followers

salji

waktu

bird terbang

Saturday, February 9, 2013

PEANUT BUTTER MUFFIN


menghabiskan stok peanut butter terjumpalah resepi ni.... sedap dan lembut.
muffin ni akak x letak crumblenya... sebab muffin ni akak buat untuk cenderhati anak saudara kahwin..  ada pelbagai muffin yang akak buat...

PEANUT BUTTER MUFFIN

Bahan-bahan ( 30 biji- mini size )

120g unsalted butter - suhu bilik
150g gula perang
20g gula halus
2 biji telur (L size)
300g tepung gandum
1 sudu besar baking powder
secubit garam
120ml susu segar
120g peanut butter(cream)
100g chocolate chips
*****************************
- Cocoa crumber-
25g almond powder
50g tepung gandum
50g gula halus
50g unsalted butter - potong kecil-kecil
3 sudu kecil cocoa powder

Cara-cara

Sediakan cocoa crumber- ayak tepung, almond powder dan cocoa powder dan juga gula. Kemudian masukkan butter. Ramas-ramaskan biar berketul. Simpan dalam peti ais.
Penyediaan muffin: - Pukul butter sehingga jadi bentuk krim.
Bahagikan gula kepada 3 bahagian. Kemudian masukkan 1 bahagian, pukul dan ulang sampai habis.
Pukul telur di dalam mangkuk lain. Bahagikan juga kepada 3 bahagia. Masukkan 1 bahagian telur ke dalam butter tadi dan pukul. Ulang sampai habis.
Ayakkan tepung, garam dan juga baking powder. Bahagikan juga kepada 3 bahagian.
Masukkan 1 bahagian tepung ke dalam adunan butter tadi..kacau cepat-cepat. Masukkan pula 1/2 susu segar. Kacau lagi.
Ulang langkag 6 sampai tepung habis
Masukkan pula chocolate chips dan peanut butter. Kacau biar jadi bentuk mubble.
Kemudian isikan ke dalam cup muffin. Biarkan 3/4 penuh
 Penuhkan cup muffin dengan cocoa crumber.
Bakar dalam suhu 180C selama 20 minit

Friday, February 8, 2013

MEE KUAH UTARA


Dalam bizi bizi akak ni... aduiiii.. terasa nak makan mee.. hehehe... tapi x mau beli, nak makan yang buat sendiri sebab puas makan berulang kali... sedangkan anak teruna akak x de pulak masa ni.. ia ke Perlis ada urusan belajarnya di sana selama seminggu... tinggallah kami berdua je... tapi wp berdua akak buat juga mee ni... bagi setengah orang kalau dah tinggal berdua duaan ni malas nak ponat ponatkan badan.. lebih baik beli je kannn.. 
alang alang buat akak buat mee sekilo jugak ni.. hehehe.. x pe.. dalam hati memang nak beri kat kawan kawan je.. Alhamdulillah.. merasa juga dorang...
 untuk resepi ni sebenarnya akak ikut basic je.. yang lain lain tu akak tokok tambah jer... tapi kompom sedap dan mablesssss tau... mr hubby yang tidak berapa suka mee yang ada kuah pun siap makan berulang.... tu yang best tu... "tambah lagi bangggg...." hehehe


MEE KUAH UTARA


BAHAN-BAHAN:

300grm udang sederhana besar
300 gm ayam atau daging
1 senduk makan - udang geragau (blend) - akak tambah
1-2 peket mee - sekilo
4 sudu besar sos cili
4 sudu sos besar sos tomato
2 sudu sos tiram - akak tambah
1 liter air - boleh tambah jika nak lebih kuah
500grm ubi keledek-direbus sampai empuk dan dilenyek
1 cawan kacang tanah -digoreng tanpa minyak dan dibuang kulit , kisar sampai halus - akak x letak
1 kiub perasa daging - akak letak perasa ayam
Garam secukup rasa

BAHAN DIKISAR HALUS:

7 biji cili kering-kalau suka pedas tambah la lagi
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
2 batang serai - ketuk - akak tambah

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN:

10 biji telur direbus
1 peket bawang goreng
1 pokok daun bawang
taugeh - taugeh lupa letak
sayur sawi dicelur - memang x beli
3 biji tauhu - dipotong nipis dan digoreng garing -lupa beli
fish ball dan fish cake (jenis goreng) - akak tambah
4 biji cili merah ( kalau tak mau pun boleh)

CARA-CARA MEMASAK:

- Isi ayam dipotong kecil-kecil kemudian udang dibuang kulit dan kepala . Semua kepala dan kulit udang tadi direbus bersama 2 cawan air . Kisar semua kepala dan kulit udang tadi dengan air rebusan kemudian ditapis ambil air rebusan tadi dan buang semua hampas kepala udang ni.

- Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar sampai naik bau dan pecah minyak kemudian masukkan isi ayam dan kacau sampai isi ayam hampir masak kemudian masukkan air rebusan udang tadi dan 1 liter air . Masukkan semua udang , kiub daging , sos cili dan sos tomato serta kacau kuah ni .

- Masukkan semua ubi keledek yang dah dilenyek lumat dan kacang tanah tadi . Kacau kuah dan masukkan garam secukup rasa . Jika kuah agak pekat boleh la ditambah air lagi ikut pada citarasa sendiri .
-Celur mee , taugeh dan toskan. Potong daun sup dan cili merah , kupas kulit telur dan belah telur menjadi 2 bahagian.

CARA MENGHIDANG MEE:
Ambil mangkuk letakkan dulu taugeh kemudian mee , sayur sawi , tauhu goreng dan kemudian tuang kuah serta tabur la daun sup . bawang goreng dan cili .



MENERIMA TEMPAHAN CUSTOMER - FONDANT


gambar kek diambil ketika baru siap.. 





siap tempahan bekas hantaran sekali..




NENAS TUMIS LEMAK IKAN MASIN


ini  kesukaan my hubby.. akak pula x berapa jalan sangat jika masakan ni  xde berkuah... hubby paling suka masakan tumis nenas ni lebih lebih lagi campurkan ikan masin duri...



RESIPI NENAS TUMIS LEMAK IKAN MASIN

2 ekor ikan masin sederhana kecil - dipotong kecil2 dan rendam

tumbuk:
1/2 biji nenas madu - di cincang (nenas bias pun boleh)
5 tangkai cili kering - akak tukar cili serbuk (masakan lebih cantik)
1/2 biji bawang besar 
1 biji bawang putih
1 batang serai - dititik

1 st serbuk kunyit
1 cawan santan pekat
garam secukup rasa  - hati2 sebab dh ada ikan masin
minyak menumis

panaskan sedikit minyak tumis bahan tumbuk dan serai hingga wangi.
masukkan santan pekat, ikan masin, serbuk kunyit dan garam

Sunday, February 3, 2013

NASI GORENG BELACAN


breakfast hari ni... sedap ni...

NASI GORENG BELACAN

Semangkuk nasi putih
1/2 biji bawang besar - dihiris / tumbuk
3 biji bawang putih - diketuk / tumbuk
sedikit ikan bilis - tumbuk
5-7 tangkai cili api - tumbuk
sos ikan (optional)
1 inci belacan- dihancurkan
1 sudu kicap manis
sedikit karat -dipotong dadu
sedikit daup sup - hiris halus
Minyak,gula dan garam

Cara-cara

panaskan minyak
Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau
Masukkan cili api dan tumis sehingga pecah minyak.Masukkan juga belacan, kicap manis dan sos ikan
Setelah ayam masak, masukkan nasi diikuti karat. Gaul rata.
Perasakan dengan gula dan garam dan hirisan daun sup. gaul rata.
Hidangkan panas panas bersama telur mata dan renjiskan serbuk lada sedikit atas telur

Friday, February 1, 2013

KERABU TELUR MASIN MABLES


memang mables...memang mengancam kerabu telur masin ni... tersangatlah sedapnya sehingga berselera makan.. nasi pun bertambah... huhuhu.. time sedap ni kita kena lupakan diet buat sementara.. takut rugi x makan nanti nyesal kempunan.... ekekekeke...


KERABU TELUR MASIN
resipi : sasha

Bahan2
3 biji telur masin - direbus dan belah 2 atau 4
200 grm kacang botol - dibersihkan & hiris serong
1/2 batang lobak - hiris nipis
1 biji bwg besar - hiris
1  biji limau nipis - perah airnya

Bahan kisar
5 biji cili merah
10 ke 15 biji cili padi
2 sdB kerisik
2 sdB udang kering
garam gula secukup rasa

Cara2
Satukan kcg botol, lobak merah & bwg besar di dalam satu mangkuk
Perahkan limau nipis
Satukan bahan kisar kedalam mangkuk tadi dan kacau serata.
Kemudian masukkan telur masin dan seratakan.
Hidangkan bersama nasi putih & lauk pilihan

KARI IKAN BAWAL EMAS


lama x beli ikan bawal emas... ikan ni sedap masak kari...

