followers

salji

waktu

bird terbang

Saturday, February 7, 2015

ATVT KELAS JW - CHAR KUEY TIAW


akak nk berkongsi resipi dari kelas berkongsi resipi Jiran Wanita / KRT d Bandar Universiti Seri Iskandar Perak. kami Jiran Wanita ni kenalah gerakkan untuk atvt d kalangan wanita setempat.. sempena tahun baru ni kami aktifkan semula kelas bertukar tukar resipi masakan ni. Alhamdulillah mendapat sambutan d kalangan pada ahli baru..

PES KICAP UNTUK CHAT KUEY TIAW
Fauziah Mohd Ali Piah 20 U8

Kicap Masin 100 ml
Kicap Manis 100 ml
Kicap Pekat 50 ml
Kicap Sotong 350 ml
Gula Pasir 350 ml
Gula Melaka 1/2 ketul
Sos Tiram 50 ml
Air 6 L
sedikit serbuk perasa - opt

Masukkan ke semua bahan bahan d atas ke dalam periuk sederhana besar dan panaskan hingga mendidih

CHAR KUEY TIAW

Bahan bahan 

kuey tiaw jenis kecil
udang
kerang
sayur kucai dan taugeh
cili boh
telur
minyak menumis

cara cara

masukkan sesudu minyak masak ke dalam kuali, panaskan
masukkan kerang (5 - 10 ekor)
masukkan udang (2 - 3 ekor)
masukkan segenggam kuey tiaw
masukkan cili boh 2 sudu
masukkan sayur taugeh dan kucai
masukkan 1 1/2 senduk pes kicap tadi
pecahkan sebiji telur, kacau sekejab saja
dan siap untuk dihidangkan

** jk suka, boleh dimakan bersama cili jeruk

CILI JERUK SEGERA (cara akak)

cili hijau - hiris
cili api
kedua dua cili ini rendam dalam cuka. sedia untuk di nikmati

No comments :

Post a Comment

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...