followers

salji

waktu

bird terbang

Sunday, November 13, 2011

ATVT KELAS JW - ALMOND LONDON (PROJEK KHAS)

bahan bahan Almond London

ini juga salah satu projek khas untuk JW.. sebenarnya kami buat 3 jenis iaitu 2 jenis biskut dan sejenis kerepek gunting.. sedap sedap belaka tapi sayang kuih gunting akak lupa nk ambil gambarnya..

untuk resepi biskut Almond London ni kawan akak yang berbaju hitam (di bawah) yang bancuhkan adunannya.. emmm.. memang sedap Almond Londonnya.. resepi yang mual akak kira.. mungkin kerana ia menggunakan tepung kek. asalnya resepi ini dari SU, isteri kepada seorang pensyarah yang mana sekarang masih berada di luar negara mengikut suaminya.


RESIPI ALMOND LONDON
dikongsikan oleh puan Norrashidah
resipi asal Su

250g butter
2 biji kuning telur A
3 cawan tepung gandum + tepung kek (sama banyak)
gula icing
sedikit vanilla

HIASAN:
coklat masakan + shortening (jika suka)
badam cincang - panggang
badam biji -panggang
papercup secukupnya

putar butter, kuning telur, vanilla dan gula icing sekejab.
masukkan ke dua dua tepung gaul hingga x lekat pada jari.
cubit sedikit adunan dan masukkan badam biji dan bentukkan bujur.
susun di atas loyang sehingga habis.
bakar 170'C 15-20 minit.
keluarkan dari oven dan sejukkan.

cairkan coklat masakan secara double boiler.
jika suka masukkan shortening.
masukkan 3-5 biji biskut almond london ke dalam coklat cair.
kepitkan coklat dan masukkan dalam papercup. 
taburkan badam biji ke atasnya sebagai hiasan.

ATVT KELAS JW - BISKUT GREEN PEAS(PROJEK KHAS)


biskut yang sedap di makan. setiap kali raya pasti x mis membuatnya.. tapi kali ini akak buatkan resepi ini untuk projek khas JW sempena raya aidil adha yang baru di tempat akak.. oleh kerana ramai yang join jadi akak buat banyaklah untuk di kongsikan bersama..

BISKUT GREEN PEAS

900g kacang green peas
900g tepung biskut (red ros flour)
600g gula icing
3 sb garam halus
6 st baking powder
700 ml minyak jagung (anggaran x melekat di jari)

HIASAN:
5 biji kuning telur + pewarna hijau
badam panjang


masukkan semua bahan di dalam bekas besar kecuali minyak.
tuangkan minyak sedikit sedikit dan di gaul hingga sebati kesemuanya.
gaulkan sehingga x melekat di tangan.
kemudian bolehlah di bulat bulatkan dan susun di atas tray.
sapukan kuning telur yang di campur pewarna hijau di atas biskut.
kemudian cucukkan badam di atasnya seperti tangkai apple.
bakar 160'C 15-20 bergantung pada oven.

Saturday, November 12, 2011

12.11.11 ULANGTAHUN MR HUBBY TERSAYANG...

kalau semalam kami menyambut hari ulang tahun perkahwinan ke 25 tahun dan hari ini pulak akak menyambut hari kelahiran Mr Hubby tersayang iaitu Khadzali Ariffin...
semoga hubby berbahagia dunia dan akhirat.. hanya itu saja harapan akak...

hari ni akak kurang sihat sikit.. demam selsema.. rasa lapar tapi x de selera...
tapi jika sesiapa yang berkunjung ke rumah akak ni akak hidang secawan kopi dan sepotong kek ni...
jemputlah singgah selalu ye..

SOTO SINGAPORE BEST


soto yang menjadi trademark kami setiap kali hari raya.. memang best dan sedap soto ni. sekali makan memang x jemu deh..




RESIPI BIHUN SOTO

1 kampit nasi impit - di rebus

1 ekor ayam(akak guna ayam berat hampir 2kg) - di potong 4 bhgn/bersihkan/rebus sekejab - untuk dapat stok/angkat dan toskan.
lumur garam kunyit dan goreng. angkat dan biarkan sejuk kemudian di hiris halus. ketepikan untuk hiasan.
* tulang ayam jangan di buang.

