followers

salji

waktu

bird terbang

Saturday, March 19, 2011

ATVT KELAS JW - PUTERI BERSIRAM/KEPEK HIDUNG - KLATE


Assalamualaikum... rakan rakan semua.. semoga ceria ceria semuanya di samping keluarga tersayang..muaahh..muaahh..   (^__^)


penah tengok x kueh ni? kueh ni penuh dengan keceriaan.. lihat tu.. penuh dengan warna warni. akak suka kueh ni. cantik dengan warna traffic lightnya..merah, kuning, hijau...

kueh ni bukan akak yang masak..tapi hasil dari ATVT kelas masakan Jiran Wanita di tempat kami. 
chef JW kali ini ialah puan ZANANI U10 Bandar U. menurut puan nani masakan ini adalah kueh tradisional orang klate. sebenarnya akak selalu tengok resipi dan gambar kueh ini di majalah majalah masakan tapi belum sampai seru untuk mencubanya wp hati memang dah tertarik melihat warna warni kueh ni. akhirnya hari ini terlepaslah kempunan akak untuk merasa kueh ini...kalau makan di bulan pose memang laris kueh ni...
 terima kasih puan Nani.. sedap kueh PUTERI BERSIRAM ni, memang kena dengan selera akak tau.. lain kali ajarlah kami lagi kueh kueh ore klate ni.. sayang nani!


RESIPI PUTERI BERSIRAM

1 kampit tepung pulut
sedikit air untuk menguli
1 biji kelapa diparut
1 st air kapur
daun pandan - di ikat
garam dan gula secukup rasa
sedikit pewarna merah, kuning, hijau

gaul tepung pulut dengan air dan sedikit air kapur hingga lembut.
bahagikan kepada 3 bahagian dan masukkan warna merah, kuning dan hijau.
uli lagi hingga menjadi doh lembut
gentel adunan tadi sebesar ibu jari dan tekan di tengahnya.
masak air di dalam periuk hingga mendidih.
masukkan adunan tepung yang telah di gentel tadi.
ia akan terapung apabila masak.angkat dan toskan.
ulangi proses tadi sehingga selesai.
di dalam kuali lain, campurkan kelapa parut, gula, daun pandan dan sedikit air. masak hingga pekat.
masukkan gentelan tepung tadi, setelah mendidih, angkat dan hidangkan.


PUTERI BERSIRAM resipi klate..mu niii..

KEK GULUNG KASIH ku...


meh kita layan kek gulung dari DJ ni... rasanya memang sedap..memang gebus gituu.. akak geram tengok blog blog oranglain dah banyak mencuba kek gulung ni..akak pun x mau ketinggalan keretapi! lagi pun bahannya mudah di dapati dan buat pong sonang. kek ni kecik je..makan untuk 2-3 orang je.. kalau keluarga ramai kena doublekan adunan. bagi akak memang secukup cukupnya makan berdua je.
akak buat corak main hantam je.. tengoklah tu.. nak kata corak pelangi pun bukan! akak punya kek, akak punya pasal la nak buat canne..kan..kannn...wakakaka


corak ape ni.. berceramuk je...abrak kot... hahahah


RESIPI KEK GULUNG KASIH ku..

70g tepung gandum }ayak
1 sb susu tepung     }
3 biji telur A
60g gula kaster
60 ml minyak masak
1 sk vanila
2 sk ovallate

pewarna merah/hijau/kuning

panaskan oven 170-180C. seperti biasa sediakan loyang swiss roll. alas dengan baking paper. sapukan dengan sedikit mentega.
satukan kesemua bahan di atas (kecuali minyak dan pewarna) di dalam mangkuk adunan, kemudian putar hingga gebu.
setelah itu, tuangkan minyak masak/ minyak jagung sedikit demi sedikit dan kacau sebati dengan senduk kayu atau rubber spatula.
ambil 4 sudu besar setiap adunan yang di warnakan merah/kuning dan hijau
tuangkan adunan yang kosong di dalam loyang pembakar dan ratakan. kemudian tompok tompokkan adunan merah hijau dan kuning di atasnya. tak perlu di tekan @ di ratakan. tetapi kalu nak buat corak lain pun boleh juga.
kemudian bakarlah hingga keperangan selama lebih kurang 20 minit. kepanasan suhu bergantung kepada jenis oven masing masing.
setelah masak keluar terus dari oven dan terbalikkan kek dan sejukkan sebentar.
kemudian sapulan dengan jem/krim mengikut citarasa sendiri.
gulung kek dengan kemas.
bolehlah di potongkan dan di hidangkan.


