Thursday, February 28, 2013

MENERIMA TEMPAHAN CUSTOMER - BROWNIES


gambar yang penuh ni tempahan dari cust
kebetulan ada tempahan jadi akak buat la dua adunan sekali gus.. teringin pulak nak makan bronis... bukan apa dah lama x buat... boleh juga beri hubby bawa ke opisnya dan anak bawa kat U dia..



gambar yang ni untuk makan sendiri dan untuk rakan opis hubby serta rakan sekuliah anak..


akak dua versi sebenarnya... yang satu akak kacang selepas bakar 
dan
yang satu versi lagi akak letak kacang atas adunan dan bakar...

RESEPI BROWNIES

150 g tepung gandum* (1 1/2 cwn)
1 sk baking powder*
60 g serbuk koko* -(1/2 cwn) (*ayak bersama)
400 g gula perang (boleh guna campuran gula perang dan gula halus)-(2 cwn)-boleh kurangkan
4 biji telur
3/4 cawan mentega cair
1/2 cawan kacang pecan/badam cincang kasar - dipanggang

Cara-cara

Campurkan 4 bahan pertama ke dalam mangkuk dan kacau rata.Masukkan telur dan mentega cair dan kacau sebati.
 Tuang adunan ke dalam loyang yang beralas kertas dan bergris dan ratakan. Taburkan kekacang yang dicincang. Bakar pada suhu 170C selama 25-30 min.
Biarkan brownies sejuk di dalam loyang, baru boleh dipotong dan dihidangkan.

Wednesday, February 27, 2013

MAGGIE GORENG


tengahari tadi masak sikit sikit je.. x sempat nak possing tunggu sejuk anak dah buka tudung saji... terus makan.. selesailah semuanya... 
malam pulak cadang nak cari Laksam yang sedap kat pasar malam... tapi malangnya hujan terlalu lebat siap guruh sekali.. perut dah mula keroncong.. akhirnya inilah menu malamku...
kena rebus dulu la maggie ni baru di tumis tapi.. nape dah buh kicap sos tiram cili sosnya tetap nampak kelabu asap... tapi rasanya boleh tahan.. sampai x cukup sepinggan.. hehehe..

RESIPI MAGGIE GORENG

2 bungkus mee - celur dan toskan
1 biji bawang besar - cincang 
1 ulas bawang putih
sedikit sos tiram
sedikit sos cili
sedikit kicap
air secukupnya
sedikit kobis
2 biji telur ayam
1/2 peket perencah maggie ( x mau banyak)
sedikit minyak untuk menumis
bawang goreng tabur

panaskan minyak dan tumiskan bawangnya hingga wangi.
masukkan semua sosnya, sedikit perencah dan diikuti air jika perlu
dan masukkan mee celur tadi. gaul rata masukan sayur dan pecahkan telur. biar sekejab baru digaul. bila mee dah mula menggering segera angkat dan taburkan bawang goreng.
makan panas panas..

Tuesday, February 26, 2013

SET CHICKEN CHOP GORENG


sempena hari lahir anakku.. x de kek yang akak sediakan.. anak akak yang tinggal dengan akak ni dia kata jangan buat kek ma.. tunggu abang balik sok baru buat kek.. sebab dia x lalu makan teringatkan abangnya di Penang x merasa kek tu jadi untuk x menghampakan dia akak buat juga chicken chop kesukaan dia ni.. 


CHICKEN CHOP GORENG


3 bahagian peha/ dada ayam (650gm+-/potongan besar) | buang tulang
3 ulas bawang putih | kisar halus
6 inci halia | kisar halus
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar saus manis ABC
1 sudu kecil serbuk lada sulah/lada putih
Garam

Salutan:
1 biji telur | kacau
2 sudu besar tepung gandum
100gm bread crumbs

Cara:

1.Bersihkan ayam dan gaulkan ayam bersama bahan kisar, sos tiram, saus manis, serbuk lada sulah dan garam.Masukkan dalam tupperware dan perapkan selama 3 jam dalam peti ais.
2.Setelah cukup masa memerap, gaulkan pula dengan tepung gandum.
3.Pecahkan telur dalam mangkuk dan kacau.
4.Ambil ayam dan celupkan dalam telur kemudian salut dengan bread crumbs.Buat satu persatu.
5.Goreng dengan api sederhana besar agar ayam masak sekata.

