followers

salji

waktu

bird terbang

Tuesday, August 23, 2011

IFTAR 12: BISKUT MAZOLA


biskut ni akak buat untuk sendiri je di samping tu akak bawa balik ke kampung.. biskut ni akak kena buat banyak sebab kalau makan tu x ingat ingat nak stop lak.. kalau setakat 1 adunan memang x pues!! (kata org Perak) biskut ni akak buat hampir sekilo kacang. dapat lebih 1 tin besar.. banyak tu..

(belum di bakar)

RESIPI BISKUT MAZOLA
resipi turun menurun

Bahan2:
900 gm kacang tanah- panggang,buang kulit dan dikisar halus
900 gm tpg red rose
600 gm gula icing/gula pasir(blend)
900 ml minyak jagung(anggaran je.. bila dh sebati dan x lekat di tangan kira minyak dah cukup)
6 sm garam halus(mesti di tumbuk lagi yee)
Hiasan:
kuning telur
kacang tanah besar - panggang
Cara;
Ayakl tpg dan satukan dgn serbuk kacang tanah dan gula.
masukkan minyak sikit sikit hingga tepung boleh dibentuk
kepal bulat bulat dan leperkan sedikit
sapukan kuning telur dan hias sebelah kacang.

** biskut mazola ni akan naik jadi jangan buat besar nanti tercekik makannya.. hehehe. sebenarnya kalau besar jadi x cantik ler..
** biskut ni nak tau rasa manis masinnya hendaklah di buat waktu bersahur @ malam barulah boleh adjust garamnya.. sebab biskut ni mesti ada lemak manis masinnya secukup rasa. lepas bersahur barulah di adunkan bulat bulat..

IFTAR 11: SUP AYAM HADYAI

Maaf atas kelewatan akak memasukkan gambar di sini.. ni semua atas kekangan masa akak yang amat terhad.. sebenarnya bila akak ada free dan cuba nak masukkan gambar tapi tenet pulak buat hal.. bila dah ok akak pulak bz 1/2 mati... heheheh
apa apa pun akak akan cuba penuhkan gambar gambar yang sempat akak ambil selama berehat dari berblog ni.. rehat berblog je.. tapi di umah rasa nak 48jam sehari bukan 24jam sehari huhuhu.. dari pagi sekejab je masa berlalu buat itu ini dah nak berbuka..


ni menu ulangan tapi oleh kerana sedap dan simple.. akak sukalah buat!

RESIPI SUP AYAM HADYAI

Bahan-bahan
  • 800 g ayam, dipotong sederhana besar
  • 5 batang serai, dititik
  • 7 cm lengkuas, diketuk
  • 2 batang saleri, dikerat2
  • 2 biji tomato, belah 4 setiap satu (resipi asal tak letak)
  • 5 - 6 cawan air (atau secukupnya)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 kuntum bunga lawang#
  • 5 biji buah pelaga#
  • 3 kuntum bunga cengkih#
  • 1 batang kayu manis#(#rempah tumis)
  • 5 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 3-4 biji cili padi*
  • 4 cm halia*
  • 1 camca teh lada hitam(resipi asal tak letak)*
  • 2 camca besar ketumbar*
  • 1 camca teh jintan kasar*
  • 1 camca teh jintan halus*(*dikisar halus)
  • Hirisan daun sup/daun bawang, untuk hiasan
  • Bawang goreng, untuk hiasan


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis rempah tumis, serai, lengkuas dan bahan kisar halus hingga harum. Masukkan ayam tadi dan gaul rata. Masak hingga ayam kecut kurang lebih 5 minit.
  2. Tuang air dan masukkan saleri. Gaul rata dan renih hingga ayam masak. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula sebagai pemangkin. Akhir sekali masukkan tomato dan masak 1 - 2 minit lagi.
  3. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Sedap juga dihirup begitu saja......

Thursday, August 11, 2011

IFTAR 10: SAMOSA ROTI



sedap samosa roti ni... akak dapat resepi dari chef Syed Brunai. menurutnya.. ketika bekerja di Brunai dulu dia selalu masakkan samosa roti ni untuk Sultan Brunai. Sultan selalu request samosa roti ni dan pastinya amat digemarinya untuk hidangan petang.
sekarang ni akak buat untuk berbuka bersama kawan kawan di surau. sebenarnya akak agak terlewat nak masukkan gambar di sini kerana bila di bulan Ramadhan ni di sebelah malam akak habiskan masa di surau jadi langsung kekurangan masa nak updatekan gambar di blog.. dan di samping itu juga akak sibuk menyiapkan tempahan biskut raya..

