followers

salji

waktu

bird terbang

Monday, June 18, 2012

KASWI DURIAN


memang teringin sangat nak merasa dan mencuba kuih ni.. tapi hajat x sampai sebab tiada durian.. terpaksalah pendamkan je.. kebetulan rakan anak memberi tiga biji durian.. terus akak tersenyum teringatkan kuih kaswi kakbesah ni.. ada harapan...

 asalnya akak nak buat 2-3 jenis kuih untuk meeting rakan kenduri muafakat di tempat akak ni tapi oleh kerana akak dah letih sebab seharian duduk menyiapkan sample biskut raya.. akak keletihan sangat di tambahkan lagi cuaca sekarang ni terlalu panas... dan akak mula buat kuih ni pun dah pukul 10 malam... mujurlah akak punya pengukus memang besar.. dua kali kukus siap 2 adunan kuih kaswi ni..
oleh kerana akak buat satu jenis.. kata orang makan tu biarlah sampai puas.. hehehe.. lagi pun bukan senang nak dapat buah durian... kannnnn.. terima kasih pada rakan anak tu.. menyelamatkan menu kuih untuk meeting.. kalau x terpaksalah akak fikir kuih lain je.. hehehe


RESIPI KASWI DURIAN 

Bahan-bahan ( seloyang kcik jer ) - * akak buat 2 adunan jadi gandakan adunan ini

1 cwn tpung gandum
1 cwn tpung ubi
2 1/3 cwn santan (1/2 cwn sntan pekat + air) * akak guna santan kotak
1/2 cwn isi durian
2/3 cwn gula pasir
1/2 suduteh garam
1/2 suduteh AIR KAPUR sireh
sedikit pewarna kuning telur
secawan kelapa parut putih + secubit garam (jika xnk cpt basi kukus 5 mnt)


panaskan air kukusan.
campur rata / sebati semua bahan. bleh blend jika suka. tp, akk x blend coz nk jimat karen(konon..) heheh..
sapu sedikit minyak dlm loyang, pastu masukkan adunan. jgn tebal sangat, x best. lbehkurang 1 inci suku cukup. kukus 30 minit atau hingga masak.
bila sejuk, blehla dipotong & digaul bersama kelapa parut....


terasa duriannya.. sedap sangat


bila dah siap semuanya..  nampak comel la pulakkan...
kawan kawan dalam meeting pun turut memuji kuih kaswi yang sedap ni...


sebahagian dari rakan yang hadir meeting RAKAN KENDURI MUAFAKAT

4 comments :

  1. salam Kak Norlie..bau wangi doyan dh smpai penang ni haa..sedapnyaa..nk cuba jgk lah nnt..kna calling en.hubby dulu beli doyan..mst sedap..yana suka jgk cuba resepi k.Besah..semua sedap ^_^

    ReplyDelete
  2. sedapnya kak norlie..chumil2 je kuihnya tue:)mesti sedap

    ReplyDelete
  3. Assalam kak Norli.
    Saya belum pernah makan kaswi durian....sedap nampaknya.Bolehlah saya cuba resepi ni nanti.

    ReplyDelete
  4. Sedapnyaaaa tengok pun dah tau sedappp,sebab ade derian.Buah fev Iza tuuu...

    ReplyDelete

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...