followers

salji

waktu

bird terbang

Saturday, March 30, 2013

AYAM TANDOORI


janganlah ada yang takut tengok ayam merah menyala ni.... hehehehe... adoiiii.. sebenarnya akak dah terlebih pewarna ni.. tapi kalau tengok real.. amat menarik..


dh lama sebenarnya nak buat ayam tandoori ni.. akak nak try ikut resepi chef Liza.. tapi puas akak cari paste maggi tandoori.. dah x kuar lagi paste tu kut... bila akak terjumpa resepi ni Alhamdulillah.. tanpa guna paste pun.. sedap sangat.. len kali boleh buat lagi untuk family..

AYAM TANDOORI

Bahan-bahan ( 3-5 orang )

6-8 ketul potongan ayam (ikut bahagian mana yg disukai)
Jus lemon secukupnya utk disapu pada ayam
1 ulas bwg merah*
3-4 ulas bwg putih*
½ inci halia*
1 sdk serbuk jintan putih**
2 sdk serbuk ketumbar**
1 sdb jus lemon**
1 sdk garam**
½ sdk serbuk cili** (blh tambah jika ingin lebih pedas)
1 cwn plain yoghurt**
Sedikit pewarna merah

Cara-cara

Dalam satu bekas, sapu & gaul rata semua ayam dgn jus lemon. Perapkan dlm 30-45 minit.
Dalam bekas yg lain, gaul rata kesemua bhn kisar(*) dgn bhn2 lain(**) utk dijadikan pes. Kemudian masukkan beberapa titik pewarna merah, kacau sebati pes (biar warna pes merah pekat sedikit).
Tuang & tabur pes ke dalam bekas ayam yg dh diperap td. Pastikan smua ayam disaluti pes. Perap dlm 2-4 jam, dlm peti sejuk; jika ingin rasa perapan yg lebih sedap, perap semalaman.
Utk bakar, susun ayam atas wire rack (yg diletak atas loyang pembakar) & bakar ayam dlm preheated oven (180C) atau boleh digril – hgga ayam empuk (masak). Smbil bakar/gril, blh sapukn lebihan pes td (jika ada lg) pd ayam – supaya biar naik aroma ayam tandoori.
Perah limau nipis atas ayam tandoori sebelum dijamah.

SAYUR SAWI PUTIH DAN KAILAN BERSAMA SOTONG GORENG BELACAN


gabungan 2 sayur dalam 1 masakan.. sebenarnya kedua dua sayur sawi dan kailan ni x cukup.. jadi akak gabungkan sekali.. rasanya sedap.. apatah lagi ada sotong ni... nyum.. nyummmm..

SAYUR SAWI PUTIH DAN KAILAN BERSAMA SOTONG GORENG BELACAN 

Bahan-bahan :

sdkt sawi - di potong sederhana panjang
sdkt kailan - di potong sederhana panjang
1 biji bawang merah - hiris 1/2 bulat
2 ulas bawang putih - diketuk
3 biji cili api - hiris kasar
1/2 inci belacan- dibakar 
1 sudu sos tiram
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit air masak
Garam, gula secukup rasa

Cara membuat :

Bawang putih diketuk sahaja
Panaskan minyak dalam kuali
Tumis bahan hiris bawang putih bawang besar cili api dan sos tiram sehingga naik bau
Masukkan sedikit air dan kacaukan ia
Masukkan batang sawi dan batang kailan dan kacau sebati
Bila batang sayur mulai layu, masukkan daun sawi dan daun kailan
Masukkan garam, gula  secukup rasa
Kacau dan rasakan kuahnya
Biarkan mereneh seketika dan angkat

TOMYAM SOTONG BERSAMA AYAM


bila tiba time malas nak beria ria.. inilah menu yang akak suka masak... apatah lagi ketika mulut pahit yang inginkan masakan yang masam masam... untuk kali ni akak letak sotong lebih dari ayam... dua jenis ni je dalam tomyam ni...

TOMYAM SOTONG BERSAMA AYAM

Ayam(ikut keperluan)
Sotong(ikut keperluan) - akak lebihkan dari ayam
3 ulas bawang putih(ditumbuk kasar)
3 biji buah tomato(mesin hancur)
1 biji bawang besar  (belah 4)
Garam(secukup rasa)
Gula(secukup rasa)
3 ulas bawang putih (ketuk)
2 hiris lengkuas(ditumbuk kasar)
2 batang serai (ketuk)
1 hiris halia(ditumbuk kasar)
3 helai daun limau purut
3 biji cili api(ditumbuk kasar)
1 kuib tomyam
air secukupnya
½ biji limau nipis

Cara:

1.Sediakan ayam,udang dan sotong,bersihkan dan toskan.
2.Mesinkan buah tomato hingga hancur.Ketepikan.
3.Tumbukkan cili api,serai,lengkuas dan halia.
4.Panaskan kuali, masukkan bawang putih yang ditumbuk dan goreng hingga kekuningan,diikuti oleh cili api,lengkuas,halia dan serai.
5.Masukkan buah tomato yang dimesin dan goreng hingga naik bau.(2-4 minit)
6.Kemudian,masukkan daun limau purut dan diikuti oleh ayam,udang dan sotong.
7.Gaul rata dan masak sehingga ayam,udang dan sotong masak.(5-7 minit)
8.Masukan daun limau nipis,garam,gula dan perahkan limau nipis mengikut keperluan.
9.Rasakan dan tutup api.
A

SAMBAL TEMPOYAK MENTAH


lama rasanya x buat sambal tempoyak mentah ni... sedap makan bersama ulam salad ni...

