followers

salji

waktu

bird terbang

Wednesday, November 30, 2011

KARI UDANG ALA THAI..


akak pernah masak masakan ni dulu masa mula mula belajar berblog dulu..... memang kaw kaw sedapnya... x percaya boleh cuba ye.. masakan pebret keluarga akak.. ia bukannya tomyam wp bahan bahannya seperti tomyam tapi lebih sedap tau.
kalau kari orang mesia menggunakan rempah tapi yang ni x masuk pun..
kali ni akak x sempat nak hias cantik ketika snap sebab nak cepat... dah ada yang menunggu masakan ni untuk di tapau.. hehehe.. (katanya.. dah x tahan dengan bau masakan yang semerbak ni...)


RESIPI KARI UDANG ALA THAI

500g udang sederhana besar - buang kepala/bersihkan
4 sb minyak masak

ketuk:
3 batang serai
4 hiris lengkuas
4 hiris halia

4 helai daun limau purut
2 cawan santan pekat
1 cawan air
2 biji bawang besar - di belah 4
2 biji buah tomato - di belah 4
3 sb jus limau nipis
4 tangkai daun ketumbar
1/2 st serbuk lada hitam- akak lupa nak letak
sedikit garam, gula
perasa jika suka - akak x letak pun

mesin:
10 biji cili kering
5 biji cili merah
5 biji cili padi
10 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
1/2 sb belacan

panaskan minyak. tumiskan bahan mesin, kacau hingga naik bau.
masukkan serai, lengkuas, daun limau purut, kacau lagi hingga sebati dan masukkan santan.
masak lagi hingga naik minyak dan mendidih.
masukkan udang, garam, bawang, tomato, gula.kacau selalu.
apabila udang masak masukkan jus limau nipis dan daun ketumbar.terus tutup api.

Tuesday, November 29, 2011

MENERIMA TEMPAHAN CUSTOMER - KEK STRAWBERI



kek yang berbau harum strawberry... akak suka dengan rasanya yang sedap... gebu dan lembut.

Kek Strawberi 
DJ
(loyang 6 inci @ 5'' x 9")

Bahan-bahan :
  • 110 gm tepung naik sendiri
  • 115 gm mentega
  • 115 gm gula kastor (dikisar halus spt gula ising)
  • 2 biji telur A (dipukul sedikit)
  • 1 sdt esen vanilla
  • 1 sdt teh pes strawberi
  • 3 sudu besar susu segar
Bahan-bahan hiasan :
  • whip topping-jika suka
  • inti strawberi
  • buah strawberi- jika ada

Cara-cara :

  1. Griskan loyang kek dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung. Panaskan oven pd suhu 160C.
  2. putar mentega dan gula hingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan telur satu demi satu sambil diputar.
  4. Masukkan esen vanilla dan pes strawberi.
  5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan diselang selikan dgn susu segar. Putar perlahan2 sehingga sebati.
  6. Tuangkan adunan ke dlm loyang dan bakar selama 25-30 minit.
  7. Sejukkan setelah masak. Bahagikan dua. Sapukan dgn whip topping dan inti strawberi. Tutup kemas dgn lapisan kek satu lagi. Hiaskanlah dgn whip topping dan buah strawberi. jika suka

ini akak buat 2 adunan guna loyang kek serawak

Sunday, November 27, 2011

IKAN REBUS LEMAK


kalau time kekeringan idea nak msak @ barang dapur yang yang dah berkurangan... inilah masakan yang jadi penyelamat hidangan akak hehehe... sebab masakan ni adalah yang paling senang dan simple.. 15 minit boleh siap!!
masakan ni budak budak pun boleh makan sebab x pedas.

RESIPI IKAN REBUS LEMAK
moh weh ke dapur akak

4 ekor ikan rebus - di bersihkan perutnya @ beli ikan rebus yang tanpa perut
1 biji bawang besar - mayang halus
10 biji cili hijau / jika suka boleh tambah cili api (belah tanpa putus)
2 helai daun kunyit - koyak2kan
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
tomato - jika suka
1-2 keping asam keping
 RM 3 santan + air

 masukkan
ke semua bahan di dalam kuali dan masaklah sehingga mendidih. kacau selalu agar x pecah minyaknya. rasa garamnya. bila sudah cukup masak bolehlah di hidangkan.

