followers

salji

waktu

bird terbang

Wednesday, November 30, 2011

KARI UDANG ALA THAI..


akak pernah masak masakan ni dulu masa mula mula belajar berblog dulu..... memang kaw kaw sedapnya... x percaya boleh cuba ye.. masakan pebret keluarga akak.. ia bukannya tomyam wp bahan bahannya seperti tomyam tapi lebih sedap tau.
kalau kari orang mesia menggunakan rempah tapi yang ni x masuk pun..
kali ni akak x sempat nak hias cantik ketika snap sebab nak cepat... dah ada yang menunggu masakan ni untuk di tapau.. hehehe.. (katanya.. dah x tahan dengan bau masakan yang semerbak ni...)


RESIPI KARI UDANG ALA THAI

500g udang sederhana besar - buang kepala/bersihkan
4 sb minyak masak

ketuk:
3 batang serai
4 hiris lengkuas
4 hiris halia

4 helai daun limau purut
2 cawan santan pekat
1 cawan air
2 biji bawang besar - di belah 4
2 biji buah tomato - di belah 4
3 sb jus limau nipis
4 tangkai daun ketumbar
1/2 st serbuk lada hitam- akak lupa nak letak
sedikit garam, gula
perasa jika suka - akak x letak pun

mesin:
10 biji cili kering
5 biji cili merah
5 biji cili padi
10 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
1/2 sb belacan

panaskan minyak. tumiskan bahan mesin, kacau hingga naik bau.
masukkan serai, lengkuas, daun limau purut, kacau lagi hingga sebati dan masukkan santan.
masak lagi hingga naik minyak dan mendidih.
masukkan udang, garam, bawang, tomato, gula.kacau selalu.
apabila udang masak masukkan jus limau nipis dan daun ketumbar.terus tutup api.

Tuesday, November 29, 2011

MENERIMA TEMPAHAN CUSTOMER - KEK STRAWBERI



kek yang berbau harum strawberry... akak suka dengan rasanya yang sedap... gebu dan lembut.

Kek Strawberi 
DJ
(loyang 6 inci @ 5'' x 9")

Bahan-bahan :
  • 110 gm tepung naik sendiri
  • 115 gm mentega
  • 115 gm gula kastor (dikisar halus spt gula ising)
  • 2 biji telur A (dipukul sedikit)
  • 1 sdt esen vanilla
  • 1 sdt teh pes strawberi
  • 3 sudu besar susu segar
Bahan-bahan hiasan :
  • whip topping-jika suka
  • inti strawberi
  • buah strawberi- jika ada

Cara-cara :

  1. Griskan loyang kek dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung. Panaskan oven pd suhu 160C.
  2. putar mentega dan gula hingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan telur satu demi satu sambil diputar.
  4. Masukkan esen vanilla dan pes strawberi.
  5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan diselang selikan dgn susu segar. Putar perlahan2 sehingga sebati.
  6. Tuangkan adunan ke dlm loyang dan bakar selama 25-30 minit.
  7. Sejukkan setelah masak. Bahagikan dua. Sapukan dgn whip topping dan inti strawberi. Tutup kemas dgn lapisan kek satu lagi. Hiaskanlah dgn whip topping dan buah strawberi. jika suka

ini akak buat 2 adunan guna loyang kek serawak

Sunday, November 27, 2011

IKAN REBUS LEMAK


kalau time kekeringan idea nak msak @ barang dapur yang yang dah berkurangan... inilah masakan yang jadi penyelamat hidangan akak hehehe... sebab masakan ni adalah yang paling senang dan simple.. 15 minit boleh siap!!
masakan ni budak budak pun boleh makan sebab x pedas.

RESIPI IKAN REBUS LEMAK
moh weh ke dapur akak

4 ekor ikan rebus - di bersihkan perutnya @ beli ikan rebus yang tanpa perut
1 biji bawang besar - mayang halus
10 biji cili hijau / jika suka boleh tambah cili api (belah tanpa putus)
2 helai daun kunyit - koyak2kan
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
tomato - jika suka
1-2 keping asam keping
 RM 3 santan + air

 masukkan
ke semua bahan di dalam kuali dan masaklah sehingga mendidih. kacau selalu agar x pecah minyaknya. rasa garamnya. bila sudah cukup masak bolehlah di hidangkan.