SAMBAL TEMPOYAK MENTAH

8 tangkai cili api - tumbuk
2 biji cili merah -tumbuk
sejemput ikan bilis - tumbuk x lumat
2 sb tempoyak mentah (manis/baru)
sedikit garam
** gula jika tempoyak rasa masam

setelah tumbuk cili dan garam hingga lumat masukkan ikan bilis tapi tumbuk ala kadar saja.
gaulkan tempoyak manis/baru hingga sebati.
letak dalam piring bersama ulam ulaman dan ikan masin jika ada

** makan bersama nasi panas.. ermmmm... korang pun x nampak jika lalu belakang hehehe

Friday, March 29, 2013

SOTONG MASAK SZECHUAN


dapat resepi di satu rancangan masakan oleh sheila Rusly.. memang mabless... akak cukup suka.. ala ala chinese style sebab ada dimasukkan minyak bijan


SOTONG MASAK SZECHUAN

Bahan-bahan ( seisi keluarge )

Sotong
bawang besar - potong bulat
bawang putih - ketuk
Cili kering - potong
brocoli
1 biji tomato - dibelah
Minyak bijan
Sos tiram,
kicap pekat
1 sb tepung jagung - bancuh dengan air
1 biji bawang besar - belah 4
Gajus
garam secukupnya

Cara-cara

Panaskan minyak dan masukkan sedikit minyak bijan(sesame oil).
Goreng cili kering yg dipotong pjg hingga garing, asingkan.
Tumis bawang putih, masukkan sotong, sos tiram dan kicap pekat. Kacau seketika.
Bila sotong hampir empuk masukkan  brocoli gajus dan tomato serta cili kering yg diasingkan tadi.
Untuk kuah yg lebih pekat, masukkan bancuhan tepung jagung dan diikuti bawang besar yang dibelah empat.

SUP SAYUR SEMPOI


menu diet harini hehehe.. simple bebenor...

SUP SAYUR SEMPOI

1 ikat sawi putih
beberapa biji fish ball - belah 2
1 tangkai cili merah - hiris
2 ulas bawang putih - ketuk
1 biji bawang besar - belah 2 & potonh melintang
2 sb sos tiram
1 kiub ikan bilis
sedikit ikan bilis
air secukupnya
garam secukup rasa
sedikit minyak

panaskan minyak tumis
tumis bahan hiris hingga layu dan masukkan fish ball serta sos tiram
kemudian masukkan air secukupnya, kiub dan garam secukup rasa
setelah mendidih masukkan sayur.
gaul rata dan angkat.
makan bersama nasi panas

Thursday, March 28, 2013

HOMEMADE CILI SOS


cili sos

akak memang suka sangat dapat buat sos cili wp kejenya sedikit rumit tapi berbaloi rasanya.. puas hati... sebenarnya akak buat hanya 1/2 kilo je... tu pun sampai penuh piuk yang akak buat tu... dulu penah juga akak buat tomato sos dari buah tomato... sedap! dan akak juga pernah buat sos dari cili merah campur cili api... memang puas hati dapat buat...


sebenarnya lebih dari 3 botol ni akak dapat hasilnya... akak cadang nak sedekah je dengan kawan kawan.. hehehe.. nampak biji cili.. sebenar blender akak tu dah x mampu nak prosesnya lagi.. panassss sebab dah berulang kali blend... aduyaii.. apakan daya tapi rasanya sedap tau, ada rasa masam masam pedas!

HOMEMADE CILI SOS
mamak haji
akak buat 1/2 dari adunan ni...

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKKAN:

1. Cili Kering 1 kg.
2. Gula Pasir 4kg (kalau nak manis, tambah sekilo lagi).
3. Garam 350gm. Ikut Selera anda.
4. Bawang putih dalam 200 gm (kalau lebih sedikit tak apa).
5. Tepong Ubi Kayu 400gn ( Mamak gunakan sebagai bahan pemekat. kelikatan sos mengikut selera anda).
6. Cuka Tiruan pun boleh yang asli pun boleh dalam 1 kg.
7. Air 5 liter masa mengisar keseluruhan mengisar cili. Semasa memasak tambah lagi 4 liter.

Nota: Sekiranya anda ingin menjadi usahawan cili sos gunakan pengawet makanan Sodium benzote dalam 600 PPM atau 12gm. Sodium Benzoate ini diluluskan oleh FDA dan boleh didapati di kedai-kedai Bahan Kimia Industri atau makanan kalu botol kecil cuma RM2.00 sudah memadai. Bagi suri rumah yang ingin buat skala kecil tak perlu gunakan tetapi selepas siap isi dalam botol simpan dalam bahagian dingin peti sejuk. Boleh tahan sehingga 2-3 minggu.

CARA-CARA:

1.  Cili kering – Cili kering perlu buang bijinya. Cara untuk buang biji cili  ialah dengan memotong serong (45 darjah) cili kering bersaiz lebih kurang dalam 10 mm. Masak selepas potong dan tapis. Semua biji Cili keluar dengan mudah. Cara ini juga boleh digunakan untuk membuat sambal tumis. Tak perlulah blender lama-lama sampai blender berasap. Masak cili itu supaya lembut (lebih kurang 1 jam). Mamak tak galakan rendam seperti kilang buat itu. Itu cara kurangkan kos dan tak sedap. Semasa mengisar itu masukkan bawang putih sekali (jangan lupa buang kulit pulak).

