followers

salji

waktu

bird terbang

Wednesday, April 23, 2014

TOMYAM AYAM BERSAMA CENDAWAN TELINGA KERA


jom kita perkena tomyam ayam campur cendawan telinga kera yang di kenali sebagai jelly hitam atau fungus... meratah syok ni...

TOMYAM AYAM BERSAMA CENDAWAN TELINGA KERA 

½ ekor ayam ~ potong kecil
1 peket kecil cendawan telinga kera ~ hiris
beberapa biji baby carrot
3 helai daun limau purut  ~ disiat2
1" lengkuas ~ ketuk
1" halia ~ ketuk
3 ~ 4 batang serai ~ diketuk
2 ~ 3 biji limau nipis ~ ambil jus
6 biji cili padi ~ dipecah2kan
2 biji tomato ~ dibelah 4
1 biji bawang besar ~ dibelah 6
1 kiub tomyam
Sedikit daun ketumbar
air secukupnya ikut citarasa masing2
garam & gula ikut citarasa

Bahan2 dikisar halus
1 biji tomato ranum
1 biji cili merah
5 Biji Bawang Merah Kecil

Cara2
1. Jerangkan air bersama bahan2 kisar. Masukkan sekali ayam serta kesemua bahan2 lain kecuali cendawan tiram & jus limau.
2. Bila dah mendidih masukkan sayuran kecuali cendawan, tomato & daun ketumbar.  Biarkan mendidih & sayuran nampak lembut. Masukkan cendawan & kacau2 biar mendidih.
3. Masukkan jus limau & perasakan dgn bahan2 perasa biar secukup rasa, Akhir sekali masukkan tomato & biarkan sekejap pastu bolehlah dihidang dengan menabur daun ketumbar ke dalam mangkuk tomyam.

RENDANG KERANG


lama dah x buat rendang kerang... x terfikir pun nak buat rendang kerang tapi akak ni jenis malas nak ke kedai wp dekat.. tinjau tinjau stok.. terjumpalah kerang ni.. x fikir panjang terus je buat.. kalau campur kacang panjang dalam rendang kerang ni lagi molek.. tapi kacang panjang hanya ada beberapa untai je.. cukup sekadar buat ramuan nasi goreng jer..
rendang ni lagi kering lagi sedap baru terasa kerangnya..

RENDANG KERANG

Bahan-bahan

1 kg kerang direbus dan dikupas

Bahan-bahan untuk dikisar
1 sd serbuk jintan manis/jintan putih & ketumbar (sangai sekali)
1 biji bawang besar
5 ulas bwg putih
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
1 btg serai
15-20 tangkai cili padi

Lain-lain bahan

1 keping asam keping
2 sudu besar kerisik
1 sudu gula
1 1/2 cawam pati santan
garam secukup nya
daun kunyit dihiris halus

Cara Membuat

1) Masukkan semua bahan-bahan yg telah dikisar, pati santan, kedalam kuali. Masak di atas api sederhana sehingga kering sedikit, kemudian masukkan kerang dan gaul sebentar.
2) Biar sehingga rendang agak kering, kemudian masukkan pula kerisik dan garam. Kemudian masukkan daun kunyit. Kacau sehingga rendang kering 

(terpulang kepada selera anda, samada suka rendang yang kering atau berkuah).

BROKOLI n MUSHROOM GORENG SOS TIRAM


kesukaanku...

BROKOLI n MUSHROOM GORENG SOS TIRAM

1 ketul brokoli - potong ikut suka
1 peket mushroom putih organic - kecil tangkai panjang - kerat
sedikit udang sederhana
1/2 labu bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
 cili api - belah x putus
sedikit sos tiram
sedikit minyak menumis
sedikit air sedikit garam

panaskan minyak tumiskan bawang cili masukkan udang, sos tiram air secukupnya. didihkan sekejab.
masukkan brokoli gaul rata. masukkan cendawan. balik balikkan dan angkat.



