followers

salji

waktu

bird terbang

Tuesday, February 28, 2012

GORGEOUS RED VELVET CAKE




kek di buat semasa besday anak pada 25hb february tempuhari tapi hari ni baru sempat nak update... ketika itu akak bersiap nak balik ke kampung untuk menghantar pengantin anak saudara ke Perlis..  anak hanya makan bersama kawan kawan U ketika berkelah di Teluk Batik...


GORGEOUS RED VELVET CAKE

Bahan-bahan ( 1 layer )

250g cake flour / superfine flour ( diayak)
1/2 sk garam
2 sb serbuk koko
113g mentega tanpa garam - suhu bilik
300g gula kastor
2 biji telur (grade A)
1 sk vanila
240ml buttermilk
2 sb pewarna makanan merah (cecair)
1 sk cuka
1 sk baking soda

Cream cheese frosting:
454g cream cheese
1 sk vanila
115g gula halus
360ml krim putar


Cara-cara

Panaskan oven pd suhu175C, griskan dua loyang bersaiz 9 inci, alaskan dgn kertas minyak.
Dalam mangkuk, ayakkan tepung, garam & koko. Ketepikan.
Pukul mentega hingga lembut. Masukkan gula & pukul lagi. Kemudian, masukkan telur satu persatu & pukul hingga sebati. Masukkan vanila, pukul sebati.
Dalam cawan penyukat, gaulkan pewarna makanan merah bersama buttermilk.
Dgn kelajuan sederhana, masukkan berselang-seli campuran tepung & buttermilk tadi.
Dlm mangkuk kecil yg lain pula, masukkan cuka & soda, biarkan berbuih & segera masukkan dlm adunan tadi. Kaup balikkan.
Bahagikan adunan kepada dua bahagian dlm loyang yg di sediakan & ratakan permukaan.
Bakar kek selama 25-30 min atau hingga kek masak.
Sejukkan kek dlm loyang atas redai selama 10 min. Kemudian terbalikkan, biarkan hingga sejuk sepenuhnya.
Bila kek sdh sejuk, balut dgn cling & sejukkan 1 jam spya mudah menyapu inti & krim.
Kemudian, keluarkan kek & potong setiap lapisan kepada 1/2. Anda akan dpt 4 lapisan kek.
Ambil 1 lapisan & letak atas pinggan besar yg rata. Sapukkan krim atasnya. Ulang semua proses hingga lapisan yg terakhir.
Ambil krim & sapukkan rata pada atas & sekeliling kek. Sejukkan.

Cara membuat cream cheese frosting:
Pukul cream cheese hingga lembut. Masukkan gula & vanila, pukul lagi.
Masukkan sedikit demi sedikit krim putar & pukul sampai pekat. Sedia utk di gunakan.


** yang ni saja akak letakkan di sini untuk pengetahuan akak :-

Cream cheese frosting:

Bahan-bahan ( Untuk sebiji kek 8 inci )

5 keping slice cheese (cth: kraft)
4 Sb susu segar
250gm mentega
2 cwn gula icing
4 SB perahan lemon/limau nipis
Cara-cara

Campurkan susu dan slice cheese dlm mangkuk dan cairkan. (saya guna microwave) gaul dan sejukkan.
Campukan bahan tadi dan mentega. Pukul hingga keputihan.
Tambahkan gula sedikit2.Pukul lagi kingga kembang.
Tambahkan perahan lemon. Pukul lagi.
Sedia untuk disapu pada kek. 

** boleh sapu pada kek karot.

Friday, February 24, 2012

HAPPY BIRTHDAY ANAKKU....


selamat hari lahir buat anak anakku... ke 20 tahun.. 25 february 2012 
semoga berjaya di dunia dan akhirat... pesan mama jangan lupa solat!

 abang

 adik

 masa kecil yang nakal

KEK SPAN COKLAT


kek ni akak buat khas untuk hadiah perkahwinan anak saudara sebelah mr Hubby.. Selamat Pengantin Baru buat Mohd Zuraimi dan Normastika... pada 25hb february 2012








RESIPI KEK SPAN COKLAT
cf Noraini Zakaria

loyang 9" tapi akak buat loyang 8"

Bahan:

200g tepung kek/tepung superfine
180g gula kaster
110ml minyak masak
100ml susu segar
40g serbuk coklat
20g ovallet
6 biji telur gred A
1 st baking powder
1 st esen vanila


Cara:
1.Panaskan oven.Griskan acuan.Alas dasar acuan dg baking paper.

2.Pukul telur,gula,ovallet,tepung s'fine,BP sehingga kembang dan gebu selama
   5 minit.

