followers

salji

waktu

bird terbang

Thursday, September 13, 2012

LAKSA KARI UDANG GERAGAU


masa musim raya tahun ni dah dua kali akak buat Laksa Kari Udang Geragau ni.... kali pertama menjamu rakan rakan U anak dan grop Jiran Wanita.. oleh kerana ada permintaan kata sedap laksa kari ni... dan ada yang bertanya samada akak ada atau pernah berniaga... hehehe... akak hanya jual untuk ahli keluarga dalam rumah je...la...! akak x penah niaga pun.. pada yang kata sedap tu Alhamdulillah.. terimakasih banyak banyak... bukan pujian yang akak nak tapi dapat menjamu anda semua dah rasa seronok apatah lagi melihat masakan semuanya habis.. x de yang membazir. hilang semua rasa penat..

jadi buat untuk kedua kalinya....
 kali ni buat majlis openhouse kat pejabat hubby pulak... semua juadah yang akak buat juga habis... 
akak dulu selalu juga akak buat laksa kari ni... suka makan sebab sedap dan kena dengan selera kami sekeluarga...
** untuk pengetahuan.. hiasan gambar laksa ni akak ambil dari saki baki yang tinggal di rumah.. kuah beserta ramuan laksa ni semua dah hubby bawa...akak terlupa ambil.. kerana bizi pagi tu akak terlupa nak ambil lebih ramuan hiasannya.. dalam gambar ni nampak serba kekurangannya...

* jamuan raya di ofis (akak copy gambar je)
 hubby bergambar bersama tetamu mereka Dr Fazil dan stuff
stuff dan tetamu..

RESIPI  LAKSA KARI UDANG GERAGAU

KUAH:

 bahan tumbuk:
500g udang geragau
30 biji buah keras
1/2 kg bawang merah
2 labu bawang putih

bahan titik:
9 batang serai
9 cm lengkuas
4 1/2 cm halia - titik

250g rempah kari daging - bancuh dengan air
1 bungkus kecil serbuk cili kering - kisar
3 bungkus tauhu kering yang kecil - potong 2
3 bungkus fish cake - hiris serong
1/2 kg isi kerang * akak tambah
secukupnya garam
1 1/2 kg santan
air secukupnya
minyak untuk menumis

panaskan minyak, tumiskan bawang tumbuk hingga wangi.
masukkan rempah kari serta cili kisar. kacau hingga garing.
campurkan dengan udang geragau dan kacau.
** jika nak masukkan ayam dan isi kerang bolehlah di masukkan ke dalam kuah ini tapi x bubuh pun x pe..

tuangkan santan dan masukkan bahan yang di ketuk.
masukkan air setakat yang di ingini (ikut kepekatan sendiri)
apabila mendidih masukkan fish cake dan tauhu kering.
kacau kuah hingga mendidih.
angkat.

** sebenarnya ikut resepi asal (ikut tajuknya) untuk kuah ni dah cukup sedap rasanya sebab ada di masukkan udang geragau..
** ayam dan kerang hanyalah tambahan sahaja. jika x bubuh ianya x menjejaskan rasa kuah ini

BAHAN HIASAN:

3 kg bihun (yang halus) / rendam - celur / kukus hingga lembut
2 cawan taugeh - bersihkan di celur. goreng tanpa minyak(sekadar layu sikit sahaja)
1 bungkus bawang goreng
daun pudina
daun bawang - hiris
limau kasturi - belah 2

SAMBAL LAKSA:

8 senduk cili kering - kisar
5 ulas bawang putih - tumbuk
3-4 senduk udang geragau - tumbuk
sedikit udang kertas (x bubuh pun x pe) * akak tambah
garam
minyak

panaskan sedikit minyak. tumiskan bahan kisar dan bahan tumbuk hingga wangi dan pecah minyak.
jika ingin nak masukkan udang kertas, bolehlah masukkan.
perisakan dengan garam dan angkat.
hidangkan bersama bahan hiasannya ( di bawah)

