followers

salji

waktu

bird terbang

Monday, March 7, 2011

DULCE DE LECHE BROWNIES CUP

DULCE DE LECHE -sedap

RESIPI DULCE DE LECHE

1 tin susu pekat manis (buang sticker kertas di luar tin)
pengukus @ preasure cooker
air

rebus terbaring tin susu 4 jam - jika menggunakan pengukus @ dalam preasure cooker masakkan 1 jam.
setelah itu rehatkan tin susu hingga sejuk barulah di buka tin susu
keluarkan DULCE DE LECHE dan simpanlah dalam botol.
bolehlah di simpan dalam peti ais.

#sebaiknya untuk jimat gas rebuslah lebih dari 1 tin kerana ia boleh di pelbagaikan kegunaan antaranya:-

*sapu pada roti
*inti mexico bun - akak dah buat,sedap.
*inti pau sedap juga.
*dulce de leche brownies 
*dll

DULCE DE LECHE BROWNIES yg belum di bakar

baru keluar oven 

DULCE DE LECHE BROWNIES CUP siap boleh makan!

bronis ni memang sedap. akak rekemen! oleh kerana satu adunan pun dapat banyak jadi akak gi hantar pada anak di hostel. biarlah dorang makan bersama rakan sebilik dan rakan di fakulti. anak siap mesej bagitau nanti mama buat lagi kerana kawan kawanya semuanya suka kata sedap bangat. insyaalah lah.. mama buat tapi untuk masa terdekat ni mama x janji! sebab..masih banyak resipi yang di rekrutkn dalam senarai hahaha..cuma masa je x cukup! bunyinya cam bizi beno jek..

RESIPI DULCE DE LECHE BROWNIES CUP

115g butter
180g coklat masakan
25g koko powder
3 telur
90-100g gula caster
1 st vanila
110g tepung
kekacang - opt
1 tin Dulce De Leche

-panaskan oven 160'C untuk cup 25 minit.* sediakan papercup besar
-170'C untuk loyang 8"-35-45 minit * alas kertas.

cairkan coklat masak dan butter secara double boiler. bila sudah cair, angkat dari api dan campurkan serbuk koko. kacau lalu di ketepikan.
pukul telur menggunakan menggunakan whisk. masukkan gula dan juga esen. kacaukan.
masukkan coklat cair tadi dan masukkan tepung lalu di gaul sebati. akhirnya masukkan kekacang jika suka tapi akak x masuk.
tuangkan setengah adunan ke dalam loyang. ambil dulce sesudu demi sesudu dan tuang baki adunan ke atasnya dan bakar.
keluarkan dari oven dan biarkan ia betul betul sejuk baru di potong square.

* hana.

BUAH TANGAN DARI CAMERON


inilah yang di namakan rezeki yang Allah bagi. buah tangan pemberian Azizah dari Bandar Seri Iskandar. Alhamdulillah..terima kasih banyak banyak yee.. agak agak nk buat apa strawberry tu?

SAYUR SAYURAN KAMPUNG

assalamualaikum.
 melihat sayur yang begitu banyak mesti ada yang menyangkakan akak pemborong @ penjual sayur kampung... cakaplah nak cakap apa pun.. ada ku kesah! hahaha... kalaulah benar akak jadi penjual pun keje itu lebih mulia sebab duit yang diperolehi tu halal.

sebenarnya sayur sayur ni kawan baik aka kakak angkat akak yang beri pada akak yang di kutip di sekeliling umahnya. punyalah banyak beno..uish..larat ke akak nak makan semua ni sedangkan akak hanya berdua je di umah ni. my laling akak bukannya makan segala bende ni. setiap kali akak berkunjung ke rumahnya memang penuh bonet kete, beginilah selalu yang akak dapat seolah olah baru balik dari kebun sayur huhuhu..

terima kasih kak imma... dah selalu sangat kak imma berbudi pada akak ni. tak terbalas rasanya.. hanya Allah SWT saja yang dapat membalas segala budi baik kak imma tu. ku doakan kak imma di kurniakan rezeki yang berlipat ganda...

