followers

salji

waktu

bird terbang

Thursday, July 12, 2012

IKAN REBUS GORENG CILI


inilah menu orang malas namanya.. hehehe.. sangat simple dan mudah tapi amat sedap dimakan bersama nasi panas.. silap haribulan memang nasi pun boleh x cukup hehehe


RESIPI IKAN GORENG CILI

2 ekor ikan rebus yang agak besar
1 biji bawang besar
1 biji cili api
5 tangkai cili padi
beberapa titis jus limau
sedikit minyak shj

panaskan minyak dan goreng ikan rebus ni hingga masak dan angkat.
tumiskan bawang, cili yang telah siap dihiris terlebih dahulu hingga separuh masak dan masukkan semula ikan goreng tadi. gaul rata.
akhir sekali titiskan jus limau dan gaul hingga sebati terus angkat.

MENERIMA TEMPAHAN CUSTOMER - FONDANT KEK ARORA














Thursday, July 5, 2012

BENDI mesra DAGING BURGER



sedap rupanya daging bila di goreng dengan sayur..... x percaya try la... wp nampak seperti kering tapi sebenarnya ia secukup rasa semua...


BENDI mesra DAGING BURGER

Bahan-bahan ( 5-6 org )

15-20 btg kacang bendi - cuci/tos/ptg mnyerong
6 kpg daging burger(sy guna RAMLY) - ptg kiub@cincang kasar
~daging d gaul sedikit srbuk kunyit~
3 ulas bwg putih - cincang halus
1 labu bwg besar - ptg bulat@ baji
1 sudu kecil srbuk cili kasar@srbuk lada putih/hitam pun bleh - klau suka pedas lebihkn
2 -3 sudu besar sos tiram
2-3 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil maggi ckup rasa/garam ckup rasa
Cara-cara

cam biasa, panaskn 1/3 cwn minyak.. jgn lbih sbb daging akn mngeluarkn minyak.. tumis bwg putih hingga naik bau &sedikit garing
masukkn daging burger, goreng hingga agak kecut, sedikit garing hingga mngeluarkn minyak.. kacau goreng supaya x melekat
masukkn srbuk cili kasar, kacau kejap dikuti sos tiram & kicap manis - kacau mesra/sebati bhn2 tadi brsama daging hingga trbit baunya
 akhir skali masukkn bendi, bwg besar & maggi ckup rasa@garam.. sesuai rasanya, bendi ckup masak.. tutup api

Tuesday, July 3, 2012

ATVT KELAS JW - BEGEDIL DAGING


Hari minggu yang lalu akak meluangkan masa join kelas masakan JW di tempat akak...  kawan akak puan Azizah dari U5 telah berkongsi resepi buat begedil yang sedap sangat. puan azizah berkata kalau dia buat untuk makan seisi keluarga mesti dia buat sehingga 5-6 kilo kentang.. sebab anak anaknya makan ratah begitu saja bergedil... 


menurut seorang kawan akak yang lain kata rasanya sebijik rasa begedil orang jawa.. sedap!
bila akak rasa.. memang betul sedap dan x rugi rasanya buat berkilo kilo pun...mesti habis...
biasa orang makan begedil ni makan bersama sotokan..



di gaul dengan tepung jagung hingga rata


nak kepal bulat dan leper pun mudah.. x de masalah pun....


RESIPI BEGEDIL DAGING
JW Azizah U5

2 kg 300 g kentang
1 peket daging kisar - hancurkan
3 biji bawang besar } dihiris halusn &
1 ulas bawang putih } digoreng
RM1 daun sup dan daun bawang - hiris halus
RM0.50 (1 peket) lada sulah
1/2 peket kecil tepung jagung
garam secukup rasa
5 biji telur - kocok sikit (untuk salut)
minyak masak untuk menggoreng


kentang dipotong  panjang dan digoreng. kemudian ditumbuk untuk dijadikan doh.
kemudian goreng pula kedua bawang yang dihiris tadi hingga wangi dan keperangan. angkat dan toskan. kemudian ditumbuk.
daging hancur tadi digaul bersama lada sulah hingga sebati.
masukkan ke semua bahan kecuali tepung, telur dan minyak. masukkan garam secukup rasa.
setelah sebati adunan masukkan tepung di akhir sekali. gaul rata sehingga boleh di kepal.
setelah sebati dan bentukkan doh menjadi bentuk bulat. tabur tepung pada dulang dan buatlah sehingga habis.
sementara itu panaskan minyak telebih dahulu. guna api yang sederhana kecil.
kemudian celupkan ke dalam telur kemudian goreng di dalam kuali leper supaya masak dengan sekata.
angkat dan toskan.
** makan ratah begitu saja pun sedap

Monday, July 2, 2012

IKAN MASAK CUKA aka ASAM JAWA


hari ni masak ikan je.. kalau makan ayam je.. x best jugakkan..