KUAH SOTO AYAM

BAHAN BLEND:
4 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1" halia

 PENUMIS:
kulit kayu manis
bunga lawang
buah pelaga
bunga cengkih
1 biji bawang besar - di mayang
2 ulas bawang putih - di mayang

2 sb serbuk rempah soto(akak beli yang jenis timbang/bukan rempah mak siti-x suka!)
1" lengkuas - di ketuk
3 batang serai - di ketuk
sebungkus sup bunjut
sedikit minyak menumis
garam secukup rasa
air stok secukupnya/jangan cair sangat

panaskan minyak. tumiskan bahan penumis, lengkuas, serai hingga wangi.
masukkan bahan blend, rempah soto dan tumis sehingga kering dan terbit minyak serta berbau harum.
masukkan stok ayam secukupnya sup bunjut dan tulang ayam serta garam. biarkan mendidih sepenuhnya. sebaiknya sehingga tulang ayam tu lembut.

BAHAN RAMUAN/HIASAN:

bawang goreng
taugeh - di celur @ di goreng tanpa minyak sekejab saja
kacang tanah - di goreng/akak beli siap yang bergaram sebab kacang tanah timbang kurang cantik
daun sup - di hiris halus
daun bawang - hiris halus
soun - di goreng
ayam goreng/siat

SOS KICAP:
segengam cili api secukupnya - di bersihkan dan di goreng dengan sedikit minyak dan angkat.
2 biji bawang putih cucuk garpu dan bakar dengan api dapo
5 biji limau kasturi/2 biji limau nipis - ambil jusnya
sedikit bawang goreng
1/2-1 cawan kicap manis
garam(opt)

campurkan semua sekali dan masukkan ke dalam blender.
siap untuk di hidangan ke semuanya..

Friday, November 11, 2011

HARINI.... 11.11.11 HARI BERMAKNA BUAT KAMI

~ ~11.11.11~ ~
Sebenarnya tarikh 111111 ini adalah amat bermakna buat kami berdua...
pada tarikh inilah genap usia perkahwinan kami 24tahun


esok melangkah ke 25 tahun... 
sepanjang perkahwinan kami ini telah dikurniakan kami 3 cahayamata yang kini sudah dewasa ke semuanya.
Nor Intan Mazlin
Muhammad Khairulanwar *
Muhammad Khairulazman *
* pasangan kembar

oh ye... jika ada sesiapa yang berminat meh la ambik sorang sebijik cupcakes inggeris style ni.. banyaknya akak tempah kat google tadi... hehehe

**Sebenarnya akak nk bercerita panjang lebar tapi suami akak kata jangan cerita lebih lebih di sini sebab semuanya adalah secret recipes.. jadi akak kena akur.. dia lebih suka akak bercerita tentang ATVT dari hal keluarga.**

ATVT KELAS JW - KUIH JONGKONG step by step cara buat sampul dari daun pisang

kuih lama yang jarang di temui.. kebiasaannya orang jual di bulan ramadhan.




Sebenarnya kuih ni telah di kongsi resepi oleh ahli Jiran Wanita sendiri iaitu puan Norliza dari U4.
kuih ni sangat sedap dan lembut. wp ada yang sangka kuih ni sama dengan kuih tepung pelita sebenarnya agak berbeza. kuih tepung pelita ianya ada dua lapisan.




 di sini akak sertakan step by step untuk membuat sampul kuih jongkong ni. ianya amat berlainan dengan acuan kuih tepung pelita (di Perak kuih tepung pelita ni di kenali sebagai kuih Limas)






RESIPI KUIH JONGKONG

2 cawan tepung gandum
RM 3 santan pekat + sedikit air
gula secukupnya
sedikit garam
air kapur (sikit saja)
pewarna hijau @ air daun pandan
daun pisang secukupnya (sebagai sampul balutan kuih ni)

bancuh tepung gandum dengan air pandan sehingga likat sedikit dan masukkan garam secukup rasa serta sedikit air kapur. gaul sebati.
masakkan adunan tepung sehingga pekat. kemudian tuangkan kedalam bekas yang besar. ketepikan.
sementara menunggu sejuk mulakan membuat lipatan sampul untuk acuan kuih jongkong ikut step by step di dalam gambar ni. * buatlah sebanyak mungkin.
- masukkan sedikit gula ke dalam bekas lipatan sampul daun pisang.
- masukkan sepotong adunan jongkong.
- tuangkan sedikit santan yang di campul air tadi.(agak agak sendiri)
- lipat acuan daun pisang tadi dan stepplerkan.
* buatlah sehingga habis semua adunan.
- susunlah di dalam pengukus lalu di kukus sehingga masak.