SOS LADA HITAM

Bahan-bahan (ramai org boleh cicah)
2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
sebiji bawang besar(potong dadu)
sebiji tomato (potong dadu)
1 tin cendawan butang - hiris halus
seketul kiub ayam knors
2 cawan air
sedikit kicap pekat,sedikit sos tiram
sedikit sos cili/sos tomato
garam dan gula secukup rasa
1 sudu lada hitam(tumbuk halus)*boleh lebihkan amaun ikut selera
tepung jagung(standby)

Cara-cara

 Cairkan butter dengan api kecil.
 Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang
 Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi.
 Masukkan kiub ayam dan kacau.
 Masukkan air tadi dan cendawan butang serta kacau. Tambah sos cili. Kacau hingga sebati.
 Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit. PERHATIAN jgn sampai hitam sgt, agak2 kecoklatan dah cukup.nanti tk cantik bile dihidang.. apabila masak sos akan lebih likat dan hitam.
 Masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau
 Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa
 Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga menggelegak.
 Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat.Apabila sejuk sos akan lebih likat.

* akak x perlu tambah tepung.. asalkan masak hingga likat sebab bila sejuk ia akan pekat dengan sendirinya

COLESLAW

kobis manis - cincang
sedikit karat - dadu
mayonis
susu pekat

gaul rata dan bolehlah dihidangkan

* dulu akak pernah letak susu cair tapi Coleslaw jadi cair.. tukar susu pekat(jangan banyak) rupanya lebih sedap!

MASH POTATO

1 kg kentang - rebus empuk tos dan lenyek
sedikit garam
sedikit lada sulah
sedikit butter

gaul semua hingga lembut dan halus(x blender pun tai tetap halus dan gebu kentangnya)

ROUX

2 sudu butter
2 - 3 sb tepung gandum
1 L air
1 kiub ayam

panaskan butter dan masukkan tepung.
kacau tanpa henti hingga keperangan.
masukkan air dan kiub, masak hingga mendidih.
bolehlah siram atas mash potato yang di bulatkan

* sekiranya nak warna gelap masukkan sedikit kicap.
* boleh taburkan blac pepper

Monday, February 25, 2013

SELAMAT HARI LAHIR ANAKKU....

 mama nak ucapkan selamat hari lahir buat anak twins ku.. yang lahir pada hari ni 25-2-1992.. semoga kalian berdua sentiasa berada dalam lindungan Allah sentiasa... doa dan harapan mama.. semoga kalian berdua berjaya mengejar segala cita cita yang kalian idamkan.. jangan lupa solat lima waktu.. penting..! kerana itu adalah aset untuk kalian berjaya dunia dan akhirat... amiiinnn...


untuk pengetahuan semua... yang tepi kiri semua di dalam gambar ni adalah adik: glamer dengan nama fbnya Lazman Lee dan sebelah kanan adalah abang: khairulanwar Kun.. yang tengah tu adalah rakan mereka..

NASI TOMATO


jangan terkejut ye.. ni sebenarnya nasi tomato yang sememangnya berwarna merah tapi akak ni suka mengatal tangan campurkan serbuk kunyit tapi bila dah masak kalernya jadi cantik lak.. anak pun pada mulanya x caya ni nasi tomato..
 nasi ni akak gandingkan dengan ayam masak bawang goreng berempah sayur goreng kobis dan telur masak hitam.. 



RESIPI NASI TOMATO SERBA RINGKAS 

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 30 minit - akak guna beras yang buat nasi dagang
1 camca besar pes tomato (tomato puree) - x guna
2 camca besar sos tomato
2 camca besar minyak sapi - tukar butter
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, dicincang
1 inci halia, dititik
1 helai daun pandan, disimpul
serbuk kunyit - akak tambah
3 1/2 cawan air
1 cawan susu rendah lemak (atau susu sejat) - akak x guna
Garam secukup rasa
1 batang kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang

BAHAN HIASAN :-)
Hirisan daun bawang/daun sup
Bawang goreng
Kismis
Kacang pis

CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan minyak sapi dalam kuali (mat guna non-stick pan), tumis kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, halia, bawang besar, bawang putih dan daun pandan hingga harum. Masukkan pes tomato dan tomato sos, kacau rata dan masukkan beras. Gaul hingga mesra dan goreng beras tadi 1 minit.
Alih beras tadi ke dalam rice cooker. Tuang air dan susu rendah lemak. Masukkan garam secukup rasa dan kacau rata. Masak seperti biasa hingga nasi kering. Tabur kismis dan kacang pis (jika guna). Dan biar nasi betul2 masak. Gemburkan dan matikan suis rice cooker tadi.
Hidangkan dengan menabur hirisan daun bawang/daun sup dan bawang goreng. Boleh juga anda kukus nasi tadi. Bila nasi masak dan lampu pada rice cooker, bertukar ke tanda "warm". Anda keluarkan nasi, letak dalam kukus yang dialas daun pisang (cucuk2 sedikit daun tadi untuk membuat lubang) dan kukus hingga masak.

