followers

salji

waktu

bird terbang

Saturday, March 2, 2013

OPOR AYAM (Kari Ayam Indonesia)



 hari ni amat teruja sangat nak mencuba masakan ini.. akak rasa lain sikit dari masak kari atau kurma biasa tukan.. ada masukkan daun limau purut dan ia langsung x perlukan rempah kari atau serbuk kurma.. tapi memang sedap sangat.. mungkin ianya sepupu sepapa kepada masakan kalio.. cuma masakan ini langsung x pedas..  rasa macam nak masukkan dan ubah suai sikit campurkan serbuk cili je...(nak kasi pedas sikit..) tapi akak terfikir hilang pulak keaslian masakan ini yang sebenar.. kata orang biarlah untuk pertama kali kita cuba biarlah buat ikut 100% len kali boleh kita adjust yang mana kurang pada citarasa kitakan...
 tapi apa pun terimakasih pada mamak haji... masakan ni memang sedap.. dan dapat memenuhi citarasa family saya... yuppp... boleh masuk senarai lagi akan datang!

RESEPI OPOR AYAM (Kari Ayam Indonesia).

BAHAN-BAHAN:
 1 ekor ayam (1.5 – 1.8kg) dipotong 12.
3 cawan (cup) santan / 1 biji kelapa.
2 sudu besar gula merah/ gula Melaka.
1 batang serai diketuk.
3 helai daun limau purut.
2-3 helai daun salam Indonesia.
4 sudu besar (tbsp) minyak masak.

PERENCAH UNTUK MENUMIS:

7 biji bawang merah India (kecil).
1 inchi lengkus.
5 biji bawang putih.
5 biji buah keras.
1 sudu kecil lada hitam.
1 sudu besar ketumbar.
1 sudu kecil Jintan Putih.
2 sudu kecil garam/ mengikut rasa.
Minyak untuk menumis.

CARA-CARA:

1. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak. Pastikan ayam perlu digoreng separuh masak dengan minyak. Seperti mamak haji katakan seluruh teknik masak ayam ini sam seperti “ayam masak kurmak” – simmering proses. tip: sekiranya anda takut isi ayam atau kulit ayam akan melekat pada permukaan kuali panas semasa goreng, lumurkan sedikit minyak masak pada potong ayam itu, sebelum dimasukkan dalam kuali. Keluarkan ketulan ayam telah masak separuh itu.
2. Panaskan kuali, masukkan minyak untuk menumis perencah yang telah sediakan sampai wangian harum dikeluarkan dan minyak mula timbul dipermukaan bahan tumisan menandakan semua air telah dikeluarkan.
3. Masukkan santan yang cair dua cawan (tip: biasa santan yang dimasukan untuk masakan dibahagi kepada dua bahagian satu bahagian santan pekat ia itu awal perahan kelapa yang telah parut dan santan cair pulak selepas kelapa parut itu dimasukkan air dan diperah kali kedua atau kali ketiga. Santan pekat tidak boleh di didehkan kerana ia akan pecah minyak dan sekali gus kemanisan asli, rasa dan haruman segar yang terdapat dalam santan segar itu akan hilang apabila didehkan  dalam jangka masa yang panjang. Santan pekat (1 cawan) cuma dimasukkan diperingkat akhir masakan).
4. Masukan gula merah, serai, daun limau purut dan daun salam Indonesia. Panaskan sebatian dengan ketulan ayam yang telah goreng.
5. Tentukan ketulan ayam ditenggelami 3/4 bahagian dengan santan cair. Tutup pemukaan kuali dan rebus dengan api dapur yang sederhana dengan teknik rebusan(braising) dengan cara “mereneh” (simmer) sehingga semua ketulan ayam masak.
5. Masukkan 1 cawan santan pekat yang ditinggalkan. Apabila kuahnya mula mendidih kembali, Tutup api dapur dan hidangan opor ayam anda telah pun siap. Selamat dan jangan lupa mencuba.

AYAM GORENG BEREMPAH SEMPOI


masakan pebret anak bujangku.... kalau ada ayam ni.. ermmm kompom kenyang punya...


AYAM GORENG BEREMPAH SEMPOI

1/2 ekor ayam - potong ikut suka berapa pun
sedikit serbuk kari
sedikit serbuk kunyit
sedikit serbuk cili
sedikit jintan manis serbuk
sedikit garam
beberapa helai daun kari
beberapa helai daun pandan
sedikit minyak untuk menggoreng terendam

gaulkan kesemuanya. jika perapkan 1-2 jam lagi mesra rasanya tapi akak ni semua nak segera jadi akak x perap pun. panaskan minyak dan gorenglah ayam yang telah digaul rata tadi. biarkan ia goreng sekejab barulah masukkan sedikit demi sedikit daun kari dan pandan. kompom wangi semerbak satu umah..