KACANG BOTAK



tak lama lagi kita akan menyambut ramadan dan seterusnya menyambut hari lebaran.. apa kata kita buat kacang botak sebagai kudapan di hari raya nanti.. sebenarnya nak makan x perlu tunggu perayaan pun.. hehe.. 
akak ni secara sepontan je tetiba merajinkan diri membuat kacang botak ni kerana suami suka sangat beli kekacang sebagai kudapan.. ketika buat ni pun jam dah 5.30 petang.. suami ketika itu baru balik dari kerja hairan apa yang akak tumbuk tu... bukan apa kacang pun ada stok yang x gunakan.. jadi lebih baik akak buat sebagai kudapan lebih lebih lagi ada saja siaran bola d tv.

KACANG BOTAK
Resepi rakan setaman Bandar Universiti
Sharifah Hajar Syed Hassan

2 kg kacang tanah - basuh dan jemur hingga kering
20 sudu gula
2 biji telur
2 labu bawang putih } tumbuk halus
3 peket lada hitam    }  
garam secukupnya
1 kg tepung gandum
minyak menggoreng

kacau gula dan telur hingga hancur
masukkan bawang putih, garam serta lada hitam


gaulkan sekali kacang tanah hingga sebati.
masukkan tepung kedalam bekas lain
masukkan kacang dan goncang goncangkan sehingga tepung sebati dan menyaluti kacang dengan sebati.
masukkan kacang yang bersalut tepung ke dalam penapis jarang untuk memisahkan baki tepung yang ada bersama kacang (ayak)
goreng hingga masak dengan api yang sederhana.

Thursday, April 17, 2014

PUDING JAGUNG LEMAK MANIS


puding yang sedap makan sejuk sejuk... janganlah tengok pada rupa parasnya.. sebenarnya puding ni mr hubby akak yang tolong potongkan sebab masa tu akak sedang sibuk menyiapkan masakan yang lain..

PUDING JAGUNG LEMAK MANIS
kak fida

Bahan-bahan ( loyang 9x9 inc. )

1 tin jagung krim
1 bungkus agar2 serbuk
1 cawan tepung kastard
3/4 cawan gula pasir
1 tin susu sejat
1 cawan pati santan / 1 kotak kecil santan 200ml
1 cawan air/susu segar
2 1/2 sb susu manis
1/2 sk garam
1 sk esen vanilla
secukup pewarna kuning (opt)

Cara-cara

Campurkan kesemua bahan2 ke dalam periuk. Kacau hingga sebati.
Nyalakan api dan masak adunan hingga pekat dan berkilat. Matikan api.
Dengan segera dan hati2, tuangkan adunan puding ke dalam loyang atau bekas yang disediakan. Biarkan puding sejuk.
Masukkan ke dalam peti ais untuk didinginkan.

Wednesday, April 16, 2014

MASAK LEMAK SAYUR CAMPUR


sayur yang ada baki serba sikit jadi akak masakkan je sekali harung...

MASAK LEMAK SAYUR CAMPUR

sedikit sayur kobis
sedikit sayur bayam
sedikit kacang panjang 
sedikit kacang peas - buang empulur
sedikit karat - hiris memanjang
1-2 keping tauhu
bawang besar - hiris
cili merah - hiris
udang kecil / ikan bilis
1 1/2 cawan santan
garam secukup rasa

masak sehingga mendidih dan sayur lembut

PERTANDINGAN HIAS KEK ( Karnival mesra belia 1 msia daerah perak tengah)