3.Perlahankan mixer,masukkan susu cair,esen vanilla,serbuk coklat.Teruskan
   lagi memukul selama 5 minit.Tuangkan minyak,gaul sebati.

4.Tuang ke dalam acuan.Bakar selama 45 mint atau hingga masak.
5.Bila kek sudah masak,telangkupkan selama 5 minit.


NASI WANGI SAYUR CAMPUR yang sempoi


beginilah kalau hari jumaat.. memang terlebih rajin sikit nak masak nasi pelbagai.. heheheh
nasi ni memang nampak putih je... sempoi tapi sedap tau.. akak gandingkan dengan ikan rebus goreng dan ayam kicap bercili memang sodapppp.. akak ambil resepi dari majalah RASA 11/06.. 


RESIPI NASI WANGI SAYUR CAMPUR
RASA 11/06

600 g beras
600 ml air
6 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
sedikit garam
3 helai daun pandan - kerat 2
2 sm minyak masak - akak guna planta
sedikit sayur campur - akak tambah


panaskan minyak dalam periuk nasi elektrik. tumiskan bawang, kayu manis dan bunga lawang serta daun pandan hingga wangi.
masukkan sedikit garam. kacau sekejab.
kemudian masukkan beras. gaul rata.
masukkan pula air dan gaul rata. tutup periuk nasi.
bila nasi hampir kering masukkan sayur campur dan gemburkan nasi.
tutup semula periuk dan biarlah sehingga masak.

** x nampak pulak sayur campur kat nasi tu..

AYAM KICAP BERCILI


masak ni akak gandingkan dengan nasi wangi sayur campur.. sedap ayam ni tau.. kalau guna daging lagi la...sedap...


AYAM KICAP BERCILI

1 ekor ayan anggarab 2 kg - potong kecil dan bersihkan perapkan bersama
1 botol kicap masin
gula secukup rasa

rm2.00 cili kering -buang biji dan blender
20-30 biji bawang merah - dijadikan bawang goreng
air asam jawa secukupnya
garam
minyak menumis - goreng bawang tadi.

panaskan minyak.
tumiskan cili kering yang telah di blender hingga pecah minyak.
kemudian masukkan ayam yang telah di perap tadi.
masaklah hingga ayam masak.
masukkan air asam jawa dan garam.
setelah ayam benar benar masak taburkan bawang goreng dan gaul sebati.
sediakan untuk di hidangkan.

IKAN REBUS GORENG SEDAP


kalau time akak bizi akak suka goreng ikan rebus cam gini.. makan pulak dengan nasi panas.... huhu... layan je.. tapi untuk hari ni akak gandingkan dengan nasi wangi bersama ayam kicap bercili.. cukup sedappp...


RESIPI IKAN IKAN REBUS GORENG

2 ekor ikan rebus tanpa perut, bersihkan lalu gi goreng dan ketepikan
2 biji cili merah p hiris kasar
8-12 tangkai cili api - hiris kasar
2 biji bawang besar - potong bulat
renjisan cuka
minyak sedikit untuk menggoreng

panaskan sedikit minyak. goreng semua bahan hirisan tadi hingga wangi.
masukkan ikan rebus goreng gaulkan dan renjiskan cuka.
gaul rata dan angkat. sedia untuk di makan panas panas.

Thursday, February 23, 2012

PATIN GULAI TEMPOYAK


hari bizi membaking... esok akak cuba masukkan gambarnya sebab ada lagi yang belum siap.. tu pun x tau sempat ke x .. sebab esok petang akak nak ke Penang untuk menghadiri walimatul urus.. pagi sabtu akak nk berangkat ke Perlis untuk menghantar pengantin anak saudara sebelah suami.. insyaallah.. doakan pejalanan kami selamat tiba ke destinasinya...
hari akak masak gulai tempoyak yang menjadi peberet akak... pada yang suka memang sedap la...


RESIPI PATIN GULAI TEMPOYAK


1 ekor ikan patin - di kerat 4 bhgn
1 biji bawang merah kecil - tumbuk
8-10 tangkai cili api          - tumbuk
1 batang serai - titik
1 senduk tempoyak
1" kunyit hidup
1 sk serbuk kunyit
air setakat ikan tenggelam
garam
1 sd gula (sebab tempoyak sedikit masam)

masukkan semua dan masaklah sehingga mendidih.

MENERIMA TEMPAHAN CUSTOMER - MOIST CAKE




Wednesday, February 22, 2012

TART TELUR


akibat terlebih 'R' semalam akak telah membuat 3 jenis pastry n kek (semua dah letak dalam blog ni..) huhuhu... nilah kalau dah ada keinginan.. ape pun yang kita buat semua boleh tapi..
kalau dah terjangkit virus 'M' ada masa pun kata x de masa... padahal masa tu semuanya dihabiskan untuk mengintai rumah kengkawan di sini... ekekeke... (malunya..)


