followers

salji

waktu

bird terbang

Tuesday, May 28, 2013

SOTONG CILI API DAUN LIMAU PURUT


masakan ni memang best tau... akak syorkan wajib cuba resepi ni... ikut resepi asal ia lembab sikit tapi akak ni suka masak kering kering sikit... pada mulanya mr hubby takut nak cuba sebab ia kata nampak cam pedas...(dia x suka pedas sangat sebenarnya..). akak kata cubalah dulu... ternyata x menyesal untuk mencuba... hehehe... akan datang nampaknya masuk siaran ulanganlah nampaknya... sure punya...!

SOTONG CILI API DAUN LIMAU PURUT
Resepi : SAMBAL HIJAU FB - Deliaa Afnita
dari: nshafea

Bahan2 nya:

Sotong 1/2 kilo
Cili api 10 tangkai - Sy kurangkan 5 biji
Lada hijau besar 3 tangkai
Bawang merah 4 biji
Bawang putih 2 ulas
Asam keping 1 keping,
Serai 2 btg - 1 btg blend dan1 btg serai dititik
Daun limau purut 4 helai - 2 blend 2 koyakkan
Kunyit,
halia 1 inci
Garam, gula,
serbuk pati ayam
Belacan 1 inci

Caranya:

Sotong di bersihkan, toskan
Bawang, halia, kunyit, serai, daun limau, cili api, lada besar di bland, tumis, masukkan asam keping, belacan...tggu sampai wangi...masukkan garam, gula, perasa....tggu lg sampai btul2 kering...baru masukkan sotong....dah siap..tumis sampai btul2 kering, sb sotong tu keluarkan air....
resepi ni sungguh wangi..sb ada serai,daun limau purut...plus2 belacan....

Monday, May 27, 2013

DAGING RENDANG ANAK MAMI


setelah membelek belek majalah terjumpalah resepi yang memikat selera akak... resepi dari chef Amer Hamzah kalau x silap.. waaa... memang memikat selera akak...  nanti mr suami mesti suka dengan rasanya.. ala ala anak mami ni... yuk.. kita ke dapur...

DAGING RENDANG ANAK MAMI
Saji 4/12


500 g daging - rebus hingga 2/3 empuk
1 set rempah tumis
1 helai daun pandan
1 tangkai daun kari
1 batang serai - ketuk
1/2 labu bawang besar - hiris nipis
4 ulas bawang merah - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
1 cm halia - kisar
2 sb  cili kisar
2 sb rempah kari daging
1 sk serbuk jintan manis
1 sk serbuk jintan putih 
1 bijitomato
2 sb kicap manis
garam dan gula secukup rasa
100 ml stok daging
125 ml santan pekat

panaskan minyak, tumis rempah tumis dan kacau sebentar
masukkan bawanghiris, kacau hingga layu
masukkan semua dedaun dan serai, kacau sebentar
masukkan bahan kisar dan kacau hingga agak garing
masukkan cili kisar, campuran rempah kari dan kacau rata
masukkan tomato, daging, kicap, gula dan air stok. didihkan hingga empuk.
masukkan santan dan biarkan ia mendidih selama 10 minit
angkat dan hidangkan dengan daun ketumbar dan bawang goreng

Sunday, May 26, 2013

HOKKAIDO CHIFFON CUPCAKES


dengan rasa bangga dan gembira rasa hati dapat menyediakan Hokkaido CC yang gebu ni tanpa kecut mecut... hehehe.. masuk bakul angkat sendiri nampak tuan umah ni... hahaha... korang x perlu nak puji pun... tapi sapa x yang tersenyum kalau buat je terus gebu gebas camni... semasa buat hati rasa dup dap dup dap juga... maklumlah takut CC mendap!
best pulak buat CC ni... rasa teruja nak membuatnya lagi...
selama seminggu lebih tenet dan tepon di tempat akak ni ada masalah x de line langsung..sehinggakan terpaksa buat aduan kerosakan sebanyak 5X! jadi untuk mengelakkan rasa bosan yang teramat sangat x dapat melayari blog dan fb.. habis semua majalah akak selongkar.. akak luangkan masa mengadap majalah masakan yang suami tersayang akak belikan untuk akak setiap bulan... sebenarnya selama ni akak x habis khatam pun.. ekekeke... (jangan marah ye mr hubby..)