RESIPI SAMOSA ROTI

1 buku roti gardenia - di buang tepi dan di gelek nipis
putih telur sebagai pelekat roti

INTI SAMOSA ROTI (yang ni akak ada ubah bahannya)

300 g daging - di cincang
2 biji bawang besar - dadu
1 ulas bawang putih -cincang
1 biji kentang - dadu
2 sb rempah cajun + sedikit air
1 sb sos tiram
2 sb sos cili
sedikit sos seasoning
sedikit kicap
air secukupnya - untuk melembutkan daging/ubi
sedikit serbuk knorr
sedikit garam
2 biji cili merah - cincang
hirisan daun sup
sedikit minyak tumis
minyak goreng terendam

panaskan minyak tumiskan tumiskan bawang dan bawang merah dan masukkan daging, diikuti kentang masaklah sehingga daging agak lembut. jika kering masukkan air.
bila kering dan daging lembut masukkan rempah cajun. kacau sehingga naik bau.
masukkan bahan bahan lain seperti sos cili, sos tiram, sos seasoning, kicap, serbuk knorr dan masaklah sehingga kering.
baru masukkan garam, cili cincang dan hirisan daun sup.
tutup api.

pastikan roti yang digelek sama besar.
masukkan 1 sudu inti ke atas roti.
ambil bucu roti dan cantumkan dengan putih telur.
kepitkan juga di sekeliling roti tadi

panaskan minyak
pastikan api tidak terlalu kuat.
gorenglah samosa tadi sehingga kekuningan
angkat dan toskan di atas tisu.

IFTAR 9: BUBUR NASI DAGING


masa akak masak bubur nasi daging ni akak x masak ape pun cuma yang ni satu jer... akak betul betul keletihan hari ni.. mungkin cuaca pun panas sehingga badan pun terasa bahangnya...


RESIPI BUBUR NASI DAGING


Bahan-Bahan
  • 2 cwn beras
  • 300 gm daging dihiris nipis
  • 2 cm halia- dihiris
  • 1 btg serai- diketuk
  • air secukupnya (Yatie guna dlm 10 cwn, masak guna 5 cwn dulu, bila dah kering tambah lagi 5 cawan dan gaul sebati)
  • 2 biji kentang- dipotong dadu - (yang ni akak x masuk)
  • 1 btg lobang merah- dipotong dadu
  • 1 camca besar lada hitam- ditumbuk halus
  • 1 1/2 camca besar rempah sup- Yatie tambah
  • 1 cwn santan
  • garam secukup rasa
  • 3 camca besar minyak-utk menumis
Bahan Tumis
  • 3 biji bwg merah - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • 2.5 cm halia - dihiris
Bahan Hiasan
  • daun sup secukupnya - dihiris
  • daun bawang secukupnya - dihiris
  • bawang goreng
  • Cara Menyediakannya
    1. Campurkan beras, daging, halia dan serai bersama air secukupnya dan masak hingga beras hancur dan daging empuk.
    2. Masukkan kentang bersama lobak merah, lada hitam,rempah sup, garam dan santan. kacau rata dan masak sehingga semuanya lembut.
    3. Panaskan minyak dlm kuali dan tumis bahan tumis sehingga wangi.
    4. Masukkan bahan yg ditumis tadi kedalam bubur dankacau rata.
    5. Angkat dan hidang ikut citarasa.


HADIAH..


pemberian dari anak..

Wednesday, August 10, 2011

IFTAR 8: BUBUR JAGUNG


alahai... bubur yang paling akak gemari... ape saja kalau ada campuran jagung memang suka sangat...

RESIPI BUBUR JAGUNG CAMERON

4 tungkul jagung- di hiris nipis
1 cawan santan pekat
2 cawan air
2 1/2 senduk lebih gula pasir
garam secukup rasa.
beberapa helai daun pandan

campurkan semua dalam periuk dan masaklah hingga mendidih sambil di kacaukan selalu.
bila dah mendidih sepenuhnya padamkan api.
sedia untuk di hidangkan..

Tuesday, August 9, 2011

REZEKI BULAN RAMADHAN..



Pemberian dari seorang kenalan untuk akak yang di beli sebagai tanda kenang kenangan dari vietanam.. 


terimakasih Nini... terimakasih yang tidak terhingga.. akak cukup hargai pemberian ini

IFTAR 7: KURMA KAMBING


dah lama betul x makan kurma kambing ni.. kalau x silap dah setahun x makan daging kambing ni.. memang lembut sangat daging kambing fresh ni..