ULAM RAJA

PUCUK UBI KERINTING /GAJAH

BELIMBING

TEMU- buat ulam

DAUN KUNYIT

DAUN PISANG

KUNYIT HIDUP

SERAI

JANTUNG PISANG

 hai..jenuhlah hari hari masak sayur..
harini akak makan sayur rebus pucuk ubi cicah sambal pecal.
huik... makan dengan nasi panas, ikan goreng, ikan masak cuka aka asam jawa dan goreng telur memang layannnn..
petang petang mulalah mengantuk kekenyangan, tapi akak x boleh layankan mata ni sangat x jadi keje dibuatnya woi...

si IKAN KALOI MASAK CUKA aka ASAM JAWA

harini masak simple je tapi cukup selera sebabnya mulut akak harini agak pahit jadi bila masak masam masam gini dapat membuka selera. masakan ini juga kena dengan selera cik abang.

harini x de mood nak bercakap panjang. ok jum intai resipi akak ni...

RESIPI IKAN MASAK CUKA aka ASAM JAWA

2 keping / potong  ikan besar - gaul kunyit, garam dan goreng
4-6 biji cili hijau/cili api - belah 2 jgn putus
1 biji bawang besar  -hiris
3 ulas bawang putih  -hiris
1" halia -hiris memanjang
2" karat -potong memanjang
2" timun -potong memanjang
1 sudu biji sawi
sedikit asam jawa - dibancuh dgn sdkt air
air secukupnya
gula garam
minyak tumis

panaskan minyak tumis bahan hiris hingga wangi.
masukkan air asam jawa dan tambahkan sedikit air lagi, biarkan mendidih.
masukkan timun, karat dan biarkan ia lembut.
setelah itu masukkan ikan goreng, cili hijau / cili api dan biji sawi. didihkan sekali lagi.
sesuaikan rasa dengan garam dan gula

*laju.. buai ku laju... aku nak kawin dengan anak raja...hikhikhik.. kesian si bawang merah...mencari ibunya..

Sunday, March 6, 2011

DAGING MASAK MALIAH

assalamulaikum....apa khabar..semoga sihat sihat selalu ye.. bila kita sihat mesti idea kita pun sihat dan sentiasa berfikir itu ini.. harini nk masak apa ye..petang nanti nk makan apa.. tepuk dada tanya selera apa nak makan hari nikannn...


harini akak nak kongsikan masakan akak yang sedap.bukan puji diri tapi memang benar benar sedap weeihh.. x rugi kalau mencubanya.rasanya seakan masak kenduri gitu...mavelus.
ketika akak mula memasak pun dah harum satu rumah baunya..memang mengamitkan selera woo...kalau setakat masak sekilo daging memang x cukup selain makan dengan nasi boleh di cicah dengan roti, meratah apatah lagiiiii..hihihi


sebenarnya masakan ini seakan tumis darat tapi bahannya jauh berbeza.kalau nak tau rahsia masakan ini jomlah ke dapur akak yee.. boleh akak ajarkan.. tiada rahsia.. MOH WEH.. kita KE DAPUR!

RESIPI DAGING MASAK MALIAH

A)
500g daging di potong kecil- di bersihkan

B)kisar:
10 biji cili kering
1 st jintan manis
1/2 st jintan manis
1/2 st lada hitam
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1" halia

C)
1" kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang

D)
1/2 cawan kicap manis
1 st pes asam jawa
garam secukup rasa
*1 cawan santan
*2 biji cili hijau- belah x putus (opt)

E)tumis
1 labu bawang besar- potong bulat
2-3 tangkai daun kari
sedikit minyak

masukkan daging, bahan kisar, 3 sekawan, kicap dan pes asam jawa. tutup periuk dan masaklah sehingga daging empuk.sesekali barulah dikacau.bila daging empuk dan bau pun dah semerbak barulah di masukkan santan biarkan mendidih seketika.jika suka masa ini masukkan cili hijau. padamkan api. tutup periuk.
panaskan minyak dalam kuali. tumiskan bawang dan daun kari hingga naik bau.
tuangkan bahan yang di tumis ke dalam periuk dan tutup periuk semula.rehatkan 5 minit.
setelah itu buka periuk kacau sebati daging dan bahan goreng tadi.
bolehlah hidangkan.

mr.mama

Saturday, March 5, 2011

ATVT KELAS JW - ROTI JOHN

sedang menumis bahan inti
inti siap di masak
roti john sedia di makan!

resipi ini telah di ajar oleh puan Azizah Khazzali U5 Bandar U di kelas Jiran Wanita.banyaknya inti yang di masukkan,memang berbaloi datang belajar.charge pun x mahal cuma RM4.00 dapat 2 pcs seorang.rugi sapa yang x hadir ke kelas.
beginilah ATVT kami setiap minggu,selain dapat berkongsi ilmu kami juga dapat beramah mesra dengan teman teman setaman setiap minggu. tanpa ATVT ini mungkin ada yang buat hal masing masing dan mungkin x mengenali sesama sendiri. di tempat anda pula bagaimana?? tentu lagi bestkan...