2. Masak kisaran cili kering seperti anda buat sambal tumis. Setelah masak masukkan Gula dan juga Cuka. dan Garam. Rasa apa yang tak cukup mengikut selera anda.

3. cairkan tepung ubi (kanji) anda dengan air. Masukkan kedalam cili yang tengah masak sedikit demi sedikit dan kacau rata. Pereksa kelikatan. Perlu ingat selepas sejuk sos anda akan menjadi lebih pekat.

4. Sodium Benzote ini sebagai pengawet akan bantu menghindarkan pertumbuhan kulat. Bahan kimia ini juga luas digunakan dalam Industri minuman. Ia tidak membahaya kepada manusia sekiranya digunakan cara betul. cuma kandungan tidak lebih dari 1gm untuk 1 kg berat tubuh manusia. Sila baca di wikipedia tentang bahan pengawet ini. Sodium benzote ini sangat larut dalam air biasa bukan dengan air panas. Maka cairkan dulu serbuk ini dengan air biasa dan campurkan dalam cili sos anda setelah sejuk. Suri rumah tak perlulah gunakan pengawet ini kecuali mahu jadi taukeh Cili Sos. Anda boleh perolehi 65 botol berat 330gm dari resepi ini. Taukeh Restoren yang beli bertong-tong cili sos dalam sebulan, boleh arahkan tukang masak anda buat cili sos ini  semasa dia ada kelapangan untuk jimat kos dan boleh perolehi sos yang bersih dan sedap.

Selamat mencuba.

NASI IMPIT GORENG



NASI IMPIT GORENG

Bahan²
1 bungkus besar ketupat nasi segera Adabi ( 2 bungkus kecil
2 ulas bawang putih _ dicincang
4 tangkai daun bawang ( boleh guna daun kucai juga ) _ dipotong 1 1/2 inci panjang
2 biji cili merah - dihiris
3 sb gudang kering - tumbuk
2-3 sb tbsp cili kering kisar - guna cili serbuk
kacang tanah - nib
bawang goreng - tabur
Minyak untuk menumis
Air secukupnya untuk merebus


Bahan² A

2 tbsp sos tiram Maggi
2 tbsp sos cili Maggi
2 tsp sos ikan
1/2 tsp minyak bijan
1/4 tsp serbuk lada putih
1 tsp perencah pati ayam Tumix
Garam jika perlu

Cara²

Rebus ketupat bersama air secukupnya seperti arahan pada bungkusan. Setelah masak sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong. Ketepikan.
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali / periuk dan tumis bawang putih hingga wangi.
Kemudian masukkan cili kering kisar dan tumis hingga cili masak
Setelah itu masukkan bahan² A dan gaul rata.
Masukkan nasi impit / ketupat nasi yang telah dipotong kecil² dan gaul dengan perlahan hingga semua bahan bergaul rata.
masukkan kacang tanah nib.
Akhir sekali masukkan daun bawang, cili merah dan gaul.
Angkat dan hidang.

KELI BAKAR AIR ASAM KERISEK


permintaan suami yang sukakan air asam kerisek ni.. x perlu ada bahan lain untuk dicicahnya katanya.. makan cam ni dengan nasi pun sedap.. tapi akak buat juga ikan keli bakar untuk menu akak.. menu diet jugak ni.. hehehe... tapi kali ni akak buat pekat sikit.. saja nak ratah je.. sedap sebab ada rasa masam masam manis tomato dan pedas..




AIR ASAM:

tumbuk:
1 biji cili merah
6 biji cili api
1/2 cawan air suam + di bancuh dengan asam jawa
sedikit gula
sedikit garam
sedikit belacan - wajib ada

hiris halus:
1 biji tomato segar
1 biji bawang besar - belah 2 dan hiris melentang
1 biji cili merah
5 biji cili api
2 sudu besar sos tomato
2sd kerisek

gaulkan bahan hiris termasuk bahan tumbuk.
ramaskan sikit kemudian rasa masam manisnya.

KARI IKAN HARUAN LAUT


ikan haruan laut ni sedap dibuat kari.... kali ni akak ambil dari resepi jiran blog Kak Noor Sajian Dapur  Bonda.. wah.. sedap.. mewah dengan rempah ratusnya...

KARI IKAN HARUAN LAUT


Bahan-bahan yang diperlukan:

1/2 kg. ikan kembung saiz sederhana  akak guna ikan haruan laut
1/2 cawan pati santan kelapa sawit + 1 cawan air (guna cawan yang sama)
2 biji tomato (dipotong empat)
Beberapa biji bendi  - basuh dulu baru dipotong tangkainya - x de stok
2 biji cili hijau - dibelah dua memanjang (jangan sampai putus) x letak
1 biji bawang besar - dibelah empat
Air asam jawa
1 senduk besar minyak masak
Garam secukup rasa.

