followers

salji

waktu

bird terbang

Friday, November 11, 2011

BINGKA ROTI KUKUS PANDAN


sukanya akak makan bingka ni.. lembut dan sedap rasanya bila keluar dari peti sejuk.. apatah lagi baunya yang semerbak wangi.. kuih ni akak buat untuk meeting rakan kenduri di tempat akak.. ramai yang suka dengan bingka yang lembut ni..

yang belum dikukus

BINGKA ROTI KUKUS PANDAN
Resepi : NotabiliaDicuba/Uji : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 8-10 keping roti putih (akak guna 9 keping roti Gardenia - x perlu disiat kecil)
  • 200 ml santan - (akak guna santan kotak Kara je)
  • 200 ml air
  • 1 cawan gula (akak letak 3/4 cawan je gula kastor)
  • 4 biji telor - (akak buang tali pusatnya)
  • 1 sudu teh garam halus
  • 1/2 sudu teh pes pandan
  • 2 helai daun pandan - disimpul




Cara-Cara:-
  1. Dalam mangkuk besar, kacau bersama santan, air, gula, telor, garam dan pes pandan dengan menggunakan whisk sahaja.
  2. Kemudian rendamkan kepingan roti ke dalam adunan di atas dan biarkan sekurang-kurangnya 10 minit.
  3. Pindahkan kepingan roti yang direndam tadi ke dalam loyang bulat 8 inci (akak sapu dulu loyang dengan sedikit mentega). Tuangkan lebihan adunan juga ke dalam loyang.
  4. Letakkan daun pandan yang telah disimpulkan di atas permukaan roti tadi.
  5. Sediakan kukusan dan bila air mendidih, kukus bingka selama 15 - 20 minit. (akak balut penutup kukusan dgn kitchen towel agar air kukusan tidak menitis di permukaan bingka).
  6. Sejukkan pada suhu bilik sebelum dihidangkan. (Letak dalam fridge dan di makan sejuk pun sedap pada tekak akak...hehe)


9 comments :

  1. teringin nak buat..tapi desert kat rumah masih banyak lagi...nampak sedap jer

    ReplyDelete
  2. salam kak norlie...saya tak buat lagi resepi ni..tapi memang dah masuk list..hehehhe...

    akak..saya nak tanya boleh? semalam jenjaln kt fb akak....tengok akak ada buat kuih jongkong....akak guna tepung gandum ye...boleh ke kongsi resepi akak dgn saya? teringin nak cuba yg versi tepung gandum pulak..:)

    esok baru kuar entry bihun langkawi akak tu...kekeke...

    ReplyDelete
  3. salam norlie....kak eni dah folo dan linkkan...tq....

    ReplyDelete
  4. bingka ni memang sedap kak nieza mkn ngan sos kustard lagi memang best:)

    ReplyDelete
  5. Nazrah..akak selalu singgah umah nazrah memang memang banyak dessert yang di hidangkan terliur akak..

    ReplyDelete
  6. quinnie.. nnt esok akak jalan2 umah quinnie lak ye... memang akak nk masukkan resepi jongkong tu..

    ReplyDelete
  7. eni osman.. sebelum eni link akak dah link dulu tau.. he3x

    ReplyDelete
  8. nieza.. akak nampak bingka kat umah nieza dulu memang mengiurkan.. sos kastard tu meleleh je.. kempunan akak..

    ReplyDelete
  9. he he...ok norlie....tq...tq...muahhh....:)

    ReplyDelete

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...