RESIPI KURMA KAMBING

1 kg daging kambing - dibersihkan betul sebab nak mengelak bau hamisnya.
tumbuk:
2 biji bawang besar
6-7 ulas bawang putih
2 " halia

50 g rempah kurma - bancuh sedikit air
2 cawan santan pekat
sedikit jus limau
minyak menumis secukupnya
6 cawan air
garam secukup rasa

bahan hiasan:
5 biji cili hijau - patah 2
3 biji tamato - belah 4
10 - 15 biji cili api
1 batang karat - belah memanjang
6 biji kentang - belah 2
2 biji bawang besar - belah 4-6

panaskan minyak secukupnya
tumiskan bahan tumbuk hingga wangi
masukkan rempah kurma yang siap dibancuh dengan sedikit air.
dituruti daging kambing dan air. masaklah sehingga daging empuk. bolehlah tutupkan periuk tadi dan kacau sekali sekala bila perlu.
setelah daging empuk masukkan santan pekat dan ke semua bahan lain. mesti di dahului bahan keras dan di akhiri bahan yang lembut. pastikan semua bahan itu empuk.
masukkan garam secukup rasa dan jus limau.
gaulkan sebati. tutup api.

IFTAR 6: TALAM SEKOTENG


talam yang sedap dan secukup rasa manis dan lemaknya.. sebelum ni pun akak ada buat jugak talam sekoteng ni tapi x sempat nak ambil gambar sebab akak buat untuk majlis baca yassin, akak terus beri seloyang gitu..
kali ni akak buat untuk Moreh JW/KRT yang baru ni...


RESIPI TALAM SEKOTENG
chef asma

bawah:
A
70 g sekoteng ( rebus dulu dan toskan )

B
180 g tepung beras
250 ml santan pekat
450 ml air
1 sb tepung hoen kwee (putih)
120 g gula halus
1 st garam

campurkan ke semua bahan B dan gaul sehingga sebati dan tapis.
masaklah sehingga naik wap dan masukkan skoteng dan gaul rata.
tuangkan dalam loyang 10"x10" yang telah di sapu minyak terlebih dahulu @ alaskan plastik di bawahnya. 
kukus 25 minit.

** sementara di kukus bolehlah adunkan bahan B
** bila  masak cakar dulu dengan garpu baru dituangkan bahan B 

atas:
150 g tepung gandum
250 g gula halus
3 biji telur
250 ml santan pekat
500 ml air
1/2 st garam
1 1/2 st perisa rose

campurkan bahan atas dan gaul rata lalu ditapis terus ke dalam periuk.
masaklah sehingga naik wap dan tuangkan ke atas lapisan bawah. 
kukus 30 minit

** tunggu betul betul sejuk baru di potong sekurang kurang 4 jam.

SERONOKNYA DAPAT KEMBAR EMPAT


Bersyukur dikurnia anak kembar empat





KUALA LUMPUR 8 Ogos - Pasangan Dr. Jasmina Qamaruz Zaman, 39, dan suaminya, Dr Hazli Zakaria, 39, bersyukur kepada Allah SWT apabila penantian selama tujuh tahun mereka untuk mendapatkan anak kedua berakhir setelah dikurniakan anak kembar empat.
Jasmina yang melahirkan kembar empat itu dengan cara pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 22 Jun lalu berkata, dia dan suami tidak pernah menyangka akan dikurniakan anak kembar.
“Kami berusaha untuk mendapatkan anak kedua selepas mendapat anak pertama Eimann Arrazi yang lahir pada 2004 sewaktu saya sedang belajar di United Kingdom (UK).
“Pelbagai usaha dibuat sehingga saya dan suami memilih untuk menjalani kaedah persenyawaan dalam rahim (IUI). Doktor ada memberitahu IUI akan membolehkan saya mendapat anak kembar tetapi saya tidak pernah menyangka ke arah itu.
“Selepas disahkan mengandung, tiga minggu selepas itu, saya sudah diberitahu akan mendapat anak kembar empat. Tidak banyak masalah sewaktu mengandung, cuma pada bulan keenam saya sudah dimasukkan ke HKL sehinggalah bersalin,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di sini, hari ini.
Menceritakan pengalamannya, Jasmina berkata, sewaktu pembedahan, doktor mengambil masa selama satu setengah jam untuk mengeluarkan anak dalam kandungannya itu.
“Alhamdulillah, selepas pembedahan, keempat-empat anak saya, yang mana dua lelaki dan dua perempuan sihat tanpa sebarang komplikasi,” katanya.
Beliau berkata, sewaktu dilahirkan anak kembar mereka iaitu Eirfann Arrazi adalah seberat 2 kilogram (kg), Sara Yasmin (1.34kg), Eihsann Arrazi (2.1kg) dan Shaza Jasmin seberat 1.66kg.
“Eirfann dilahirkan pada pukul 2.08 petang, Sara (2.09 petang), Eihsann (2.10 petang) dan Shaza pada pukul 2.11 petang iaitu masing-masing selang seminit,” jelasnya.

** pengalaman akak hanya kembar dua lelaki..
** Dr Hazli Zakaria anak buah sebelah suami..

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...