Bahan-bahan B (ditumis):

1 sudu kecil halba campur
3 biji bawang merah (kecil) dihiris
2 ulas bawang putih dipotong
2 tangkai daun kari

Bahan-bahan B (diblend):

2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
4 sudu besar rempah ikan
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kas-kas (sekiranya diperlukan)
Sedikit air


Cara-cara membuatnya:

Panaskan minyak di dalam periuk atau kuali. Tumis halba campur. Apabila naik bau, masukkan bawang merah dan bawang putih yang dihiris, dan daun kari.Tumis sehingga bawang bertukar warna kekuningan.
Selepas itu masukkan bahan-bahan B. Kacau rata dan biarkan sebatian kari masak sehingga terbit minyak.
Kemudian masukkan air asam jawa, kacau rata.
Setelah itu masukkan santan dan garam.  Masak sehingga kuah mendidih.
Kemudian masukkan ikan.  Biarkan ikan masak selama 15 - 20 minit.
Selepas itu masukkan bendi, buah tomato,  dan cili hijau.  Biarkan kari menggelegak selama 3 - 5 minit lagi.
Tutup api dapur.  Tudung periuk dengan penutup supaya bau haruman rempah kari tidak terbebas.

Monday, March 25, 2013

AYAM KUNYIT


bukan ayam masak lemak dan bukan juga masak tempoyak.. warna je seakan sama  tapi x serupa... sebenarnya masakan ini tanpa santan.. sedap.. x caya cubalah... sesuai juga untuk menu diet..

AYAM KUNYIT

Bahan-bahan ( 4-5 0rg )

Bahan tumbuk:

3-4 biji bwg merah
3-4 ulas bwg putih
6-7biji cili padi(kalau nak pedas boleh tambah cili)
1 batang serai(dititik)
1 besar ibu jari halia
2 sudu besar serbuk kunyit

bahan lain:
ayam(dipotong ikut suka)
5-6 keping asam keping
garam/perasa/air

Cara-cara

Tumis bahan tumbuk hingga kekuningan dan naik bau.selepas itu masukkan asam keping,biar sekejap,barulah dimasukkan ayam.gaul rata2,kemudian masukkan air.biar sampai mendidih,dan ayam masak,barulah dimasukkan garam dan perasa.selamat mencuba,sedap!!

IKAN HARUAN MASAK TAUCU


masak taucu ni bukan pebret mr hubby.. tapi akak buat juga sebab akak dah lama x rasa... jadi untuk beri dia kurang perasan masak apa yang akak masak ni.. akak usahakan blend lumat biji kacang taucu ni.... nampaknya... dia makan... huahahaha...awang tertipu dengan minah..!! akhirnya makan jugak dia.. sebenarnya akak pun dah x de idea nak masak apa... jadi terpaksalah menipu sunat..!! susah benar nak ajar seleranya supaya suka makan masak taucu ni... bila x memilih sangat maka mudahlah kerja memasak.. tu je...
pernah dengar ikan haruan laut.. ikan ni bentuknya panjang.. padat dengan isi... dan sedap.. rupanya x sama langsung dengan haruan biasa yang banyak sisik tu..

IKAN HARUAN LAUT MASAK TAUCU

2 ekor ikan (ikan pape pon bole)
1/2 labu bawang besar - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
2 hiris halia -potong panjang2
3 biji cili api / cili hijau - hiris serong
2 sudu besar taucu - akak blend lumat
beberapa titis kicap - jika perlu
air asam jawa / 2-3 keping asam keping
minyak menumis
garam secukupnya
1 sudu besar gula
3 cawan air suam - jika boleh

Cara-cara

goreng ikan yg telah digaul garam dan serbuk kunyit.
sementara goreng ikan, boleh lah menyediakan kuah taucu. masukkan 1 sudu minyak masak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan. then, masukkan halia dan cili api / hijau.
masukkan taucu blend dan kacau sekejap. masukkan air dan air asam jawa. tambah gula.(garam tak perlu sbb taucu dah masin)
setelah ikan masak, masukkan ke dalam kuah tersebut. biar hingga mendidih, tutup api.

SAYUR KHAILAN IKAN MASIN


sayur kesukaan family.. maka tu sebab la rajin masukkan gambar ni di sini.. blog akak ni berdasarkan apa akak masak untuk hari ni.. jadi akak letak ajelah... heheh..

SAYUR KHAILAN IKAN MASIN


1 ikat sayur kailan - potong dan bersihkan (asingkan batang yang keras - hiris nipis)
sedikit karat - potong panjang
1/2 biji bawang besar - potong 1/2 bulat
1 ulas bawang putih - ketuk
5-8 biji cili api - belah x putus
sepotong ikan masi tenggiri - potong/ketuk sikit
sedikit sos tiram
sedikit air
sedikit garam *jika perlu
sedikit minyak tumis

panaskan sedikit minyak.
goreng ikan masin yang diketuk sikit hingga wangi dan ketepikan di tepi kuali.
kemudian terus masukkan bawang bersama cili. bila hampir layu gaulkan sekali ikan masin tadi.
masukkan pula sos tiram serta sedikit air. biarkan mendidih sekejab.
masukkan batang sayur kailan, gaul sekejab dan di ikuti daun kailan. gaul sebati.
masukkan garam jika perlu.
angkat dan tabur ikan bilis goreng di atas sayur

sedia dihidangkan makan panas panas...

Saturday, March 23, 2013

PUDING MOZEK



ronda ronda terjumpalah puding yang dapat dari blog ummi... tertarik untuk mncuba resepi ni....