** amat simple.

ROTI GORENG SOSEJ

bila akak ternampak je kat blog dan fb oranglain terus rasa nak mencuba roti goreng sosej ni.. memang nampak memikat selerakan... tapiiiiiiiiiii bila akak dah buat anak ambil seketul sorang jek.. dorang x suka rupanya... mungkin orang yang ade anak kecil mungkin dorang sukalah agaknya.. tapi anak kita dah dewasa ni hampeh semuanya... sian kat roti akak yang x berapa nak laku tu... sebab anak suka yang ada rasa pedas dan manis sedikit.. bukannya rasa keju ni...



ROTI GORENG SOSEJ
Sumber Asal : Majalah Rasa
Olahan : Ayu Jalinan Rasa(fb)

BAHAN-BAHAN:
4 batang sosej
4 keping roti
1 biji telur - size kecil sekali (kalau guna telur Gred A @ size L & M, ½ biji pun dah cukup)
4 sudu makan oat- akak gantikan dengan serbuk roti
Garam secukup rasa

CARA-CARA:
1. Kukus sosej selama 10 - 15 minit.. (Ayu kukus 15 minit)
2. Sementara menunggu sosej dikukus, pukul rata telur dengan garam.. Ketepikan..
3. Gelek roti hingga nipis dan ketepikan..
4. Setelah sosej masak, ambil sekeping roti yang telah digelek tadi dan letakkan sosej diatasnya dan gulung..
5. Gamkan dengan sedikit sapuan telur dihujung gulungan agar tidak terbuka semasa digoreng..
6. Buat hingga habis semua roti dan sosej tadi..
7. Celupkan ke dalam telur..
8. Golekkan dengan oat/serbuk roti sehingga rata..
9. Goreng dengan api sederhana hingga kekuningan..

Saturday, November 26, 2011

GULAI DAGING BERSAMA NANGKA STYLE MAMI PENANG..


harini agak terlewat masukkan resipi di sini.. bukannya ape tengahari ada jemputan kenduri.. petang lak jalan jalan cuci mata.. adoh penatnya... 
oklah.. hari ni akak nak tayangkan masakan gulai daging bersama nangka yang akak buat semalam tapi kerana siaran tertunda di sebabkan x cukup masa jadi harini jelah akak masukkan ye..
bercerita tentang resipi ni ermm.. memang sedap sangat..kira macam masak gulai darat kata orang utara!! rasanya kalau bubuh ikan masin pun sodap gak ye.. tapi akak x nah buat pun lagi.. sekadar nak mencuba tu akak rasa boleh sajekannnn.. 


RESIPI GULAI DAGING BERSAMA NANGKA STYLE MAMI PENANG..
anggaran 8 orang

8 ketul nangka
600g daging
3 ulas bawang putih
5 tangkai daun kari
5 ulas bawang merah
1 sudu jintan manis
21/2 sm rempah kari
2cm halia
1 cawan pati santan
1 cawan air
1 keping asam keping
garam secukupnya


rebus dulu nangka sampai agak agak empuk.. toskan.
daging di rebus bersama rempah kari, halia & jintan manis... bila daging dah empuk. masukkan namgka yang telah di rebus tadi.
bila semua dah sebati... masukkan pati santan dan air sedikit... masukkan garam dan asam keping... setelah semua rasa dah cukup.. angkat
di dalam kuali.. tumiskan bawang merah, bawang putih & daun kari.. bila dah garing... masukkan bawang yang di tumis tadi dalam gulai daging.. masukkan sekali dengan minyak2nya..
siap untuk dimakan.. mmg sedap... bila cukup garam & asamnya.. selamat mencuba :)

Thursday, November 24, 2011

BUBUR JAGUNG


jom kita makan bubur jagung.. kalau petang petang ada juadah cam ni memang lazat... akak memang suka apa jua yang di masak menggunakan jagung... pasti menjadi pebret akak...