Sunday, February 24, 2013

AYAM MASAK BAWANG BEREMPAH



sebenarnya dah banyak kali akak masak ayam bawang berempah ni.. masakan yang di sukai keluarga kenalah selalu buatkan... bukan setakat itu saja.. majlis aqiqah, berendoi dan cukur jambul cucu akak juga akak telah menggunakan resepi ni untuk 300 tetamu.. Alhamdulillah x sangka ramai yang suka masak camgini rupanya.. agaknya orang dah jemu bila kenduri je.. asyik asyik hidangan ayam masak merah je kannnn.. kali ni akak buat penampilan lain sikit.. oleh kerana akak ni tuan umah.. jadi akak suruh chef rakan grop kenduri akak yang menumisnya.. semua bahan bahan telah akak sediakan tinggal nak menumisnya sahaja.. 
akak tabahkan hati nak buat juga masakan ni untuk majlis.. tetapi dalam pada itu sebenarnya jauh di sudut hati ini takut juga orang x sukakan masakan ni... hehehe... gementar.. tuhan saja yang tau hati ini... syukur sangat sangat.. sampai ada yang minta resepi ni dari akak.. ada yang siap gtau selera suami dia makan dengan nasi minyak oren.. 

AYAM MASAK BAWANG BEREMPAH

Resipi Mamak Haji
pernah buat dulu di sini

1 ekor ayam - potong kecil / goreng 3/4 masak
5 labu bawang merah -
1 sb serbuk cili
1 st serbuk jintan manis
1 st serbuk jintan putih
1 sb serbuk kari daging
1 st kas kas
1-2 sb sos tiram
2 sb sos cili
1 sb sos tomato
2 biji bawang merah - kisar halus (boleh tambah)
1 sb pes bawang putih-halia (blend sekali - style masak mamak)
sedikit garam masala * x de stok akak tukar kayu manis, buah pelaga, cengkih dan bunga lawang.
1 helai daun pandan
sedikit gula
garam secukup rasa
1 biji cili merah - potong serong
daun kari - hiasan



CARA-CARA:
1. kupas bawang merah labu, hiris halus dan goreng. Bila warna bawang bertukar kepada warna perang keluarkan dari kuali dan sejukkan. Bawang goreng tak perlu ranggup agak kering sudah memadai. Minyak bekas gorengan disimpan untuk menumis rempah kelak. Nota: Untuk pengetahuan, sekiranya ingin menghasilkan bawang goreng yang rangup boleh dihasilkan dengan mengeringkan terlebih dahulu hirisan bawang di cahaya matahari dan goreng.

2. Ketulan ayam telah dibasuh, masukkan garam dan serbuk kunyit. Ketulan ayam yang digoreng jangan terlalu masak sehingga garing. Gorengan perlu 3/4 masak kerana 1/4 lagi akan masak semasa masak dengan campuran rempah. Selepas goreng asingkan.

3. Panaskan kuali, dan masukkan minyak bersama dengan minyak gorengan bawang. Bila minyak panas masukkan rempah empt serangkai (sekiranya tidak gunakan garam masala). Masukkan pes halia bawang putih. Bila haruman naik kecilkan api dapur dan masukkan kesemua rempah-rempah di atas. Bila bau rempah mula mengeluarkan haruman masukan air bawang dan besar sedkit api dapur. Bila air bawang bersama rempah mula didih, masukkan sos cili, sos tiram dn sos tomoto.

3. Kecilkan api dapur dan masukkan gula dan garam secukup rasa. Masukan semua ketulan ayam yang telah goreng tadi. Kacau rata untuk kuah rempah bersalut pada ayam goreng. Masukkan bawang goreng dan kacau lagi untuk bawang goreng sebati pada ketulan ayam. Biarkan ayam masak 1/4 bahagian lagi. Ia cuma memerlukan sekitar 10-15 minit saja dengan api yang kecil. Bila wap mula reda, matikan api dapur dan masukkan kedalam tray hidangan.