 pestime akak masuk pertandingan hiasan kek... huhuhu... ada 7 orang peserta yang join bertanding.. semuanya ada bakat terpendam masing masing.. pada mulanya akak memang x nak join pun tapi cikgu Kemas asyik call desak desak jugak.. bagilah berbagai alasan tapi pihak Kemas tetap suruh masuk pertandingan juga. alasan pihak Kemas dorang dah belikan kek setiap seorang yang masuk pertandingan ni.. hisssshhh.. x suka la di desak desak gini.. kebetulan kat umah akak ramai anak buah dan kak ipar datang dari kampung Penang.. seharian melayan tetamu letih jugakkan... dah la malam sebelum tu akak ada meeting bersama KRT..(pagi bertanding hias kek dan petangnya pula ada sukaneka bersama KRT.. penat tau.. ) itulah sebab hati ni rasa x ikhlas je nak join... bila itu terjadi akak x boleh tumpukan perhatian langsung... dah la masa yang di beri asalnya 45 minit.. tapi dah gigil 10 minit tinggal berapa baki minit yang ada... hehehe... akak n the grop yang masuk bertanding mohon masa 1 jam.. tapi dorang ni semua dah terror.. 30 minit dah siap!!
akak ni x boleh buat depan orang tangan gigil macam orang demam.. hahaha

agak agaknya.. di antara 7 kek ni yang mana satu kek akak erkkk.. Alhamdulillah menang la juga... wp x menang tempat pertama dan kedua..
kek akak yang ada biskut tu la... janji masuk.. x masuk orang bising!!

IKAN KEMBUNG REBUS AIR ASAM


makanan penyedap namanya ni.. bila ada air asam makan tu laju sikit.. lebih lebih lagi time x de selerakan...

RESIPI IKAN KEMBUNG AIR ASAM

2 ekor ikan kembong - di rebus dengan asam keping dan sedikit garam/boleh juga ikan di kukus tapi akak rebus dengan api yang sederhana takut ikan hancur.tos dan ketepikan.

sos air asam:
1 biji bawang besar - belah 2 dan di mayang halus
1 biji tomato segar - di potong kiub
cili api - di hiris halus
2 tangkai cili merah - di tumbuk dengan sedikit belacan dan garam
bancuhan air asam jawa/jus limau
1- 2 sd kerisek
sedikit cili sos
gula
garam

gaulkan ke semua bahan sehingga sebati. rasa masam masinnya.
bolehlah di curahkan pada ikan kembong tadi..

TEMPAHAN CUSTOMER - CHEESE CAKE




KEBAB AYAM


rasa teruja nak buat kebab ni lagi pun bahannya mudah cuma akak x de stok tomato cerry je... x sanggup nk beli sebekas rm7.90 buahnya boleh dikira dengan jari..
apa apa pun kebab yang akak buat sendiri ni memang puas hati dan paling sedap makan ketika masih panas panas lagi..


~ RESEPI KEBAB AYAM ~ 
CHEF ZAINAB 

Siaran : Selasa 8/4/2014 di Perakfm

BAHAN-BAHAN PERAPAN :
- 500gram isi ayam
- 1 biji bawang
- 2 biji tomato (sedang)
- 2 inci halia
- 3 ulas bawang putih
- 1/2 sudu teh serbuk jintan putih
- 1/4 sudu teh serbuk jintan manis
- 1/2 sudu teh serbuk jintan ketumbar
- 1/2 sudu stok ayam
- 1 sudu teh serbuk cili (paprika)
- 2 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar tomato puri
- 1 sudu besar madu
- sedikit oregano
- garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN :
- 2 biji bawang besar (dibelah 4)
- 1 biji cili benggala merah
- 1 biji cili benggala hijau
- 1/2 biji carrot (dipotong)
- cendawan butang
- ulas bawang putih
- biji tomato ceri
- lidi sate
- sedikit minyak

CARA-CARA :
1. Potong dadu isi ayam (2inci x 2inci)
2. Kisar semua bahan perapan dan gaulkan bersama ayam selama 2 jam.
3. Cucuk ayam berselang seli dengan bahan sampingan yang dipotong dadu.
4. Bakar kebab ayam sehingga masak dengan api yang sederhana.
5. Bolehlah dihidangkan panas-panas bersama sos cili, sos lada hitam atau mayornaise.

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...