Resepi yang akan akak pamerkan kali ini adalah resepi dari kelas masakan india yang akak ikuti akhir tahun lepas.. Anjuran sepenuhnya oleh JABATAN PEMBANGUNAN kEMAHIRAN BERTEMPAT dI KOLEJ KERIS IPOH 2 hari berturut turut.. rezeki akak dapat belajar Free jer.. biasanya 2 hari RM250..
seronok dapat join kelas ni kerana boleh membuat sendiri masakan ala india dan dah tentu terjamin kebersihannya, halal tanpa ragu ragu sebab kita dah tahu cara membuatnya sendiri
seronok dapat join kelas ni kerana boleh membuat sendiri masakan ala india dan dah tentu terjamin kebersihannya, halal tanpa ragu ragu sebab kita dah tahu cara membuatnya sendiri
kami semua berpuas hati belajar di kolej ni..resepi yang di ajar semuanya sedap sedap dan kena dengan selera kita.
ayam tandoori yang secukup rasa. roti naan yang lembut dan gebu.. x perlu guna mesin @ uli dengan sekuat hati serta dhal telur yang sedap.. sebab selama ini kita hanya dihidangkan resepi dhal yang berempah tapi ini hanya gunakan telur shj tapi sedap.. family akak semua suka dengan set ni..
Di kelas ini juga akak belajar membuat cheese sendiri.. dalam bahasa indianya Paneer (homemade cheese) dalam bahasa antarabangsanya cottage cheese tapi sesuai untuk masakan paneer kofta dan tabur atas pizza shj
ROTI NAAN AYAM MASALA N DHAL TELUR
MASAKAN INDIA
TANDOORI CHICKEN
3 ketul peha ayam ] kelar
30 ml lemon jus (2 sd)
1 biji bawang ]
2 ulas bawang putih ] blend
5 cm halia ]
1 sb garam masala
150 g yogurt (tairu) - *natural
1 sk cili serbuk
1/2 sk serbuk kunyit
sedikit gula
sedikit garam
pewarna merah
ayam diperap bersama tairu, cili, pewarna merah, serbuk kunyit, garam masala lemon jus, garam, gula bersama bahan blend. setelah sebati pada ayam perapkan semalaman dalam peti ais @ 1 - 2 jam
keluarkan dan bakar sdengan suhu 180-200'C sehingga ayam masak kemerahan
** sedap tandoori ni
NAAN BREAD
600 g tepung high protin
10 g yis kering
30 g gula caster
40 g marjerin / butter
10 g baking powder
240 ml fresh milk / full cream
140 ml air
2 st garam
gaul rata tepung high protin, yis, gula garam dan baking powder
masukkan air sedikit demi sedikit
uli hingga jadi doh sebati adunan.
akhir sekali masukkan butter sedikit demi sedikit dan uli dan doh tadi hingga licin serta bulatkan.
rehatkan 1/2 - 1 jam sehingga kembang 2x ganda
tumbukkan doh untuk keluarkan angin
timbang 80 g setiap doh
panaskan kuali leper @ non stick dengan sedikit planta
taburkan tepung di atas permukaan meja, ambil doh bulat dan gelekkan bulat leper.
balik balikkan dengan tangan kenudian cucuk dengan garpu permukaan roti naan dan bakar 1 - 2 x balik balikkan
** sedap naan ni
EGG DHAL
150 g dhal - rebus empuk
2 sk serbuk kunyit
1 biji karat (anggaran)
3 biji kentang (anggaran)
kacang panjang - patah patahkan
4 biji telur
150 ml santan
sedikit garam
sedikit gula
sedikit serbuk Knorr
BAHAN PENUMIS:
2 st jintan manis
2 st jintan putih
1 1/2 sb lada hitam (whole)
5 g daun kari
5 biji cili kering - tak potong
5 g biji sawi
20 g halia - hiris
10 ulas bawang putih - hiris
10 biji bawang kecil - hiris
80 g butter + ghee
panaskan minyak sapi bersama ghee
tumiskan bahan hiris, cili kering tanpa potong hingga garing.
masukkan jintan manis, jintan putih, garam masala, serbuk kunyit dan masak hingga wangi.
tuangkan bahan yang ditumis ke dalam rebusan dhal, pastikan air sederhana., masukkan karat, kentang, kacang panjang dan santan serta lada hitam.
setelah sayur masak pecahkan telur ke dalam dhal. jangan dikacau keterlaluan agar telur tidak terlalu hancur.
perasakan garam gula dan Knorr.
** kuah x terlalu pekat dan terlalu cair
** dhall yang sangat sedap
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
mint sauce dan coconut chutney akak x buat sebab semua seisi keluarga kurang menggemarinya.. jadi sesiapa yang berminat nak buat secara set yang lengkap ada akak sertakan resepi bonus d bawah ni...
MINT SAUCE (sos pudina)
1 mint leaf (daun shj) - blend
100 g yogurt (tairu)
10 g bird eyes chilli - opt
sedikit garam
sedikit gula - opt
sedikit serbuk lada putih
sedikit air
blend dengan sedikit air sebab ia pekat baru sedap.
siap
COCONUT CHUTNEY (chutney kelapa)
150 g kelapa parut + air - blend
5 g cili kering - hiris kasar
5 g biji sawi - sangai
sedikit garam
sedikit gula
air (utk blend)
** ada juga yang beri kelainan dengan mencampurkan sedikit tomato dan letak sedikit pewarna oren / merah (terpulang)
SELAMAT MENCUBA
Corelle livingware secret garden
ReplyDeleteCorelle livingware provincial blue
corelle apricot grove
Corelle tranquil reflection
Corelle livingware south beach