KARI IKAN BAWAL EMAS 

2 ekor ikan bawal emas - kerat beberapa bahagian
tumbuk:
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1' halia

2 sb serbuk kari
1 cawan santan pekat
1 cawan air
2 keping asam keping
2 tangkai daun kari
garam secukup rasa
minyak menumis

1 biji tomato - belah 2
10 - 15 biji bendi

panaskan minyak
masukkan setangkai daun kari dan tumiskan bahan tumbuk hingga garing.
masukkan serbuk kari serta setangkai daun kari lagi dan masak hingga terbit minyak dan masukkan sedikit air. kacau rata.
kemudian setelah berbau harum masukkan santan pekat, asam keping dan sedikit air lagi.
biarkan mendidih dan masukkan ikan tadi serta garam.
didihkan sekali lagi dan masukkan tomato segar dan bend tadi.
bila benar benar masak tutup api. bolehlah dihidangkan

Thursday, January 31, 2013

PAU DONUT


sebenarnya pau donut ni ada lubang di bahagian tengahnya tapi bila ia cukup naik...lubang tengahnya dah tersumbat! agak besar jugak lubang yang akak buat... sebelum kukus masih kelihatan lagi lubangnya... buka kukus... gini jadinya.. nampak macam sebiji pau la pulak...
akak rasa pau donut ni ada 2 peranan... dikukus seperti pau tapi teksturnya mirip donut... x percaya cubalah...
akak ambil gambar ketika coklat belum kering lagi... lagi pun celup ketika pau donut suam suam lagi... sebab tu lambat kering coklat tu... agakkkkk.. x sabar sabarlah tu.. hehehe


PAU DONUT
mjlh Sedap feb 2013

300 g tepung gandum
60 g tepung kanji
2 st yis (8 g)
1/2 st serbuk penaik
75 g gula pasir
25 g susu tepung
175 ml air sejuk
30 g mentega putih
1 st garam

bahan topping:
150 g coklat masakan hitam, dicairkan
25 g coklat masakan putih, dicairkan (akak gantikan dengan kekacang)

campur rata tepung gandum, tepung kanji, yis segera, serbuk penaik, gula pasir dan susu tepung. masukkan air sejuk. uli sehingga licin
masukkan mentega putih dan garam. uli sehingga elastik. biarkan selama 30 minit
kempiskan adunan. timbang setiap bahagian adunan seberat 40 g. bulatkan. leperkan. lubangkan tengahnya
letakkan di atas kertas pau. biarkan selama 45 minit sehingga kembang.
kukus selama 10 minit di atas  api sederhana sehingga masak.
celupkan bahagian atas dengan coklat masakan hitam pekat. sejukkan. coret coretkan dengan coklat masakan putih (akak hanya tabur kekacang)

PESAN SEDAP:
pau boleh dicelup setengah bahagian supaya kelihatan tekstur paunya

SOS ROJAK YANG KU IDAM..


sebenarnya akak buat sos rojak ni dari minggu lepas.. saja mengidam nak makan.. hehehe.. x de pape tau.. sebenarnya bukan pape.. dah lama x makan tetiba je teringin nak makan.... akak memang suka buat kuah rojak ni dan simpan stok untuk makan bila time mengidam...
sos rojak akak ni very simple je... tapi ada ummmmphhhh....

HOMEMADE SOS ROJAK 


1 botol cili sos
1 botol kicap manis
gula ikut sukatan kicap/sos
sedikit belacan - hancurkan
2 sb cili powder - ikut kepedasan sendiri (nak + cili api pun boleh /tumbuk)
hiasan:
kacang tanah/bijan - di sangai

masak semua bahan ikut kepekatan yang di kehendaki.
tabur bahan hiasan ketika nak makan (jika di campur kuah rojak x tahan di simpan lama)
* sukat dulu kicap baru sukat gula - sama banyak
* jika nak buat sikit boleh guna sukatan cawan
* boleh di buat dalam quantiti banyak. jika di masak pekat boleh di simpan berbulan lamanya dalam peti ais/kuar setakat yang ingin di makan saja.




IKAN MASAK LEMAK BELIMBING


dalam  minggu ni akak begitu sibuk dengan tempahan... kurang masa nak update blog ni.. 
belimbing ni kawan akak yang beri.. dia kata kawannya beri kat dia, dia pula panjangkan pahala ni untuk akak... Alhamdulillah.. lama benar rasanya x masak dari belimbing ni...

 

1 ekor ikan nyok nyok - kerat beberapa bahagian
7-8 tangkai cili api - tumbuk
1 ulas bawang merah - tumbuk
1 batang serai - ketuk
1 cawan santan pekat + sedikit air
1 st serbuk kunyit
10 biji belimbing - belah 2
garam secukup rasa

masak semua bahan di atas hingga ikan masak dan mendidih

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...