followers

salji

waktu

bird terbang

Thursday, August 2, 2012

APAM COMEL YIS


teringin sangat nak makan apam tapi di bulan puasa ni rasa nak makan tu meluap luap tapi bila dah berbuka... tengok pun boleh kenyang.. akak cuma makan 2 ketul je.. yang lain lainnya semua akak sedekah je.. risau takut x habis..


apam ni amat sedap gebu dan lembut je.. x rugi nak cuba...

APAM COMEL YIS

Bahan-bahan ( 30 biji )

1 cawan tepung beras
1 cawan gula pasir
2 cawan tepung gandum
1 cawan nasi sejuk dimesin bersama 1 cawan air
1 sudu makan yis
1 cawan air suam
pewarna ikut suka


Cara-cara

Mesin nasi bersama air sehingga halus .
Masukkan semua bahan kecuali pewarna ke dalam campuran bubur nasi.
Tambah pewarna. Kacau. tutup dan biarkan 3-4 jam.
 Cedukkan adunan ke dalam mangkuk kecil sehingga hampir penuh. Kukus selama 10-15 minit dengan api yang kuat.
Setelah apam masak, rendamkan mangkuk kuih ke dalam sedikit air selama 5 minit supaya senang untuk mengeluarkan kuih dari bekas
Coretkan sedikit pewarna jika suka untuk buat colour-colour.

MENERIMA TEMPAHAN CUSTOMER - KEK KAREMEL


rezeki di bulan puasa...




KEK KAREMEL


Gula Hangus :

2 sudu besar gula pasir

Sediakan loyang 8 inc.
Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan
Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras.
Ketepikan


Bahan Karemel:
1/2 tin susu cair
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur

Kacau susu dan gula hingga gula larut.
Kacau telur dan esen perlahan.
Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
Ketepikan.
Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
(Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )

Adunan Kek Bahan 1:
70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air 
45ml minyak masak

Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.

Adunan Kek Bahan 2:
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder

Matikan  mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
Masukan  sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
Ketepikan.

Merinque:
6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor
1 sudu teh krim of tar2

Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
Pukul putih telur hingga berbuih
Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi.
Gaul rata secara kaup balik
Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.

Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
Letakkan pewarna yang anda sukai.

Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi.
Belang- belangkan adunan
Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula  3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.
Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
Akhir sekali dengan satu sudu.
Lorekkan atas adunan dengan lidi.

Panaskan oven terlebih dahulu. Ita panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven ita tukar pada suhu 160C
Gunakan api bawah sahaja. 

Kaedah Steam Bath 
Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
Letakkan pada rak bawah dalam oven.
Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.

Monday, July 30, 2012

BERBUKA PUASA DAN MOREH JW/KRT SECARA GOTONG ROYONG


buat secara bergotong royong


 4 kg tepung untuk kuih karipap (dibancuh oleh puan Zaitun U8)
* INTI: (dibuat oleh puan Azian U12)
- 5kg ubi keledek, 1 1/2kg udang, 2 kampit besar serbuk kari, 1 ikat daun sup


- 20 peket mee goreng (2 ekor ayam, 3 peket fish cake, 1 biji kubis besar, 4 ikat besar sawi 1/2 botol besar kicap mee, 1kg sos cili, 1 kg sos tiram sedikit bawang dan bawang putih 2 labu serta cili merah sebagai hiasan (dimasak oleh puan Mazlina Hat U10)


- 5 peket agar agar serbuk untuk lengkong kuning (dimasak oleh puan Khamisah U8)

- 1 kg tepung talam (dapat 3 loyang besar) dan 1 kg santan (dibuat oleh puan Norasmawati U7)


