Biskut sarang semut ni adalah untuk atvt projek usahasama tahunan JW di tempat akak ni.. bukan biskut ni je yang kami buat.. ada lg 2 jenis iaitu biskut almond london dan semprit bunga cina..
JW yang join mestilah beri komitmen dari mula hingga selesai.. kemudian biskut biskut ni di agihkan samarata.
projek ni memang seronok sebab kami buat beramai ramai.. faham faham la bila sesekali bertemu... macam macam yang kami borakkan.. hehehe
KUIH SARANG SEMUT
Bahan :
250 gm butter
100 gm gula halus
350 gm tepung gandum
100 gm tepung kastard
100 gm tepung jagung
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila
Bahan Hiasan :
sedikit coklat rice (x letak)
sedikit manik gula kecil ( warna warni )
secukupnya paper cup kecil
Cara :
Pukul kembang butter dan gula.
Masukkan kuning telur dan esen vanila dan gaul rata.
Masukkan tepung dan gaul rata.
Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan sudukan kedalam paper cup.
Taburkan coklat rice dan manik gula kecil.
Bakar dalam oven dengan suhu 180c sampai masak ( anggaran 15 minit ).
Dah siap,sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.