RESIPI BUBUR JAGUNG
4 tongkol jagung - di hiris halus dan nipis
2 senduk sederhana gula pasir
300g santan + sedikit air
2 sb biji sagu halus
1 helai daun pandan
1st garam

campurkan semua kecuali sagu halus dan masaklah sehingga mendidih. kacaulah selalu dan bila dah cukup mendidih masukkan sagu halus. masaklah hingga betul betul masak jagungnya

GA SILATURRAHIM


GA Silaturrahim


GA-siraturrahim
due on 19 Dec

Nama panggilan istimewa: abang dan adik

doa buat abang dan adik: ...mama harap kedua anak kembar mama menjadi anak yang soleh & beriman...mama akan sentiasa doakan supaya adik abang berjaya & bahagia dunia & akhirat...., semoga terlaksana semua cita cita yang menjadi impian selama ini...
referer: tuan rumah

semoga perhubungan di alam maya terjalin mesra hendaknya.. nanti biarlah entri yang di salurkan tu berfaedah buat semua

hadiahnya:-

Tempat Pertama : Penginapan 2 malam King Deluxe Room, Villa An-Nur, Machang, Kelantan

  2.Tempat Kedua : Quilted Non-Slip Mat

Dan 3 hadiah bagi

1. Referrer tertinggi
2. Orang yg paling ramah (top posters)
3. Yang paling bertuah, melalui undian hakim dilantik

Hadiah adalah dikira bagi kata-kata yg paling menarik dan ikhlas :)) 


 akak tag..

:))

Wednesday, November 23, 2011

KERABU SOTONG THAI


Setiap kali g makan di kedai siam pasti oder kerabu.. x kiralah kerabu ape pun.. memang sedap sebagai pembuka selera ni.. tapi kali ni akak buat kerabu ni di dapur Moh Weh Ke Dapur akak... 
x sangka habis clear....tu maknanya sedaplahkan... hehehe


RESIPI KERABU SOTONG THAI

10 ekor sotong (potong bulat2)
2 biji tomato (dipotong dadu)
4 biji cili api (dipotong nipis)
2 biji bawang merah (dipotong nipis)
1 tangkai serai (dipotomg nipis)
2 tangkai daun ketumbar (dipotong nipis)
3 batang kacang panjang (dipotong nipis)
secubit garam
secubit gula
2 biji limau nipis (diambil jusnya)

rebus sotong sehingga masak. angkat dan tuskan airnya.
lepas tu... satukan semua bahan yang dipotong nipis dan dipotong dadu ke dalam satu bekas.
masukkan sotong tadi, garam dan gula ke dalam bekas tadi.
last sekali perah limau... lepas tuh rasa la sikit.. kalo x cukup pedas tambah cili, kalo x cukup masin tambah garam.. ini semua bergantung pada individu
sekadar peringatan.... kerabu sotong ini sedap dimakan kalau di letakkan dalam peti sejuk dulu akan tetapi elok dimakan segera kerana kerabu ini cepat berair selepas beberapa jam

Friday, November 18, 2011

RENDANG DENDENG


petang ni akak nak balik kampung suami.. sebab esok nak g hantar anak masuk UiTM semula.. dah habis cuti sem 6 minggu.. mujurlah selama cuti dia dah lulus lesen memandu keta dan dah dapat lesen full.
oleh kerana nak balik kampung jadi akak buatkan sedikit juadah untuk anak dan kakak ipar di kampung.
rendang dendeng yang menjadi pebret keluargaku... akak syorkan kalau nak buat rendang dendeng ni mestilah time betul betul fullmood rajin baru laju je membuatnya... tapi bagi akak kalau rasa nak makan jangan tunggu tunggu lagi.. buat je terus nanti langsung x buat punyer.. kalau nak tau... resepi rendang ni tersangatlah sedapnya.. dan bahannya mudah lagipun x guna banyak bahan, jadi.... kalau nak tau kesedapannya meh cuba...!!


RESIPI DENDENG 

1 kg daging batang pinang - rebus 4-5 ketul besar dan di potong setebal 1/2cm dan lebar 2-3 inci panjang (potong ikt urat sebab nak di tumbuk)
kemudian daging ditumbuk supaya lembut dan perap dengan kicap selama 1 jam (* jika x mahu masakan jadi hitam gelap daging bolehlah diperah untuk toskan kicapnya)

bahan kisar:-
30 biji cili kering - buang biji, rebus (untuk hilangkan pedasnya)
20 ulas bawang merah (lebih pun boleh)
6 ulas bawang putih
1" halia
1" lengkuas

1 cawan kicap pekat
2 cawan minyak
2 sb air asam jawa
2 ab gula (ikut rasa)
garam (rasa dulu sbb ada kicap)
air rebusan daging


panaskan minyak. gorengkan daging yang di perap kicap tadi dengan api yang perlahan dan jangan terlalu garing, angkat dan toskan lalu diketepikan.
panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga garing. masukkan daging, air asam jawa, gula, masukkan air rebusan daging biar mendidih hingga daging lembut
** jika daging masih liat bolehlah tambah 3-4 cawan air hingga daging lembut
** daging tumbuk dulu baru di perap kicap.

yang ni baru di goreng kicap dan di ketepikan.