Thursday, February 28, 2013

MENERIMA TEMPAHAN CUSTOMER - BROWNIES


gambar yang penuh ni tempahan dari cust
kebetulan ada tempahan jadi akak buat la dua adunan sekali gus.. teringin pulak nak makan bronis... bukan apa dah lama x buat... boleh juga beri hubby bawa ke opisnya dan anak bawa kat U dia..



gambar yang ni untuk makan sendiri dan untuk rakan opis hubby serta rakan sekuliah anak..


akak dua versi sebenarnya... yang satu akak kacang selepas bakar 
dan
yang satu versi lagi akak letak kacang atas adunan dan bakar...

RESEPI BROWNIES

150 g tepung gandum* (1 1/2 cwn)
1 sk baking powder*
60 g serbuk koko* -(1/2 cwn) (*ayak bersama)
400 g gula perang (boleh guna campuran gula perang dan gula halus)-(2 cwn)-boleh kurangkan
4 biji telur
3/4 cawan mentega cair
1/2 cawan kacang pecan/badam cincang kasar - dipanggang

Cara-cara

Campurkan 4 bahan pertama ke dalam mangkuk dan kacau rata.Masukkan telur dan mentega cair dan kacau sebati.
 Tuang adunan ke dalam loyang yang beralas kertas dan bergris dan ratakan. Taburkan kekacang yang dicincang. Bakar pada suhu 170C selama 25-30 min.
Biarkan brownies sejuk di dalam loyang, baru boleh dipotong dan dihidangkan.

BILA ORANG DAH BENCI SALEEM FULL (with lyrics)



sekadar berkongsi lagu buat kawan kawan...

Wednesday, February 27, 2013

MAGGIE GORENG


tengahari tadi masak sikit sikit je.. x sempat nak possing tunggu sejuk anak dah buka tudung saji... terus makan.. selesailah semuanya... 
malam pulak cadang nak cari Laksam yang sedap kat pasar malam... tapi malangnya hujan terlalu lebat siap guruh sekali.. perut dah mula keroncong.. akhirnya inilah menu malamku...
kena rebus dulu la maggie ni baru di tumis tapi.. nape dah buh kicap sos tiram cili sosnya tetap nampak kelabu asap... tapi rasanya boleh tahan.. sampai x cukup sepinggan.. hehehe..

RESIPI MAGGIE GORENG

2 bungkus mee - celur dan toskan
1 biji bawang besar - cincang 
1 ulas bawang putih
sedikit sos tiram
sedikit sos cili
sedikit kicap
air secukupnya
sedikit kobis
2 biji telur ayam
1/2 peket perencah maggie ( x mau banyak)
sedikit minyak untuk menumis
bawang goreng tabur

panaskan minyak dan tumiskan bawangnya hingga wangi.
masukkan semua sosnya, sedikit perencah dan diikuti air jika perlu
dan masukkan mee celur tadi. gaul rata masukan sayur dan pecahkan telur. biar sekejab baru digaul. bila mee dah mula menggering segera angkat dan taburkan bawang goreng.
makan panas panas..

Tuesday, February 26, 2013

SET CHICKEN CHOP GORENG


sempena hari lahir anakku.. x de kek yang akak sediakan.. anak akak yang tinggal dengan akak ni dia kata jangan buat kek ma.. tunggu abang balik sok baru buat kek.. sebab dia x lalu makan teringatkan abangnya di Penang x merasa kek tu jadi untuk x menghampakan dia akak buat juga chicken chop kesukaan dia ni.. 


CHICKEN CHOP GORENG


3 bahagian peha/ dada ayam (650gm+-/potongan besar) | buang tulang
3 ulas bawang putih | kisar halus
6 inci halia | kisar halus
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar saus manis ABC
1 sudu kecil serbuk lada sulah/lada putih
Garam

Salutan:
1 biji telur | kacau
2 sudu besar tepung gandum
100gm bread crumbs

Cara:

1.Bersihkan ayam dan gaulkan ayam bersama bahan kisar, sos tiram, saus manis, serbuk lada sulah dan garam.Masukkan dalam tupperware dan perapkan selama 3 jam dalam peti ais.
2.Setelah cukup masa memerap, gaulkan pula dengan tepung gandum.
3.Pecahkan telur dalam mangkuk dan kacau.
4.Ambil ayam dan celupkan dalam telur kemudian salut dengan bread crumbs.Buat satu persatu.
5.Goreng dengan api sederhana besar agar ayam masak sekata.

