followers

salji

waktu

bird terbang

Saturday, July 5, 2014

MASAK LEMAK CILI API IKAN MASIN NENAS


MASAK LEMAK CILI API IKAN MASIN NENAS

1 ekor ikan masin - kerat dan rendam sekejab
1/2 biji nenas - potong kecil

bahan tumbuk:
6-8 tangkai cili api
1 biji bawang

1 batang serai - titik
santan secukup pekat
serbuk kunyit
garam secukup rasa.

campurkan semua dan masak hingga mendidih sambil mengacau. siap.

PUDING LAPIS PANDAN CINCAU


harini akak nak kongsikan resepi puding yang akak belajar sebelum puasa tempuhari.. akak baru je buat ramadhan yang ke 4 baru baru ni... Alhamdulillah.. puding yang sedap membasahi tekak.. 
gambar di dalam bekas kecil sahaja akak sediakan untuk diberi pada rakan akak.. mereka pun memuji puding yang akak buat sedap.. rasa lemak lemak gitu..

PUDING LAPIS PANDAN CINCAU
kelas saidah ipoh

Bahan bawah:
A) 
15 g serbuk agar agar
1400 ml air
200 g gula pasir
secubit garam

B)
1/2 tin susu cair
pewarna hijau apple

cara:

didihkan bahan A dan masukkan Bahan B
- asingkan 1 cawan masukkan ke dalam bekas kecil (tambah warna ikut suka) * bila telah beku potong  dadu#### (untuk tabur ke bahagian atas)
-selebihnya tuang ke dalam loyang.

Bahan atas:
A)
15 g serbuk agar agar
1100 ml air
200 g gula 
1/2 st garam

B)
300 ml santan
1 sb tepung hongkong

C)
2 cawan cincau dadu
1 cawan (agar agar dadu)####

cara:

masak bahan A hingga mendidih
masukkan B dan masak lagi hingga mendidih
tuang ke dalam loyang dan tabur tabur bahan C

Friday, July 4, 2014

SOTONG GORENG KARI


iftar ke 6.. salah satu masakan yang dihidangkan untuk berbuka puasa..

SOTONG GORENG KARI

Bahan-bahan ( 2 org makan )

bawang besar 1/2 biji - potong bulat
bawang putih 2 biji - hiris
bawang merah 2 biji - potong bulat
cili padi 4 biji - tumbuk
rempah kari daging 1 sudu setengah
sotong saiz besar 3 ekor - basuh dan potong
kiub pati ayam - 1 ketul
sayur cth carrot @ kacang panjang - dipotong memanjang
Gula, garam dan serbuk perasa
Cara-cara

Tumis bawang besar, bawang merah, bawang putih dan cili padi.
Bila dah garing dan naik bau, masukkan rempah kari.
Bila rempah dah masak, masukkan kiub ayam, sotong dan sayur.
Perasakan dengan gula @ garam.
Kacau selama 4 minit. Sotong kena masak sekejap je kalau tak, sotong akan liat dan keras. so, timing goreng kena betul ye.
Bila dah sedap, tutup api. Siap!

TALAM LAPIS NYONYA 3 RASA / MERAH PERMATA


talam lapis nyonya ni akak buat untuk moreh kami di surau semalam... sesedap rasa. untuk pengetahuan talam lapis ni nama asalnya talam lapis 3 rasa tapi akak x tau kenapa diberi nama 3 rasa. akak tambahkan kacang merah pada setiap lapisan merah maka akak berikan nama TALAM LAPIS MERAH PERMATA. untuk pengetahuan kacang merah ni lebih sesuai gunakan kacang merah yang jenis kecil tapi akak hanya ada stok kacang merah untuk ais abc je agak kurang sesuai sikit nampak butiran permatanya terlalu besar dan susah sikit nak memotongnya..

