followers

salji

waktu

bird terbang

Tuesday, July 12, 2011

PERJUMPAAN RAKAN KENDURI-MEETING



ni bukan acara majlis doa selamat.. ni adalah perjumpaan grop RAKAN KENDURI
Kalau di awal sewaktu akak memulakan blog dulu ade akak masukkan cerita serba sedikit tentang RK bersama menunya sekali.. tapi kali ini akak masukkan gambar gambar grop RK je...


beginilah RK akan buat perjumpaan dan meeting jika ade keahlian RK akan mengadakan kenduri kendara.. agar semua berjalankan dengan teratur dan lancar semasa kenduri nanti


sedang mendengar taklimat dari Pengerusi RK(no 3 dari kanan) mengaturkan susuncara kenduri di rumah salah seorang ahli RK.
perbincangan menyusun atur/cadangan: 
mengatur kedudukan tapak kemah tetamu(sewa)
air gula 50 kg - di sediakan oleh tuan rumah
kedudukan kemah tempat memasak
punca air terdekat tempat memasak
kayu untuk memasak - oder/beli
peralatan memasak/hidangan - lengkap
grop memulakan tugas jam3 petang sehari sebelum kenduri.
dll

perbincangan jenis menu kenduri oleh tuan rumah setakat ini(1 ekor lembu)
- daging masak hitam
-kari daging bersama tulang
-ayam masak merah@ikan keli masak sambal tumis
-sambal belacan dan ulam ulaman

  
sebahagian dari grop RK - lelaki. mendengar dengan tertib


duduk no 2 dari kiri adalah tuan rumah kak Shidah yang akan mengadakan kenduri selepas Aidil Fitri nanti.


sebahagian dari pasangan grop RK(keahlian wajib berpasangan)


selesai meeting dan doa selamat.. tuan rumah mengadakan jamuan ringan


no 1 dari kiri ketua untuk grop perempuan - kak Mah.
kak.mah ni merupakan pakar memasak dan beliau juga seorang pengusaha kantin dan katering.


selesai meeting jamuan pun sudah terhidang ape lagi.. 
Bismillah..

* tujuan RK di wujudkan hanya untuk gotong royong sekiranya ahli membuat kenduri kendara sahaja.

No comments :

Post a Comment

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...