followers

salji

waktu

bird terbang

Monday, June 30, 2014

DAGING MASAK HITAM YANG SIMPLE


masak hitam ni akak masak di awal puasa yang baru ni... x sangka pula anak seorang nak balik untuk berpuasa di hari pertama dalam ramadhan... memang rezeki anak akak agaknya..
Alhamdulillah dagingnya sangat lembut...

DAGING MASAK HITAM YANG SIMPLE

500 g daging batang pinang - rebus empuk dengan air + 1/2 cawan kicap manis dan beberapa titik cuka.

bahan goreng dengan minyak dahulu bila suam blend halus:
15 tangkai cili kering rendam
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 batang serai kecil
sedikit halia - jika suka

2 ulas bawang kecil - hiris halus }
1 ulas bawang putih - hiris halus } penumis
kulit kayu manis
bunga lawang 
buah pelaga - jika suka

1 sb serbuk jintan kasar dan halus(campurkan dan disangai terlebih dahulu dan blend sekali)-* bt banyak simpan dlm peti ais) 
rm2 santan
1/2 sb tepung gandum ( pemekat)
garam secukup rasa
air asam jawa - jika tiada rasa masam sedikit(hati hati sebab tadi dah bubuh cuka dalam daging)

panaskan minyak untuk menumis. tumiskan bahan 3 sekawan.
masukkan bawang hiris hingga berbau dan masukkan bahan blend.
bila dah mendidih serta naik minyak masukkan bahan daging kicap yang telah direbus tadi serta serbuk jintan.
gaul rata. masukkan santan, tepung gandum. gaul rata hingga rata dan kering mengikut selera masing masing

* santan sikit sebab akak ada campur sedikit tepung dalam masakan

KEK MARBLE PUTIH TELUR


 sekadar nk habiskan stok putih telur dari wat sample biskut raya untuk tempahan..
kek yang sedap dan gebu..

KEK MARBLE PUTIH TELUR

A - 250-280 g putih telur
2 biji kuning telur
200 g gula halus
57 g air (paip)
250 g tepung gandum- diayak
1 sb ovalette

B- 200 g mentega cair
1 sb susu manis
1 sk butter oil-(sejenis flavour terdapat dlm botol esen kecil)

C- pewarna merah, kuning, hijau dll..

Cara-cara
1.pukul kesemua bahan A dgn kelajuan tinggi hingga kembang.
2.bahan B digaul rata dan tuang kedlm adunan A sambil digaul perlahan2 menggunakan senduk atau spatula hingga sebati.
3.bahagi adunan kpd 3-4 bahagian dan warnakan setiap satu.
4.bubuh adunan berwarna berselang-seli hingga habis kedlm loyang yg beralas kertas minyak dan disapu butter.
5.bakar kek hingga masak pd suhu 175C selama 40-45 min atau ikut kepanasan suhu oven masing2.

AYAM 65


sekali lagi ayam 65.. jamgan jemu natap resepinya ye...hehe

AYAM GORENG 65


Bahan A:

1 ekor ayam potong 10/12, bersihkan
1/4 cawan tepung jagung
1/4 sudu teh warna merah
1/4 sudu teh warna kuning
1 biji bawang besar }
4 ulas bawang putih} kisar
1 cm halia }
daun kari pulai
Minyak untuk menggoreng

Bahan B:( kali ni akak letak sos)- hanya goreng saja

1/4 cawan cili sos
1/4 cawan tomato sos
Minyak secukupnya

Cara

Gaul semua bahan A dan perap selama 4 jam atau lebih baik semalaman dalam peti ais. Goreng hingga masak, angkat dan sejukkan.
Panaskan kuali dengan api kecil, tuang sedikit minyak dan goreng ayam yang di perap tadi

 * (yang ni akak x buat..) - Masukkan cili dan tomato sos. Biarkan panas baru masukkan ayam goreng. Balik-balikkan hingga rata dan kering. Angkat. [jangan lelama]

IKAN NYOK NYOK MASAK PUTIH KURMA


tengok d fb ilah jy masak kurma ikan.. terus teringin nak buat tapi akak x de ikan tenggiri.. hanya adas stok ikan nyok nyok je... ahhh taram je la.. sebab dah blur nak apa sebenarnya..

