followers

salji

waktu

bird terbang

Thursday, May 23, 2013

NASI AYAM BERMADU SEDAP


teringin pulak nak buat nasi ayam... sebab anak seorang sedang cuti sem dan seorang dah habis diploma.. Alhamdulillah.. sedang tunggu untuk masuk deegree sekarang dapat kerja sebagai technician di sebuah hotel berhampiran dengan umah. seronok juga rasanya bila anak anak dekat dengan kita... hati mama pun sukalah nak buat itu ini tapi sayang.. bila anak anak dah besar panjang dorang agak kurang nak makan cake n pastry ni.. kuih jauh sekali... kadang kadang makan nasi pun sehari sekali jer.. huhuhu...
kalau mama buat macam macam habis sapa yang nak tolong habiskan wahai anakku...

NASI AYAM BERMADU SEDAP

Resepi Nasi Ayam Madu

4 cawan beras siam / basmathi (lagi bagus)
1 ekor ayam (dipotong 2 @ 4) – asingkan kepak, leher dan kaki untuk sup.
1 kiub ayam
1 ½ inci halia
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4 sudu besar madu
4 sudu besar kicap manis
4 sudu makan sos tiram
2 sudu makan minyak bijan
air secukupnya
sedikit garam
1 sudu besar penuh mentega/marjerin
kulit kayu manis
daun pandan

Cara penyediaan:

1. Tumbuk garam,halia dan bawang putih  hingga hancur kemudian lumur pada ayam. Perap sebentar.
2. Sediakan kukusan yang berisi air. Sebelum mengukus boleh masukkan kepak, kaki, leher ayam dan kiub ayam pada air kukusan tadi. Kemudian kukuslah ayam yang telah diperap dengan halia, bawang putih dan garam sehingga 3/4 masak.
3. Ayam yang telah di kukus tadi diangkat dan kemudian diperap seketika dengan kicap manis, sos tiram, madu dan minyak bijan. Sementara ayam di perap dengan madu tadi bolehlah sediakan nasi ayam.
4. Untuk nasi:
 panaskan mentega/ marjerin kemudian tumis bawang merah, halia, bawang putih dan kulit kayu manis hingga wangi. Masukkan beras yang telah dicuci kedalam tumisan tadi. Goreng seketika.
5. Masukkan air kukusan ayam tadi bersama daun pandan dan sedikit garam pada beras yang telah digoreng tadi…. jumlah air bergantung pada beras yang anda gunakan. Masak nasi lah seperti biasa.
6. Tinggalkan sedikit air kukusan ayam tadi untuk sup.
7. Ayam yang telah diperap bersama madu, kicap, sos tiram dan minyak bijan tadi bolehlah di bakar dalam oven. Atau boleh juga di goreng dengan minyak penuh. Pastikan semasa membakar atau menggoreng janganlah terlalu lama kerana ayam tersebut sudah dikukus….
8. Angkat ayam yang telah digoreng atau dibakar tadi, kemudian bolehlah dipotong2 dan dihidangkan dengan salad, tomato, timun, sup, sos kicap dan sos lada.

~~Untuk Sos kicap:

kicap manis
sos tiram
minyak bijan
sedikit sup
* Satukan bahan diatas. Kacau dan hidangkan…. boleh jugak dicampurkan lebihan kicap yang diperap bersama ayam kukus tadi. sedia untuk dihidangkan.

~~Untuk sos lada/ sos cili:

8 -10 batang cili merah
2 ulas bawang putih
3/4 inci halia
1 sudu kecil garam
3 – 4  sudu makan penuh gula
4  sudu makan cuka
1/2 cawan air masak
1 sudu makan sos ikan ( jika suka )

* Masukkan semua bahan dalam blender kemudian kisar hingga hancur… sesuaikan rasa kemudaian sedia utk dihidangkan.

2 comments :

  1. Remote kt tepi tu salah satu dari menu jugak ea..hehe

    ReplyDelete
  2. sedap nya kak..time cuti gini makan reramai best kan.

    ReplyDelete

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...