PUDING MOZEK

Bahan (A):-
5 gm serbuk agar2
90 gm gula
450 ml air
50 ml susu cair
pewarna hijau

Masak semuanya hingga larut dan didih. Tuang dalam bekas yang telah dilalukan air sejuk, sejukkan. Ambil sudu dan kaupkan sikit2 dan atur ke dalam loyang lain untuk dituang bahan B.

Bahan (B):-
5 gm serbuk agar2
90 gm gula
450 ml air
50 ml susu cair
pewarna merah
sedikit esen vanila

Masak kesemuanya hingga larut dan didih. Tuangkan ke dalam loyang yang telah diatur agar2 tadi. Sejukkan dalam fridge. Siap...



BAYAM MASAK LEMAK CAMPUR


masak simple simple je....

BAYAM MASAK LEMAK CAMPUR

bayam secukupnya - hiris
fucuk sedikit - gunting dan rendam
fish ball - belah 2
ikan bilis sedikit
1-2 biji cili merah - hiris serong
1/2 biji bawang besar - hiris
santan secukupnya (akak x buat pekat sgt)

masukkan kesemua bahan dan masaklah sehingga mendidih secukupnya.
angkat dan sedia di hidangkan bersama sambal belacan

SUP AYAM HADNYAI


dah lama x buat ayam sup ala siam ni... memang akak cukup suka dengan hidangan yang senang dan sedap ni...

SUP AYAN HADNYAI

Sebelah ayam dipotong-potong
3 ulas bawang putih dan 5 ulas bawang merah, 3 biji cabai, 4 cm halia -ditumbuk lumat (akak blend jek)
7 cm lengkuas dihiris sederhana nipis dan tumbuk untuk pecahkannya.
5 batang serai ditumbuk untuk pecahkan. (akak ketuk pecah)
2 sudu besar ketumbar ditumbuk lumat (akak kisar)
1 sudu kecil jintan manis dan jintan putih ditumbuk sehingga lumat (akak kisar jek)
2 biji bunga lawang
5 biji buah pelaga
3 ketul kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
daun sup, daun bawang, daun sadri dan batang sadri

Cara-Cara:-

Tumiskan bawang putih, merah, cabai, halia, ketumbar, jintan manis dan putih, bunga lawang buah pelaga, kayu manis, bunga cengkih, lengkuas dan serai sehingga menaikkan bau yang semerbak harum dan mewangi.
Masukkan ayam yang sudah dipotong-potong mengikut citarasa kedalam tumisan tadi dan gaulkan sehingga rata tutup dan biarkan 5 minit.
Masukkan batang sadri
Masukkan 5 cawan air dan biarkan sehingga menggelegak.
Tambahkan garam secukup rasa n sedikit saja gula untuk menyedapkan rasa kuahnya.
Hiriskan daun bawang, sup dan sadri taburkan pada hidangan. Perahkan sedikit limau nipis. Sedia untuk dimakan dan dihirup.....aahh..sodapnya

Friday, March 22, 2013

KERABU JANTUNG PISANG


menu sihat akak hari ni... kerabu jantung pisang yang akak campurkan bersama ikan kukus...
untuk pengetahuan akak ubah ikut selere sendiri ye...

KERABU JANTUNG PISANG
resipi asal Sheila Rusly
sumber : Raihan@PeriukTanah

Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang)
Bahan A:

2 biji cili merah
5 biji cili padi
1 sm belacan siap dibakar
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih - akak x guna
5 biji lada hitam

*Tumbuk semua bahan A hingga lumat

Bahan B:

1/2 biji jantung pisang awak- saiz besar, kalau kecik guna 2 biji ye..
- buang kulit luarnya hingga tinggal bahagian dalam berwarna cerah.
5-8 biji cili api - mayang / akak tambah
1 biji tomato dihiris nipis
1 labu bawang besar dihiris nipis
2 ekor ikan kembung sedang kukus dan tumbuk (resepi asal ikan kembung direbus) - ambil isinya sahaja dan carikkan dengan tangan.
2 sudu besar santan pekat/ pati santan
1 biji limau nipis- diperah jusnya
garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:

Didihkan air dalam periuk.
Jantung pisang dibelah 2 dan dicuci dengan air.
Rebus jantung pisang selama 15 minit. Angkat dan toskan.
Hiris nipis dan masukkan ke dalam mangkuk.
Masukkan Bahan A yang telah ditumbuk diikuti bahan B.
Gaul rata dan rasa masin dan manisnya. Jika cukup, bolehlah dihidangkan.
Simpan dalam bekas bertutup di dalam peti ais jika ada baki sebelum dihidang lagi....

*** tips sedap: kerabu memang selalunya lebih enak jika terasa kepedasannya, tapi bagi yang 'perut nipis'boleh gantikan cili padi dengan cili merah atau kurangkan jumlahnya....

***kerabu ni boleh dimakan dengan nasi putih tanpa lauk lain kerana telah ada isi ikan di dalamnya.

PETUA MERAMPINGKAN BADAN

gambar google


PETUA MEREMPINGKAN BADAN...