TALAM LAPIS NYONYA 3 RASA / MERAH PERMATA

A) 
1400 ml santan
325 g gula castor
1/2 st garam
B)
150 g tepung ubi
150 gtepung gandum
150 g tepung beras

hiasan: (jika suka)
100 g kacang merah jenis kecil - rendam 4jam dan rebus(tapi akak guna kacang dalam tin)

panaskan kukusan terlebih dahulu. sediakan loyang 10 X 10 ( boleh alas plastik atau pun sapu minyak pada loyang)
masak hingga mendidih adunan A) dan biarkan suam baru dituangkan ke dalan adunan B) kacau rata dan tapiskan
bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
- 1 bahagian - warna pewarna merah (1 jug:1L - jika kurang tambah air)
- 1 bahagian biarkan warna asal (1 jug:1L - jika kurang tambah air)
** boleh letak kacang merah pada setiap lapisan merah

mulakan melapis warna pink
diikuti lapisan kedua warna pink
buat sehingga 8 lapis
* akhir sekali bahagian atas sekali tambah sedikit lagi warna merah. biar ia lebihkan warna untuk kepalanya.

IKAN BILIS TOMYAM


sedap makan garing ketika panas panas

IKAN BILIS TOMYAM 
by LinaKz Shaari fb

Bahan:
Ikan bilis (goreng garing)
Cili api (ketuk)
Bwg besar (potong bulat)
Kiub tomyam
Daun limau purut

Cara:
Guna minyak lebih goreng ikan bilis tadi dan tumis cili api, bawang besar & daun limau purut sehingga naik bau, kemudian bubuh kiub tomyam dan kacau rata, bubuh ikan bilis ,perlahankan api dan kacau rata. Siap. Selamat mencuba.

*tak perlu bubuh garam ya sbb ikan bilis & kiub tomyam tu dah masin

Thursday, July 3, 2014

TALAM CACA


dari resepi ratu kuih talam
memang sedap

TALAM CACA


LAPISAN BAWAH * Guna Loyang 10x10x2 @3
  • 50g sekoteng (rebus & toskan)
  • (Kalau x ada sekoteng blh guna sengkuang cina yg direndam dgn perwarna pink, itu kata Chef Asma)* Saya guna 50gm cha cha, rebus hingga empuk dan toskan
  • 150g tepung beras*
  • 250ml santan pekat*
  • 450ml air*
  • 1tbsp Tepung Hoen Kwee (putih)*
  • 150g gula castor*
  • 1tsp garam*
CARANYA
  1. Bancuh semua bahan yg bertanda (*) tapis & masak hingga naik wap - tutup api
  2. Masukkan sekoteng/cha cha (yg telah direbus tadi) dan kacau rata
  3. Tuang ke dlm loyang & kukus selama 25 minit
LAPISAN ATAS
  • 150g tepung gandum
  • 300g gula halus
  • 5/3/2 biji telur (saya guna 3biji telur)
  • 250ml santan pekat
  • 500ml air
  • 1/2 tsp garam
  • 1 ½ tsp perisa rose
  • pewarna pink
CARANYA
  1. Bancuh semua bahan, tapis ke dlm periuk & masak hingga naik wap
  2. Tuangkan ke atas lapisan bawah
  3. Kukus selama 30 minit
  4. Setelah siap, angkat dan biarkan betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik supaya kuih kelihatan cantik.

Wednesday, July 2, 2014

KERABU PELIK



bahan bahan kerabu pelik

MasyaAllah sedapnya kerabu pelik ni... 1 adunan ni dapat banyak rasanya boleh makan 7-10 orang.. tapi kalau kuat meratah...ermmm.. memang x cukup U.. kerabu ni di namakan sebagai kerabu pelik kerana campurannya agak berlaian dari kerabu tempatan.. akak rasa kerabu ni rasanya mirip dari masakan thai.. wp bahannya ada nenas mangga tapi rasanya x masam... rasanya amat secukup rasa.. x percaya cuba..

KERABU PELIK

Bahan kerabu÷

100 g isi ayam bakar dulu n cincang
Udang rebus buang kulit
1/2 bj bawang besar hiris kasar
1/2 bj lada benggala hiris memnjang
1 bj mangga muda
1bj karot
Nenas tin buang air
Kelapa laut tin buang air
2 btg Daun ketumbar hiris
5 bj cili padi
2 sk bijan
2 sk sos ikan
1 sk gula
3 sk jus lemon
1 sk sos plum
Garam

Semua bhn dgaul rata n sebati n secukup rasa..
Simpan dlm esbok lg sedap

UDANG MASAK LEMAK BERSAMA REBUNG MADU


kali ni ikut resepi dari blog bonda pula..

