followers

salji

waktu

bird terbang

Saturday, April 30, 2011

ATVT KELAS JW - MEE JAWA


ASSALAMUALAIKUM..

sebenar akak malas nak ngadap tenet ni hari ni.. jemu.. sangat! eh,eh bukan jemu nak masak masak @ nak berblog tau!! tapi akak rasa jemu nak uploadkan gambar tenet akak ni bila hujan je mulalah semput. asma agaknya! nak masukkan gambar 1 pun makan masa akak. cadang tadi rasa semangat nak masukkan resipi pecal tu tapi slow ya amat!! heee..geramnyaaa..


mee jawa ni bukan akak yang masak tau.. tapi resipi ini telah di kongsikan oleh rakan JW iaitu puan ROHANI/WAHIDAH 5 U7. untuk hari ni juga akak bercuti memasak.. sebab kenyang makan mee jawa ni hihihi.. lepas kelas JW tadi akak bizi mengambil barang barang anak bawa balik ke rumah. penuh 1 keta!! petang pulak baru mbik dia balik.. mujurlah x jauh.. hanya UiTM seri iskandar juga.. kalau jauh mana boleh berulang alik masuk kolejnya. esok barulah nak g mbik si kembarnya di UiTM Pematang Pauh lak.. nasib baiklah sorang ni belajar dekat dengan umah akak, kalau jauh sorang utara dan sorang selatan huh.. entahlah..
melalut pulak akak.. lari dari tajuk ni..



RESIPI MEE JAWA
hidangan untuk 4 orang

3 sb minyak
BAHAN KISAR:
8 ulas bawang merah
8 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm lengkuas
1 sb cili kering -blend
1 batang serai - ketuk
1.5 L air
400 g keledek(rebus dan dilecek)
300 g udang kertas(buang kulit/rebus - blend)
2 sb tepung ubi(di bancuh)
1/2 st serbuk lada hitam
garam gula secukupnya
BAHAN CELUR:
500 g mee kuning
250 g taugeh
2 pokok sawi
4 biji telur(di rebus)
4 biji limau kasturi(dibelah 2)
3 biji cili hijau(hiris halus)

panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi.
masukkan serai, lengkuas dan air masaklah hingga mendidih.
masukkan pula keledek, udang dan tepung ubi.
masaklah sampai kuahnya pekat.
kemudian masukkan lada hitam, garam dan gula secukup rasa.

HIDANGAN:
letakkan mee dalam mangkuk, taburkan taugeh, sawi, telur, limau dan cili.kemudian tuangkan kuah mee jawa. hidangkan panas panas.


waaaa.. akak dapat Ole OLe ni..

dengan berbesar hatinya saya angkut balik Ole Ole ni dari rumah kak Gee ni.. wp agak jauh nak dibawa ke rumah saya di Seri Iskandar Perak ni.. 
terima kasih kak Gee wp jauh dan penat saya bawa juga ke rumah dan dah gantung pun dengan cermat di ruang tamu ku.. nanti bila bila kak Gee datang ke sini.. bolehla singgah dan melihat Ole Ole kak Gee ni. dah ku paku dengan kuat di dinding ni.. jangan risau.. akan di jaga dengan baik sebagai kenangan terindah.. kekekeke...

Friday, April 29, 2011

ATVT JW - PECAL/GADO GADO



pecal/gado gado ini juga adalah satu menu hidangan akak harini.. ada ikan pekasam..huhuhu harini cukup laris kami makan berdua.. tergolek kekenyangan!! mulalah kelopak mata x larat nak angkat huhuhu..... sudahnya dah x larat akak nak menaipkankan resipi di sini..nantilah kemudian akak akan masukkan juga resepinya hokey.. sabor yee.. akak ni kadang kadang hanya sempat masukkan gambar je dulu resepinya kemudian, tapi... insyaallah akak akan masukkan juga.. cuma terlewat je sikit! esok pagi lak.. akak ada ATVT JW, nak shopping untuk kenyangkan peti ais lagi, ahad seawal 7.30 senam robik(nak x nak.. wajib ikut senaman badan dah macam guni beras loo!!) tengahari ahad, akak CUTiiii leeeee... pe lagi nak balik kampung... nak mbik anak balik dari bercuti sem.


ada sapa yang suka pecal ni? ni makanan kegemaran akak..ada semua dalamnya.. ada sayuran, kekacang.. huhuhu..  menambahkan angin dalam badan.. tu belakang kira janji kenyang perut, makan sedap!! kalau ada jantung pisang/nangka muda/kangkung rebus/tempe/telur rebus lagilah layannn.. tapi kami makan berdua camgini pun dah lebih dari mencukupi doh ni..


