followers

salji

waktu

bird terbang

Sunday, February 12, 2012

RENDANG PEDAS UDANG PERAK



Dah lama sungguh akak x buat rendang udang ni... kerana teringin sangat.. hari ni akak buatlah juga rendang udang yang memang pebret akak ni...


RENDANG PEDAS UDANG PERAK

1/2 kg udang sederhana besar - bersihkan, buang janggut

bahan tumbuk:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
50 g cili kering
        cili padi
1" halia
1" lengkuas

2 keping asam keping
5 batang serai - hiris halus dan tumbuk
100 g kerisek
1/2 biji kelapa
garam secukup rasa
3 helai daun kunyit - mayang
2 helai daun limau purut - mayang halus(akak tambah/jika suka)
sedikit minyak untuk menumis
1 bawang besar - dipotong bulat - jika suka sebagai hiasan

udang digaul kunyit dan garam goring 1/2 masak. angkat dan toskan.
panaskan minyak, tumiskan bahan tumbuk hingga naik bau.
masukkan santan, kerisek, udang dan dikacau rata.
akhir sekali masukkan bawang besar yang di potong bulat, daun kunyit serta garam

3 comments :

  1. asslm...wow super gojes udang tu...nmpk sedap sgttt...

    ReplyDelete
  2. Sangat menyelerakan...adoii..tak tahan tengok lama2..ngeces.

    ReplyDelete
  3. saya tak pernah masak rendang udang kak....sedap je rupanya..gulai lemak cendawan kat bawah tu..aduiiaiiiii..ni saya semangkok tuk ratah2 je..hehehhe

    ReplyDelete

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...