santan,  Tuangkan santan ke dalam adunan agar-agar.  Masukkan sedikit garam, esen rose dan pewarna merah.  Biar mendidih sebentar.  Tutupkan api dan tuangkan ke atas bahan bawah dengan perlahan.
( TIPS :  sebelum menuang adunan atas, pastikan adunan bawah sudah keras dan cucukkan dengan garfu diserata adunan bawah.  Tuangkan adunan lapisan atas perlahan-lahan.  Sebaiknya tahan adunan dengan sudu supaya adunan jatuh dengan perlahan).

Sunday, October 14, 2012

DAGING MASAK HITAM


sekali pandang gambar daging masak hitam mamasya beberapa hari lepas.. baru teringat nak buat.. memang akak bercadang nak buat masakan ni untuk anak yang balik bercuti.. dorang cukup suka masak daging hitam ni... kali ni akak nak cuba juga resepi dari mamasya ni sebab nampak senang dan ringkas tanpa santan... save bajet.. hehehe
yang memudahkan keje akak jintan manis, putih dan ketumbar (yang siap disangai dan blend) memang sentiasa ada stok... senang keje akakkan... 


DAGING MASAK HITAM
Sumber; Dari Dapur MadihaA & Fp Ida Marlida. Asal Majalah Mingguan Wanita 
Oleh; Dapurmamasya 

Bahan2
1 kg daging (dipotong nipis)
3 ulas bwg merah (dihiris)
2 ulas bwg putih (dihiris)
3 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
1/2 cawan kicap pekat
air asam jawa secukupnya
garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

Bahan Kisar
4 biji bwg besar
3 inci halia
4 ulas bwg putih
20 biji cili kering - letak hanya 2 sb cili kering siap blender
1 sudu kecil jintan manis           }
1 sudu kecil jintan putih            } akak sangai dan blend
1 sudu kecil ketumbar - tambah }

Cara
1. Panaskan minyak masak. Tumis bahan hiris, bunga lawang & kayu manis hingga wangi. Masukkan bahan kisar & tumis hingga garing & terbit minyak.
2. Masukkan daging, air secukupnya & renih sehingga daging empuk. Masukkan kicap pekat, air asam jawa & garam secukup rasa. Tambah aji jika suka. Biar kuah agak pekat & secukup rasa. Bila daging cukup empuk bolehlah hidangkan. (sekiranya daging tak cukup empuk... boleh tambahkan lagi air & masak lagi hingga kuah agak kering)

Friday, October 12, 2012

KENTANG GORENG


 petang petang ni cuaca mendung je... perut mula menyanyi... buka esbok tengok ada kentang (anak beli) akak pun goreng cicah cili sos.. ermmm sedapnya.. x cukup sebungkus 1 kg tu... waahahaha...


KENTANG GORENG

kentang goreng
minyak goreng
garam - tabur dalam minyak
goreng kentang dan toskan
sejukkan sekejab
masukkan kentang goreng dalam plastik bersih
renjiskan serbuk lada hitam
kembungkan plastik dan goncang kentang
~ sedia untuk di cicah dengan cili sos~

SUP AYAM WANGI HERBA


gambar x jelas... sikit sebab akak ambil ketika masih panas panas lagi.. dah tiba time makan.. jadi dah x boleh nak tunggu tunggu sejuk sikit... anak kata cepat sikit ma.. nanti kalau sup dah sejuk x kick...
teringat akak kat gambar kartun ni... memang kartun ni dituju khas buat rakan rakan blogger masak.. hehehe

* senyum sendiri akak lihat gambar ni.. hehehe..


sup ni berbau harum satu umah... akak masak ikut style orang bisnes tapi orang niaga tu guna daging dan tulang. akak hanya olah sikit bahannya untuk family kecil.. bahan bahan dalam sup ni akak masukkan seketul seketul... walau bawang terus masuk sebiji sebiji.. nampak tu... memang sedap sup ni...


RESEPI SUP AYAM WANGI BERHERBA
adatasi RESIPI BIHUN SUP LANGKAWI KEDAH

1/2 ekor ayam  (potong ketulan kecil)

BAHAN YANG PERLU DIBERSIH SECUKUP BERSIH: * ikut resepi asal bahan ini x perlu dibuang kulit @ dipotong tapi itu untuk quantiti yang banyak dan sesuai untuk makan bihun sup cara orang bisnes tu.. resepinya di sini)

** untuk makan sekeluarga:

2 batang serai *
1 potong lengkuas *
2 potong halia *
3 ulas bawang putih *
1-2 biji bawang besar *
1-2 batang daun leek *
1 batang calery * (akak x stok)
beberapa helai daun pandan - simpulkan *

sedikit gula @ secukup rasa
1 kiub ayam
sedikit lada hitam - blend halus
garam
kulit kayu manis
bunga lawang
buah pelaga
air secukupnya (ayam mesti tenggelam)

masukkan ayam di dalam periuk dan dikuti dengan air sehingga ayam tenggelam dan hampir 3/4 penuh periuk. masakkan di atas api.
bila sudah mendidih masukkan ke semua bahan yang telah di bersihkan, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga. biarkanlah ia masak empuk dengan sempurna.
masukkan kiub ayam, gula, pak aji, garam, lada hitam. bolehlah di rasa kuah sup ini. sebatikan rasanya seimbang.

HIASAN / TABUR:

Daging ketulan besar yang telah di rebus empuk - dipotong kiub kecil kecil
daun sup / bawang -       } dihiris halus
bawang goreng -}