RESIPI ROTI JOHN

roti ikut suka banyak mana-sebaiknya gardenia sbb lembut
mayonis
sos cili
sayur kobis + carrot-diparut
3 biji @ lebih -dikocok sedikit
kuali leper/non stick

belahkan roti dengan cara melintang tapi jangan putus dan ketepikan.
masukkan inti yang telah dimasak sedikit sedikit ke dalam telur.
tekapkan roti ke dalam telur (jika suka renjiskan serbuk lada sulah) lalu terbalikkan roti ke dalam kuali, biarkan ia melekat dan inti masak barulah di angkat.

kemudian hiaslah dengan sayur kobis.
paipkan cili sos dan mayo lalu tangkupkan roti.

**sedia untuk di nikmati.

untuk inti:
400g daging @ ayam kisar
2 biji bawang besar }
3 ulas bawang putih } di potong dadu
1 peket kari babas

panaskan minyak,kemudian masukkan bawang yang telah di potong dadu dan biarkan sampai naik bau.
kemudian masukkan serbuk kari,kacaukan dan biarkan sampai naik minyak.
selepas itu masukkan daging @ ayam kisar.
masukkan sedikit air dan perasa secukup rasa.
kacaukan dan biarkan masak hingga kering.

* style akak masak daging hancur akak x masukkan serbuk kari, cuma di goreng dengan bawang dadu dan masukkan sedikit garam perasa je. masak hingga kering.

Friday, March 4, 2011

BROWNIES BLOSSOM

Asalamualaikum semua...
moga riang ria bersama keluarga tersayang... kali akak nak tayangkan masakan akak yang sentiasa tersenyum setiap kali kita memandangnya...melihat keadaannya sedemikian juga melambangkan hati akak pun terasa berbunga bunga dan tersenyummmmm tau... maklumlah brownies yang akak masak ni menjadi hihihi... lihat tu,merekah habis!
brownies ni sedap,lembut,gebu dan halus teksturnya..cantik bila di buat dalam papercup biasa yang besar berbanding papercup bewarna gold agak kurang mekar.untuk alas papercup seperti biasalah akak alaskan dengan acuan tat telur. *jika guna papercup muffin sesuai juga.
oklah jangan kita membuang masa lagi MOH WEH..KE DAPUR akak..mari kita lihat bahan dan cara membuatnya...layannnnn....

RESIPI BROWNIES BLOSSOM

A)
300g gula caster
3 biji telur
240 ml air
1 sk esen vanila
B)
3oog teoung gandum
40g serbuk koko
1 1/2 sk baking powder
1/2 sk garam halus
C)
2 sk ovallate
D)
40g choc chic/choc parut
E)
papercup beralas acuan tat

putar bahan A hingga putih gebu.
masukkan aduanan Bdan putar lagi sampai sebati dan masukkan pula ovallate.putar lagi.
akhir sekali masukkan choc chip @ cklt parut gaul hingga rata.
sediakan papercup dalam acuan tat dan tuangkan adunan hingga hampir penuh.
kukuslah selama 15 minit dengan api yang kuat.
angkat dan sejukkan atas redai.

k.fida

SAMBAL TEMPOYAK


sambal tempoyak ni..emmm....sedapnya...salah satu peberatku. makan dengan ikan masin ada ulam timun dan nasi panas emmm layannnn...baunya cukup mengamit selera apatah lagi kalau ada durian baru yang dibuat tempoyak. pada orang yang x suka x boleh nk kata apalah yee..seperti suami akak! dah kahwin dengan akak terima sajalah juadah yang di sediakan oleh akak,tul x. syukurnya suami akak tidak pernah komplen wp dia x suka! asalnya anak suka tempoyak lama kelamaan terjangkit dari peel ayahnya..huhuhu. setiap kali akak buat masakan yang menggunakan tempoyak pastinya akak x lupa menyediakan makanan lain untuk dia dan anak anak.yang membuat akak suka.. menantu akak orang kelantan suka dengan tempoyak yang akak buat.adalah geng akak.. hahaha...