JW bergotong rotong membuat juadah moreh (selepas terawih)


gotong royong bermula 9pagi


jemputan YB Nizar Zakaria dan pegawai Perpaduan


ketering:
ayam masak kurma
- sayur pecal
- ikan goreng
- ulam ulaman
- sambal belacan
- ikan masin
- nasi putih
* AIR:
- teh
- kopi O
- air oren


selepas berbuka di surau Al-Ikhlas Bandar U
waktu menunggu isya dan terawih


hidangan moreh selepas terawih

Friday, July 20, 2012

PERKARA PAERKARA YANG DISUNATKAN DALAM BULAN PUASA


PERKARA-PERKARA YANG DISUNATKAN DALAM BERPUASA

1) Lambatkan bersahur.
Dari hadith Rasulullah saw. yang bermaksud, "Bersahurlah walau dengan seteguk air. Dalam bersahur itu ada berkatnya."
Sebaik-baik makan sahur ialah yang dilambatkan iaitu hampir kepada waktu imsak kira-kira 15 minit sebelumnya. Jika telah bersahur awal, minumlah air walau seteguk sejurus sebelum imsak.

2) Segerakan berbuka.
Dari hadith Rasulullah saw. yang bermaksud, "Selagi lambatkan bersahur, cepatkan berbuka, umatku sentiasa berada di dalam kebajikan."
Sebaik-baik sahaja masuk waktu Maghrib teruslah berbuka. Adalah haram hukumnya jika sengaja melambatkan berbuka apabila sudah diketahui waktu Maghrib sudah pun masuk. Puasa wasal iaitu puasa yang tiada berbuka hukumnya adalah haram.

3) Berbuka dengan 3 biji kurma.
Mengikut amalan Rasulullah saw. adalah baik memulakan buka dengan memakan buah kurma dan sebaik-baiknya makanlah 3 biji. Buah kurma banyak khasiatnya dan adalah baik untuk perut yang telah kosong sepanjang hari kerana ia memberi tenaga untuk mengerjakan sembahyang selepas berbuka.

4) Berbuka dengan makanan yang manis.
Adalah baik untuk berbuka dengan makanan yang manis seperti buah-buahan. Makanan manis akan mengembalikan tenaga kepada tubuh kita.

5) Melafazkan niat berbuka.
Melafaskan niat ketika berbuka dengan lidah adalah disunatkan dan dapat pahala.

6) Baca doa berbuka.
Doa berbuka adalah sunat dibaca selepas makan dan minum sedikit bukan sebelumnya. Doa selepas berbuka adalah mustajab.

7) Banyakkan baca al-Quran, berzikir dan berdoa.
Bulan Ramadan dibahagi kepada 3 bahagian.
10 hari pertama diberi Rahmat.
10 hari kedua diberi Pengampunan.
10 hari ketiga diberi pembebasan dari api neraka.
Maka banyakkanlah bezikir dan berdoa memohon Rahmat, Pengampunan dan pembebasan dari api neraka. Pada malam Ramadan banyaklah membaca al-Quran kerana ia diturunkan pada bulan yang suci ini.

8) Banyakkan bersedekah.
Bersedekah bukanlah sekadar memberi wang kepada yang memerlukan. Memberi makanan kepada sesama manusia juga adalah sedekah yang digalakkan. Dan memberi makan kepada orang yang berpuasa adalah besara pahalanya.

Dari hadith Rasulullah saw. yang bermaksud, "Lindungilah diri mu dari api neraka walau dengan sebiji kurma."
Ertinya sedekah yang ikhlas walau sedikit sekalipun akan menyelamatkan kita dari api neraka kerana besarnya pahala yang akan diberi.

Adalah disunatkan kepada suami supaya memberi belanja yang lebih kepada isterinya di dalam bulan puasa dan ia akan dianggap sebagai sedekah juga.

9) Mandi wajib sebelum terbit fajar.
Mandi wajib setelah terbit fajar adalah dibolehkan dan orang itu tetap boleh meneruskan puasanya. Tetapi sebaiknya mandilah sebelum terbit fajar kerana ia disunatkan.

10) Tinggalkan perkara-perkara yang merosakkan puasa.
Tinggalkan perkara-perkara atau kata-kata yang tidak berfaedah dan sia-sia akan mendapat pahala dari ALLAH swt. disamping pahala puasa fardu itu sendiri.

11) Banyakkan amal ibadah sunat.
Satu ibadah sunat dalam Ramadan = satu fardu bulan lain.
Satu fardu dalam Ramadan = 70 fardu bulan lain.
Umrah dalam Ramadan = haji bersama Nabi saw saw.
Maka perbanyakkanlah amal ibadah sepanjang bulan yang berkat ini seperti sembahyang terawih dan witir.

