Belimbing pemberian dari jiran taman maju.. iaitu taman bersebelahan..
MASAK LEMAK IKAN TONGKOL DENGAN BELIMBING BULUH
3 bahagian ikan tongkol
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
1 inci kunyit hidup
5 biji cili padi
1 labu bawang besar
1 batang serai
1 biji cili merah
Beberapa biji buah belimbing buluh
Sedikit daun kunyit
Garam dan gula
Cara Memasak
1. Bersihkan ikan dan toskan.
2. Tumbuk halus bawang besar, cili padi, cili merah dan kunyit hidup. Masukkan ikan dan bahan tumbuk ke dalam periuk.
3. Tuang santan pekat dan santan cair. Masukkan juga serai yang di ketuk sedikit.
4. Masak menggunakan api sederhana supaya santan tidak berketul sambil dikacau selalu.
5. Masukkan daun kunyit dan belimbing buloh, perasakan dengan garam dan gula.
6. Biarkan hingga mendidih dan ikan masak.
Tutup api dan sedia dinikmati.
No comments :
Post a Comment