RESIPI SAMBAL TEMPOYAK PERAK
(x perlu masak)

cili api (sebaiknya campur dgn cili merah sikit)
garam
ikan bilis
belacan-pada yang suka tp akak x campur
tempoyak manis (jgnlah yg baru sgt)

tumbuk cili garam sampai lumat masukkan ikan bilis yang sudah di bersihkan,tumbuk jangan terlalu lumat sangat dan bolehlah di gaulkan dengan tempoyak..

*sediakan ulam ulaman dan nasi panas.
*kalau tempoyak rasa masam ketika menumbuk bubuh sdkt gula yee..(cover rasa masam tu)

Wednesday, March 2, 2011

BEBOLA BISKUT MERIE

cadangan asalnya nk buat bebola biskut marrie khas untuk anak yang birthday (25 feb) baru baru ni tapi oleh kerana kedua dua anak x dapat balik jadi di tangguh masa membuatnya.sampailah sekarang baru ada kesempatan membuatnya.. akak cuma sempat makan sebiji je yang lain semua di bawa balik ke U.anak yang seorang lagi langsung x merasa sebab dia x balik.
 berbalik kita tentang bebola biskut marie ni...wp akak hanya makan seketul tapi akak rasa memang sedap dan bebaloi membuatnya.. keenakan terasa pada coklat masakan dan terasa jem seperti rasa manis manis masam sikit..(sikit je tau..) jom kita semak resipi ni...senang je buatnya..bahan pun x banyak.

RESIPI BEBOLA BISKUT MARIE

150g biskut marie -dihancurkan                                   }
60g coklat masakan -dicairkan                                    }gaulkan bersama
50g jem (sebarangan jem) -akak guna strawberry jem }
50 ml susu segar -di suamkan

hiasan:
manik/cklt rice@kekacang -akak hanya guna coklat rice.

setelah adunan di gaul sebati dan menjadi doh, rehatkan sebentar sehingga biskut merie lembut.
ambil doh bulatkan sebesar bola pingpong dan terus golekkan dengan bahan hiasan.
* akak buat sebesar ibujari.
* jika buat sebesar bola pingpong,bolehlah cucukkan pada lidi.letaklah 3-4biji
* x perlu di bakar

k.wan

PAU COKLAT

sedang menguli adunan pau.nilah pembantu setiaku.kalau xde pembantu ni rasanya... alamat x jadi pau segebu ni.
di atas baru saja di masukkan inti kacang merah.nampak seperti biskut rupanya sebab masih belum naik.
setelah di perap sejam nilah hasilnya... gedebommm...

RESIPI PAU COKLAT

A)-di ayak
500g tepung pau tp akak guna tepung gandum je.
2 st baking powder 
B)
70 g shortening/lemak sayuran
C)-di bancuh bersama
80g gula caster
2 st yis
200 ml air suam
D) 
pewarna jk suka (plain/hijau dll)
E) 
inti-terpulang pada selera (samada inti kelapa manis/kacang merah/kari ayam/serunding)-kali ini akak guna inti kcang  merah
F)
acuan tat
papercup besar

gaulkan bahan A dan masukkan masukkan B,D lalu tuangkan sedikit demi sedikit bahan C yang telah di larutkan.gaulkan sehingga doh x melekat pada tangan.ulilah doh sehingga 15 minit.
ambil sedikit doh dan timbangkan seberat 40g-1pcs.buatlah sehingga habis.ulilah bulat bulat kemudian masukkan inti kesukaan,tangkupkan dan di bulatkan semula terus di letakkan dalam papercup.lalu letakkan dalam acuan tat kemudian di susun terus ke dalam kukus.buatlah sehingga habis kesemuanya.
perapkan pau tadi selama sejam.
panaskan pengukus dan kukuslah selama 10minit shj.
* panaskan kukusan dulu selama 10 minit.
*pau jangan lama di kukus nanti air yang menitik akan menyebabkan pau kerepot...tua sebelum waktunya..hahaha..
*pau akan menjadi kekuningan jk guna tepung gandum (sebab tu akak campurkan pewarna coklat) hehehe..
selamat mencuba

rahel

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...