FADHILAT / KELEBIHAN SOLAT SUNAT TARAWIH


‎~Fadhilat / Kelebihan Solat Sunat Tarawih~

Malam pertama
Diampunkan dosa dosa orang yang bersembayang tarawih seperti bayi yang baru dilahirkan.

Malam kedua
Diampunkan dosa orang yang berterawih dan dosa dosa kedua ibu bapanya

Malam ketiga
Para malaikat di bawah Arasy menyeru umat manusia supaya terus berterawaih pada malam berikutnya, dan memohon supaya diampunkan dosa dosa mereka.

Malam Keempat
Pahala orang yang berterawih sama seperti orang yang membaca kitab kitab Injil, Zabur, Taurat dan Al Quran.

Malam Kelima
Pahala orang yang berterawih sama seperti dia bersembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah, dan Masjidil Aqsa.

Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

Malam kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

Malam keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

Malam keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya

Malam keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

Malam ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

Malam kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

Malam keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

Malam keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

Malam keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

Malam keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

Malam keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

Malam keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

Malam keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

Malam keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

Malam keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

Malam ketiga puluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Thursday, July 19, 2012

AYAM MASAK RECYCLE.. hehehe


asalnya masakan ni adalah ayam masak merah biasa je tapi akak recycle semula masakan ni pada malam harinya sebab sambal masak merahnya dah habis... yang tinggal hanya tiga ketul ayam je.. sayang pulak akak lihat ayam ni.. kalau x di upgradekan alamat jadi habuan cik tonglah jawabnya.. kebetulan pulak malamnya dah x de ape nak makan.. jadi untuk elakkan membazir akak tokok tambahlah jadilah masakan seperti dalam gambar ni.. ermm... menarik jugak bila akak lihat gambar ni.. bukan sekadar gambarnya saja malah makan pun sodap!


oleh kerana lebihan ayam masak merah tu.. akak x de nama yang kusus untuk masakan ni ye.. sebab masak main bedal je... kasi hantam sama dia... hehehe...


RESIPI AYAM MASAK MERAH RECYCLE

3 ketul ayam masak merah( yang kehabisan ramuan sambal sosnya / ayam lebihan)
1/2 biji bawang besar - dadu
1 ulas bawang putih - ketuk
6 tangkai cili api - ketuk
sedikit cili sos
sedikit sos tiram
garam secukup rasa
sedikit minyak tumis
hiasan:
1/ 2 biji tomato - potong baji
1/2 biji bawang besar - potong bulat

panaskan minyak tumiskan bawang yang di dadu bersama bawang putih
masukkan semua sos, ayamcili api, tomato dan bawang besar. gaulkan semuanya.
rasa garamnya. angkat

KERANG GORENG TOMTAM


tekak ni sebenarnya masih x berapa terima nak makan itu ini.. nak makan yang simple simple je.. lastnya malas nk fikir banyak akak masak yang ni je.. 
harap harap selera akak akak pulih segera sebab tinggal sehari je lagi kita nak berpuasa..



RESIPI KERANG GORENG TOMYAM

1 kg kerang - bersih
1/2 biji bawang - tumbuk
1 biji bawang putih - tumbuk
1 sb serbuk cili
1 batang serai - titik
1/2 kiub tomyam
1 sb sos cili
1 sb sos tiram
sedikit air - jika perlu
garam
gula
sedikit minyak tumis
3-4 helai daun limau purut -koyakkan
cili api - belah x putus -nak pedas pecah pecahkan
1/2 biji bawang besar - potong bulat




panaskan minyak tumis bawang hingga wangi dan masukkan serai.
masukkan serbuk cili dan kiub tomyam bersama sedikit air, kemudian masukkan kerang. kacau rata.
masukkan kedua dua sos, daun limau purut, cili api dan bawang bulat dan gaul rata.
akhir sekali masukkan garam dan gula. gaul rata. siap.

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...