 masukkan sedikit adunan gula pasir dan di ikuti sepotong adunan kuih jongkong

kemudian masukkan sedikit santan ke dalamnya

 lipatkan sampul daun pisang 

stepplerkan dan susunkan di dalam pengukus

BINGKA ROTI KUKUS PANDAN


sukanya akak makan bingka ni.. lembut dan sedap rasanya bila keluar dari peti sejuk.. apatah lagi baunya yang semerbak wangi.. kuih ni akak buat untuk meeting rakan kenduri di tempat akak.. ramai yang suka dengan bingka yang lembut ni..

yang belum dikukus

BINGKA ROTI KUKUS PANDAN
Resepi : NotabiliaDicuba/Uji : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 8-10 keping roti putih (akak guna 9 keping roti Gardenia - x perlu disiat kecil)
  • 200 ml santan - (akak guna santan kotak Kara je)
  • 200 ml air
  • 1 cawan gula (akak letak 3/4 cawan je gula kastor)
  • 4 biji telor - (akak buang tali pusatnya)
  • 1 sudu teh garam halus
  • 1/2 sudu teh pes pandan
  • 2 helai daun pandan - disimpul




Cara-Cara:-
  1. Dalam mangkuk besar, kacau bersama santan, air, gula, telor, garam dan pes pandan dengan menggunakan whisk sahaja.
  2. Kemudian rendamkan kepingan roti ke dalam adunan di atas dan biarkan sekurang-kurangnya 10 minit.
  3. Pindahkan kepingan roti yang direndam tadi ke dalam loyang bulat 8 inci (akak sapu dulu loyang dengan sedikit mentega). Tuangkan lebihan adunan juga ke dalam loyang.
  4. Letakkan daun pandan yang telah disimpulkan di atas permukaan roti tadi.
  5. Sediakan kukusan dan bila air mendidih, kukus bingka selama 15 - 20 minit. (akak balut penutup kukusan dgn kitchen towel agar air kukusan tidak menitis di permukaan bingka).
  6. Sejukkan pada suhu bilik sebelum dihidangkan. (Letak dalam fridge dan di makan sejuk pun sedap pada tekak akak...hehe)


MENERIMA TEMPAHAN CUSTOMER - MOIST CAKE


saja di tulis "Anniversery".
terima kasih pada puan Salwa U12 Bandar U.



Thursday, November 10, 2011

KEK MOIST~ BESDAY ALONG INTAN


kek ini akak buat untuk besday anak sulung yang berada di Pahang.. tulisan "HAPPY" ada sedikit lari sebab bawa dalam perjalanan yang agak jauh dari Perak ke Pahang.. SELAMAT HARI LAHIR INTAN ♥ ♥...





Mama ucapkan selamat hari lahir semoga berbahagia selalu di samping suami tercinta..

IKAN SIAKAP 3 RASA


kali ni akak nak cuba resepi cubaresepibaru.. ermm sedap gak..


IKAN SIAKAP TIGA RASA

bahannya:
1 ekor ikan siakap
1 biji tomato
1 potong nenas
1 biji bawang besar
1 batang karat
6 biji cili padi*
2 cm halia*
2 ulas bawang putih*
1 batang serai*
1/2 botol cili sos (botol kecil)
2 sudu sos tiram
garam dan gula secukupnya


caranya:
ikan di basuh dan dilumurkan garam kunyit dan sedikit tepung jagung.goreng seperti biasa dan ketepikan dulu.minyak yang di gunakan untuk goreng ikan tadi boleh digunakan semula untuk tumis.kurangkan minyak tadi dan masukkan bahan yang bertanda*. bahan * ini hendaklah dipotong nipis2. setelah garing masukkan karet yang telah di potong.kemudian masukkan bawang besar yang telah di belah empat.kemudian masukkan tomato dan nenas yang telah di potong.kacau dan masukkan sos cili dan sos tiram.kacau hingga masak dan kepekatan yang di kehendaki.boleh tambah air jika nakkan kuahnya cair.kemudian rasakan dengan garam dan gula secukupnya.siap bolehlah dituang ke atas ikan dan siap di hidang. 



poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...