SOS LADA HITAM

Bahan-bahan (ramai org boleh cicah)
2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
sebiji bawang besar(potong dadu)
sebiji tomato (potong dadu)
1 tin cendawan butang - hiris halus
seketul kiub ayam knors
2 cawan air
sedikit kicap pekat,sedikit sos tiram
sedikit sos cili/sos tomato
garam dan gula secukup rasa
1 sudu lada hitam(tumbuk halus)*boleh lebihkan amaun ikut selera
tepung jagung(standby)

Cara-cara

 Cairkan butter dengan api kecil.
 Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang
 Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi.
 Masukkan kiub ayam dan kacau.
 Masukkan air tadi dan cendawan butang serta kacau. Tambah sos cili. Kacau hingga sebati.
 Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit. PERHATIAN jgn sampai hitam sgt, agak2 kecoklatan dah cukup.nanti tk cantik bile dihidang.. apabila masak sos akan lebih likat dan hitam.
 Masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau
 Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa
 Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga menggelegak.
 Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat.Apabila sejuk sos akan lebih likat.

* akak x perlu tambah tepung.. asalkan masak hingga likat sebab bila sejuk ia akan pekat dengan sendirinya

COLESLAW

kobis manis - cincang
sedikit karat - dadu
mayonis
susu pekat

gaul rata dan bolehlah dihidangkan

* dulu akak pernah letak susu cair tapi Coleslaw jadi cair.. tukar susu pekat(jangan banyak) rupanya lebih sedap!

MASH POTATO

1 kg kentang - rebus empuk tos dan lenyek
sedikit garam
sedikit lada sulah
sedikit butter

gaul semua hingga lembut dan halus(x blender pun tai tetap halus dan gebu kentangnya)

ROUX

2 sudu butter
2 - 3 sb tepung gandum
1 L air
1 kiub ayam

panaskan butter dan masukkan tepung.
kacau tanpa henti hingga keperangan.
masukkan air dan kiub, masak hingga mendidih.
bolehlah siram atas mash potato yang di bulatkan

* sekiranya nak warna gelap masukkan sedikit kicap.
* boleh taburkan blac pepper

Monday, February 25, 2013

SELAMAT HARI LAHIR ANAKKU....

 mama nak ucapkan selamat hari lahir buat anak twins ku.. yang lahir pada hari ni 25-2-1992.. semoga kalian berdua sentiasa berada dalam lindungan Allah sentiasa... doa dan harapan mama.. semoga kalian berdua berjaya mengejar segala cita cita yang kalian idamkan.. jangan lupa solat lima waktu.. penting..! kerana itu adalah aset untuk kalian berjaya dunia dan akhirat... amiiinnn...


untuk pengetahuan semua... yang tepi kiri semua di dalam gambar ni adalah adik: glamer dengan nama fbnya Lazman Lee dan sebelah kanan adalah abang: khairulanwar Kun.. yang tengah tu adalah rakan mereka..

NASI TOMATO


jangan terkejut ye.. ni sebenarnya nasi tomato yang sememangnya berwarna merah tapi akak ni suka mengatal tangan campurkan serbuk kunyit tapi bila dah masak kalernya jadi cantik lak.. anak pun pada mulanya x caya ni nasi tomato..
 nasi ni akak gandingkan dengan ayam masak bawang goreng berempah sayur goreng kobis dan telur masak hitam.. 



RESIPI NASI TOMATO SERBA RINGKAS 

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 30 minit - akak guna beras yang buat nasi dagang
1 camca besar pes tomato (tomato puree) - x guna
2 camca besar sos tomato
2 camca besar minyak sapi - tukar butter
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, dicincang
1 inci halia, dititik
1 helai daun pandan, disimpul
serbuk kunyit - akak tambah
3 1/2 cawan air
1 cawan susu rendah lemak (atau susu sejat) - akak x guna
Garam secukup rasa
1 batang kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang

BAHAN HIASAN :-)
Hirisan daun bawang/daun sup
Bawang goreng
Kismis
Kacang pis

CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan minyak sapi dalam kuali (mat guna non-stick pan), tumis kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, halia, bawang besar, bawang putih dan daun pandan hingga harum. Masukkan pes tomato dan tomato sos, kacau rata dan masukkan beras. Gaul hingga mesra dan goreng beras tadi 1 minit.
Alih beras tadi ke dalam rice cooker. Tuang air dan susu rendah lemak. Masukkan garam secukup rasa dan kacau rata. Masak seperti biasa hingga nasi kering. Tabur kismis dan kacang pis (jika guna). Dan biar nasi betul2 masak. Gemburkan dan matikan suis rice cooker tadi.
Hidangkan dengan menabur hirisan daun bawang/daun sup dan bawang goreng. Boleh juga anda kukus nasi tadi. Bila nasi masak dan lampu pada rice cooker, bertukar ke tanda "warm". Anda keluarkan nasi, letak dalam kukus yang dialas daun pisang (cucuk2 sedikit daun tadi untuk membuat lubang) dan kukus hingga masak.