 IKAN NYOK NYOK MASAK PUTIH KURMA

bahan2nya:
1 ekor ikan tongkol
4 biji KURMA di buang biji dn belah dua memanjang
3 ulas bwg putih dihiris nipis
4 biji bwg merah dihiris nipis
sedikit karat - akak tambah
3 kuntum bunga cengkih
3 cm kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 keping asam gelugur
200ml santan
daun bawang potong kasar
cili hijau - patahkan
cili merah - belah x putus
garam secukup rasa

bahan kisar:
2 biji bwg merah
1 ulas bwg putih
1 cm halia
2 biji buah pelaga

cara:
tumis bwg putih,bwg merah,bahan kisar,bunga cengkih,
kayu manis, dn bunga lawang sehingga terbit bau.
masukkan ikan dn kurma. kacau rata. masukkan karat.
masukkan santan,asam gelugur cili hijau dn garam.
masak sehingga pekat.
masukkan daun bawang dn kacau rata... ;))

RENDANG MENTARANG


sebenarnya dah lama sangat nak merasa makan mentarang ni... kebetulan akak lalu jalan dari Klang ke Teluk Intan hubby akak terus je singgah di tepi jalan..(akak pun dah lupa nama tempat yang akak singgah tu) hubby akak beli mentarang yang belum di masak dan menatarang yang siap dikopek kulitnya.. akak sempat bertanya macamana cara nak makan dan masaknya.. rupanya boleh masak pelbagai cara... maka terhasillah rendang ni.. tapi akak masak hingga betul betul kering ye..

RENDANG MENTARANG

Bhn2:

Sekilo mentarang
5-6 biji Bawang merah
3 biji Bawang putih
3 batang serai di ketuk
Halia sebesar ibu jari
Kunyit hidup sebesar jari kelingking
Cili kering blender lebih kurang 20 keping
Santan
Garam & Gula secukup rasa


Saya blender bawang merah, putih, halia, kunyit ngan cili kering sekali

Cara masak:

Masukkan bahan2 yg di blender tu, serai ke dalam santan dalam kuali,
Bila dah mengelegak, masukkan mentarang dan masukkan sikit santan cair..Kacau sekali sekala sampai kering (tapi hubby suka berkuah sikit)...Lepas tu boleh makan

SOTONG BAKAQ


sotong ni sebenarnya agak besar saiznya setelah akak ukur 15 in panjang x termasuk kepala dan janggutnya.. sotong ni pula bukan akak beli tapi telah diberi oleh rakan setaman akak... akak x tau nak buat apa sebenarnya sotong ni... pikir punya pikir akhirnya akak bakar je..

SOTONG BAKAR

3 ekor sotong - akak kelarkan x putus
serbuk kunyit
garam secukup rasa
serbuk kari
serbuk cili

gaul pada sotong hingga rata kemudian akak bakar dalam pan magic.. dalam 10-15 minit ikut kepanasan dapur

KUPANG MASAK LEMAK


baru pertama kali akak masak.. sebenarnya bukan x pernah rasa kupang ni.. cuma masak je x pernah.. isinya agak lembut dan sedap.. sesuai untuk masak lemak..

1 peket kupang (akak beli kat mydin je)
bahan tumbuk:
1 biji bawang
7 biji cili api

1 batang serai - ketuk
serbuk kunyit 
300 g santan
garam secukup rasa
asam keping
garam secukup rasa

campurkan semua kacau sentiasa dan masak hingga mendidih.

SAMBAL QUININ


sambal untuk berbuka

SAMBAL KUININ

1 biji buah kuinin - cincang isinya
1 biji cili merah
6-8 tangkai cili api
secubit ikan bilis - basuh
sedikit belacan
sedikit garam

tumbuk lumat cili, belacan dan garam
campurkan ikan bilis dan tumbuk jangan lumat sangat.
gaulkan isi kuinin yang dicincang tadi.

TEMPAHAN BROWNIES




Sunday, June 1, 2014

SAMBAL KERANG SINAR SYAWAL


kalau dilihat gambar tentu ada yang kata x menarik punkan.. tapi sebenarnya masak yang pestime akak cuba ni waaaaahhhh.. sedap sangat... bukan sekadar rupanya.. ia hanya dimasak menggunakan santan dan tiada bahan yang diblend pun.. bahannya mudah.. dan hanya hiris sahaja.. jom nerai masakan very simple ni tapi best.. sedap tau.. ada rasa pedas, lemak lemak gitu...
sesuai untuk hidangan di pagi syawal untuk memberi kelainan. mungkin ada yang jemu asyik asyik ayam dan daging saja untuk hidangan hari raya..


** nak cicah pulut atau lemang atau nasi panas memang layannnn sangat...

SAMBAL KERANG SINAR SYAWAL
rasa 6/14

1 Kg kerang
5 cm lengkuas - potong seperti batang mancis
2 biji besar bawang merah }
2 barang serai                  } hiris
20 biji cili api - nak suka pedas tambah lagi / akak hiris halus
250 ml santan pekat
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

panaskan minyak di dalam kuali. tumiskan bahan hiris dan lengkuas sehingga terbit bau.
tuangkan santan dan didihkan sehingga pecah minyak.
seterusnya masukkan kerang dan cili api. masak dan kacau sehingga kuahnya kering.
perasakan dengan gaam secukup rasa dan sedia untuk dihidangkan

** hidangan ini lebih enak jika disediakan tiga hari sebelum menjelang syawal.
     simpan di dalam peti sejuk dan hangatkan semula apabila hendak menikmatinya.

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...