kalau dilihat gambar tentu ada yang kata x menarik punkan.. tapi sebenarnya masak yang pestime akak cuba ni waaaaahhhh.. sedap sangat... bukan sekadar rupanya.. ia hanya dimasak menggunakan santan dan tiada bahan yang diblend pun.. bahannya mudah.. dan hanya hiris sahaja.. jom nerai masakan very simple ni tapi best.. sedap tau.. ada rasa pedas, lemak lemak gitu...
sesuai untuk hidangan di pagi syawal untuk memberi kelainan. mungkin ada yang jemu asyik asyik ayam dan daging saja untuk hidangan hari raya..
** nak cicah pulut atau lemang atau nasi panas memang layannnn sangat...
SAMBAL KERANG SINAR SYAWAL
rasa 6/14
rasa 6/14
1 Kg kerang
5 cm lengkuas - potong seperti batang mancis
2 biji besar bawang merah }
2 barang serai } hiris
20 biji cili api - nak suka pedas tambah lagi / akak hiris halus
250 ml santan pekat
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
panaskan minyak di dalam kuali. tumiskan bahan hiris dan lengkuas sehingga terbit bau.
tuangkan santan dan didihkan sehingga pecah minyak.
seterusnya masukkan kerang dan cili api. masak dan kacau sehingga kuahnya kering.
perasakan dengan gaam secukup rasa dan sedia untuk dihidangkan
** hidangan ini lebih enak jika disediakan tiga hari sebelum menjelang syawal.
simpan di dalam peti sejuk dan hangatkan semula apabila hendak menikmatinya.
simpan di dalam peti sejuk dan hangatkan semula apabila hendak menikmatinya.
Macam makanan org perak la. Tp biasa buat rendang.hee
ReplyDeleteVisit me back nurhudakassim.blogspot.com
Huda akk org perak.. tp ni bkn rendg... ni hiris je bahan bahannya
ReplyDelete