TART TELUR
rakan fb

PASTRY:
250g mentega
120 g gula icing
1 biji telur A
240 g tepung gandum

pukul mentega dan gula icing hingga berkrim.
masukkan telur dan putar lagi.
kemudian masukkan tepung, gaul hingga sebati.
sediakan acuan tart yang telah bergris.
masukkan adunan pastry leperkan dari tengah hingga ke luar / tepi acuan.
potong dengan pisau jika ade terlebih adunan di sekeliling acuan tart supaya ia nampak rata dan cantik.
cucuk dengan garpu pada pastry.
bakar 180 selama 15-20 minit.

sementara menunggu masak jom kita buat fillingnya...

FILLING:
1 cawan susu cair
4 biji telur
1 cawan gula castor
1 cawan air
1 sb tepung kastad
1/2 st esen vanila
sedikit pewarna kuning

gaul sebati dan tuangkan dalam tart yang sudah siap di bakar.
bakar selama 10minit @ hingga masak.

KEK BATIK ARORA


boleh dikatakan semua blog yang forfular dah buat kek ini.. akak nampak rakan fb pun dah ramai yang mencubanya.... akak pun x mau ketinggallan gak.. hehehe... gebus je kek ni kannn.... selain dari kek kacang tanah.. kek batik arora ini juga adalah antara kek yang akak buat semalam... buat 3 jenis sebenarnya.
kek ni mr hubby bawa ke pejabat hari ni...


RESIPI KEK BATIK ARORA
ady/ita masam manis/Cida dan ramai lagi..


KEK BATIK ARORA
By : Cida

250 g mentega
100 gram gula castor
1/2 cawan susu pekat manis ~ ita letak 3/4 cawan
250 g tepung gandum
6 biji telur
2 sudu teh baking powder
5 jenis pewarna dan perisa
1 sudu teh ovelate ~ ita tambah


Panaskan oven pada suhu 160 ~ 180 C
Sediakan loyang ukuran 8 inc
Griskan loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper

Satukan tepung gandum dan baking powder
Kemudian di ayak ~ ketepikan


Dalam bekas mixer
Pukul mentega, ovelate dan gula sehingga kembang dan memutih
Tambahkan susu pekat manis dan terus pukul hingga adunan sebati
Masukkan telur sebijik demi sebijik ( pastikan telur tu dah rata baru masukkan satu bijik lagi) hingga habis
Tutup mixer
Masukkan campuran tepung dan baking powder tadi dan kaup balik hingga rata

Bahagikan adunan kepada 5 bahagian
Letakkan setiap bahagian dengan pilihan perisa dan warna yang disukai
Gaul adunan rata
Tompok-tompokkan  setiap warna dalam loyang hingga habis
Setiap tompokan 1 senduk

Masukkan dalam oven, dan bakar dengan menggunakan api bawah selama 45minit ~ 1 jam.
Atau sehingga kek telah di masak dengan sempurna

KEK KACANG TANAH


wp kek nostalgia ni telah lama porpular tapi rasanya kek ni sentiasa meniti zaman...dan tetap ade peminatnya yang tersendiri... kek yang mewah dengan kacang.. sedap lembut dan gebu je.. semasa di dalam oven bau yang amat semerbak sehingga x sabar sabar rasanya nak menunggu masak.. hehehe...
kek ni mr hubby request untuk beri pada rakan baiknya imam surau Al-Ikhlas Bandar Universiti Seri Iskandar. selamat hari lahir cikgu Saizali..


RESIPI KEK KACANG TANAH


bahan-bahan : loyang 22-23 cm

1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan kacang tanah (yang sudah digoreng/panggang dan dikisar)
1 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
5 biji telur Gred B
1/2 cawan susu segar (boleh tambah jika perlu) - akak guna susu coklat
200 g mentega
1  1/4 cawan brown sugar  (DJ guna 1 cawan brown sugar + 1/4 castor sugar) - akak guna castor sugar
2 sudu kecil esen vanilla


Panaskan oven pada suhu 170-180C. Lengserkan loyang kek dengan mentega. 
Ayakkan tepung bersama serbuk penaik dan soda bikarbonat di dalam satu bekas. Kemudian, masukkan kacang tanah kisar dan kacau rata-rata. Ketepikan.
Di dalam mangkuk pengadun, putar mentega bersama gula hingga kembang. (HIGH SPEED)
Masukkan telur satu demi satu sambil diputar perlahan. 
Masukkan esen vanilla dan putar lagi hingga sebati.
Tuangkan susu segar sedikit demi sedikit sambil diselang-selikan dengan tepung. Kacau sebati dan perlahan-lahan dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. (JANGAN DIPUTAR DENGAN MIXER)
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakarlah selama 45 minit atau hingga masak keperangan.
Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.