RESIPI PECAL/GADO GADO

500 g kacang tanah - di goreng dan di blend
500 ML minyak masak
BAHAN BLEND:
50 g udang kering - basuh/tos kering
100 bawang merah - mayang kasar
10 tangkai cili kering
5-8 tangkai cili api
1 sb belacan - bakar @ di goreng di tepi kuali/minyak - jk malas nak di bakar

200g gula putih
2 sb air asam jawa
500 ML air suam
garam secukupnya

goreng kacang tanah toskan dan blend(jangan lumat sangat).
goreng bawang merah, cili dan belacan. toskan
goreng pula udang kering, toskan.
* bila sejuk bolehlah di kisar bahan yang di goreng tadi.
kemudian campurkan ke semua bahan blend, gula, garam air suam dan air asam jawa. gaul hingga sebati ke semuanya. 

SAYURAN:
200 g taugeh -celur
200 g kacang panjang - rebus
3 ikat pucuk ubi - rebus
250 g timun - di potong panjang
1/2 biji kecil sengkuang
2 kepng tauhu - tabur garam kunyit - goreng/potong nipis
JIKA SUKA:
kacang botol
nangka muda/jantung pisang(rebus)

jika buat untuk di simpan/jual:-
gaul semua bahan blend, kacang tanah blend, gula, garam, air asam jawa.
* (jangan masukkan air suam)

"Diariummi Giveaway"


Diariummi Giveaway anjurkan giveaway lagi...jalan2 SINI
Tahniah izan kerana menyambut ulangtahun ke-2 blog anda.

tag


PEKASAM LENGGONG


harini makan bertambah dengan adanya pekasam goreng ni.. kena pulak dengan nasi panas..huh.. x ingat doooniaa! pada sapa yang x suka jangan baca dan tengok pic ni.. nanti ada yang x lalu makan lak...hehehe
bau ketika menggoreng tu yang x tahan dibuatnya.. sepontan je rasa lapar bebenor.. ekekeke.. 
ate.. udah berkenan nak kate ape ye.. dak!! hehehehe..


IKAN PEKASAM GORENG

1 ekor ikan pekasam beras(1 kampit ada 2 ekor rm3.50/akak goreng sekor je..)
1/2 biji bawang besar -dihiris kasar
1 biji cili merah - dihiris kasar
sedikit cili api - dihiris kasar
sedikit minyak goreng

panaskan minyak.
goreng ikan pekasam dan ketepikan
tumiskan ke semua cili dan bawang hingga separa garing dan masukkan ikan semula ke dalam kuali. gaul perlahan lahan dan angkat.

perrgghhh............. layan!!

Thursday, April 28, 2011

TERUNG GORENG TUMIS SAMBAL BILIS


Masakan yang simple.. tapi memikat selera..


RESIPI TERUNG GORENG TUMIS SAMBAL BILIS

1 biji terung panjang - di potong nipis, serong dan di goreng
1/2 cawan ikan bilis - dibersihkan dan di tumbuk
10 biji cili kering - blend
1 biji bawang besar 
3 ulas bawang putih -ditumbuk
sedikit belacan
sedikit pes asam jawa
sedikit garam dan gula
minyak untuk menumis

tumis bawang hingga garing dan masukkan cili kisar.
masukkan ikan bilis dan belacan hingga sambal terbit minyak dan berbau harum.
masukkan pes asam jawa, garam, gula serta terung yang di goreng tadi.
gaul hingga rata.
angkat.