KEK GULUNG KASIH KU..@ SWISS ROLL

* dayangjack

MENERIMA TEMPAHAN CUSTOMER - PANDAN LAYER CAKE/PANDAN DELIGHT


hari ni akak x nak cakap banyak cuma nak pamerkan tempahan customer tetap dari Taman Rasi Tronoh. 


kek span yang sedap, lembut, gebus dan moist sangat.


cantik x? kek yang telah di potong 2 di bahagian tengahnya...teksturnya yang gebu


pandan layer yang baru siap.. belum beku lagi ni..


pandan layer cake yang baru di keluarkan dari loyang


TARAA... kek yang sudah siap di makeup...


inilah PANDAN LAYER CAKE @ PANDAN DELIGHT
untuk customer harap berpuas hati ye kak..
017-5220076/FB: NORLIE HARUMAINI

CUCUR MAGGIE

ASSALAMUALAIKUM.. semua ape kabar ye..??

 

sejak malam tadi lagi dah berangan nak buat cucur maggie ni.. cucur maggie ni memang sedap tapi akak tersalah baca resepi daaa.. sepatutnya dalam resipi bubuh soda tapi akak terambil baking powder!! sebelum membancuh lagi akak dah tersedar tapi dah tercampur.. nak wat camne lagi.. nak di kaut balik dah nampak sama dengan tepung! adoii..kantoi akak kali ini...huhuhuh..padan muka akak!!! lain kali beringat sebelum buat. hasilnya memang sedap tapi cuma cucur ni nampak padat sikit, kalau buh soda ia akan naik dan gebu. untuk resipi ini insyaallah.. bila bila nanti akak nak buat lagi sebab x puas hati loo.. insyaallah ye...
pape pun akak ucapkan terima kasih pada yang empunya resipi iza akma..wp terkeras sikit rasa tetap sodap!


RESIPI CUCUR MAGGIE

1 keping maggie - pecah pecahkan, rendam dan dapatkan anggaran 2 cawan maggie yang kembang
2 cawan tepung gandum
1 cawan air @ secukupnya
1/2 st soda
1 sb mayo
udang/ikan bilis - ikut suka
garam -akak letak 1 kiub ikan - di hancurkan

2 biji cili merah } buang biji/
2 biji cili hijau   } hiris halus
1 pokok daun bawang n daun sup - hiris

tumbuk kasar:
1/2 biji bawang besar
3 bawang putih

campurkan semua dalam bekas dan masukkan air sikit sikit. gaulkan adunan hingga sebati.
panaskan minyak, sudukan adunan dengan hujung sudu ke dalam kuali (sebelum itu celupkan sudu terlebih dahulu dalam air).
goreng hingga adunan menjadi keemasan. angkat dan toskan.

* iza akma

Friday, March 18, 2011

KARI AYAM

ini juga adalah menu harini...makanan tambahan dari masak sambal kentang ikan bilis goreng tadi. kena jugak masak yang ada kuah sebab sambal tu kering je.. my laling mana boleh makan kalau x berkuah jadi kekasih hatinya buatkan masakan kari ayam ni untuknya. oklah tu..kan.. masakan ini pun x de yang specel pun.. asalkan ada kuah.. :D


SAMBAL KENTANG IKAN BILIS GORENG

ASSALAMUALAIKUM..

 harini masak menu bese-bese je.. alah hai.. malasnya nak ke kedai. masak ikut stok apa yang ada saja. kadang kadang masak ringkas camgini sedap jugakkan.. itu selera akak la..simple je. oranglain mesti x best makan cengini.. sebenarnya hari ni akak bizi menyiapkan tempahan kek untuk orang bertunang..petang ini nak mbiknya. nanti kalau dah siap sepenuhnya akak tayangkan di sini..k.


RESIPI SAMBAL KENTANG IKAN BILIS GORENG

2 biji kentang - di kupas dan di potong wedges lalu di salutkan serbuk kunyit dan garam dan goreng. ketepikan.
1 cawan ikan bilis - bersihkan perut dan di goreng. ketepikan.
1 biji bawang besar - di tumbuk
1 ulas bawang putih - di tumbuk
5-10 biji cili api di hiris halus/di tumbuk kasar } ikut kepedasan sendiri
1 sudu sos tiram
1 st jus limau kasturi/asam jawa
garam gula
minyak menggoreng

panaskan minyak lalu tumiskan bahan tumbuk hingga wangi.
masukkan sos tiram, jus limau, garam gula. kacau sebatikan.
masukkan pula kentang dan ikan bilis yang telah di gorengkan tadi. gaulkan hingga rata.
sedia untuk di hidangkan.


* sedap makan dengan nasi panas.. 
*hati hati letak garam takut termasin..sapa susah..!!

Thursday, March 17, 2011

NASI GORENG GULUNG PELBAGAI RASA !


""JALAN JALAN CARI MAKAN....""