** amat simple.

ROTI GORENG SOSEJ

bila akak ternampak je kat blog dan fb oranglain terus rasa nak mencuba roti goreng sosej ni.. memang nampak memikat selerakan... tapiiiiiiiiiii bila akak dah buat anak ambil seketul sorang jek.. dorang x suka rupanya... mungkin orang yang ade anak kecil mungkin dorang sukalah agaknya.. tapi anak kita dah dewasa ni hampeh semuanya... sian kat roti akak yang x berapa nak laku tu... sebab anak suka yang ada rasa pedas dan manis sedikit.. bukannya rasa keju ni...



ROTI GORENG SOSEJ
Sumber Asal : Majalah Rasa
Olahan : Ayu Jalinan Rasa(fb)

BAHAN-BAHAN:
4 batang sosej
4 keping roti
1 biji telur - size kecil sekali (kalau guna telur Gred A @ size L & M, ½ biji pun dah cukup)
4 sudu makan oat- akak gantikan dengan serbuk roti
Garam secukup rasa

CARA-CARA:
1. Kukus sosej selama 10 - 15 minit.. (Ayu kukus 15 minit)
2. Sementara menunggu sosej dikukus, pukul rata telur dengan garam.. Ketepikan..
3. Gelek roti hingga nipis dan ketepikan..
4. Setelah sosej masak, ambil sekeping roti yang telah digelek tadi dan letakkan sosej diatasnya dan gulung..
5. Gamkan dengan sedikit sapuan telur dihujung gulungan agar tidak terbuka semasa digoreng..
6. Buat hingga habis semua roti dan sosej tadi..
7. Celupkan ke dalam telur..
8. Golekkan dengan oat/serbuk roti sehingga rata..
9. Goreng dengan api sederhana hingga kekuningan..

Saturday, November 26, 2011

GULAI DAGING BERSAMA NANGKA STYLE MAMI PENANG..


harini agak terlewat masukkan resipi di sini.. bukannya ape tengahari ada jemputan kenduri.. petang lak jalan jalan cuci mata.. adoh penatnya... 
oklah.. hari ni akak nak tayangkan masakan gulai daging bersama nangka yang akak buat semalam tapi kerana siaran tertunda di sebabkan x cukup masa jadi harini jelah akak masukkan ye..
bercerita tentang resipi ni ermm.. memang sedap sangat..kira macam masak gulai darat kata orang utara!! rasanya kalau bubuh ikan masin pun sodap gak ye.. tapi akak x nah buat pun lagi.. sekadar nak mencuba tu akak rasa boleh sajekannnn.. 


RESIPI GULAI DAGING BERSAMA NANGKA STYLE MAMI PENANG..
anggaran 8 orang

8 ketul nangka
600g daging
3 ulas bawang putih
5 tangkai daun kari
5 ulas bawang merah
1 sudu jintan manis
21/2 sm rempah kari
2cm halia
1 cawan pati santan
1 cawan air
1 keping asam keping
garam secukupnya


rebus dulu nangka sampai agak agak empuk.. toskan.
daging di rebus bersama rempah kari, halia & jintan manis... bila daging dah empuk. masukkan namgka yang telah di rebus tadi.
bila semua dah sebati... masukkan pati santan dan air sedikit... masukkan garam dan asam keping... setelah semua rasa dah cukup.. angkat
di dalam kuali.. tumiskan bawang merah, bawang putih & daun kari.. bila dah garing... masukkan bawang yang di tumis tadi dalam gulai daging.. masukkan sekali dengan minyak2nya..
siap untuk dimakan.. mmg sedap... bila cukup garam & asamnya.. selamat mencuba :)

Thursday, November 24, 2011

BUBUR JAGUNG


jom kita makan bubur jagung.. kalau petang petang ada juadah cam ni memang lazat... akak memang suka apa jua yang di masak menggunakan jagung... pasti menjadi pebret akak...


RESIPI BUBUR JAGUNG
4 tongkol jagung - di hiris halus dan nipis
2 senduk sederhana gula pasir
300g santan + sedikit air
2 sb biji sagu halus
1 helai daun pandan
1st garam

campurkan semua kecuali sagu halus dan masaklah sehingga mendidih. kacaulah selalu dan bila dah cukup mendidih masukkan sagu halus. masaklah hingga betul betul masak jagungnya