Wednesday, April 27, 2011

KUEH LEMPENG PISANG


dah lama x makan kueh lempeng pisang ni... ermmm.. sedap makan sambil minum teh @ kapi O panas.. duduk pulak makan di atas pangkin di bawah pohon jambu... saja.. terkenang zaman anak anak dulu.. seronok je.. apa yang mak masak lapar je tengok! kueh ni adalah salah satu kueh yang selalu emak akak masak sebab akak suka sangat kueh ni. dok di kampung pisang x pernah habis musim.. lepas satu ke satu jenis pisang sampai x larat nak makan.. mana yang ranum semua dapat kat ayam je.. tapi sekarang semua jadi kenangan... nak buat cucur pun kena beli..


rasanya x perlulah nak tuliskan resepinya di sini. sama je macam bancuhan buat cucur..,

LEMPENG PISANG

pisang masak - lecek halus
tepung gandum
sedikit gula - jika pisang tawar rasanya(opt)
* gaul sebati

inti:
kelapa parut
garam
* digaul bersama

daun pisang - di bersihkan(x perlu di layur)

sudukan adunan pisang ke atas daun pisang dan ratakan sebesar tapak tangan yang terbuka luas.
letakan inti kelapa di atasnya.
tangkupkan adunan bersama dengan daun pisang.
buatlah sehingga habis.
sementara itu panaskan kuali leper @ biasa.
letak adunan yang bertangkup dengan daun pisang.
bakarlah hingga masak sehingga nampak daun pisang garing dan sedikit hangus.
balik balikkan supaya masak kedua dua belah.
bolehla di angkat.

* sedap makan ketika panas panas bersama kopi O

IKAN MASAK GULAI TAUCU


Harini akak masak gulai taucu... dah lama x masak ni.. ermm sedap tau.. sebenarnya my laling akak kureng nak makan masakan ni.. jenuh jugak akak berfikir camne nk bagi dia suka? dapat ideal dari kawan yang kebetulan suaminya orang nogori, juga x berapa suka masakan bercampur taucu ni.. dia kata taucu kena tumbuk hingga hancur(jangan kasi nampak sebiji pun taucu tu, lepas tu kawan tu cakap kita masak seperti biasa dan tengok si dia makan camne??!!) memang my laling boleh makan 2 pinggan tau!! tapi perlu ingat... ikan juga memainkan peranan penting dalam masakan ni. kalau setakat ikan kembung jer.. memang kurang ummmph!!  kepada yang suami kalian kurang minat masak taucu ni sila cuba ikut cara ni.


RESIPI IKAN MASAK GULAI TAUCU

3 keping ikan potong - tabur garam kunyit, di goreng lalu ketepikan.
3 ulas bawang kecil - di mayang
2 ulas bawang putih - di mayang
1" halia - dihiris panjang
2 mumbong taucu biji (OPAH) - di tumbuk lumut/ separuh lumat
2-3 keping asam keping
garam secukup rasa -* jangan lebih(kadang2 taucu tu masin)
1 1/2 cawan air
minyak menumis

hiasan:
6 biji  cili hijau - buang tangkai separuh dan di belah x putus
1 biji bawang besar - di belah 4/6 @ dipotong bulat
1/4 biji timun - dipotong panjang dan buang empulurnya saja
1 biji tomato - belah 4/6
1/4 biji karat - di potong panjang
* boleh di tambah cili api - belah x putus

panaskan minyak tumiskan bahan yang di mayang dan halia hingga garing.
masukkan taucu, asam keping. gaul hingga wangi.
setelah itu masukkan air secukupnya. biarkan ia mendidih.
setelah cukup mendidih baru masukkan ikan dan di ikuti dengan bahan hiasan lain.
didihkan sekali lagi dan masukkan garam. sesuaikan rasanya.
bolehlah di hidangkan.

* masakan ni jangan terlebih air kerana iakan cair dan kurang sedap.

Tuesday, April 26, 2011

FANCY DELIGHT


my laling akak request suruh buatkan 1 jenis biskut untuk rakan baik geng suraunya.. isterinya pula kawan baik akak juga.. hubungan kami memang rapat. fikir punya fikir.. lastnya akak buatkan biskut ni untuknya.. biskut ni bukan di tempah oleh mereka tapi kami memberinya sebagai hadiah.... dan biskut ni akan dibawa ke Pahang hujung bulan ni. biskut ini akan dibuat sebagai hantaran di hari pertunangan ayah mereka. maksud akak ayah kawan akak akan berkahwin sekali setelah emaknya meninggal. habis tu anaklah yang menguruskannya. 
sayu hati akak setelah akak memberikan biskut ni kawan akak terus sebak.. kalian pun pasti sedih kalau ayah kita sudah dapat pengganti ibu kita.. sedihkan... sebagai seorang kawan akak memahami situasi hati kawan baik akak tu... akak pun hanya mampu menarik nafas panjang. yang lain no komen! secara sepintas kilat akak terfikir.. kalau kita sebagai isteri meninggal dulu... mesti suami kita pun cam tu jugak ke??!!