-Berjalan kaki, sekurang-kurangnya 15 minit setiap hari. Jika asyik naik lif di pejabat atau rumah, cubalah naik dan turun dengan tangga.
-Minum air kosong lapan gelas sehari. Ia membantu membuang toksin daripada badan. Segelas air kosong juga boleh diambil sebelum makan kerana ia memberikan rasa kenyang sekali gus menghindarkan diri daripada rasa lapar berlebihan.
-Sarapan setiap pagi usah diabaikan. Mereka yang tidak bersarapan cepat lapar dan mendorong diri untuk makan lebih banyak pada waktu tengah hari.
-Banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ia baik untuk sistem pencernaan serta dapat menurunkan kadar kolesterol badan.
-Jangan makan hingga perut sudah kenyang. Jika sayang makanan berlebihan, ia boleh disimpan.
-Kawal diri supaya tidak makan makanan berlemak dan bergoreng secara berlebihan. Makanan dikukus atau direbus lebih elok untuk kesihatan.
-Tidur dapat mempercepatkan kadar metabolisme badan sebanyak 40 peratus. Oleh itu, pastikan anda mendapat tidur secukupnya setiap hari.
-Senaman yang sesuai mengikut bahagian badan elok dilakukan setiap kali bangun di waktu pagi. Apabila bangun pagi, rajinkan tangan membersihkan rumah. Mungkin ia tidak sehebat senaman di luar tetapi aktiviti berkenaan tetap membantu dari segi pembakaran kalori dalam badan.
-Jangan berlapar. Makanan memberi anda tenaga dan apabila anda menggunakan tenaga kurang daripada apa yang anda ambil, tubuh akan terkejut. Bila anda tidak tahan berlapar, anda akan makan dengan lebih banyak.
-Amalkan yang pahit. Minum kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini tekak akan berasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.
-Elakkan minuman bergas. Minuman bergas biasanya mengandungi 7 hingga 8 sudu gula dan ia tidak baik untuk kesihatan tubuh.
-Kurangkan pengambilan garam. Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat badan disebabkan air.
-Ambil sarapan pagi. Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, orang yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding orang yang mengambilnya. Sarapan pagi menstabilkan hormon dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolisme juga meningkat untuk membakar kalori.
-Makan Perlahan-lahan. nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Sebab, apabila anda makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.
-Kunyah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan, kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.
-Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit, daripada makan hanya sekali dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.
-Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa “mint” atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.
-Kurangkan pengambilan marjerin atau mentega dalam makanan anda.
-Apabila makan di restoran atau gerai, pesanlah air limau nipis atau jus oren. Ini kerana, minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.
-Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral, serat dan kandungan lemak yang rendah.
-Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet.
-Ambil makanan yang berempah. Sesetengah rempah seperti cili atau biji sawi, boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.
-Banyakkan bijiran dan kekacang. Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.
-Tumpukan perhatian anda untuk sihat, bukan kurus. Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.
-Cara memasak paling baik untuk mengurangkan jumlah kalori dalam makanan adalah merebus, memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak (misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.  

Thursday, March 21, 2013

MASAK LEMAK KETAM


rasa dah lama x bersiaran.... rindu pulak... sejak balik dari pantai timur akak ni kurang sihat sikit... bukan bererti dapur akak x berasap tapi mood nak update terus down... akak hanya menjengok umah rakan rakan je... untuk melepaskan rindu..... hehehe.... 
sepanjang akak berehat ni akak sebenarnya ambil kesempatan mengikuti kempen diet hidup sihat... akak nak usaha ubah cara penampilan pemakanan akak.. tapi x tau setakat mana akak terdaya untuk melakukannya.... terpulanglah pada keadaan... hehehe
akak rasa sejak akak berblog ni badan akak terus dan terus naik... wp bila timbang berat badan tetap maintain tapi akak rasa baju baju yang akak pakai semua sendat dibahagian lengan dan perut.. adoiiii... penyakit pun mula bertandang wp x serius sangat... tapi akak kena usaha mengubahnya sebelum terlewat.. jika terlewat... bermakna lagi banyak duit habis untuk mengubati penyakitkan... bayangkan dalam usia semakin senja ni akak dikatakan usia dalaman badan akak telah masuk 65 tahun... hampir 20 tahun ke depan dari usia sebenar! akak kena berpandangan jauh... akak kena buka minda... akak kena ubah pemakanan... akak cuma sedang usaha untuk dapat berat yang ideal... bukan senang.. kena kurangkan 23kg tau... hehehe
jika didapati masakan akak yang disiarkan bukan mengikut sistem piramid atau gaya hidup sihat...... tapi ketahuilah akak masih ada suami dan anak untuk dihidangkan untuk mereka... ahli keluarga masih perlukan airtangan akak... tapi x bererti akak diet sampai x makan langsung... nak matiiii ke..?? akak ni kuat gastrik... mesti juga makan untuk lunch sepuas puasnya...
ooo.. melalut pulak berbicara ni... sebenarnya akak ni bukan jenis yang suka melalut x tentu fasal tapi hari ni.. adooii.. kompom korang jemu dengan perbualan ni.. ok.. jom kita lihat resepi di bawah... ala.. masak biasa je... x masak x boleh jugakkan... kan masak tu dah jadi perkara rutin bagi seorang isteri dan ibukan...