NASI GORENG GULUNG MASAK PAPRIK

NASI GORENG GULUNG MASAK MERAH

sebenarnya ini gambar masakan di snap dari gerai makan yang akak selalu kunjungi. gerai ini x jauh dari tempat tinggal akak. gerai ini juga di buka dari petang hingga tengah malam. hanya menjual makanan ala carte sahaja. antara pengunjungnya ramai terdiri dari kalangan pengunjung tetap iaitu penuntut UTP dan penduduk setempat di sekitar Tronoh ni. akak pun x tahu nama gerai ini sebab x de tercatit sebarang papan tanda pengenalan tentang kedai ini. yang penting bagi akak makanan di sini semua sedap sedap belaka! gambar di atas adalah masakan specialnya selain dari itu ada nasi lemak special, dll lagi ala carte. 

PUMPKIN DONUT

ASSALAMUALAIKUM...


Ini breakfast kami pagi ni.. pertama kali mencubanya petang semalam berbau harum dan sedap pulak. pagi ni akak buka peti ais tengok ada lebihan labu yang dikukus semalam masih elok jadi akak pun buatlah sekali lagi. sayang, dari membazir labu tu lebih baik buat lagi kann.. lagi pun.. my laling suka, berulang ulang dia makan! resipi ini akak dapat dari mamasya.


RESIPI DONUT LABU

1 1/2 cawan tepung
1/3 cawan gula
1/2 st garam
2 st baking powder
1/2 cawan labu kukus - di lecek
1/4 cawan susu segar
2 sb minyak masak @ mentega cair
1/2 st vanila
1 biji telur

gaul semua hingga sebati.
goreng dalam minyak panas dengan api yang sederhana
boleh jemput dengan tangan @ sudu
angkat donut bila dah bertukar warna keperangan.
angkat dan toskan.
boleh salutkan dengan gula caster @ pun di makan begitu sj


akak buat 2 versi: 1 salut gula dan 1 biarkan begitu saja
sedap semuanya...

Wednesday, March 16, 2011

IKAN CETI


ASSALAMUALAIKUM...

mari kita lihat menu harini....


sepatutnya resipi ini di gandingkan dengan ayam tapi stok ayam dah habis.. akak try tukar kepada ikan pulak. mari kita lihat hasilnya... lihat gambar. kira jadilah kot...hihihi...


dari apa yang akak dah cuba ni..memang sedap tau! ikan pun ikan lah.., janji sodap!! tapi tertanya tanya gak, kenapa di panggil CETI? agaknya masak ni ala ala style mamak gitu.. dulu dulu selalu di panggil mamak ceti kutip hutang!

hari ni taget nak masak kueh tapi cam x larat pulak. pinggang akak terasa ya amat sakit pulak. dah 2-3 hari camni.. ada sapa yang tau petua ubat sakit lenguh lenguh pinggang..sharelah dengan akak. ni yang membuatkan kak kurang mood nak sembang sembang.

 k..., layan jelah resipi yang akak buat ni...

RESIPI IKAN CETI

1/2 ekor ikan potong - akak guna ikan sadin jepun yang besar - gaul serbuk kunyit, garam dan goreng
minyak menumis
1 1/2 st jintan manis - tumbuk
setangkai daun kari
1 bawang besar - hiris
6 ulas bawang putih } ketuk
1/2" halia                 }
2 sb cili kisar (+ bawang putih dan merah sikit )
2 sb serbuk kari ikan
3 sb sos tomato
1 1/2sb kicap manis
garam gula

panaskan minyak tumiskan jintan manis bersama daun kari hingga wangi.
masukkan bawang merah, putih, halia dan masukkan cili kisar bersama serbuk kari hingga naik minyak.
masukkan sos tomato dan kicap manis.
perasakan dengan garam dan gula.
siap.

* resepi hidupku

Tuesday, March 15, 2011

IKAN MASAK KICAP


ASSALAMUALAIKUM...


hari ni xde mood nak masak itu ini...virus "M" melanda yang amat dasyat kat dalam diri ini. entah ke mana peginya semangat jati dalam diri ini..huhuhu... kamon...kamon..!! 
kerana kemalasan yang melampau maka terjadilah masak simple je hari ni.. dari x masak langsung dan lebih baik dari beli kannn..kann, jadilah untuk mengalas perut dari keroncong!


dah lama x makan masak kicap ni. sekali sekala memang best gak.. tapi kali ini akak masak pedas sikit.

IKAN MASAK KICAP

2 ketul ikan (sebarang ikan yang di sukai) lumur garam dan serbuk kunyit dan goreng. ketepikan
2 biji bawang kecil } tumbuk
1 biji bawang putih }
1/2 sk lada hitam   }
sedikit air asam jawa
sedikit kicap
sedikit air
garam
cili belah 2 x putus (jika suka)
minyak menggoreng

panaskan minyak tumis bahan tumbuk hingga wangi.
masukkan ikan goreng tadi.
masukkan kicap, air asam jawa dan air..biarkan mendidih dan masukkan garam. didihkan sekali lagi.

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...