masak paling simple.. semua main ketuk ketuk je dan tumis... simple simple camni pun sedap.. licin...
SADIN TUMIS SOS DAUN LIMAU PURUT
1 tin sardin besar
1 biji bawang besar - hiris bulat
6-8 cili api - ketuk
1 sb serbuk cili
sedikit air
1 sb sos tiram
2 sb sos tomato
Air asam jawa (saya guna 1/4 asam keping)
2 helai daun limau purut
garam halus
Gula
Bahan ketuk: (penumis)
1/2 biji bawang merah - dadu
2 ulas bawang putih - ketuk
sepotong halia - ketuk
sepotong lengkuas - ketuk
1 batang serai - ketuk
sedikit minyak menumis
Cara cara:
Panaskan minyak dan tumiskan bahan penumis yang telah diketuk. masukkan bawang yang telah dicincang. goreng hingga wangi.
masukkan serbuk cili dan diikuti dengan sedikit air serta cili api. kacau sekejab.
masukkan ikan sadin. masukkan sos tiram n sos tomato serta bawang bulat.
masukkan air asam jawa secukupnya dan daun limau purut
akhir sekali masukkan garam gula secukupnya.
siap untuk dihidangkan
No comments :
Post a Comment