MASAK LEMAK KETAM

Bahan-bahan ( Untuk 4 - 5 orang )

6 ekor ketam besar, dibersihkan
6 ulas bawang merah kecil*
3 ulas bawang putih*
3 batang lada merah*
3 biji buah keras*
1 inci kunyit hidup*
1/2 cm belacan*
1 hirisan nipis lengkuas*(*dikisar halus)
1 asam keping
1 helai daun kunyit
1 biji kelapa, diparut
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

Dalam periuk, masukkan ketam, asam keping dan bahan2 dikisar. Jerang atas api untuk 2 - 3 minit. Matikan api dan biarkan sebentar.
Masukkan 1 cawan air dalam kelapa parut. Ramas dan perah santan dalam satu bekas. Ketepikan. Tuang lagi 2 cawan air dan perah untuk mendapatkan santan no.2.
 Hidupkan api kembali dan masukkan santan no 2 ke dalam periuk. Diikuti daun kunyit, biarkan mendidih. Masukkan santan pekat. Perasakan dgn garam dan gula. 
Masak atas api perlahan selama 5 minit. Kacau selalu untuk mengelakkan santan pecah minyak. Bolehlah dihidangkan bersama nasi putih dan lauk-pauk sampingan.



Thursday, March 7, 2013

DAGING API-API


resepi yang sangat sedap... x rugi mencubanya... resepi asal dari chef Ismail. ia menggunakan lada hitam... inilah kelainan pada resepi ni...

DAGING API-API
masam manis
Oleh : Chef Ismail
Rujukan : Kuisin Warisan Melayu

125 m minyak masak
2 sudu besar gula
1 kg daging ~ di potong, cuci bersih dan rebus hingga empuk
350 ml air
2 sudu besar air asam Jawa
3 sudu besar kicap pekat lemak manis
Garam secukup rasa
Sedikit lada hitam tumbuk kasar ~ untuk ditabur

Bahan Kisar

30 tangkai cili kering ~ direbus hingga lembut
15 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
1 sudu besar lada hitam

Letakkan minyak masak dalam periuk dan panaskan atas dapur
Tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga naik bau
Kacau dan kecikan api
Tambahkan gula dan kacau sehingga berkaramel dan kelihatan berkliat
Masukkan daging yang sudah direbus, balik-balikkan dan tambahkan air, air asam Jawa, kicap dan garam secukup rasa
Masak sehingga kuah pekat
Angkat setelah masak dan taburkan ada hitam yang ditumbuk kasar sebelum dihidang.

Wednesday, March 6, 2013

MENERIMA TEMPAHAN CUSTOMER - FONDANT HIJAU / PUTIH






SIAKAP STIM



selalu makan kat restoran ala thai... tapi kali ni akak buat sendiri... sebab makan beramai ramai dengan ahli keluarga abang... akak buat 2 ekor sederhana besar...

IKAN SIAKAP STIM

2 ekor ikan siakap - bersihkan dan kerat 2

lengkuas - ketuk
bawang putih - ketuk
serai - ketuk (lebih banyak lagi bagus)
halia - hiris halus
karat - hiris
cili api - ketuk
cili merah - mayang
bawang besar - hiris 1/2 bulat
daun ketumbar - hiris
air
1 kiub ayam
garam 

panaskan air di dalam kuali dan masukkan bahan keras dahulu.
biarkan ia mendidih sepenuhnya.
masukkan ikan siakap. pastikan api sederhana besar.
masukkan garam kiub ayam dan bawang besar serta cili.
tutup api dan tuangkan di dalam bekas.
taburkan daun ketumbar.

ATVT KELAS JW - APAM DEWA


inilah atvt mingguan bersama Jw.. resepi ni telah dikongsikan oleh puan Norlida Zainon dari Lake Ville.. menurut kata puan Norlida diambil resepi dari tenet...
terima kasih puan Norlida mengongsikan resepi yang mudah dan menarik ni untuk Jw Bandar U.

APAM DEWA
puan Norlida Zainon
Lake Ville

Bahan-bahannya:
6 biji telur
2 sudu besar oren sunquick
1 cawan gula
1 sudu kecil ovellete (optional)
1 sudu kecil esen vanila (optional)
2 cawan tepung gandum
Cara Membuat:
Didihkan air dalam periuk kukus.
Sementara itu, lenserkan loyang dengan sedikit minyak. Ketepikan.
Pukul telur, gula, ovellete, sunquick, esen vanilla hingga betul-betul kembang dan adunan naik 2 kali ganda. (Saya pukul guna speed maksimum selama 15 hingga 20 minit)..
Masukkan tepung sedikit demi sedikit, pukul hingga rata.
Bahagikan kepada beberapa warna kegemaran.
Masukkan ke dalam loyang bermula dari bahagian tengah. Kemudian masukkan adunan warna lain di atas warna tadi. Tak perlu diratakan. Adunan akan merata sendiri. Buatlah sehingga semua warna adunan habis.
Untuk membuat coraknya, ambil sebatang lidi, bermula dari tengah, tarik arah keluar. Bersihkan lidi dengan tisu setiap kali selesai setiap lorekan. Buat kepada empat bahagian. Kemudian, antara lorekan tadi, tarik lidi dari arah luar hingga ke tengah adunan. Buat kepada empat bahagian.
Kukus apam selama 40 minit@ hingga masak menggunakan api sederhana.

ATVT KELAS JW - AGAR AGAR SANTAN PANDAN


sekadar memenuhi atvt Jw.. seorang dari rakan Jw telah berkongsi resepi yang sedap dan mudah... resepi ni telah dikogsikan resepi oleh puan Zanani U10 Bandar U.. terimakasih puan Nani ye... len kali berkongsilah lagi bersama Jw yang lain...


