followers

salji

waktu

bird terbang

Tuesday, December 11, 2012

AYAM MASAK BAWANG BEREMPAH


akak try masakan ni ketika kakak ipar datang ke rumah akak baru baru ni... Alhamdulillah semuanya kata sedap ayam ni.. memang benar benar rasa masakan mamak katanya.. resepi asalnya memang untuk sukatan kenduri tapi akak kecilkan resepi ini mengikut cara dan gaya akak yang sesuai untuk seekor ayam..


RESEPI AYAM MASAK BAWANG BEREMPAH.
Resepi-Mamak Haji
Sumber Resepi-Kak Wattie zaliedana mas

Masakan untuk 250 -300 orang.(Bahan2 pandai2 agak sendri lah eks..Aku wat 3/4 ekor ayam)

BAHAN-BAHAN:
Ayam 250 ketul dibasuh dan bersihkan.
1 1/2 guni Bawang Merah labu (segundi dlm 5-6 kg)
125gm Serbuk Cili (1/2 pkt dari bungkusan 250m).
50gm Serbuk Jintan Manis ( 1/2 pkt dari bungkusan 100gm)
50gm Serbuk Jintan Putih (1/2 pkt dari bungkusan 100gm)
125gm Rempah Kari (daging) (1/2 pkt dari bungkusan 250gm)
100gm serbuk kas-kas ( 1pkt)
1 botol Sos Tiram (480gm – 500gm).
1 pkt Sos Cili (kimball 500gm).
1 pkt Sos Tomato (kimball 500gm).
6 biji bawang merah labu dikisar halus dan jadikan airnya satu balang pengisar. Boleh tambah sekiranya anda inginkan kuah yang lebih sedikit.
1 cawan pes bawang putih-halia.
2 sudu besar (tbsp) serbuk garam masala atau boleh gunakan kayu manis, buah pelaga, cengkih dan bunga lawang.
4 helai daun pandan dipotong 4 inci sehelai.
3 sudu besar gula pasir.
Garam secukup rasa.
Cili merah dipotong memanjang (hiasan).
Daun Kari (hiasan).

* di bawah ni sukatan untuk seekor ayam cara akak ye..

1 ekor ayam - potong kecil / goreng 3/4 masak
5 labu bawang merah -
1 sb serbuk cili
1 st serbuk jintan manis
1 st serbuk jintan putih
1 sb serbuk kari daging
1 st kas kas
1-2 sb sos tiram
2 sb sos cili
1 sb sos tomato
2 biji bawang merah - kisar halus (boleh tambah)
1 sb pes bawang putih-halia (blend sekali - style masak mamak)
sedikit garam masala * x de stok akak tukar kayu manis, buah pelaga, cengkih dan bunga lawang.
1 helai daun pandan
sedikit gula
garam secukup rasa
1 biji cili merah - potong serong
daun kari - hiasan


CARA-CARA:
1. kupas bawang merah labu, hiris halus dan goreng. Bila warna bawang bertukar kepada warna perang keluarkan dari kuali dan sejukkan. Bawang goreng tak perlu ranggup agak kering sudah memadai. Minyak bekas gorengan disimpan untuk menumis rempah kelak. Nota: Untuk pengetahuan, sekiranya ingin menghasilkan bawang goreng yang rangup boleh dihasilkan dengan mengeringkan terlebih dahulu hirisan bawang di cahaya matahari dan goreng.

2. Ketulan ayam telah dibasuh, masukkan garam dan serbuk kunyit. Ketulan ayam yang digoreng jangan terlalu masak sehingga garing. Gorengan perlu 3/4 masak kerana 1/4 lagi akan masak semasa masak dengan campuran rempah. Selepas goreng asingkan.

3. Panaskan kuali, dan masukkan minyak bersama dengan minyak gorengan bawang. Bila minyak panas masukkan rempah empt serangkai (sekiranya tidak gunakan garam masala). Masukkan pes halia bawang putih. Bila haruman naik kecilkan api dapur dan masukkan kesemua rempah-rempah di atas. Bila bau rempah mula mengeluarkan haruman masukan air bawang dan besar sedkit api dapur. Bila air bawang bersama rempah mula didih, masukkan sos cili, sos tiram dn sos tomoto.

3. Kecilkan api dapur dan masukkan gula dan garam secukup rasa. Masukan semua ketulan ayam yang telah goreng tadi. Kacau rata untuk kuah rempah bersalut pada ayam goreng. Masukkan bawang goreng dan kacau lagi untuk bawang goreng sebati pada ketulan ayam. Biarkan ayam masak 1/4 bahagian lagi. Ia cuma memerlukan sekitar 10-15 minit saja dengan api yang kecil. Bila wap mula reda, matikan api dapur dan masukkan kedalam tray hidangan.

4. Taburkan cili merah yang dihiris dan daun kari di atas hidangan anda

1 comment:

  1. salam kak norlie...
    kalau resepi di mamak haji ni memang sedap2 belaka... t.kasih kongsi sukatan resepi yg kecil tu.. senang bila nak cuba nnt..

    ReplyDelete

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...