UDANG MASAK LEMAK BERSAMA REBUNG MADU

Bahan-bahannya:

600 gram udang saiz sederhana
1 paket rebung madu segar (300 gram)
1 - 2 keping asam gelugor
2 - 3 helai daun limau purut - dibuang urat di tengahnya
1 batang serai - dititik
200 ml santan sawit KHALIS + 400 ml air
(Kalau santan kelapa biasa, guna 300 ml pati santan + 300 ml air)
Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan dikisar (diblend) lumat:
1 biji bawang besar
20 gram kunyit hidup
6  tangkai cili padi merah
6  tangkai cili padi hijau
Air secukupnya untuk mengisar

Penyediaannya:
1.  Udang dipotong kepala dan hujung ekornya.  Perapkan seketika (lebih kurang 1 minit)  bersama limau kasturi dan garam untuk menghilangkan hanyir udang.  Cuci bersih dan toskan.
2.  Basuh dan celur rebung madu supaya hilang baunya.  Ketepikan.
3.  Masukkan kesemua bahan di dalam periuk.  Masak di atas dapur menggunakan api yang sederhana sehingga kuah mendidih dan udang masak.  Kacau selalu supaya santan tidak pecah (Insya Allah sekiranya menggunakan santan sawit KHALIS, santan tidak pecah walaupun tidak dikacau selalu).
4.  Rasa kuahnya.  Boleh tambahkan garam dan gula sehingga menepati citarasa.

KARI AYAM


Masak biasa biasa jer...

KARI AYAM

BAHAN2:

5 ketul ribs (tulung rusuk dibuang kulitnya)
1 biji kentang potong 4
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 inci halia
1 asam keping
5-7 bj tomato ceri
½ cawan santan pekat/susu cair
¾ cawan rempah kari
daun kari (kalau ada)

CARA:
Tumis bawang putih dan bawang merah yang telah dimayang. Hiris halia dan masukkan sekali. Kemudian goreng sampai bahan2 tadi kekuning-kuningan. Pastu masukkan rempah kari dan goreng pantas2 kira-kira 2 minit. Masukkan ½ cawan air dan masak guna api perlahan sehingga rempah nampak sedikit garing. Kemudian masukkan ayam dan kentang. Balik2kan ayam dan bubuh ½ cawan air dan biarkan mendidih perlahan. Kemudian masukkan santan atau susu cair (Kjee guna susu cair) dan biarkan ia mendidih lagi. Guna api perlahan. Bubuh garam dan 1 asam keping. Kalau terlalu pekat, tambah sedikit lagi air panas. Didihkan lagi. Rasa dan padam api.

Monday, June 30, 2014

DAGING MASAK HITAM YANG SIMPLE


masak hitam ni akak masak di awal puasa yang baru ni... x sangka pula anak seorang nak balik untuk berpuasa di hari pertama dalam ramadhan... memang rezeki anak akak agaknya..
Alhamdulillah dagingnya sangat lembut...

DAGING MASAK HITAM YANG SIMPLE

500 g daging batang pinang - rebus empuk dengan air + 1/2 cawan kicap manis dan beberapa titik cuka.

bahan goreng dengan minyak dahulu bila suam blend halus:
15 tangkai cili kering rendam
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 batang serai kecil
sedikit halia - jika suka

2 ulas bawang kecil - hiris halus }
1 ulas bawang putih - hiris halus } penumis
kulit kayu manis
bunga lawang 
buah pelaga - jika suka

1 sb serbuk jintan kasar dan halus(campurkan dan disangai terlebih dahulu dan blend sekali)-* bt banyak simpan dlm peti ais) 
rm2 santan
1/2 sb tepung gandum ( pemekat)
garam secukup rasa
air asam jawa - jika tiada rasa masam sedikit(hati hati sebab tadi dah bubuh cuka dalam daging)

panaskan minyak untuk menumis. tumiskan bahan 3 sekawan.
masukkan bawang hiris hingga berbau dan masukkan bahan blend.
bila dah mendidih serta naik minyak masukkan bahan daging kicap yang telah direbus tadi serta serbuk jintan.
gaul rata. masukkan santan, tepung gandum. gaul rata hingga rata dan kering mengikut selera masing masing

* santan sikit sebab akak ada campur sedikit tepung dalam masakan

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...