followers

salji

waktu

bird terbang

Tuesday, March 22, 2011

KUEH CARA

ASSALAMUALAIKUM,,,


kueh Cara ini sebenarnya N3 petang semalam. x sempat nak masukkan semalam sebab nak g kuar beli barang kat TF Velue je.. malas nak g Tesco Ipoh sebab hujan lagi pun dah lewat petang. pada mulanya nak g pasar malam isnin je.. tapi malas.. kalau g juga mesti basah kuyup..huhuhu x rela basah basah masuk keta!!


sebelum itu sempatlah juga membuat kueh ini untuk minum petang... hujan hujan ni lapar weh.. mulalah mengidam nak makan itu ini... akak tengok kat dapur telur tinggal 2 biji je lagi.. ape harus ku buat?? terlintas idea yang mudah ni..
jom lihat resipinya..

RESIPI KUEH CARA MANIS

2 cawan tepung gandum
2 cawan santan sederhana pekat/susu segar (kedua dua akak masuk sama banyak)
1 cawan jus pandan (akak tukar air dan perisa pandan)
2 biji telur
1/2 st garam
beberapa titis pewarna hijau
gula pasir untuk inti

adunkan tepung santan/susu segar, garam dan telur hingga sebati dan tapis jika perlu.
masukkan air, perisa pandan, pewarna hijau. kacau hingga sebati lagi.
panaskan acuan, sapukan minyak pada acuan.
-masukkan adunan hingga penuh dan biarkan sekejab.
-masukkan 1/2 st gula ke dalm adunan kueh.
-tutup acuan sebentar.
bolehlah di keluarkan dari acuannya.
tangkupkan dua kueh ini.

*api kena kecil
*kuih ini cepat masak 1-2 minit.

No comments :

Post a Comment

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...