untuk pengetahuan.. ni bukan biskut dahlia @ kueh semprit.. biskut ni agak rangup x sama langsung dengan semprit yang rapuh. biskut ni 3 serangkai..



baru masuk oven


baru keluar oven

RESIPI FANCY DELIGHT

A) 
125g mentega
75g gula icing
1/2 st butter vanila
B)
185g tepung gandum
25g tepung jagung

hiasan:
ikut suka nak letak ceri/jelly/choc cip dll

satukan ke semua bahan A.
putar sebentar sehingga kembang
masukkan bahan B lalu di adun rata.
guna nozle paipkan seperti semprit 3 kuntum bunga secara berderet.
letak hiasan yang di sukai.
bakar 15-20 minitdengan 160'C

* jika adunan keras + sedikit butter dan uli sedikit.
* jika nak nampak warna pada biskut masukkan 1-2 titis kaler pink.

MASAK LEMAK CILI API DAUN LIMAU PURUT


sory.. masak lemak ni selalu di masak kerana my laling amat suka.. nanti janganlah boring kenapa asyik2 menu yang sama je akak ni.. boring la tengok ekekeke.. akak masak cuma tukar tukar bahan bahannya je.. tapi kalau tukar bahannya juga dapat memberi kelainan misal kata akak bubuh daun limau purut lain rasanya dan kalau akak bubuh daun salam @ lain lain mesti ada kelainan dari segi rasanya.. jadi jom layan ... sedap makan hari tau..


RESIPI MASAK LEMAK CILI API DAUN LIMAU PURUT

1 ekor ikan - di kerat 2 dan bersihkan
1 biji bawang merah }
10 biji cili api            } tumbuk lumat
sedikit kunyit hidup   }
1 cawan santan pekat  
1 cawan santan cair
1 st serbuk kunyit
garam secukup rasa
2 keping asam keping
1 batang serai - ketuk
                                                                                                                                           
hiasan;
                                                                                    
10 biji cili api - di belah x putus 
4-5 helai daun limau purut  
1/2 biji bawang besar - dihiris 1/2 bulat

masukkan santan cair ke dalam periuk, di ikuti semua bahan kemudian masakkan dengan api sederhana sebentar, dan masukkan ikan, pati santan dan juga bahan hiasan yang lain. kacau perlahan lahan serta balikkan ikan perlahan lahan agar ikan masak kedua dua belah. masaklah sehingga betul betul mendidih.
sedia untuk di hidangkan.


BUBUR KACANG LEMPUK DURIAN


bubur kacang ni di campurkan lempuk durian sebab tulah warnanya agak gelap dari biasa..

Monday, April 25, 2011

TALAM KASWI KELADI


nampak comot je talam kaswi keladi akak ni sebab di potong ketika masih suam lagi.. talam kaswi ni masih lembut sangat tapi oleh kerana nak cepat untuk di bawa ke surau akak terpaksa potong juga..
sebenarnya talam ni pun sememangnya lembut sikit sebab baby keladi yang akak guna asalnya lebih dari cukup timbangannya tapi masa di potong dan di bersihkan hanya tinggal 274g saja.. sebab x elok. akak buat 1 adunan guna loyang 10"x10". pewarna ungu pulak dah kehabisan stok, tengoklah warna kueh agak kurang berseri je..
apa pun akak nak habaq mai... kueh talam kaswi keladi ni memang sedap.. kawan kawan akak makan pun kata sedap! ada lebih kueh ni ada yang minta bawa balik, ada baki akak suruh dorang bawa balik.. sebab di umah ni x de sapa yang nak perabihkan rezeki Allah ni..