HOKKAIDO CHIFON CUPCAKES
Cida de'nuanza
aroma 5/2013

4 biji kuning telur
30 gm gula caster
1 sudu kecil esen vanila
40 ml susu segar
40 ml minyak canola ~ minyak makan pun boleh
55 gm tepung cake
20 gm tepung kastard
1 sudu kecil baking powder

4 biji putih telur
1/4 sudu kecil garam
80 gm gula caster

Panaskan oven pada suhu 170 C
Sediakan 8 biji ramekins bersaiz besar
Atau boleh juga guna mangkuk kertas cup cake yang keras
Atau boleh juga gunakan cawan muffin

Satukan tepung, tepung kastard dan baking powder. Kemudian di ayak 3 kali
Pukul kuning telur dan gula menggunakan whisk aje
Tambahkan vanila, susu dan minyak dan pukul rata.
Masukkan bahan yang telah di ayak tadi dan gaul rata

Dalam bekas lain ~ pastikan bekas berkeadaaan kering
Pukul putih telur dan garam hingga berbuih
Tambahkan 80 gm gula sedikit sedikit dan terus memukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan kental dan kaku (soft peaks)

Ambil 1/3 adunan putih telur dan masukkan dalam adunan tepung.
Gaul rata dgn menggunakan kaedah kaup balik
Kemudian masukkan baki adunan dan gaul hingga sempurna dengan kaedah yang sama

Tuangkan adunan dalam ramekins atau cawan kertas anggaran 80% penuh
Hentakkan sedikit bekas ramekins utk mengurangkan gelembung udara pada kek

Masukkan dalam oven dan bakar selama 25-30 minit
Keluarkan dari oven bila kek masak
Hentakkan bekas remakins sekali lagi dan biarkan kek sejuk
Bila kek sudah sejuk, bolehlah paipkan filling kedalamnya dengan menggunakan pipping bag.


CREAM CUSTARD
by : Honey

1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200ml (1 cup) susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanila - ita tambah (aku guna serbuk vanila)

Masukkan tepung, tepung jagung dan gula  ke dalam mangkuk.
Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul2
Masukkan telur dan kacau lagi.
Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi.
Masak sehingga pekat.
Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau.
Ulang sehingga pekat.
Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata.

Adunan ini boleh juga di masak atas dapur dgn api yg sederhana.
Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan cream custard yg licin.
(aku kacau atas api je...cuma kena kecilkan api, kalo x cepat hangus)

AYAM SOS SIAM


walla... sedap bebenor ayam ni.... oleh kerana seminggu lebih akak x online kerana kerosakkan dari pihak telekom sendiri... otak akak jadi blur sangat kerana x dapat info dan inspirasi masakan... terpaksalah mentelaah buku untuk khatamkan satu persatu.. huhuhu... sekarang ni jika beli majalah pun sama juga seperti kita melayari intenet sebab jiran jiran blog masakan juga ramai di buku buku masakan.. dapat juga melepas rindu selama tidak mengadap blog... mujur mr suami x jemu jemu menghadiahkan setiap bulan... mekaseh mr suami ku... harap harap x jemu membelinya... nanti tolong belikan rak buku yang tinggi tu ye.. sebab dah x de tempat nak susun semua majalah ni... hehehe

AYAM SOS SIAM
Resipi: Ummi Zaihadi
ambil dari Aroma 5/2013 Che Ct

Bahan-bahan :

1 ekor ayam sederhana besar - dipotong 8 - 10 bahagian
15 tangkai cili padi thai * (CT letak 20 tangkai)
4 ulas bawang putih * ( CT blend jer :)
1 labu bawang besar - dihiris
1/3 cawan sos cili (CT lebihkan 3 sudu besar)
1 - 2 helai daun kunyit - dihiris halus (kalau nak letak daun limau purut pun terpulang lah) - CT letak daun limau purut 3 helai, buang urat tengah.
sedikit gula (optional)
minyak masak secukupnya
sedikit garam dan serbuk kunyit
(Bahan bertanda* ditumbuk halus)

Cara-cara :