** sebenarnya Sambal Laksa ni plain je tanpa udang kertas sbb dengan ada udang geragau pun dah membangkitkan rasa

- di bawah sebahagian dari tetamu openhouse di rumah akak
 semua rakan rakan anak UiTM Seri Iskandar

Monday, September 10, 2012

PUDING FANTASI


selain dari kek kek yang akak buat... sempat juga akak buat puding ni... juga buat majlis ofis terbuka hubby hari ni..
puding ni memang sedap... dan rupanya pun menawan ada 3 lapisan


PUDING FANTASI

A) 
1 sb agar agar serbuk
1 cawan gula merah - dimasak dan tapis
3 cawan air
1/2 cawan gula

- dimasak semua hingga mendidih, tuang dalam loyang dan bekukan.
* bila nk tuang untuk lapisan ke 2 dan ke 3 gariskan denga garfu pada setiap lapisan

B) 
1 sb serbuk agar agar
3 cawan air
1/2 tin susu pekat 
1/2 cawan gula

- dimasak hingga mendidih dan tuang atas A. bekukan.

C)
lebihan agar agar yang tinggal
1 tin susu cair
1 tin susu jagung creamer (kisar) * sebarang perisa
1-2 cawan air
sedikit pewarna kuning

- dicampurkan semua bahan, masak hingga mendidih dan tuang atas B. bekukan


* seeloknya sejukkan semalaman baru dipotong dan hidangkan atausekurang kurangnya 5 jam untuk mendapat hasil yang cantik.
* jika dipotong sebaik sahaja ianya beku dikuatiri lapisan akan lerai.
* sesuai untuk hantaran dan meja pengantin


KEK BUTTER KIWI


kek keempat yang akak buat... huhuhu
kek ni akak buat separuh akak bawa masa event..
hanya sekeping ini saja yang sempat ambil gambarnya.. huhuhu.. banyak sangat nk buat kek.. ambil gambar pun lupa... alahai...
tapi untuk kek ni dulu akak pernah buat dan masukkan di sini.. bolehlah tengok resepi keknya..

KEK BUTTER MARBLE


kek yang kedua akak buat untuk open house pejabat hubby...
sebenarnya kek ni dah selalu akak buat... cuma x penah masukkan kat blog ni je... ada kalanya semua terlupa dan ada juga terlepas pandang... kali ni akak akan kongsikan di sini untuk tatapan next genarasi akak nanti..


KEK BUTTER MARBLE

250g butter
240g gula caster
240g tepung kek
1 st ovallate
5 biji telur A
5 st susu cair
1 st vanila


pukul bahan bahan hingga gebu.
asingkan kepada 2 bahagian:
satu bahagian - plain
satu bahagian - warnakan ikut suka
masukkan ke dalam loyang bergris. 
tompok tompokkan adunan
dan akhirnya guriskan sekali adunan
bakar 40-45 minit atau hingga masak


KEK KUKUS WANGI


kek yang di sukai oleh family terutama hubby.. sedap
buat kali ini rasa kurang cantik lapisannya... tapi rasanya tetap sedap.. sayang sekali time akak nk buat kek ni stok esen pisang pulak kehabisan.. semangat mengeKEK down sekejab... hubby cari kat tesco berhampiran rumah pun x de.. masa nk buat kek lain yang kedua baru hubby jumpa esen kat kedai runcit.. huhuhu... nak wat canne.. kek pun dah siap dikukus!
kek ni salah satu dari kek yang akak buat khas untuk jamuan raya di ofis hubby


KEK KUKUS WANGI

Bahan-bahan ( 1 loyang 8x8 / 20cm )

330g mentega/marjerin
2 gelas/cawan gula
6 biji telur gred A(gred C kena gunakn 7 biji)
1 penutup botol perisa pisang
2 1/2 gelas/cawan tepung gandum
Sedikit pewarna hijau dan kuning
1 bungkus haw flakes/manisan keranji yg dpatahkn kecik2-gaul dgn sedikit tepung (optional je..xnak ltk takpe,tp kek lg cantik kalo ltk ler)


