followers

salji

waktu

bird terbang

Saturday, April 9, 2011

ATVT KELAS JW - DAGING KICAP BERCILI


ASSALAMUALAIKUM..


oleh kerana tenet.. ya rabbi punyalah lembab, nak upload gambar pun susah benor dan memakan masa.... biarlah akak tinggalkan gambar ini dulu yee.. sebab akak ada hal lain sekarang. malam ni juga ada hal lain. esok pun ada jemputan makan kawan buat majlis cukur jambul, orang perak kata naik buai lepas pantang!


sekarang baru akak berkesempatan untuk berbicara semula..

masakan ni telah di kongsikan oleh puan AZIAN 45U12,bandar U di kelas masakan JW pagi tadi. jadi masakan ini bukan akak yang masak tau.. akak cuma masukkan gambar ini sebagai rujukan akak di masa akan datang!
kalian semua jangan keliru antara masakan ini dengan Rendang Pak Kassim yang pernah akak masakkan tempuhari.. wp pun gambar nampak seakan "serupa tapi x sama" tau. sebab akak takut kalian terkeliru sebab dulu akak pernah cakap nanti bila bila akak akan persembahkan masakan daging masak hitam dan rendang terlagi lagi tapi bukan masakan ni yang akak maksudkan yee..

akak syorkan kalian cubalah sendiri masakan ni atau rendang pak kassim tu tapi x salah jika kalian nak mencuba ke2,2nya sekali pun.. untuk perhatian kepada yang suka pedas kalian boleh la mencuba daging kicap bercili ni..

(kalian bolehla membuat perbandingan sendiri ye..)

DAGING KICAP BERCILI

1 kg daging batang pinang - potong kecil dan bersihkan perapkan bersama
1/2 botol kicap masin
gula secukup rasa

rm1.00 cili kering -buang biji dan blender
10-20 biji bawang merah - dijadikan bawang goreng
sedikit air asam jawa
garam
minyak menumis - goreng bawang tadi.

panaskan minyak.
tumiskan cili kering yang telah di blender hingga pecah minyak.
kemudian masukkan daging yang telah di perap tadi.
masaklah hingga daging empuk.
masukkan air asam jawa dan garam.
setelah daging benar benar masak taburkan bawang goreng dan gaul sebati.
sediakan untuk di hidangkan.

2 comments :

  1. peeh......
    norlie...menyelerakkannya daging kicap bercili kamu.....

    ReplyDelete
  2. CR.. cubalah..yee.. ada lagi satu seakan sama tapi namanya rendang pak kasim..

    ReplyDelete

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...