followers

salji

waktu

bird terbang

Friday, February 22, 2013

SLICE CHEESE CAKE


kek ni rasanya dah beberapa kali akak buat.. tapi rasanya belum pernah dikongsikan lagi resepi kek ni di sini.. akak buat corak marble warna coklat dan hijau... tapi dalam gambar ni x nampak marblenya...

sebenarnya kek ni mr hubby yang request untuk besdei sahabat karibnya... dia seorang guru.. dia juga seorang imam surau Al-Ikhlas dan dia juga seorang rakan setaman dan dia juga ayah angkat kepada cucu akak Nur Arissa Safiyya.. (bawah..)



harap sudilah kiranya menerima hadiah kek hari lahir yang x seberapa indah ni...
 akak deco kek yang sangat simple untuk hari lahir en. Saizali Ibrahim.. doa dan harapan kami  berdua semoga berbahagia dunia dan akhirat... dan semoga tabah menghadapi segala dugaan ini...

SLICE CHEESE CAKE

4-5 keping slice cheese
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila
potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi



3 comments :

  1. apa khabar kak nrolie... saya jarang buat slice cheese cake ni, ada la pernah buat sekali tapi x berapa jadi. ada hajat nak mencubanya lagi...

    ReplyDelete
  2. chesse kek ni salah satu kek peberet adda..mmg pantang jumpa mesti beli..

    ReplyDelete
  3. salam kak...walaupun hadiah x seberapa tp keikhlasan tu yg penting sekali....bg brg mahai2 tp x ikhlas buat apa...yer x...comei cucu akak....

    ReplyDelete

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...