1. Bersihkan ayam dan toskan. Lumur ayam dengan garam dan serbuk kunyit secukupnya. Perap 20 minit. Panaskan minyak secukupnya dan goreng ayam hingga 3/4 masak. Angkat dan toskan.
2. Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar dan tumis bawang besar dan bahan tumbuk tadi hingga naik bau.
3. Masukkan sos cili dan kacau rata dan biar hampir kering sikit.
4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau gaul rata-rata. Seimbangkan rasa. (kak ummi tak letak garam, cukup dari yang digunakan untuk menggoreng ayam tadi jek) - CT juga tak letak.
5. Akhir sekali masukkan daun kunyit dan kacau rata sebentar. Tutup api dan hidangkan dengan nasi putih... SELAMAT MENCUBA...!

PUCUK LABU MASAK LEMAK TEMPOYAK SEMPOI


gara gara teringin kerana dah lama x merasa masak lemak daun kayu tempoyak.. masak kali ni serba serbi x cukup bahan... tapi tetap juga teringin nak buat..!hehehe.. maklumlah dah lama x buat... lidahku dah kecur... tercari cari kat pasar segala daun kayu untuk buat masakan ni tapi malang.. hanya jumpa pucuk labu je... tapi tetap ku rembat!

PUCUK LABU MASAK LEMAK TEMPOYAK SEMPOI


Bahan-bahan ( 3- 4 orang )

Seikat pucuk labu - dipotong dan celur
Ikan rebus seekor - ditumbuk
Bawang putih      }
bawang merah     } ditumbuk
cili api                }
sedikit ikan bilis }
serbuk kunyit
 2 sd tempoyak
serai - titik
Santan - 1 kotak
Garam- sesedap rasa

Cara-cara

 Masukkan santan di dalam periuk , kacau sehingga mendidih.
 Masukkan bawang yang telah ditumbuk ikan bilis serbuk kunyit dan serai ke dalam periuk
 Kemudian masukkan tempoyak ke dalam masakan tadi
 Pucuk labu boleh masukkan kemudiannya. Perasakan dengan garam sesedap-sedap rasa
 Siap untuk menjamu selera

KARI IKAN SELAR PAPAN


agak lama juga x beli ikan selar papan ni... jom kita masak kari.. yuk...

Resepi Kari Ikan

Bahan-bahan:
2 ekor ikan selar papan
1 cawan Santan secawan
3 sb Rempah ikan
1 sb Serbuk
2 ulas bawang merah *
1 ulas bawang putih *
1 " halia *
1 biji tomato dipotong 4
Daun kari
sedikit air asam jawa

 - Bahan betanda * dimesin halus
 - serbuk kari dan serbuk cili digaul sebati dengan sedikit air

Cara-cara

panaskan sedikit minyak dalam periuk...masukkan daun kari...tumis bahan tumbuk sampai kekuningan...
biar seketika sampai naik baunya

Masukkan campuran serbuk kari. masak sampai naik minyak.

Bila serbuk kari dah masak masukkan air asam jawa, baru masukkan santan dan ikan. masukan tomato masaklah sehingga benar benar mendidih

Friday, May 24, 2013

CUCUR KEMBONG / CUCUR MANIS



alahai... kembongnya x secantik cucur kembong Kak Noor, Kak Rose dan MaDiHaA...  akak ngakulah akak buat secara tergesa gesa.. langsung x cermat.. inilah hasilnya cucur yang seadanya.. ekekeke... x pe la... redho je la... asalkan masih ada kerajinan juga nak cuba wp x berapa sempurna.. (ayat menjaga hati sendiri.. hehehe)

CUCUR KEMBONG / CUCUR MANIS
Resepi : Kak Noor@Sajian Dapur Bonda
Sumber : Kak Rose & MaDiHaA 

Bahan-bahannya:

3 cawan tepung naik sendiri (self raising flour) (kak rose guna tpg gandum + 2tsp baking powder ~ MaDiHaA pun ikut sama Kak Rose)
3/4 cawan gula pasir halus – boleh tambah gula sekiranya suka manis
½ sudu kecil garam
3 sudu besar mayonis
1 biji telur
½ sudu esen vanilla/ros - opsyen, tak letak pun tak ape
Air panas (suam) secukupnya
Minyak secukupnya untuk menggoreng

