terlebih bubuh kicap cair la pulak.. jadi gelap pulak tumisan akak ni... tapi x pe.. jika korang nak try akak dah adjust dh resepi di bawah ni.. ikut saja..
ketika menumis masakan ini.. masyaallah.. aromanya cukup mengamit selera.. baunya pun dah tau pasti sedap..
akak ambil resepi ni di salah satu rancangan masakan d tv, nampak menarik sangat sebab ia d letakkan parutan telur masin di atasnya. untuk pengetahuan.. masakan ini x perlu kita letakkan garam kerana sos ikan dan kicap cair serta telur dah memberi secukup rasa pada masakan ini
SAYUR GORENG BERSAMA AYAM DAN TELUR MASIN
250g ayam potong kiub kecil
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 biji cili merah - hiris
3 biji cendawan butang - hiris
1/2 biji lobak merah - potong mancis
4 batang kacang panjang - 1 "
2 in kunyit - hiris
1 rumpun syur kailan - hiris & celur sekejab shj
10 g tepung jagung yang dibancuh dgn 30 g air
1-2 helai daun limau purut
2 sb sos ikan
2 sb kicap masin ( 1 sb seeloknya)
sebiji telur masin rebus
minyak untuk menumis
panaskan minyak tumis bawang dan kunyit dahulu hingga wangi
masukkan cendawan butang
masukkan lobak merah, kacag panjang dan batang kailan serta cili merah gaul rata
masukkan daun kailan yang dah dicelur sebentar
masukkan kicap masin, sos ikan stok ayam dan air secukupnya, masak hingga mendidih
curahkan air tepung jaging untuk memekatkan kuahnya dan gaul rata
angkat dan tuangkan di dalam bekas yang telah disediakan
akhir sekali parutkan telur masin ke atas sayur goreng bersama ayam ini
selamat mencuba
membuka selera gak ni...
ReplyDeletelapaq nasikkk...
teruja tengok resipi ni sebab ada cendawan tu .. hehe
ReplyDeleteLain dari yg lain.. boleh juga try ni....
ReplyDelete