rasa ingin nak makan kerabu.. baru baru ni lecture anak beri pada anak kerabu sotong.. si anak pulak x berapa suka jadi dia suruh akak habiskan tapi oleh kerana x puas makan jadi harini akak buatlah untuk makan tenghari tadi..
RESIPI KERABU SOTONG THAI
10 ekor sotong ( dipotong bulat2)
2 biji tomato ( dipoton dadu)
4 biji cili api ( dipotong nipis)
2 bawang merah ( dipotong nipis)
1 batang serai ( dipotong nipis)
2 tangkai daun ketumbar ( dipotong nipis)
3 batang kacang panjang ( dipotong nipis)
secubit garam
secubit gula
2 biji limau nipis ( diambil jus nye)
Cara-cara
rebus sotong sehingga masak. angkat dan tuskan airnya ok..
lepas tu...satukan semua bahan yang dipotong nipis da dipoton dadu ke dalam satu bekas.
masukkan sotong tadi, garam dan gula kedalam bekas tadi.
last sekali perah limau.... lepas tuh rasa la sikit...kalo xcukup pedas tambah cili kalo xcukup masin tambah garam...ini semua bergantung pada individu
sekadar peringatan............ kerabu sotong ini sedap dimakan kalau di letakkan dalam peti sejuk dulu akan tetapi elok dimakan segera kerana kerabu ini cepat berair selepas beberapa jam
Assalamualaikum Norlie,
ReplyDeleteada kerabu sotong thai rupanya di sini, menu kegemaran kita ni... makan ratah aje begitu, sedapnya!
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletesukala blog akak ni...so cute n thanks for sharing great resepi!
ReplyDeleteterima kasih zal.... akak pun bukannya pandai sangat dik..
ReplyDeleteTerima kasih share resepi...petang ni menu berbuka akak kerabu sotong thai homemade :)
ReplyDeletehttp://www.vitaminderias.com