Cara-cara

Pukul mentega/marjerin dgn gula dan masukkan telur satu persatu.(Pukul sebati baru masukkan telur seterusnya)
Kemudian masukkan perisa pisang,gaul rata dan masukkan tepung gandum.Pukul hingga adunan sebati.
Bahagikan kepada 2 bahagian kemudian masing2 dwarnakan hijau & kuning.
Tambahkan haw flakes yg dah dipatah halus ke dlm adunan kuning. (sila abaikan step ini kalo xnak letak haw flakes)
Griskan loyang dgn mentega dan dtabur rata dgn tepung. Masukkan adunan ikut suka.. nak masukkan secara bselang seli ke..nak masukkan habis adunan hijau baru masukkan adunan kuning pun boleh..
Pastikan air pengukus sdh mendidih dan tutup loyang dgn aluminium foil(atau ltk kain ats penutup pengukus).Kukus adunan selama 1 jam 15 minit atau sehingga msk.(nak tau msk ke tidak,cucuk lidi hingga dasar kek.kalo keluar bersih,xda kek melekat..dah masak la tu) SELAMAT MENCUBA! :)

MENERIMA TEMPAHAN CUSTOMER - MOIST CAKE






GULAI KETAM BERSAMA NENAS



jarang buat gulai kari ketam bersama nenas ni.. biasanya buat masak lemak ketam bersama nenas jer...
buat cam ni pun sedap tau... suami akak suka bangat ketam masak cara gini... lagi pun warna kuah ni kemerahan.. menarik selera...


GULAI KETAM BERSAMA NENAS

Bahan2:
  • 5 ekor ketam-bersihkan dan tos
  • 1 biji nenas-di kupas, dibersihkan dan kemudian celur sekejap-toskan
  • 2 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • 1/2 sudu besar serbuk cili
  • 1 keping asam gelugur
  • 3 ulas bawang meras-hiris halus
  • 2 ulas bawan putih-hiris halus
  • 1/2 inci hali-hiris halus
  • 1 tangkai daun kari
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara2:
  • Panaskan minyak, tumiskan bawang merah, bawang putih, daun kari dan halia hingga wangi.Masukan serbuk kari dan serbuk cili yang dibancuh dengan sedikit air. Masak dengan api kecil hingga garing.
  • Masukkan ketam, santan cair dan asam gelugur. Masak hingga mendidih.
  • Kemudian masukkan nenas dan santan pekat. Masukkan garam dan gula jika perlu. Biarkan mendidih 2-3 minit lagi atau hingga ketam masak.Rasa dan jika ok boleh tutup api dan boleh dihidangkan..

Sunday, September 9, 2012

KUAH KARI BEBOLA DAGING



pada mulanya anak akak x berani nk cuba.. tapi bila dah rasa.. hemm... baru dia tau keenakkanya... sedap.. sedap... sedap....
akak ambil resepi dari ita... tapi dia cicah dengan roti jala.. akak hanya makan untuk hidangan tengahari... hehehe..
akak juga menggunakan  bebola daging yang frozen tu.. lepas lepas raya ni akak rasa dah jemu nk makan daging jadi tukar selera dengan cara bebola pula...


KUAH KARI BEBOLA DAGING
By: Lynn
Rujukan : My Resepi
ambil dari ita

1 ½ kg daging
125 ml minyak
5 labu bawang ~ di cincang halus
12 ulas bawang putih ~ di cincang halus
2 kuntum bunga lawang
2.5 cm kulit kayu manis
4 biji buah pelaga ( ambil bijinya )
4 tangkai daun kari
70 g rempah kari daging ~ di campur dgn 125 ml air ( jadikan pes )
1liter santan cair
500 ml santan pekat
3 biji ubi kentang besar ~ di kupas dan di hiris kasar
garam secukupnya

 Potong daging setebal 1 cm dan selebar 5 cm.
Panaskan minyak di dalam periuk.
Tumis bawang, bawang putih dan rempah yang lain hingga keperangan.
Bubuh daun kari dan pes kari. Masak atas api perlahan sehingga wangi.
Tuangkan sedikit santan cair ke dalamnya jika rempah melekat pada periuk.
Campurkan daging dan kacau sampai airnya agak kering.
Masukkan pula santan cair dan biar menggelegak. Kemudian tutup periuk dan renehkan selama ½ jam atau hingga daging empuk.
Bubuh pula kentang dan masak sampai empuk.
Akhir sekali masukkan garam dan santan pekat , gaul sehingga sebati. Apabila kari menggelegak semula angkat dari api.