OAT DROP COOKIES


jangan di pandangku sebelah mata!! rupa.... memang x tertarik langsung tapi kena rasa dulu baru tau kesedapannya cookies ni.. sedappppp 0000!!!
biskut ni bukan akak yang buat tapi kawan kawan akak yang buatkan... biasalah kawan kawan ni semua baru je belajar dengan kemas... akak dorang bagi yang ni je pada akak..huhuhu


RESIPI OAT DROP COOKIES

1 ketul butter / 250g
1 cawan gula perang / gula halus
1 sb lemak sayur / minyak sapi
1 biji telur
2 1/2 cawan oat - dibakar sebentar / goring tanpa minyak
1/2 cawan kacang walnut - dicincang kasar
1/2 cawan tepung jagung
1 cawan tepung gandum
sedikit esen vanila

kacau mentega dengan gula dan masukkan telur.
masukkan esen vanila, oat dan kacang walnut.
masukkan tepung jagung dan tepung gandum.
adun sebati.
sudukan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 15-20 minit @ hingga masak dengan suhu 180'C.

* boleh juga di masukkan dalam papercup.

Wednesday, November 16, 2011

AYAM INDONESIA

telah banyak kali juga akak membuat ayam indonesia ni cuma x masukkan gambarnya kat sini je.. 


RESIPI AYAM INDONESIA

1 ekor ayam
1 biji kelapa - ambil 4 cawan santan
5 biji ubi kentang kecil belah 2
3 batang serai - ketuk

bahan blend :-
5 bj buah keras
3 hiris halia muda
8 bj bawang merah
4 ulas bawang putih
1/2 st lada putih
3 hiris lengkuas
1 sm ketumbar
1/2 sd kunyit
serbuk perasa
garam secukupnya

2 sm minyak utk menumis
2 keping asam keping - akak letak

hiasan :
4 bj cili merah (akak tukar ci;i api)
bawang besar - di potong bulat
daun sup dan daun bawang - potong 1" (akak lupa)


panaskan minyak. tumiskan bahan kisar hingga agak garing.
masukkan santan, di ikuti ayam dan ubi kentang. 
masaklah sehingga sebati kemudian masukkan serai titik.
masak dan kacaulah sehingga mendidih.

JOIN GIVEAWAY KOLEKSI RESEPI NANNIE

teringin nk mencuba nasib... menyertai GA yang dah last minit.. saya tertarik kerana ada di antara hadiahnya berupa buku resepi sbb hobi akak mengumpul koleksi buku buku resepi

GIVEAWAY KOLEKSI RESEPI NANNIE

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ اارَّØ­ِيم
السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ
Hari ni saya buat n3 istimewa khas untuk semua follower blog saya ni . Saya memang dah lama ada niat nak buat GA masa di blog lama saya dulu tapi baru sekarang saya berkesempatan nak buat di blog saya ni . So saya berharap ada antara follower yang sudi nak join GA pertama saya ini . GA bermula hari ini 9/11/2011 sehingga 17/11/2011 . Pada pagi 18/11/2011 selepas saya buat undian secara rawak , saya akan umumkan nama-nama rakan follower yang berjaya dapat hadiah GA yang saya sediakan . 


Pada rakan-rakan follower blog ni tak kira yang memang dah lama jadi follower atau yang baru jika anda nak join GA ni anda MESTI TINGGALKAN JEJAK / LINK BLOG ATAU EMAIL ANDA DI N3 GA NI . Saya hanya akan buat undian di kalangan follower yang tinggalkan link blog anda atau email pada komen n3 ni , Terima kasih ya .


