followers

salji

waktu

bird terbang

Sunday, October 6, 2013

BISKUT FANTASI COKLAT


entah.. kenapa hati ini teringin sangat nak mencuba resepi resepi yang di ciluk dari tenet dan majalah.. pada akaklah kebanyakkan resepi biskut di majalah ni sudah di tukar tukar bahan asalnya... sebab akak dah banyak kali mencuba dan terkena... hukhukhuk.. sebagai contohnya.... akak sebenarnya memang dah ade resepi tart gulung tapi wp gitu hati akak tertarik dengan satu gambar biskut tart yang ada di majalah tu... wallah.. memang cun sangat tart yang dipamerkan... akak pun x teragak agak nak mencuba terus... nak tau hasilnya tart gulung akak tu...? tu dia sebesar penumbuk budak!! nak jamu pun malu... x muat mangkuk biskut akak tu... kebetulan anak saudara akak memang tiap tiap tahun oder tart dengan akak... akak pun kata kat dia.. oleh kerana hang oder biskut tart dengan mak teh.. mak teh bagi free tart jugak..!! dia pun gembira beli sebekas dapat satu bekas lagi tart jugakkannn... hehehe.. bila buka je tin biskut... tu dia jerit "ya Rabbi.. biskut tart gajah ke mak Teh....!!" hahaha.. terguling guling akak ketawa... (akak pun segan nak susun biskut dalam balang yang nampak dari luar.. simpan dalam tin je...huhuhu) tu di antara pengalaman meniru biskut di dalam majalah...
tapi x serik serik jugak akak nikan..... kali ni pun akak cuba jugak lagi....
apa la punya biskut ni... akak ambil resepi ni kat saji tapi malangnya x de bahan gula.. x tau la samada pihak editor tertinggal bahannya atau memang biskut ni sememang x de gula.. kalau betul la biskut ni x de gula.. memang sesuai sangat untuk orang kencing manis,,, hehehe.... 
rasa biskut lemak lemak giru.. dan rangup diluar.. kalau x silap akak syapex blog pun ada juga buat biskut ni....

BISKUT FANTASI COKLAT
Saji 8/13

Bahan A
-150gm mentega
-100g gula caster(resepi asal x de gula langsung)
-3 sudu kecil mentega kacang tanah
-1 biji kuning telur
-1 sudu kecil esen vanila

Bahan B
-30 gm lemak sayuran
-220 gm tepung gandum
-30 gm tepung suji
-60 gm tepung jagung
-30 gm tepung kastad
-1 1/2 sudu besar tepung beras

Bahan Hiasan
- putih telur
-serbuk roti
-coklat masakan gelap [ cairkan ]


Cara Menyediakan
Pukul sebati mentega dan mentega kacang tanah serta gula. Masukkan telur dan esen vanila, pukul sebati.
Kemudian masukkan bahan B . Uli hingga menjadi doh.
Bentukkan bulat-bulat kecil dan tekan sedikit supaya leper. Celupkan dalam putih telur dan salut dengan serbuk roti.
Susun dalam loyang. Bakar pada suhu 150C selama 30 minit. Setelah sejuk hias dengan coklat masakan gelap.

BISKUT MAKMUR LEBANESE


sekadar ingin mencuba resepi....
biskut ni lembut dan rapuh di dalam mulut. bagi akak biskut ni kurang manis x seimbang dengan tepungnya hampir 600g.. jadi akak tambah lagi 110g gula caster.. itu sedang sedang je rasa manisnya.. kalau tambah lagi 120-140g ok la kut..

RESEPI BISKUT MAKMUR LEBANESE

Bahan-bahan ( 120 - 150 biji )
580 gram tepung gandum
50 gram tepung jagung
350 gram ghee
190 gram gula halus (akak tambah gula 110g lagi) = 300g
1 sudu teh vanilla
1 biji telur
100 -150 gram kacang pistachios, dibakar terlebih dahulu dan tumbuk kasar( tapi akak terlupa beli, tukar walnut campur hazel)

Cara-cara

Gaul sehingga sebati ghee, gula dan vanilla.
Kemudian masukkan telur dan digaul sehingga sebati.
Masukan bahan-bahan yang lain dan adun sehingga menjadi doh.
Terap mengikut bentuk yang anda suka dan bakar pada suhu 170 – 180 darjah C sehingga masak.

Friday, October 4, 2013

FLORENTINE COOKIES


akhirnya terlaksana hajat dihati.. hehehe...
buat ni hanya nak wat kudap kudap sendiri je...