Sunday, February 24, 2013

AYAM MASAK BAWANG BEREMPAH



sebenarnya dah banyak kali akak masak ayam bawang berempah ni.. masakan yang di sukai keluarga kenalah selalu buatkan... bukan setakat itu saja.. majlis aqiqah, berendoi dan cukur jambul cucu akak juga akak telah menggunakan resepi ni untuk 300 tetamu.. Alhamdulillah x sangka ramai yang suka masak camgini rupanya.. agaknya orang dah jemu bila kenduri je.. asyik asyik hidangan ayam masak merah je kannnn.. kali ni akak buat penampilan lain sikit.. oleh kerana akak ni tuan umah.. jadi akak suruh chef rakan grop kenduri akak yang menumisnya.. semua bahan bahan telah akak sediakan tinggal nak menumisnya sahaja.. 
akak tabahkan hati nak buat juga masakan ni untuk majlis.. tetapi dalam pada itu sebenarnya jauh di sudut hati ini takut juga orang x sukakan masakan ni... hehehe... gementar.. tuhan saja yang tau hati ini... syukur sangat sangat.. sampai ada yang minta resepi ni dari akak.. ada yang siap gtau selera suami dia makan dengan nasi minyak oren.. 

AYAM MASAK BAWANG BEREMPAH

Resipi Mamak Haji
pernah buat dulu di sini

1 ekor ayam - potong kecil / goreng 3/4 masak
5 labu bawang merah -
1 sb serbuk cili
1 st serbuk jintan manis
1 st serbuk jintan putih
1 sb serbuk kari daging
1 st kas kas
1-2 sb sos tiram
2 sb sos cili
1 sb sos tomato
2 biji bawang merah - kisar halus (boleh tambah)
1 sb pes bawang putih-halia (blend sekali - style masak mamak)
sedikit garam masala * x de stok akak tukar kayu manis, buah pelaga, cengkih dan bunga lawang.
1 helai daun pandan
sedikit gula
garam secukup rasa
1 biji cili merah - potong serong
daun kari - hiasan



CARA-CARA:
1. kupas bawang merah labu, hiris halus dan goreng. Bila warna bawang bertukar kepada warna perang keluarkan dari kuali dan sejukkan. Bawang goreng tak perlu ranggup agak kering sudah memadai. Minyak bekas gorengan disimpan untuk menumis rempah kelak. Nota: Untuk pengetahuan, sekiranya ingin menghasilkan bawang goreng yang rangup boleh dihasilkan dengan mengeringkan terlebih dahulu hirisan bawang di cahaya matahari dan goreng.

2. Ketulan ayam telah dibasuh, masukkan garam dan serbuk kunyit. Ketulan ayam yang digoreng jangan terlalu masak sehingga garing. Gorengan perlu 3/4 masak kerana 1/4 lagi akan masak semasa masak dengan campuran rempah. Selepas goreng asingkan.

3. Panaskan kuali, dan masukkan minyak bersama dengan minyak gorengan bawang. Bila minyak panas masukkan rempah empt serangkai (sekiranya tidak gunakan garam masala). Masukkan pes halia bawang putih. Bila haruman naik kecilkan api dapur dan masukkan kesemua rempah-rempah di atas. Bila bau rempah mula mengeluarkan haruman masukan air bawang dan besar sedkit api dapur. Bila air bawang bersama rempah mula didih, masukkan sos cili, sos tiram dn sos tomoto.

3. Kecilkan api dapur dan masukkan gula dan garam secukup rasa. Masukan semua ketulan ayam yang telah goreng tadi. Kacau rata untuk kuah rempah bersalut pada ayam goreng. Masukkan bawang goreng dan kacau lagi untuk bawang goreng sebati pada ketulan ayam. Biarkan ayam masak 1/4 bahagian lagi. Ia cuma memerlukan sekitar 10-15 minit saja dengan api yang kecil. Bila wap mula reda, matikan api dapur dan masukkan kedalam tray hidangan.

4. Taburkan cili merah yang dihiris dan juga daun kari di atas hidangan anda

 depan: kari kambing, masak lemak gulai pisang, jelatah, ayam masak bawang berempah, ulam ulaman, papedom, sambal tempoyak , sambal belacan dan buah

 kumpulan marhaban

 Nur Arissa Safiyya



bersama kumpulan marhaban

meraikan anak yatim dari rumah Nur Kasih Bistari

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...