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN GA :


1) Terbuka pada semua follower blog saya ini .
2) Sila TINGGAL KAN JEJAK / LINK BLOG ANDA ATAU EMAIL dalam ruang comment n3 ini

ROTI PURI CICAH KUAH SADIN


roti puri ni projek malam tadi.... xtau nk makan ape... nk masak nasi malaslah pulak... teringat lak nk makan roti puri ni mesti sedapkan.. cicah lak dengan kuah ikan sadin yang dihancurkan... emmm bestkann!
roti ni akak belajar di kelas JW.. pernah juga akak buat dulu resepi lain tapi tak berapa nak jadi kembungnya.. tapi bila cuba resipi ni senanglah pulak naiknya... dengan syarat masa gelek tu jangan terlalu tebal dohnya. geleklah seperti kita buat karipap tu je..
terimakasihlah pada kawan seangkatan JW iaitu puan Norhayati Abdul Hamid daru U19 Bandar U.


RESIPI ROTI PURI

2 cawan tepung
2-3 sm planta (jangan banyak sangat)
air panas mendidih - ikut kelembutan dan tidak melekat di tangan.
secubit garam
minyak untuk menggoreng (banyak)

ramaskan tepung dan planta jadikan seperti serbuk roti.
masukkan garam dan air panas. uli hingga menjadi doh sebesar bola golf/pingpong.
ambilkan seketul doh dan roll dengan pengelek seperti buat karipap. * jangan terlalu tebal.
panaskan minyak dan gorengkan satu persatu adunan yang telah dileperkan tadi.
goreng sehingga nampak mengelembung permukaan roti puri. balik balikkan.
angkat dan toskan

** sedap di cicah dengan kuah kari pekat atau kuah sadin yang di hancurkan


KUAH SADIN HANCUR PEKAT.
1 tin kecil sadin
* tumis dan masak seperti biasa


anggaran 1 adunan dapat 9 ketul roti puri

Tuesday, November 15, 2011

SINGGANG DAGING ~ RASA NOV 2011


hari memang mencabar betul akak rasa... sebenarnya akak baru je buka tenet ni.. apa yang akak katakan tadi mencabar kerana selama 4 jam ketiadaan eletrik terasa akak baru kuar dari sauna.. huhuhu. yang x seronoknya tu fikiran akak pun turut sama x aktif.. rasa macam x cukup udara, jadi letih semacam.
dah la.. akak baru je nak sihat dari demam.. suara pun masih ala ala rock..


bebalik kita tentang menu yang akak masak ni.. di beri nama Singgang Daging.. sebenarnya akak ni bukannya suka sangat dengan singgang daging ni sebab setiap kali akak mencuba kurang menepati citarasa pada tekak akak.
tapi.... tapi kali ni hati akak kuat untuk mencuba resepi ni setelah akak membelek majalah RASA keluaran November 2011 ruangan "menu orang bujang". markah yang di perolehi oleh adik Nurul Ain Abdul Rahman ni dapat full 5 bintang membuatkan akak minat untuk mencubanya...
Alhamdulillah... memang x rugi mencubanya... sedap dan secukup rasa.. terimakasih buat adik ni....


RESIPI SINGGANG DAGING
dari majalah RASA november 2011
resepi adik Nurul Ain Abdul Rahman

500g daging - hiris halus

bahan tumbuk:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2.5cm kunyit hidup
2.5cm lengkuas

1 bungkus sup bunjut
1 keping asam keping
garam secukup rasa
air secukupnya

Bahan rempah:
1 st ketumbar
1 st jintan manis
1 st lada hitam

bahan yang akak tambah sebagai hiasan:
kulit kayu manis
hirisan karat
bawang goreng
hirisan daun bawang 

masukkan air secukupnya ke dalam periuk dan didihkan.
kemudian masukkan bahan tumbuk ke dalam periuk.
setelah itu, masukkan pula sup bunjut dan asam keping. kacau rata.
masukkan pula bahan rempah yang di tumbuk halus tadi.
akhir sekali, masukkan hirisan daging dan didihkan sehingga empuk. parasakan secukupnya. 
sedia untuk di nikmati bersama nasi putih

Monday, November 14, 2011

IKAN BAWAL EMAS ASAM


perrgghh.. memang x rugi mencuba resepi ni.. menepati citarasa.. terangkat!! sedap sangat. kebetulan deria rasa akak pun masih kurang kerana baru sihat dari demam selsema.. apa lagi memang sesuailah dan dapat mengembalikan selera akak yang hilang..
untuk masakan ni akak menggunakan ikan bawal emas. kalau ada yang nak mencubanya memang akak syorkan mencuba resepi dari amie ni ye...