 Cara-cara menyediakannya:

1. Masukkan kesemua bahan di atas di dalam satu bekas kecuali air panas (suam). Gaul rata. Masukkan air sedikit demi sedikit seperti bancuhan membuat jemput-jemput. Gaul sebati.
2. Memandangkan resepi ini menggunakan tepung naik sendiri, maka ia tidak perlu diperap terlalu lama, hanya lebih kurang 20 minit sahaja atau sehingga bancuhan kembang.
3. Panaskan minyak secukupnya. Guna api sederhana. Jangan terlalu panas, ditakuti renting di bahagian luar tetapi tidak masak di bahan dalam.
4. Sebelum menggoreng, bancuhan tepung tadi hendaklah digaul sekali lagi supaya rata.
5. Kemudian jemputlah bancuhan tepung sama ada dalam bentuk bulat-bulat atau dalam bentuk lonjong.
6. Goreng sehingga kekuningan, kemudian diangkat dan ditoskan.

Thursday, May 23, 2013

NASI AYAM BERMADU SEDAP


teringin pulak nak buat nasi ayam... sebab anak seorang sedang cuti sem dan seorang dah habis diploma.. Alhamdulillah.. sedang tunggu untuk masuk deegree sekarang dapat kerja sebagai technician di sebuah hotel berhampiran dengan umah. seronok juga rasanya bila anak anak dekat dengan kita... hati mama pun sukalah nak buat itu ini tapi sayang.. bila anak anak dah besar panjang dorang agak kurang nak makan cake n pastry ni.. kuih jauh sekali... kadang kadang makan nasi pun sehari sekali jer.. huhuhu...
kalau mama buat macam macam habis sapa yang nak tolong habiskan wahai anakku...

NASI AYAM BERMADU SEDAP

Resepi Nasi Ayam Madu

4 cawan beras siam / basmathi (lagi bagus)
1 ekor ayam (dipotong 2 @ 4) – asingkan kepak, leher dan kaki untuk sup.
1 kiub ayam
1 ½ inci halia
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4 sudu besar madu
4 sudu besar kicap manis
4 sudu makan sos tiram
2 sudu makan minyak bijan
air secukupnya
sedikit garam
1 sudu besar penuh mentega/marjerin
kulit kayu manis
daun pandan

Cara penyediaan:

1. Tumbuk garam,halia dan bawang putih  hingga hancur kemudian lumur pada ayam. Perap sebentar.
2. Sediakan kukusan yang berisi air. Sebelum mengukus boleh masukkan kepak, kaki, leher ayam dan kiub ayam pada air kukusan tadi. Kemudian kukuslah ayam yang telah diperap dengan halia, bawang putih dan garam sehingga 3/4 masak.
3. Ayam yang telah di kukus tadi diangkat dan kemudian diperap seketika dengan kicap manis, sos tiram, madu dan minyak bijan. Sementara ayam di perap dengan madu tadi bolehlah sediakan nasi ayam.
4. Untuk nasi:
 panaskan mentega/ marjerin kemudian tumis bawang merah, halia, bawang putih dan kulit kayu manis hingga wangi. Masukkan beras yang telah dicuci kedalam tumisan tadi. Goreng seketika.
5. Masukkan air kukusan ayam tadi bersama daun pandan dan sedikit garam pada beras yang telah digoreng tadi…. jumlah air bergantung pada beras yang anda gunakan. Masak nasi lah seperti biasa.
6. Tinggalkan sedikit air kukusan ayam tadi untuk sup.
7. Ayam yang telah diperap bersama madu, kicap, sos tiram dan minyak bijan tadi bolehlah di bakar dalam oven. Atau boleh juga di goreng dengan minyak penuh. Pastikan semasa membakar atau menggoreng janganlah terlalu lama kerana ayam tersebut sudah dikukus….
8. Angkat ayam yang telah digoreng atau dibakar tadi, kemudian bolehlah dipotong2 dan dihidangkan dengan salad, tomato, timun, sup, sos kicap dan sos lada.