FLORENTINE COOKIES

Bahan-bahan..
150 gm tepung florenta
100 gm kepingan badam*
70 gm kuaci hijau* - *bakar 5 minit
10 gm bijan hitam
10 gm bijan putih

Cara-caranya..

1. Sediakan loyang bersaiz 16 x 12 inci yang telak dilapik dengan 'parchment paper' - bukan kertas minyak ya.
2. Taburkan tepung florenta dan ratakan pada keseluruhan loyang.
3. Tabur rata kepingan badam dan kuaci hijau yang telah dibakar bersama bijan hitam dan putih.
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 170C selama 7 minit sahaja.
5. Keluarkan biskut dan dengan pantas potong biskut mengikut saiz yang dikehendaki.
6. Keluarkan biskut dari loyang, sejukkan sebentar dan segera simpan dalam bekas kedap udara.



KERABU IKAN TONGKOL


dah pernah masak dulu di sini... tapi apo nok dikatoan tuan tanah memang berantu dengan kerabu... sebut je kerabu dah terlior... hehehe
okla.. akak letakkan lg resepinya...

KERABU IKAN TONGKOL

Bahan-bahan ( Untuk 3-4 orang satu hidangan )

1/2 ekor ikan Tongkol(ikan Kayu) sederhana besar
2 labu bawang besar
2 biji cili merah
5 biji cili api (boleh tambah kalau suka)
sedikit air asam jawa dicampur dengan secubit belacan dibancuh
secubit garam ikut selera anda
air perahan limau kasturi/ limau nipis

Cara-cara

Ikan tongkol dicuci bersih dan dibelah dua
 lumurkan sedikit garam pada ikan dan dibakar
 Biar ikan masak sebelah baru dialihkan ke sebelah lagi
Sementara menunggu ikan masak bolehlah menghiris nipis...bawangbesar, cili merah dan cili api
 Bila ikan dah masak perisi ikan macam nak buat kuah laksa
Campurkan dengan bahan yang dihiris tadi
gaulkan bersama dengan air asam & belacan, garam secukup rasa dan perahkan limau kasturi ....dah siap untuk dihidangkan...Cubalah!

HATI AYAM SAYUR CAMPUR LADA HITAM


HATI AYAM SAYUR CAMPUR LADA HITAM

4-5 ketul hati ayam - gaul garam serbuk kunyit goreng
1-2 bbiji kentang - potong 4 dan goreng dengan garam kunyit
1/2 biji bawang besar - tumbuk 
2 ulas bawang putih - tumbuk

sos cili
sos lada hitam

bahan hiasan
kacang panjang - kerat
tomato - belah 4
bunga kobis 
karat 
cili api 
bawang besar - potong kasar

garam secukupnya
 minyak mengoreng

panaskan minyak.
tumiskan bahan tumbuk.
masukkan sos.
masukan hati ayam yang telah digoreng dan kentang goreng.
masukkan terus karat dan kacang panjang. gaul rata masak hingga karat lembut.
masukan bahan lain seperti bunga kobis, cili api, bawang, tomato serta garam secukup rasa.
masak sehingga semua sebati. angkat

TEMPAHAN CUSTOMER - MOIST CAKE




Thursday, October 3, 2013

RED VELVET COOKIES


terhasillah satu lagi cookis yang sedap.... 

RED VELVET COOKIES

Bahan-bahan..

A
400 gm mentega
200 gm gula perang
180 gm gula kastor
1 sdk condensed milk*
20 gm pewarna merah
10 gm mocca hopyes*
1/4 sdk garam

B
2 biji telur A

C
475 gm tepung gandum*
2 sdk serbuk penaik*
2 sdk serbuk soda*
50 gm procake V. 45.5* - *satukan dan ayak*
200 gm serbuk badam - dibakar 5 minit
200 gm kacang gajus - dicincang kasar dan bakar 5 minit
200 gm coklat cip

Cara-caranya..

1. Dalam bekas mixer, satukan bahan-bahan A dan pukul sehingga mengembang.
2. Masukkan bahan B dan pukul lagi sehingga rata.
3. Masukkan sedikit demi sedikit bahan-bahan C dan gaul rata.
4. Sudukan adunan sebanyak 1 sudu kecil dan susun atas loyang yang telah dialas dengan kertas minyak.(x letak, biasa x melekat pun)
5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 150C selama 20 minit kemudian turunkan suhu kepada 100C dan bakar lagi selama 20 minit.
6. Keluarkan dan apabila sejuk 'drizzle' dengan coklat putih cair.
(ini i tak buat sebab tetiba vitamin R tak cukup hehehe)..
7. Adunan ini menghasilkan kurang lebih 300 biji.