Resepi Asal: Ikan Bawal Asam 
Sumber: Buku Masak Chef Terkemuka Sentuhan Nyonya
Chef: Mavin Yong

Bahan- bahan:
1 ekor ikan bawal seberat 1 kg - Amie gunakan ikan bunak (akak guna ikan bawal emas)
10 sudu besar minyak - Amie gunakan separuh sahaja
1.5 liter air - Amie gunakan 500ml sahaja
1 sudu teh serbuk pati ikan bilis
4 sudu besar jus limau nipis
3 sudu besar asam jawa diramas dengan 140ml air 
4 helai daun limau purut - diracik (akak carik saja)
9 tangkai daun kesum - disimpul - Amie gunakan 2 tangkai sahaja (akak guna 5 tangkai)
10 biji kacang bendi
4 biji cili merah dipotong 5cm panjang - Amie tidak gunakan (akak pun sama)
2 kuntum bunga kantan - diracik
1 labu bawang besar - potong 4
2 tangkai daun pudina - Amie tidak gunakan (akak pun sama)
2 sudu besar gula batu - hancurkan - Amie tidak gunakan (akak guna sbb stok ada)
2 sudu besar gula Melaka - hancurkan

Bahan kisar:
1 kuntum bunga kantan
4 tangkai cili merah
10 tangkai cili padi - Amie tidak gunakan
3 tangkai cili kering - Amie gunakan 10 tangkai
6 ulas bawang merah
7 ulas bawang putih
1 sudu besar kunyit hidup - Amie gunakan serbuk kunyit
2 batang serai
10 biji buah keras
1 sudu besar lengkuas
1 sudu besar belacan
2 sudu teh garam

Cara:
1. Panaskan minyak masak dalam kuali dan tumis bahan kisar sehingga wangi.
2. Tambah air, gula batu dan gula Melaka diikuti serbuk pati ikan bilis, jus limau nipis, air asam jawa, daun limau purut dan daun kesum. Renihkan selama 20 minit.
3. Masukkan ikan dan renihkan selama 8 minit. Tambah bendi, cili merah, bunga kantan dan bawang. Renih 2 minit.
4. Alihkan ke pinggan besar dan hiasi dengan daun pudina. Hidangkan panas dengan nasi putih.


APAM TEPUNG GANDUM


breakfast pagi ni... kenyang perut. pagi ni terlebih rajin lak... sebenarnya mr Hubby yang request kuih apam ni 2-3 hari lepas tapi kerana akak kurang sihat masa tu.. dan baru sekarang akak penuhi permintaan dia.. harini anak dan mr Hubby pulak yang kurang sihat... agaknya nilah di katakan demam sekeluarga..hehehe.. lepas sorang... sorang di serang demam.
akak suka buat apam ni sebab x perlu nk peram lama.


RESIPI APAM TEPUNG GANDUM

2 1/4 cawan tepung gandum
1/2 cawan susu tepung
3/4 cawan gula (saya guna 1/2 cawan je sebab tak suka manis)
1 paket yis mauripan
1 1/2 cawan air suam
pewarna ikut suka (akak guna pewarna hijau)

mula mula ayakkan tepung gandum bersama susu tepung. (ayak sekali je, kalau tak nak ayak pun x pe)

satukan bahan ayak bersama dengan gula ke dalam mangkuk. gaul rata.

selepas itu buat lubang kat tengah tengah bahan tadi dan masukkan yis mauripan.

masukkan air suam di tengah tengah bahan tadi dan kacau kacau yis bersama dengan air. kalau yis tu elok.. dia akan mengeluarkan buih. kemudian kacau kacau rata bersama dengan bahan bahan lain sehingga sebati. (jangan ada ketul tepung)

akhir sekali letakkan pewarna dan kacau kacau rata. tutup mangkuk dengan penutup dan biarkan selama 1/2 jam. resepi ni tak boleh peram lama lama sebab kita pakai yis sepeket.. nanti dia rasa masam.

panaskan air kukusan sementara nak tunggu bahan kembang/ naik.

boleh guna acu bulat @ loyang biasa. kalau guna loyang biasa, griskan dengan minyak loyang tu dulu supaya mudah di potong

bila kukusan dah panas, bolehlah dikukus. kukus dalam 20 minit.. @ lebih..

boleh dihidangkan bersama kelapa putih yang dikukus dengan garam.

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...