Resepi agak banyak, jadi kena pandai-pandai kurangkan bahan untuk memasak bagi keperluan keluarga.

Saturday, September 8, 2012

KEK OREN


test resipi kek oren ni pula... 
suka buat kek ni.. sebab mual dan dapat 2 biji kek bersaiz 8"x8"... 
wp bahannya seperti nampak banyak tapi semuanya mudah dapat di rumah kita.. cuma oren sunkist je kena beli..
kek ni kalau buat cupcake memang dapat banyak sangat.. sesuai untuk buat gift untuk sebarang majlis

 KEK OREN

riaputih

Bahan-bahan ( 1 family )

  • 1 1/2 cwn butter
  • 1 1/2 cwn gula castor
  • 5 bj telur gred A
  • 1 1/2 cwn tepung naik sendiri
  • 1 cwn tepung kastad
  • 1/2 cwn tepung gandum
  • 1 1/2 camt esen vanila
  • 1/2 camt soda bikarbonat
  • 1/2 cwn jus oren sunkist (1 bj)
  • 1 1/2 camb kulit limau sunkist yg diparut
  • 1 camt baking powder
  • 2 camb susu pekat

Cara-cara

  1. Pukul gula dan butter sampai kembang. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul lagi.
  2. Masukkan pula esen vanila, susu pekat, jus oren dan kulit limau parut. Kacau sebati.
  3. Akhir sekali masukkan semua jenis tepung yg telah diayak dgn soda dan baking powder.
  4. Tuang ke dalam loyang dan bakar suhu 185'c selama 50 minit atau sehingga masak. Gunalah lidi untuk menguji dah masak ke belum.

PUDING TEMBIKAI


sedap makan di kala cuaca panazzzzzzz


buat untuk sejukkan tekak...

 PUDING TEMBIKAI
kaklong Lyn fb

bahan

1peket agar2 (kaklong guna 1 peket 40gm)
kulit2 roti~koyak2kan ( dalam 8keping roti cam tu la )
6 cwn air
1 1/2 cwn gula(kalau manis leh kurang kan)
1/2 tin susu pekat manis
2 sudu besar mentega/butter
1sudu kecik esen vanilla


cara

-rebus agar2 dgn air.
-dah larut agar2 masukkan gula..
-dah melegak masukkan mentega
-pastu masukkan susu
-ambik separuruh adunan blend ngan roti
-campurkan semula adunan agar ngan adunan roti yg dah di blend..kacau rata
-amik sikit dari adunan (skit jew tau tuk wat biji tembikai warnakan dgn warna coklat..pekat sikit yea..kalau xmau leh gunkan cincau) bekukan dah tu potong kecik2
-dalam bekas lain boh sikit kaler ij0...masukkan dalam loyang warna ij0 tu..jgn banyak2 cukup tuk wat lapisan kulit dia jer..biar dia beku sket..jgn bagi beku sangat nanti nak boh lapisan atas tu dia xlekat 
-dah tu amik adunan yg belom di taruk warna tu lapiskan atas lapisan ij0 tadik..agak2 la untuk wat lapisan kulit yg warna putih.
-dah tu adunan yg selebih tu kaler ngan warna merah lak.
-bila lapisan warna putih dah beku sket..leh la letak kaler merah..taburkan agar2 coklat yg kita buat mula2 tadi sebagai biji tembikai..biarkan beku betul2..masukkan lam esbok..dah sejok le mamam~ selamat mencuba.....
pisS!! lub u aLL m0ahhs!! ;))


poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...