Nota..
*Condensed milk - milk flavor - (kalau takde pun takde masalah)
*Mocca hopyes - mocca emulco/flavor
*Procake V. 45.5 - susu tepung
*Masa pembakaran boleh juga gunakan 170C dan bakar selama 20 minit.

LAKSA POWER


sebenarnya x de hasrat pun nak buat laksa ni... bukan x suka makan tapi x de dalam senarai nak buat lagi... tapi masa shop baru baru ni ternampak laksa basah... huhuhu.. rasa lama betul x makan... akak memang suka laksa basah dari laksa kering tu... terus ambil 2 peket dan ambil sekali daun kesum serta ikan sadin... balik umah baru terfikir sebenar nak buat laksa siam ala thai tapi dah terbeli daun kesum... wp tau boleh digunakan dalam masak asam pedas..malaslah pulak nak masak tu...
sesampai je di umah terus buat kuahnya.... dapatlah makan laksa ni untuk dinner...

LAKSA POWER

1 kg ikan sadin / selayang - buang perut cuci dan rebus bersama asam keping. asingkan tulang dan blend isinya tapi jangan terlalu halus sangat x sedap sebab kurang rasa ikan dan jadi cair kuahnya
1 kg laksa basah 

bahan blend:
25 tangkai cili kering kerinting
3 bj bawang besar
5 ulas bawang merah
belacan sebesar ibu jari

3 batang serai - ketuk
2 ikat daun kesum
bunga kantan - hiris (jika suka)
asam keping- ikut kemasaman sendiri
garam secukupnya
air untuk blend ikan dan kuahnya

setelah blend ikan tu dan campurkan semua bahan di atas... dan masaklah sehingga mendidih secukupnya. bila lama kita masak barulah asam keping tu kembang dan masamnya keluar. rasa masam pedas serta masinnya seimbang.

* jika boleh masak hari esok baru makan

bahan hiasan:
timun - hiris mancis
bawang besar - belah 2 hiris melintang
daun salad - hiris
cili merah dan cili api - hiris
bunga kantan - hiris (jika suka)

TALAPIA MASAK TAUCU


RESIPI IKAN MASAK GULAI TAUCU

3 keping ikan talapia- tabur garam kunyit, di goreng lalu ketepikan.
3 ulas bawang kecil - di mayang
2 ulas bawang putih - di mayang
1" halia - dihiris panjang
2 mumbong taucu biji (OPAH) - di tumbuk lumut/ separuh lumat
2-3 keping asam keping
garam secukup rasa -* jangan lebih(kadang2 taucu tu masin)
1 1/2 cawan air
minyak menumis

hiasan:
6 biji  cili hijau - buang tangkai separuh dan di belah x putus
1 biji bawang besar - di belah 4/6 @ dipotong bulat
1 biji tomato - belah 4/6
* boleh di tambah cili api - belah x putus

panaskan minyak tumiskan bahan yang di mayang dan halia hingga garing.
masukkan taucu, asam keping. gaul hingga wangi.
setelah itu masukkan air secukupnya. biarkan ia mendidih.
setelah cukup mendidih baru masukkan ikan dan di ikuti dengan bahan hiasan lain.
didihkan sekali lagi dan masukkan garam. sesuaikan rasanya.
bolehlah di hidangkan.

* masakan ni jangan terlebih air kerana iakan cair dan kurang sedap.

Tuesday, October 1, 2013

AISKRIM MILO PERISA BADAM


ermmm.. syoknya dapat makan aiskrim homemade..... sedap berkrim..


calit calitkan coklat cair kat dinding bekas aiskrim ni....

AISKRIM MILO PERISA BADAM

Bahan:

* 2 cawan susu dutch lady coklat / susu full cream - akak guna milo kotak nestle
* 2 cawan coffee mate
* 1 sudu besar ovelette
* 1 sudu teh asen vanila
* 3 sudu besar gula pasir
* beberapa sudu serbuk badam tumbuk (panggang)
* sedikit cholate rice sebagai hiasan...
* cooking coklat cair - untuk hiasan dinding tupperware (calit calitkan je)

Caranya:

* Campur kesemua bahan ke dalam mixer / blender.
* blend sehingga sebati dan agak pekat.
* tabur dan gaul serbuk badam tumbuk.
* tuangkan ke dalam bekas dan bekukan.. (utk dapatkan texture yang menarik blend lagi dan bekukan)

Sangat-sangat simple resepi ini.. I like...

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...