GA SILATURRAHIM


GA Silaturrahim


GA-siraturrahim
due on 19 Dec

Nama panggilan istimewa: abang dan adik

doa buat abang dan adik: ...mama harap kedua anak kembar mama menjadi anak yang soleh & beriman...mama akan sentiasa doakan supaya adik abang berjaya & bahagia dunia & akhirat...., semoga terlaksana semua cita cita yang menjadi impian selama ini...
referer: tuan rumah

semoga perhubungan di alam maya terjalin mesra hendaknya.. nanti biarlah entri yang di salurkan tu berfaedah buat semua

hadiahnya:-

Tempat Pertama : Penginapan 2 malam King Deluxe Room, Villa An-Nur, Machang, Kelantan

  2.Tempat Kedua : Quilted Non-Slip Mat

Dan 3 hadiah bagi

1. Referrer tertinggi
2. Orang yg paling ramah (top posters)
3. Yang paling bertuah, melalui undian hakim dilantik

Hadiah adalah dikira bagi kata-kata yg paling menarik dan ikhlas :)) 


 akak tag..

:))

Wednesday, November 23, 2011

KERABU SOTONG THAI


Setiap kali g makan di kedai siam pasti oder kerabu.. x kiralah kerabu ape pun.. memang sedap sebagai pembuka selera ni.. tapi kali ni akak buat kerabu ni di dapur Moh Weh Ke Dapur akak... 
x sangka habis clear....tu maknanya sedaplahkan... hehehe


RESIPI KERABU SOTONG THAI

10 ekor sotong (potong bulat2)
2 biji tomato (dipotong dadu)
4 biji cili api (dipotong nipis)
2 biji bawang merah (dipotong nipis)
1 tangkai serai (dipotomg nipis)
2 tangkai daun ketumbar (dipotong nipis)
3 batang kacang panjang (dipotong nipis)
secubit garam
secubit gula
2 biji limau nipis (diambil jusnya)

rebus sotong sehingga masak. angkat dan tuskan airnya.
lepas tu... satukan semua bahan yang dipotong nipis dan dipotong dadu ke dalam satu bekas.
masukkan sotong tadi, garam dan gula ke dalam bekas tadi.
last sekali perah limau... lepas tuh rasa la sikit.. kalo x cukup pedas tambah cili, kalo x cukup masin tambah garam.. ini semua bergantung pada individu
sekadar peringatan.... kerabu sotong ini sedap dimakan kalau di letakkan dalam peti sejuk dulu akan tetapi elok dimakan segera kerana kerabu ini cepat berair selepas beberapa jam

Friday, November 18, 2011

RENDANG DENDENG


petang ni akak nak balik kampung suami.. sebab esok nak g hantar anak masuk UiTM semula.. dah habis cuti sem 6 minggu.. mujurlah selama cuti dia dah lulus lesen memandu keta dan dah dapat lesen full.
oleh kerana nak balik kampung jadi akak buatkan sedikit juadah untuk anak dan kakak ipar di kampung.
rendang dendeng yang menjadi pebret keluargaku... akak syorkan kalau nak buat rendang dendeng ni mestilah time betul betul fullmood rajin baru laju je membuatnya... tapi bagi akak kalau rasa nak makan jangan tunggu tunggu lagi.. buat je terus nanti langsung x buat punyer.. kalau nak tau... resepi rendang ni tersangatlah sedapnya.. dan bahannya mudah lagipun x guna banyak bahan, jadi.... kalau nak tau kesedapannya meh cuba...!!


RESIPI DENDENG 

1 kg daging batang pinang - rebus 4-5 ketul besar dan di potong setebal 1/2cm dan lebar 2-3 inci panjang (potong ikt urat sebab nak di tumbuk)
kemudian daging ditumbuk supaya lembut dan perap dengan kicap selama 1 jam (* jika x mahu masakan jadi hitam gelap daging bolehlah diperah untuk toskan kicapnya)

bahan kisar:-
30 biji cili kering - buang biji, rebus (untuk hilangkan pedasnya)
20 ulas bawang merah (lebih pun boleh)
6 ulas bawang putih
1" halia
1" lengkuas

1 cawan kicap pekat
2 cawan minyak
2 sb air asam jawa
2 ab gula (ikut rasa)
garam (rasa dulu sbb ada kicap)
air rebusan daging


panaskan minyak. gorengkan daging yang di perap kicap tadi dengan api yang perlahan dan jangan terlalu garing, angkat dan toskan lalu diketepikan.
panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga garing. masukkan daging, air asam jawa, gula, masukkan air rebusan daging biar mendidih hingga daging lembut
** jika daging masih liat bolehlah tambah 3-4 cawan air hingga daging lembut
** daging tumbuk dulu baru di perap kicap.

yang ni baru di goreng kicap dan di ketepikan.

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...