followers

salji

waktu

bird terbang

Sunday, March 6, 2011

DAGING MASAK MALIAH

assalamulaikum....apa khabar..semoga sihat sihat selalu ye.. bila kita sihat mesti idea kita pun sihat dan sentiasa berfikir itu ini.. harini nk masak apa ye..petang nanti nk makan apa.. tepuk dada tanya selera apa nak makan hari nikannn...


harini akak nak kongsikan masakan akak yang sedap.bukan puji diri tapi memang benar benar sedap weeihh.. x rugi kalau mencubanya.rasanya seakan masak kenduri gitu...mavelus.
ketika akak mula memasak pun dah harum satu rumah baunya..memang mengamitkan selera woo...kalau setakat masak sekilo daging memang x cukup selain makan dengan nasi boleh di cicah dengan roti, meratah apatah lagiiiii..hihihi


sebenarnya masakan ini seakan tumis darat tapi bahannya jauh berbeza.kalau nak tau rahsia masakan ini jomlah ke dapur akak yee.. boleh akak ajarkan.. tiada rahsia.. MOH WEH.. kita KE DAPUR!

RESIPI DAGING MASAK MALIAH

A)
500g daging di potong kecil- di bersihkan

B)kisar:
10 biji cili kering
1 st jintan manis
1/2 st jintan manis
1/2 st lada hitam
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1" halia

C)
1" kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang

D)
1/2 cawan kicap manis
1 st pes asam jawa
garam secukup rasa
*1 cawan santan
*2 biji cili hijau- belah x putus (opt)

E)tumis
1 labu bawang besar- potong bulat
2-3 tangkai daun kari
sedikit minyak

masukkan daging, bahan kisar, 3 sekawan, kicap dan pes asam jawa. tutup periuk dan masaklah sehingga daging empuk.sesekali barulah dikacau.bila daging empuk dan bau pun dah semerbak barulah di masukkan santan biarkan mendidih seketika.jika suka masa ini masukkan cili hijau. padamkan api. tutup periuk.
panaskan minyak dalam kuali. tumiskan bawang dan daun kari hingga naik bau.
tuangkan bahan yang di tumis ke dalam periuk dan tutup periuk semula.rehatkan 5 minit.
setelah itu buka periuk kacau sebati daging dan bahan goreng tadi.
bolehlah hidangkan.

mr.mama

No comments :

Post a Comment

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...