sebenarnya akak dah banyak kali buat laksa serawak sebelum ada blog lagi.. tapi bila dah ada blog ni inilah pertama kali akak membuatnya.. dulu buat pes sendiri jer... tapi kali ni akak buat menggunakan pes haji manan yang popular tu.. tapi akak rasa ada beza juga bila kita membuat menggunakan pes readymade ni berbanding dengan pes homemade.. bagi yang belum rasa tu akak rasa kena cuba baru tau rasa sebenarnya laksa serawak ni.. wajib cuba sebab susah nak dapatkan laksa serawak ni di sinikan...
pes haji manan ni bukan akak beli tapi staf kat ofis mr hubby yang beri... terimakasih buat Azmy Sazzy yang telah sudi memberikan akak pes ni.. len kali nak ngorat lagi ye.. hehehe..
pes haji manan ni bukan akak beli tapi staf kat ofis mr hubby yang beri... terimakasih buat Azmy Sazzy yang telah sudi memberikan akak pes ni.. len kali nak ngorat lagi ye.. hehehe..
RESIPI LAKSA SARAWAK
200 g pes atau perencah laksa (DJ guna pes laksa HJ Manan)
isi ayam secukupnya (direbus dan dicarik halus)
1/2 kilo udang basah
1 bungkus mihun (direndam dan dicelur)
4 biji telur (didadarkan dan dihiris halus)
2 batang serai (diketuk)
200-250 ml santan pekat
garam dan gula secukup rasa
taugeh (dicelur)
sedikit daun ketumbar (diracik)
limau kasturi secukupnya (dibelah dua)
Cara-cara :
Sediakan 2 liter air dalam periuk. Jerangkan. Kemudian masukkan udang yang sudah dibersihkan bersama serai. Rebus hingga udang masak. Kemudian toskan udang. Air rebusan tadi jangan dibuang. Sebaliknya masukkan pes laksa dan kacau menggunakan api perlahan. (Boleh tambah air jika perlu).
Masukkan santan dan perasakan dengan garam dan sedikit gula.
Masukkan mihun ke dalam mangkuk, letakkan bahan-bahan seperti taugeh, telur, daun ketumbar, isi ayam dan telur. Tuangkan kuahnya dan perahkan dengan limau kasturi. Hidangkan panas-panas. Untuk menyedapkan lagi rasanya, masukkan sedikit sambal udang kering.
RESIPI SAMBAL UDANG KERING
bahan-bahan :
6 biji bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
sedikit belacan bakar (dikisar)
segenggam udang kering (dikisar/ditumbuk halus)
4-5 sudu makan cili kisar/cili giling secukupnya
sedikit air asam jawa
garam dan gula
Car-cara :
Tumiskan bahan-bahan kisar dan cili kisar tadi hingga pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula dan masukkan air asam jawa. Kacau hingga pekat
PES LAKSA SERAWAK
Bahan-bahan : untuk 150-200 gm
8 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
10-12 tangkai cili kering*
1 inci lengkuas*
1 sk ketumbar
1 sk jintan manis
1 sk jintan putih
3 biji buah keras*
2-3 batang serai*
1 inci belacan bakar*
1/4 cawan kacang tanah (digoreng)
1/4 cawan bijan (digoreng)
sedikit garam
sedikit minyak utk menumis
Cara-cara :
Kisar lumat bahan-bahan yang bertanda *.
Bahan-bahan seperti jintan manis/putih, ketumbar, kacang tanah dan bijan dikisar/ditumbuk halus terlebih dahulu sebelum disatukan dgn bahan2 *.
Panaskan minyak. Tumis bahan2 td sehingga keperangan. Tambah garam dan sedikit gula jika suka.
Simpan di dalam bekas yg bertutup dan masukkan ke dalam peti sejuk sekiranya ingin menyimpan lama.
Norlie,
ReplyDeletelama tul teragak nak merasa camner laa laksa sarawak yer..kat semenanjung ada jual yer pes hj manan tu..mmg tak pernah jumpa..
adek akak kata sedap..dia makan kat Kuching masa dia gi sana..tapi lupa nak beli pes tu..tengok buat terliur2...:)
salam kak norlie
ReplyDeletebiasanya beli jer klu terasa nk makan laksa srwk nie..x pernah nk mencuba nk buat.nk try cari jgk yg redy made la..sedapnya kak..:)
nak 2 mangkukk!! hehe.. sedap tu. saya pun ada perencahnya tu..tapi tak terbuat2 lagik. tunggu nak jugakk
ReplyDelete