RESIPI TALAM KASWI KELADI
  
180 gm tepung beras
120 gm tepung ubi
70 gm tepung jagung
260 gm gula pasir-(Ayu gunakan 215g)
1200 gm santan [400 gm santan kotak + 800 gm air]
300 gm keladi tanpa kulit [rebus hingga empuk dan toskan airnya]
1 sudu teh esen keladi
1 sudu teh air kapur-(Ayu gunakan 2 sudu teh)
1/2 sudu teh garam
pewarna ungu secukupnya


  
Caranya:-
Kisar keladi yang siap direbus dengan air (ambil air daripada sukatan di atas)
Satukan keladi dengan semua bahan lain, kecuali pewara ungu. Tapis jika perlu.
Masakkan adunan hingga pekat sedikit. Asingkan sebanyak 500 gm dan warnakan ungu.
Sapu minyak pada loyang dan tuangkan adunan putih dan ungu berselang seli.
Kukus adunan selama 40 minit dan sejukkan kuih sebelum dipotong.
Dimakan tanpa kelapa pun dah cukup sedap sebab dah ada santan.

Sources:-From http://seleraputeri.blogspot.com


IKAN CETI


masakan ini sebenarnya menu ulangan.. Mr hubby kata sedap masakan ni dulu jadi dia minta akak masakan untuk dia sekali lagi. kalau bukan kena rasa tekak dan minat dia x kannya suruh akak masakan lagi.. tapi memang sedap pun masakan ni.. akak pun suka bebenor..




RESIPI IKAN CETI

1/2 ekor ikan potong - akak guna ikan jenahak yang besar - gaul serbuk kunyit, garam dan goreng
minyak menumis
1 1/2 st jintan manis - tumbuk
setangkai daun kari
1 bawang besar - hiris
6 ulas bawang putih } ketuk
1/2" halia                 }
2 sb cili kisar (+ bawang putih dan merah sikit )
2 sb serbuk kari ikan
3 sb sos tomato
1 1/2sb kicap manis
garam gula

panaskan minyak tumiskan jintan manis bersama daun kari hingga wangi.
masukkan bawang merah, putih, halia dan masukkan cili kisar bersama serbuk kari hingga naik minyak.
masukkan sos tomato dan kicap manis.
perasakan dengan garam dan gula.
siap.

AGAR AGAR SANTAN PANDAN

ASSALAMUALAIKUM..


ni projek semalam sebenarnya tapi kerana tenet semalam ada gangguan hujan dan guruh yang sambar menyambar jadi semua tenet x berfungsi di seluruh kawasan bandar U ni.. harini pun dah lewat tengahri baru berfungsi semuanya..

ni sebenarnya resipi hana tapi kenapalah akak buat langsung x bertingkat,santannya kelihatan hampir keseluruhannya pulak dah! apa apa pun resipi ni secukup rasa dan sedap sangat.


RESEPI AGAR-AGAR SANTAN PANDAN
source : hanamemories.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 10g serbuk agar-agar
  • 1 cawan gula
  • 1100 ml air
  • 170ml air campur 1 paket santan serbuk - hana guna santan pekat
  • 1 biji telur dipukul dengan santan tadi
  • secubit garam
  • 1 helai daun pandan
Cara-cara
  • Masak air dengan gula dan daun pandan hingga gula larut.
  • Masukkan serbuk agar-agar dan kacau lagi hingga mendidih.
  • Kecilkan api.Tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau terus hingga adunan santan timbul dan berbintil2.
  • Tuang kedalam loyang atau acuan.
  • Sejukkan dalam peti sejuk sehingga mengeras baru potong.

Friday, April 22, 2011

TEMPAHAN DARI CUSTOMER - BISKUT HANTARAN


biskut ini telah di tempah oleh seorang doktor untuk hantarannya..


selepas kebakaran...



belum dibakar


sebelum kejadian..


masih di dalam oven


siap

RESIPI BICARA HATI

A)
100g mentega
50g gula icing/1sb susu pekat
1 biji telur
1/2 st esen vanila
1/8 st garam

B)
160g tepung gandum
25g tepung jagung

Bahan hiasan:
jem
1biji telur+ pewarna kuning - gaul
sugar love kecil - letak 2pcs

campurkan ke semua bahan A lalu kacau rata
kemudian masukkan bahan B dan di adun sebati.
canaikan.
terap dengan acuan khas.
letakkan jem.
kemudian lipat.
sapu telur+ pewarna.
letak sugar love
masa kebakaran 10-15 minit /170'C
siap.

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...