4. Taburkan cili merah yang dihiris dan juga daun kari di atas hidangan anda

 depan: kari kambing, masak lemak gulai pisang, jelatah, ayam masak bawang berempah, ulam ulaman, papedom, sambal tempoyak , sambal belacan dan buah

 kumpulan marhaban

 Nur Arissa Safiyya



bersama kumpulan marhaban

meraikan anak yatim dari rumah Nur Kasih Bistari

Friday, February 22, 2013

SLICE CHEESE CAKE


kek ni rasanya dah beberapa kali akak buat.. tapi rasanya belum pernah dikongsikan lagi resepi kek ni di sini.. akak buat corak marble warna coklat dan hijau... tapi dalam gambar ni x nampak marblenya...

sebenarnya kek ni mr hubby yang request untuk besdei sahabat karibnya... dia seorang guru.. dia juga seorang imam surau Al-Ikhlas dan dia juga seorang rakan setaman dan dia juga ayah angkat kepada cucu akak Nur Arissa Safiyya.. (bawah..)



harap sudilah kiranya menerima hadiah kek hari lahir yang x seberapa indah ni...
 akak deco kek yang sangat simple untuk hari lahir en. Saizali Ibrahim.. doa dan harapan kami  berdua semoga berbahagia dunia dan akhirat... dan semoga tabah menghadapi segala dugaan ini...

SLICE CHEESE CAKE

4-5 keping slice cheese
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila
potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi



PAJERI TERUNG PANJANG


lama betul x buat pajeri terung ni... pebret akak ni... jarang buat sebab mr hubby x suka makan terung.. masa akak buat tadi dia risau takut x de sapa nak habiskan terung yang akak masak ni sebab dia kata akak makan sorang je.. boleh habis ke ni... dia cuma ambil kuahnya saja... ni yang x bestkan sebab x de geng untuk berebut!


RESIPI PAJERI TERUNG PANJANG

Bahan-bahan ( Sajian utk 4 orang )

Bahan utk menumis:-
3 biji buah pelaga
1 btg kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
3 biji bunga cengkih
Bahan utk dikisar:-
3 ulas bawah merah
2 ulas bawang putih
1 sb kerisik
3 sb udang kering
3cm halia

Bahan lain:-
3 biji Terung
1 1/2 sb gula merah
1 sb rempah kari
santan secukupnya

Minyak masak utk menumis

Cara-cara

Panaskan minyak, masukkan bhn utk menumis kacau sehingga bau wangi.
Kemudian masukkan bhn yg dikisar dan rempah kari masak sehingga terbit minyak.
Masukkan terung yg tlh dipotong kepada 2 dan dibelah dibhgn tengahnya di ikuti santan .
Stlh terung sedikit empuk masukkan gula pasir, asam keping dan garam. Biarkan sehingga hampir masak baru masukkan kerisek.

BIHUN GORENG


layan bihun goreng je pagi ni.... simple saja.. jemput makan semua..



RESIPI BIHUN GORENG

1/2 peket bihun - direndam lembut/bilas

BAHAN BLEND:
1 biji bawang besar
5 tangkai cili kering
2 ulas bawang putih

1 peket kecil perencah adabi bihun goreng
1/2 cawan udang kecil
sedikit kobis - hiris halus
2 sb sos cili
1 sb sos tiram
sedikit air
sedikit minyak tumis
sedikit garam

HIASAN:
daun sup/bawang
bawang goreng

panaskan minyak tumis bahan blend hingga wangi dan sedikit garing masukkan udang dan karat. gaul rata. masukkan semua sos dan perencah bihun goreng, air, garam. didihkan sekejab.
masukkan bihun gaul rata hingga bihun lembut.
tutup api. sedia untuk di hidangkan bersama daun sup/bawang serta bawang goreng.

Thursday, February 21, 2013

HEAVNLY MILO & OREO JELLY (AGAR AGAR MILO LAPIS OREO)


jangan lihat pada rupa parasnya.. hehehe... akak sebenarnya terlalu malas nak buat di sebabkan letih dan akak sebenarnya x ready apa apa langsung... sebelah siangnya akak sibuk menguruskan atvt JW. masa buat ni pun dah larut malam... tapi dek kerana dah berpakat dengan rakan grop JW jadi nak x nak akak buatlah juga... puas juga berfikir nak buat apa... bila tengok bahannya hanya sesuai buat agar agar ni sebab bahannya dah sedia ada... dah larut malam.. kedai mana yang buka dah.. akak pun x fikir panjang... tapi wp pun rupamu tiada... rasanya tetap mendapat sambutan hangat.. sedap.. masa jamuan tu sekelip mata je hilang..  akak cuma sempat rasa 2 ketul je..