HATI GORENG KICAP BERSAMA KENTANG


semalam agak bizi sebab nak menyiapkan beberapa kek cadangnya.. langsung x berkesempatan nk uploadkan gambar di sini...
akak masak simple je... hati goreng kicap bersama kentang...


RESIPI HATI GORENG KICAP BERSAMA KENTANG

5 ketul hati ayam - bersih, potong dan gaul garam kunyit lalu digoreng angkat dan ketepikan.
1 biji kentang besar - potong baji dan gaul garam kunyit lalu digoreng dan ketepikan.

bahan tumbuk:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sm lada hitam

2 sm kicap
sedikit air asam jawa
gatam secukup rasa
mintak menumis dan menggoreng
hiasan: 
bawang potong bulat dan tomato belah 4

panaskan minyak. 
tumiskan bahan tumbuk hingga wangi.
masukkan hati dan kentang goreng gaul rata.
masukkan kicap dan di ikuti air asam jawa. masak hingga hampir kering.
masukkan garam secukupnya. kacau dan angkat.

Monday, February 20, 2012

ATVT JW - SERUNDING IKAN BILIS


serunding yang sedap dan secukup rasa.. amat sesuai di makan bersama dengan nasi panas. resepi ini telah di kongsikan oleh rakan JW iaitu puan Nora Nordin. jom cuba sebab akak rasa ada kelainan cara membuatnya.. sejukkan dulu baru di masukkan bawang yang telah di goreng. gaulkan saja ye..
ape jua cara di masak wp berbeza.. tapi.. yang penting sedap!!


RESIPI SERUNDING IKAN BILIS
JW Puan Nora U5

1/2 kg ikan bilis
1/2 kg bawang kecil - goreng kekuningan (jangan guna bawang goreng yang beli x sedap)
1 1/2 cawan minyak - untuk menumis cili
3/4 cawan gula
1 sb asam jawa + 1 cawan air
10 sb cili kering - blend dan sukat

1- mesin ikan bilis
2- panaskan minyak, tumis cili dan gula
3- masukkan air asam jawa, garam kemudian masukkan ikan bilis
4- kecilkan api dan di rendang hingga garing dan berderai.
5- sejuk dan tambahkan bawang goreng(kekuningan). hanya digaul hingga rata (x perlu di panaskan semula selepas masukkan bawang goreng)

IKAN KEMBUNG REBUS AIR ASAM


time otak blur nak masak ape.. lebih baik buat cam ni je... senang pun senang.. makan pun sedap jika makan dengan nasi panas... layannnnnnnn..


RESIPI IKAN KEMBUNG AIR ASAM

2 ekor ikan kembong - di rebus dengan asam keping dan sedikit garam/boleh juga ikan di kukus tapi akak rebus dengan api yang sederhana takut ikan hancur.tos dan ketepikan.

sos air asam:
1 biji bawang besar - belah 2 dan di mayang halus
1 biji tomato segar - di potong kiub
cili api - di hiris halus
2 tangkai cili merah - di tumbuk dengan sedikit belacan dan garam
bancuhan air asam jawa/jus limau
sedikit cili sos
gula

gaulkan ke semua bahan sehingga sebati. rasa masam masinnya.
bolehlah di curahkan pada ikan kembong tadi..

Saturday, February 18, 2012

DONUT LABU yang gebu


ok.. jum kita lihat donut ni... jangan lihat rupa bentuknya.. sebab akak buat nak cepat... sebab pagi ni akak nak bergegas balik ke Penang sebab anak di UiTM jatuh.. tangan terseliuh.. nak bawa balik kampung g berurut...
ada lebihan masak labu semlam akak try buat donut labu ni... cari kat google lastnya ternampak kat umah yatie.. madiha.. dan izah... nampak gebu je donut dorang ni.. hati terus terpikat.. nak buat.. nak buat gak.. inilah hasilnya... wp x secantik donut dorang.. akak x blend labu tu, buat cara manual je.. lecek dan semua uli dengan tangan jek.. rasanya walla... kompom sedap...