AGAR AGAR SANTAN PANDAN
JW puan Zanani U10

1 peket agar agar kering
7 gelas air
1 biji telur
1/2 biji kelapa parut
1 1/2 cawan gula
5 helai daun pandan
sedikit pewarna hijau
sedikit garam
agar agar dibasuh dan dimasak bersama air sehingga hancur kemudian dimasukkan gula dan garam. masak hingga gula hancur.
kelapa parut, telur dan pandan dikisar bersama. kemudian di ambil airnya. jadikan satu gelas dan masukkan ke dalam agar agar tadi dan kacau sebati. masukkan juga sedikit pewarna hijau.
angkat dan masukkan ke dalam loyang. sejukkan.

Tuesday, March 5, 2013

KERABU IKAN TONGKOL


dah beberapa kali buat kerabu ni.. rasa x jemu jemu... sedap... 
buat pun senang dan ringkas..

KERABU IKAN TONGKOL
watieman

Bahan-bahan ( Untuk 3-4 orang satu hidangan )

1/2 ekor ikan Tongkol(ikan Kayu) sederhana besar
2 labu bawang besar
2 biji cili merah
5 biji cili api (boleh tambah kalau suka)
sedikit air asam jawa dicampur dengan secubit belacan dibancuh
secubit garam ikut selera anda
air perahan limau kasturi/ limau nipis

Cara-cara

Ikan tongkol dicuci bersih dan dibelah dua
 lumurkan sedikit garam pada ikan dan dibakar
 Biar ikan masak sebelah baru dialihkan ke sebelah lagi
Sementara menunggu ikan masak bolehlah menghiris nipis...bawangbesar, cili merah dan cili api
 Bila ikan dah masak perisi ikan macam nak buat kuah laksa
Campurkan dengan bahan yang dihiris tadi
gaulkan bersama dengan air asam & belacan, garam secukup rasa dan perahkan limau kasturi ....dah siap untuk dihidangkan...Cubalah!

Monday, March 4, 2013

KEREPEK FILAMET CRAB


akak dah lupa resepi sapa akak ambil ni.. sebenarnya ada banyak pilihan resepi ni kat fb.. tapi akak memilih resepi ni sebab akak tertarik dengan serbuk rempah, tepung KFC dan yang penting ada serbuk Paprika... berbanding ada yang menggunakan tepung gandum campur bersama tepung jagung...
kerepek ni rasa sedikit pedas.. tapi masyaallah sedapnya... masa menggoreng pun akak krup krap x berhenti.. dekat sepeket agaknya.. huhuhu... sebenarnya akak goreng agak ranggup sikit tu sebab warnanya sedikit gelap.. supaya ia x mudah lemau.. 
anggaran 4 bungkus filament crab akak dapat 1 botol balang besar...



KEREPEK FILAMET CRAB

Bahan :

4 bgkus filamet Crab ( disiap2 halus)
4 sudu besar Serbuk Kari BABAS
4 Sudu besar serbuk Paprika
4 sudu besar tpg jagung
8 sudu besar tpg KFC (perisa hot spicy)

Myk secukupnye utk mengoreng
Daun kari- jika suka (akak x de stok)

Cara :

1) Siat2kan jejari ketam.

2) Masukkan jejari ketam kedalam plastik & kesemua bahan2 kering tadi.

3) Goncang2 kan bahan2 hingga sebati semua..

4) Panaskan minyakgoreng hingga garing & masukkan sekali daun kari.

5) Toskan dulu miyaknye dan simpan dlm bekas kedap udara.

SOTONG GORENG BLACK PAPPER BERSAMA KENTANG


ini masak ikut kata hati dan ikut apa yang ada stok je.. tapi sedap juga...


RESIPI SOTONG GORENG BLACK PAPPER BBERSAMA KENTANG

sedikit sotong - bersih dan goreng kunyit / garam
1-2 biji kentang - potong kecil goreng kunyit / garam
1 biji bawang besar - tumbuk
bawang putih - tumbuk
sedikit cili sos
sedikit sos tiram 
sedikit  sos black papper
sedikit cili api - belah x putus
1 biji bawang besar - potong bulat
sedikit garam
minyak untuk menumis

panaskan minyak tumis bahan tumbuk hingga wangi.
masukkan semua sos, sotong dan kentang goreng. gaul rata.
masukkan cili api dan bawang bulat serta garam.
kacau balik balikkan. 
siap.

Saturday, March 2, 2013

BURGER GORENG MALAYSIAKU..




menu malam ni.. burger buat sendiri je... 


puas hati bila buat sendiri.. ramuannya mewah sebab kita yang adunkan sendirikan... hehe



BURGER GORENG MALAYSIAKU

daging burger
roti bulat - sapu butter dan bakar sekejab
salad
tomato segar - hiris
bawang besar - mayang halus
cili sos
mayo
kubis
lada sulah
telur - dadar nipis - akak kehabisan telur untuk salut burger
minyak untuk goreng

cara.
panas minyak dan goreng burger tabur serbuk lada sulah.
mayo dan cili sos di gaul sebati dan masukkan kobis cincang.
letakkan di atas roti diikuti dengan bawang besar dan tomato dan daun salad
letakkan daging dan di ulangi dengan bahan sos yang sama.
akhirnya tutup dengan roti semula.
bolehlah di makan

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...