Heavenly Milo & Oreo Jelly (Agar-Agar Milo Lapis Oreo)

By: AlongRoz@HomeKreation


Saiz: 8" persegi

BAHAN2:
1 bungkus / 10g Jelly Powder (Serbuk Agar-Agar)
750ml Air
160g Gula
1 tin (400g) Susu Cair
3/4 cup Serbuk Milo
1 bungkus (137g) Oreo Cookies - patah2kan tp biarkan sandwich 2 lapis

CARA2:
1. Masak serbuk agar2 & air sehingga larut.
Masukkan gula & masak sehingga gula larut.
Masukkan susu, kacau sebati sehingga mendidih.

2. Asingkan 2 cwn  ke dlm periuk yg lain & campurkan milo sehingga sebati.

3. Tuangkan 1 cwn campuran milo ke dlm acuan.
Panaskan campuran milo yg separuh lagi dgn api paling kecil supaya tidak membeku.
Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi.
Taburkan biskut oreo.
Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.

4. Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dlm petisejuk.

TIPS UNTUK MELAPIS:
a. Janagn tunggu sehingga lapisan membeku sepenuh nya sbb takut lapisan tidak melekat.
Jika membeku semua, guris2kan permukaan dgn garfu sebelum tuangkan lapisan seterus nya.
b. Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelum nya supaya ia melekat dgn baik.


inilah dia rakan grop JIRAN WANITA di tempat akak...

TALAPIA BAKAR BERSAMA AIR ASAM BERKERISEK


semalam memang nak g pasar malam sebab dah lama teringin nak makan ikan bakar.. memang akak nak cari ikan talapia sungai sebab ia x de berbau...  tapi bukan nak citer fasal ikan ni... akak sebenarnya nak berkongsi resepi air asam berkerisek yang pekat ni... sedap dan memang layannnn... x sedar nasi pun bertambah... hehehe..


RESIPI AIR ASAM BERKERISEK

1 biji bawang besar - belah 2 dan hiris melintang
1 biji tomato - hiris nipis
2 biji cili merah - hiris nipis / separuh tumbuk
10 tangkai cili api - hiris halus / separuh tumbuk
sebesar ibu jari belacan - tumbuk
jus asam jawa
cili sos
1 sb kerisek
sedikit garam dan gula

gaul semuanya sehingga sebati dan masukkan garam serta gula sehingga secukup rasa semuanya. 

* amat sedap dan pekat

MASAK LEMAK SAYUR MANIS


masak simple je hari ni...


RESIPI MASAK LEMAK SAYUR MANIS

1 ikat sayur manis - celur dan tos
1 biji keledek - kerat, rebus dan toskan
sedikit ikan bilis
1 biji bawang besar - hiris
1 biji cili merah - hiris
santan secukupnya
garam secukupnya

campurkan kesemua bahan dan masaklah sehingga mendidih.
sedia untuk dihidangkan

Wednesday, February 20, 2013

NASI LEMAK TUMIS PANDAN WANGI TANPA SANTAN


dah beberapa harini rehat habis.. akak sakit gigi nak cabut x boleh rupanya gigi sensitif ni... wp gitu dapur tetap juga berasap... orang sakit gigi ni kena makan yang lembut lembut je.. Alhamdulillah... setelah makan ubat mujur lalu je mengunyah nasi ni... kalau x.. terkebil kebil je la lihat nasi ni...
akak rasa nasi ni amat sesuai dengan orang yang ingin berdiet.. sebab akak hanya ambil sedikit sahaja butter atau minyak untuk menumis.. dan langsung x menggunakan santan..


