followers

salji

waktu

bird terbang

Friday, July 22, 2011

AYAM GORENG PERCIK BERKUAH


sedap menawan dengan masakan ayam ni.. lebih lebih lagi amat sesuai digandingkan dengan nasi hujan panas..



Cara-cara

  1. Mula-mula gorengkan ayam dan ketepikan
  2. Kemudian tumiskan bahan B hingga wangi
  3. Masukkan 2 sudu besar cili kisar & serai dan tumiskan hingga naik minyak
  4. Masukkan santan, ayam goreng, asam keping
  5. Masukkan juga garam & gula secukup rasa
  6. Masakkan dengan api perlahan sehingga kuah pekat & hidangkan


NASI HUJAN PANAS


setiap hari jumaat suka masak cam gini..  hari ni akak nak tunjukkan satu resepi yang akak ambil dari Myresepi..amat sedap sekali.. makan untuk 8 0rang


RESIPI NASI HUJAN PANAS

6 pot kecil Beras biasa (basmathi pun boleh)
1 sudu minyak sapi
1 sudu susu pekat
rempah 4 sekawan (bg lawang, kayu manis, buah pelaga, bg cengkeh)
garam secukup rasa
1 bawang besar - dihiris
minyak untuk menumis
2 helai daun pandan
1 sudu sos tomato
1 " halia - diketuk
pewarna imkut suka saya guna hijau, kuning n merah

  1. Basuh beras & sukat air macam masak nasi biasa
  2. Panaskan minyak untuk menumis
  3. Masukkan bawang & rempah & halia & daun pandan. Tumis sampai naik bau
  4. Kemudian masukkan sos tomato, susu, minyak sapi & garam.
  5. Sudah menggelegak masukkan bahan tadi dalam periuk nasi n kacau sebati
  6. Setelah nasi agak kering cucukan lidi bersama pewarna td ke dalam nasi. Biar sehingga setengah jam baru di kacau

Wednesday, July 20, 2011

MENERIMA TEMPAHAN CUSTOMER - MOIST CAKE



Mr Hubby soh buatkan untuk di bawa ke pejabat

STRAWBERRY


pemberian dari seorang kenalan... terimakasih yee.. 

KARI AYAM BERKERISiK


resepi dari kak fida memang sedap.. boleh di cicah dengan roti dan sebagai..


RESIPI KARI AYAM BERKERISIK

1/2 ekor ayam(k.fida guna daging)
2 sb cili kisar
1 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
1/2 jari halia*
4-5 sb rempah kari daging - dicampur sedikit air dan jadikan pes
1 batang serai - dititik
2 lembar daun kari
sedikit kayu manis, cengkih, pelaga (penumis)
3 biji kentang - dibelah 4
3 biji tomato - dibelah 2
2 batang lada hijau - belah 2(akak x letak)
1/2 cawan kerisik
1 keping asam gelugur
garam secukup rasa
minyak masak - untuk menumis
1/2 biji bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
air secukupnya untuk kuah
  1. Kisar bahan2 bertanda * dan campurkan bersama cili kisar.
  2. Panaskan minyak dlm periuk dan tumis bwg besar dan bwg putih yg dihiris juga daun kari hingga layu dan masukkan campuran bahan kisar,penumis dan serai dan terus tumis hingga hampir kering lalu masukkan pes rempah kari dan tumis hingga wangi dan terbit minyak.
  3. Masukkan ayam rebus bersama air rebusannya sekali dan juga kentang.Bubuh garam,asam gelugur,kerisik,kacau rata dan masak hingga mendidih.Tambah air jika perlu dan masak lagi biar mendidih dan kentang empuk.
  4. Kecilkan api dan masukkan cili hijau dan tomato.Renihkan lagi 10-15 min.Siap untuk dihidangkan.

TIRAMISU


tiramisu ni projek ke 2 anak untuk menjamu kawan kawan lama classmate masa SPM dulu.. mase dia buat tiramisu akak ade kelas JW.. balik balik tengok dh siap jer Tiramisu ni.. woww... sedap banget ni..


RESIPI TIRAMISU ♥ yang simple dan sedap!U-mie
1 biji sponge kek atau apa2 kek (guna biskut tiramisu /lady finger)
250ml whipping cream
200ml cream cheese
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
1 sudu makan serbuk nescafe
serbuk koko untuk hiasan

Cara-cara :
Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
Satukan gula, cheese dan cream
Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
Potong kek pada 3 bahagian
Susun 1 bahagian dalam bekas
Tuangkan 1/3 bahagian bancuhan nescafe ke atas kek
Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese tadi atas kek
Susun lagi bahagian yang selebihnya
Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar...
Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya..

Tuesday, July 19, 2011

BANCAU


sekarang ni musim panas. bila petang sungguh x tahan rasanya kerana terik sangat panasnya... kalaulah dapat minum yang best2 kan ke bagus dapat jugak basahkan tekak ni.. sedang akak updatekan gambar di sini akak di hidangkan segelas air minuman ni... waaahhh... rajinnya suamiku ni... terimakasih ye.. melayani akak yang kebetulan terasa haus banget ni... huhuhu..


RESEPI BANCAU

sirap ros
susu cair secukupnya
gula secukupnya
cincau paket kecil
air secukupnya
ais kiub

bancuh semuanya kecuali ais batu.
kacau serata kesemuanya
akhir sekali masukkan ais batu
siap untuk di nikamati...         ermm..segarnya tekakku..

IKAN KEMBUNG GORENG 3 RASA


masak ikan kembung 3 rasa yang simple x banyak hiasan tapi rasa tetap ummmph..


RESEPI IKAN KEMBUNG 3 RASA


1 ekor ikan kembung
KISAR:
sedikit halia
bawang merah
6biji bawang
3 ulas putih

sedikit sos tiram
1 sd sos tomato
1 sd lada kisar
1/2 biji bawang besar - potong kiub
sedikit lobak merah di potong panjang
2 helai daun limau purut
sedikit garam
sedikit gula
serbuk perase
HIASAN:
satu biji tomato

*mula2 goreng ikan bagi separuh garing...lepas tu angkat dan toskan... *tumis bahan yang dikisar tadi bersama lada kisar sehingga naik bau, *letakan satu cawan air *letakan daun limau purut,gula,garam,sos tiram, dan sedikit perase *setelah mendidih masukan lobak merah. *setelah masak letak sos itu di atas ikan bersama hirisan tomato selamat mencuba ;-)

MILO AISKRIM BLENDED


Anak kembar sedang bercuti ketika ni.. ade ade je yang dorang buat untuk mamanya.. yang ni milo aiskrim blended..  ermm memang sedap ni tau cukup kaww tapi sayang gambar di ambil ketika ais sudah cair...


RESIPI MILO AISKRIM BLENDED

milo
 susu secukupnya untuk memekat
ais kiub
** semua di blended
- tuangkan di dalam mug @ cawan..

sedap di nikmati segera.

Monday, July 18, 2011

PUCUK UBI CICAH SAMBAL PECAL


makan style kampung jer.. cicah sambal pecal. sambalnya beli readymix jer
maafla x de resepinya.. yer...

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...