RESIPI IKAN MASAK CUKA aka ASAM JAWA

4 ekor ikan gelama - gaul kunyit, garam dan goreng
6-10 biji cili hijau/cili api - belah 2 jgn putus
1 biji bawang besar  -hiris kasar
3 ulas bawang putih  -hiris
1" halia -hiris memanjang
2" karat -potong memanjang
1 biji tomato - belah baji
1 sudu biji sawi
sedikit asam jawa - dibancuh dgn sdkt air
air secukupnya
gula garam
minyak tumis

panaskan minyak tumis bahan hiris hingga wangi.
masukkan air asam jawa dan tambahkan sedikit air lagi, biarkan mendidih.
masukkan karat dan biarkan ia lembut.
setelah itu masukkan ikan goreng, tomato, cili hijau / cili api dan biji sawi. didihkan sekali lagi.
sesuaikan rasa dengan garam dan gula


CUCUR DURIAN CHOC CHIPS


bekpes pagi ni.. makan cucur perisa durian choc chip... durian pemberian dari kawan


RESIPI CUCUR DURIABN CHOC CHIPS

8-10 ulas durian ( ambil isinya sahaja )
2 cwn gandum
2 sudu teh baking powder
1cwn susu cair
1biji telur secubit garam
2sudu besar gula pasir
3 sudu besar chocolate chips

Cara-cara

- gaul semua bahan kecuali chocolate chips
- bila semuanya sebati, baru masukkan c/chips
- sedia untuk digoreng



Sunday, July 1, 2012

KUAH DURIAN SUSU


sekian lama dulu akak pernah rasa kuah durian yang kawan akak buat.. sedap sangat... akak pun tanya rahsia rasepinya... 
ok.. kalau nak tau rahsianya jum lihat resipinya di bawah ni..


RESIPI KUAH DURIAN SUSU

10 ulas durian
6 sudu gula pasir
1 cawan santan sederhana pekat
1 tin susu cair
sedikit garam
2 helai daun pandan - kerat
** boleh juga tambah gula merah untuk mengubah warna

Cara-cara

Buangkan biji durian dan hancurkan sedikit.
Masukkan dalam periuk bersama daun pandan, garam, gula, susu dan santan.
Masak hingga mendidih.

** cicah roti, roti jala, serabai, lempeng tepung dll



Saturday, June 30, 2012

GULAI KARI AYAM


sekadar memenuhi selera anak dan suami...


RESIPI KARI AYAM

1/2 ekor ayam - potong beberapa bahagian
2 biji kentang - potong kecil
1 biji bawang besar - tumbuk
3 ulas bawang putih - tumbuk 
2 cm halia - tumbuk / hiris mancis
2 sb serbuk kari daging
1 sb serbuk kari ikan
sedikit air
3 helai daun kari
2 kuntum bunga lawang 
1 batang kulit kayu manis
1-2 keping asam keping
2 cawan santan * jika pekat masukkan air
sedikit minyak menumis

panaskan minyak. tumiskan bahan tumbuk hingga wangi dan masukkan daun kari, kacau rata.
masukkan serbuk  kari kacau dan terus masukkan air, kacau lagi sehingga naik minyak.
setelah wangi terus masukkan ketulan ayam dan kentang potong.
balik balikkan dan masukkan santan. jika pekat tambahkan sedikit air secukupnya.
biarkan ia mendidih, sambil dikacau dan masaklah dengan api yang sederhana
bila ayam telah masak, bolehlah di angkat.
hidangkan

** serbuk kari sengaja tidak dibancuhkan dengan air terlebih dahulu sebab nak berikan gulai nampak menaraik warna karinya


Friday, June 29, 2012

MAMEE LAPAR


dah hampir tengah malam che abe dia terasa lapar.. dan request nak makan mee maggie... akak sebenarnya malas nak pegang kuali dah.. yang tau hanya nak melayan mata yang hampir berat ni je... tapi kesian pulak dia... akak ke dapurlah juga.. untuk menyediakan menu ringkas untuknye...
tu la... bila siap je.. akak pulak pantang nampak.. 1/2 pinggan jugaklah akak bedal.. hehehe.. kesian tengok mee ni banyak sangat.. akak tolong la habiskan.. ekekeke...


 beginilah masakan maggie goreng simple yang akak masak di tengah malam....


RESIPI MAGGIE GORENG
3- 4 orang

2 bungkus mee maggie - celur sekejab
1 keping fish kek - hiris nipis
1 biji bawang besar - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 sb serbuk cili + sedikit air
1 sb udang kering - tumbuk
2 sb kicap mee
2 sb cili sos
sedikit garam
sedikit serbuk pati ayam
sedikit minyak menumis

hiasan:
sedikit daun bawang
sedikit bawang goreng
1 biji cili merah - hiris

panaskan minyak dan gorengkan bahan tumbuk hingga wangi dan masukkan udang kering.
di ikuti fish kek dan kicap serta sos dan kacaulah sehingga sebati.
masukkan mee maggie kacau rata.
masukkan serbuk pati ayam dan sedikit garam. 
akhir sekali masukkan cili merah dan gaul rata.
angkat dan hidangkan di dalam piring serta taburkan bawang goreng dan daun bawang hiris.
sedia untuk dinikmati panas panas.

Thursday, June 28, 2012

IKAN KELI MASAK LEMAK DAUN LIMAU PURUT DAN BUNGA KANTAN


baru baru ni dik beradik ipar datang ramai ramai.. x tau nak masak ape jadi menu ini yang akak hidang.. abang biras ku siap puji lagi.. sedap la katanya.. wahal masak simple ala kadar je ni


RESIPI IKAN KELI MASAK LEMAK DAUN LIMAU PURUT DAN BUNGA KANTAN

7 ekor ikan keli - kerat beberapa bahagian
15- 20 tangkai cili api - tumbuk
3 biji bawang merah - tumbuk
3 cawan santan pekat + sikit air 
2 in kunyit hidup - tumbuk
sedikit serbuk kunyit
2 batang serai titik
2 biji tomato - belah baji
2 kuntum bunga kantan - belahkan
garam secukupnya
2-3 keping asam keping
6 helai daun limau purut

campurkan semua bahan kecuali daun limau purut dan masaklah sehingga mendidih.
setelah itu masukkan daun limau purut, masak lagi hingga mendidih.
siap untuk dihidangkan

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...