RESIPI NASI LEMAK TUMIS PANDAN WANGI TANPA SANTAN


Bahan-bahan ( Hidangan seisi keluarga )

Beras (apa2 pun boleh)
Bwg merah - dihiris nipis / akak ketuk
Bwg putih - dihiris nipis / akak ketuk
Halia - dihiris nipis / akak ketuk
serai - akak ketuk (tambah)
daun pandan - kerat (tambah)
sedikit pewarna hijau (tambah)
garam dan 1 sk gula
butter / minyak - untuk menumis

sambal tumis:
Ikan bilis
*Bwg besar (bahagi kpd 2 bgian - tuk dikisar dan untuk hiasan bulat)
*Cili kering
sos tiram
cili sos
Minyak masak
Garam dan gula
Air asam jawa

*Kisar hingga halus. Masukkan sedikit minyak untuk hancurkan biji cili kering.

hiasan:
Telur - digoreng mata /telur rebus
telur masin
timun
kacang tanah goreng
papedom
ikan bilis goreng

Cara-cara

NASI LEMAK - basuh beras dan masukkan dalam rice cooker beserta paras air yang bersesuaian. panaskan butter secara berasingan di dalam kuali dan masukkan bwg merah, bwg putih dan halia bersama serai. tumis hingga wangi dan masukkan daun pandan hingga terbit bau semerbak dan tuangkan ke dalam rice cooker. Masukkan juga sedikit garam dan gula. letakkan sedikit pewarna hijau. Gaul rata dan biarkan ia masak seperti biasa. Gaul nasi didalam rice cooker sekali sekala hingga ia masak.

SAMBAL IKAN BILIS - panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar. Tumis hingga pecah minyak dan kacau sehingga ia agak garing sebelum dimasukkan air asam jawa. Tunggu hingga mendidih. Masukkan ikan bilis, sos tiram, cili sos, garam dan gula. Masukkan bawang besar dan tunggu sebentar sebelum api ditutup.

Makan dengan telur mata lebih sedap.

Friday, February 15, 2013

KEK OREN ORENGY


sedap dan lembut saja....

KEK OREN ORENGY

250g mentega
200g tepung naik sendiri
160g gula halus
4 biji telur
1 biji oren sunkist
1 sdb ovelette
1 sdb susu tepung
1sdt esen oren
Secubit garam
Beberapa titik perisa coklat (untuk buat marmar)


Wednesday, February 13, 2013

MASAK LEMAK BELIMBING IKAN REBUS


belimbing pemberian dari seorang kawan setaman... akak masak cara yang simple tapi tetap ada ummmmpphh...


RESIPI MASAK LEMAK BELIMBING IKAN REBUS

3-4 ekor ikan rebus - bersihkan
10 biji belimbing - belah 2
bawang besar - hiris kasar
10 tangkai cili api - ketuk
santan pekat secukupnya
serbuk kunyit
sedikit garam

leburkan semuanya di dalam kuali dan masak sehingga mendidih.
kacau selalu. 
setelah cukup mendidih, angkat dan sedia untuk dihidangkan

Tuesday, February 12, 2013

PANDAN MUFFIN


Ini adalah antara muffin yang akak buat... tapi untuk resepi ni akak telah gandakan dua sbb resepi asalnya terlalu sikit.. alang alang buat kena puas makan hehehe...

PANDAN MUFFIN


Bahan-bahan

90g butter
70g gula halus
1 biji telur
40ml susu segar
sedikit vanila esen
110g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil pandan emulco


Cara-cara

Pukul butter sehingga lembut. Kemudian masukkan gula,pukul sehingga putih.
Masukkan telur sikit demi sedikit. Pukul sehingga semuanya sebati.(sebelum masukkan telur ke dalam adunan,pukul dulu sikit telur tu dengan garfu. Tak perlu kembang). Kemudian masukkan esen vanila. Pukul lagi sehingga sekata.
Masukkan pula tepung yg telah diayak dengan baking powder ke dalam no.2 sedikit demi sedikit sebanyak 3 kali berselang seli dgn susu segar sambil di kacau. (tepung-susu-tepung-susu-tepung)
Bahagikan adunan kepada 2. Ambik satu bahagian adunan, masukkan pandan emulco dan kacau sehingga sebati.
 Isikan cup muffin dengan dua adunan yang berlainan itu. Bakar selama 25-30minit dengan suhu 180C.
siap utk dimakan

SAYUR LEMAK PETOLA


masakan yang simple tapi kalau kena dengan sambal belacan... ermmmmmmm.....


RESIPI MASAK LEMAK PETOLA

1 batang petola yang panjang - buang urat kulitnya dan potong serong
sedikit karat - hiris halus memanjang
1 biji bawang besar -hiris
1 biji cili merah - hiris serong
sedikit ikan bilis
1 1/2 cawan santan 
sedikit garam

masakkan kesemua hingga masak mendidih dan sayur lembut