~~Untuk Sos kicap:

kicap manis
sos tiram
minyak bijan
sedikit sup
* Satukan bahan diatas. Kacau dan hidangkan…. boleh jugak dicampurkan lebihan kicap yang diperap bersama ayam kukus tadi. sedia untuk dihidangkan.

~~Untuk sos lada/ sos cili:

8 -10 batang cili merah
2 ulas bawang putih
3/4 inci halia
1 sudu kecil garam
3 – 4  sudu makan penuh gula
4  sudu makan cuka
1/2 cawan air masak
1 sudu makan sos ikan ( jika suka )

* Masukkan semua bahan dalam blender kemudian kisar hingga hancur… sesuaikan rasa kemudaian sedia utk dihidangkan.

NASI GORENG TOMYAM TELUR DADAR MAYO


wp rupa mu tiada.. tapi rasanya memang ada ummmphh.. menyengat! jika ikut resepi asalnya memang guna sos tomyam yang dibikin sendiri tapi oleh kerana anak akak dah terlewat nak g kerja jadi akak guna kiub tomyam sahaja... kena siapkan cepat nasi ni untuk breakfast dia..

NASI GORENG TOMYAM TELUR DADAR MAYO

Bahan :
2 mangkuk nasi [peroikan]
100 gm udang [buangkan kulit]
100 gm sotong [potong kecil] - x bubuh
100 gm isi ayam [hiriskan nipis]
100 gm carrot [potong dadu]
100 gm kobis bulat [potong kecil]
1 bij telur
daun ketumbar [racik]
cili api tumbuk [kalau nak lebih pedas]
minyak
garam

Bahan Sos Tomyam [mesinkan]
10 tangkai cili kering
1 batang serai
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 s/b udang kering
** (tapi akak masukkan kiub tomyam je)

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan sos tomyam sehingga wangi.
2. Masukkan ayam dan carrot. kacau rata sehingga masak.
3. Masukkan udang, sotong, kobis dan garam. Kacau rata.
4. Masukkan nasi dan kacau rata.
5. Pecahkan telur dan kacau rata bersama semua bahan.
6. Rasakan garam dan tutup api.
7. Taburkan daun ketumbar dan gaulkan sekali algi.
8. Hidangkan bersama telur mayo

TELUR DADAR MAYO


Telur 2 biji
Bawang merah 1 ulas
Garam secukup rasa
Mayonis 2 sudu makan

Cara-cara

Tumbuk bawang merah.
Pukul telur, sehingga kembang
campurkan semua bahan dan gaul rata. Pastikan mayonis tidak berketul. (Boleh masukkan sedikit serbuk perasa MSG jika suka)
Panaskan minyak dengan api sederhana dan goreng telur tersebut. Apabila telah masak, sedia untuk dihidangkan. Sangat sedap, ada rasa lemak. Cubalah.

*** jika suka boleh masukkan lada hitam, boleh juga guna cili padi (tapi kalau guna cili padi, tak perlu tumbuk sebab kalau tumbuk, akan jadi terlalu pedas. Cukup sekadar potong biasa. Bawang juga tidak semestinya ditumbuk. Terpulang pada selera anda.. Kalau suka makan bawang, boleh potong dadu. Yang lain-lain, guna step yang sama.
Nak kelainan? Boleh masukkan juga ikan bilis. Sedap.... ** Masukkan isi ikan yang telah digoreng, juga sedap..** Selamat mencuba

BUBUR JAGUNG PULUT



ada seorang rakan telah mengesyorkan akak buat bubur jagung bersama pulut... jadi akak pun buatlah tapi pulut tu akak x buat pun akak hanya beli di kedai RM 1.. malas pulak nak buat kerana sikit je nak dimasukkan ke dalam bubur ni...

BUBUR JAGUNG BERSAMA PULUT

7-8 tongkol jagung - hiris halus
2 cawan santan pekat + sedikit air jika terlalu pekat
2 senduk gula
2 helai daun pandan
sedikit garam
segenggam pulut yang telah dimasak atau beli RM 1.00

masukkan semua bahan kecuali pulut.
masaklah sehingga jagung masak dan mendidih sempurna.
bila telah cukup mendidih masukkan pulut yang telah dimasak, gaulkan bersama.
boleh la ditutup api. sedia untuk dimakan

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...