followers

salji

waktu

bird terbang

Thursday, June 21, 2012

AYAM PAPRIK


salah satu masakan kegemaran keluarga...


ayam paprik... akak masak ikut ape yang ada sahaja..


RESIPI AYAM PAPRIK

500 g ayam di potong kecil kecil
1 in halia - ketuk
1 batang serai -ketuk
1 in lengkuas - ketuk
3 ulas bawang putih - ketuk
5 - 7 cili api ketuk - ketuk/belah 2 x putus
3 helai daun limau purut - koyakkan
1 biji bawang besar Belah 4/6
2 sb sos tomato
2 sb sos cili
2 sb sos tiram
sedikit kicap
garam dan gula
minyak untuk menumis

sayur : (akak bubuh ikut apa yg ada stok peti ais je)
karat
tomato dll

Tumis bawang putih dan halia yang diketuk sehingga wangi.
Masukkan ayam yang telah dipotong kecil dan dibersihkan terlebih dahulu dan masak hingga separuh masak
Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram, serai, limau purut dan sedikit air. Masak sehingga ayam masak.
Masukkan cili padi dan sayur-sayuran. Perasakan dengan garam dan gula. Masak sehingga sayur agak layu sedikit dan angkat

3 comments :

  1. Salam.dah lama gak xmasak ayam paparik ni...lapar lak bila singgah mlm ni.

    ReplyDelete
  2. As'kum Kak Norlie.. Ayam Paprik sha jarang masak.. selalunya order kat luar.. nampak Kak Norlie punya Ayam Paprik ni hadoii dengan kuahnya yang pekat dapat kunyah yang bahagian tulang tu sedapnya..:)

    ReplyDelete

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...