RESIPI DONUT LABU
yatie/izah/madiha

Bahan2
1 cawan isi labu kuning yang telah direbus (saya tak blend tapi saya lecek halus je)
1 ½ cawan air suam (saya kurangkan dari jumlah ni, dlm 1 cwn je...tapi saya letak sikit2 semasa menguli adunan.)
¼ cawan susu pekat manis
1/3 cawan minyak masak (saya guna 2 sudu besar butter)
1 biji telur (saya tambah)
2 sudu besar gula
2 sudu kecil yis mauripan
620 gm tepong gandum- boleh tambah lagi sikit sekiranya adunan lembik
secubit garam
Bahan2 lain
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
Gula kastor secukupnya untuk menyalut



Cara2 Menyediakan [Menggunakan bread maker (BM)]
Blend/kisar labu rebus dengan 1 cawan air sehingga halus. Tuangkan ke dalam BM.
Masukkan ½ cawan air suam lebihan ke dalam jug blender tadi & kisar lagi supaya semua sisa labu yang melekat pada jug blender tadi larut bersama air [supaya tak membazir] & tuangkan air tersebut ke dalam BM.
Masukkan ke dalam BM semua bahan2 cecair seperti minyak masak & susu pekat manis diikuti dengan gula, garam, tepong gandum & akhir sekali mauripan.
Tekan setting untuk doh (no. 8) dan biarkan BM siapkan kerjanya sampai doh naik (1 ½ jam).
[Menguli dengan tangan / Cara manual]
Campurkan mauripan dengan ½ cawan air suam (jangan panas sgt nanti yis mati) & 1 sudu kecil gula (ambil dari 2 sudu besar gula tadi) kacau hingga agak sebati. Biarkan sehingga bancuhan berbuih.
Blend/kisar labu rebus dengan 1 cawan air sehingga halus. Tuangkan ke dalam bekas menguli/besen yg sesuai. Masukkan kesemua bahan2 lain seperti minyak masak, susu pekat manis, gula, garam & bancuhan yis yang telah berbuih tadi. Kacau rata dengan tangan. Tambahkan tepong gandum sikit demi sedikit sambil menguli. Uli sehingga mendapat doh yang lembut (doh yang lembut... menghasilkan donut yg lebih lembut & gebu) berkilat & tak melekat di tangan. (jika terlalu lembik boleh tambah sikit lagi tepong gandum tp jangan terlalu banyak yer.. anggaran dlm 10 gm je gitu)
Bulatkan doh & tutupkan bekas menguli dengan tuala bersih & perap doh sehingga naik sekali ganda.
Membentuk doh
Doh yang telah naik sekali ganda ditumbuk2 untuk mengeluarkan angin. Jika doh terlalu melekat ditangan.. boleh salut tangan dengan sedikit minyak masak semasa nak membentuk doh.
Timbang doh 40 gm setiap sebiji atau ikut saiz donut yang anda suka. Bulat2kan doh & leperkan sedikit seperti nak buat cucur badak. Susun di atas dulang yang telah disapukan minyak atau ditabur tepong terlebih dahulu. Jarakkan sedikit antara satu sama lain supaya tidak melekat semasa proses perapan. Buat sehingga habis dengan timbangan berat yang sama bagi setiap biji donut. Perapkan donut sehingga naik sedikit (jangan terlalu naik kerana donut boleh merudum semula semasa kita nak goreng nanti).
Panaskan minyak yang agak banyak dalam kuali dengan api yang sederhana. Sediakan satu penutup esen (MaDiHaA guna penutup esen vanila). Bila minyak dah agak panas, ambil sebiji donut dan letakkan di atas telapak tangan kiri/kanan (ikut selesa masing2) lalu buatkan lubang dengan menekap donut menggunakan penutup esen tadi. Lepas tu terus masukkan ke dalam minyak yang panas.
Ulangi proses yang sama sehingga donut memenuhi kuali. Goreng donut kedua2 belah hingga kuning keemasan. Angkat & tos sebentar kemudian bolehlah disalutkan dengan gula kastor atau coklat ikut kesukaan masing2.
Cara Yatie
=> Saya uli adunan guna tangan je...jadi saya letak air sedikit demi sedikit sehingga adunan tak melekat di tangan. Manakala labu saya tak blend tapi saya lecek halus je..
=> Masa nak membentuk donut, tngn sedikit lekit, hendaklah sentiasa sapu tepung pada tangan kita supaya mudah membentuk....bulatkan dan leperkan sedikit.
Bila dah naik dlm 20 minit, barulah lubangkan kat tengah2 donut dan tarik2 sedikit lubangnya.
Setelah siap, bolehlah goreng dlm minyak yg panas dngn api sederhana sehingga kekuningan.
Angkat dan toskan....bolehlah di salut dngn gula halus atau coklat cair.

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...